Soal jururawat kepada Shuhada yang sedang terbaring di atas katil hospital. Keadaannya masih lemah, punggungnya terasa pedih. Di kiri dan kanan kelihatan ibu bapa Shuhada sedang menangis teresak-esak bersama keluarga menantunya.
Apa yang jadi ni Shuhada Alias kata rumah kalian dirompak ya Kamu tabah ya, nak, tersedu-sedu Mak Sunti berkata.
Air matanya tak dapat ditahan. Badan anaknya penuh dengan luka-luka. Anak yang dijaga sehingga besar, yang ditatang seperti minyak yang penuh berkeadaan sangat teruk dan tidak terurus.
Shuhada memandang setiap yang hadir dengan pandangan kosong.
Yang mencuri itu adalah menantumu. Dia mencuri aku daripada kekasih hatiku. Dia yang merampas kehormatanku, jerit Shuhada dalam hati sambil memandang ke arah ibu bapanya.
Matanya dipejamkan semula.
Tuhan, aku rayu, janganlah kau bangunkan aku dari mimpi.
Bisik hati Shuhada
Ustaz, mari ke bilik saya sebentar
Kata Dr. Hamdan sambil memegang bahu Alias yang sedang duduk di samping isterinya. Alias menangis seperti anak kecil yang baru kehilangan permainan kesayangan. Alias bingkas bangun dan pergi ke bilik Dr. Hamdan.
Apa dah jadi ni, Ustaz Ustaz janji apa dengan saya dulu Sekarang ni dah lain
Ustaz.
Syeikh, kita kawan. Kali ni ana memang marah betul dengan isteri ana. Dia ada lelaki lain, suami mana tak marah Ana taknak keluarga dia dan keluarga ana tau. Ini hal suami isteri kena jaga aib
Ustaz, ana rasa lebih baik Ustaz lepaskan sahaja isteri Ustaz jika dia sudah ada yang lain, jangan seksa dia Ustaz,
Ana sayang Isteri ana
Kalau sayang, ustaz tak pukul dia macam tu sekali, ini dah dera Ustaz. Kalau polis dapat tahu ni susah.
Polis takkan dapat tahu kalau tak ada siapa yang beritahu. kata Ustaz Alias sembil tersenyum sinis pada Dr. Hamdan.
Ini sagu hati buat kamu. Kita kawan lama.
Ingat tu kata Alias dan terus berlalu pergi.
Hamdan masih duduk di mejanya sampul yang diberi oleh Alias dibuka. Ternyata Alias tidak pernah mengecewakan dirinya. Di dalam sampul tersebut terkandung sehelai cek kosong yang sudah siap ditandatangan
Alias.
Hamdan masih lagi menjadi topeng bagi Alias menutup segala sifat buruknya, tanpa sesiapa pun ketahui hal sebenar. Di dalam hati Hamdan sudah terdetik rasa simpati ke atas diri Shuhada namun dia harus akui Alias merupakan sahabat baiknya sejak kecil. Masakan dia sanggup menikam kawannya sendiri hanya kerana ingin menyelamatkan seorang perempuan seperti Shuhada.
Di mata Hamdan, Shuhada adalah perempuan keji yang dikutip Alias untuk dijadikan isteri, maka tidak hairanlah Hamdan masih sudi membantu Alias dalam keadaan sebegitu.
Alias masuk semula ke wad khas Shuhada. Wajahnya masih merah akibat menangis. Tangan Shuhada dipegang erat. Air matanya juga masih mengalir. Tangan Shuhada tidak henti dicium dan rambut Shuhada diusap beberapa kali. Setiap mata yang memandang ketika itu pasti akan menangis dan sebak.
Sabar ya nak, ini dugaan kata Mak Sunti sambil memegang bahu Alias.
Kau tak pergi buat report ke Alias tanya ibu Alias.
Ini bukan kes kecik Alias, nanti kalau mereka datang lagi Mereka bunuh bini kau kau nak Macam mana pula kalau orang lain juga jadi mangsa Alias, benda ni bukan benda kecik. Ya Allah, meremang bulu roma Mak ni Alias.
Betul tu Alias, kau kena panggil media juga beritahu hal ni. Biar polis buat kerja, Kau tak boleh diam diri sahaja. Bini kau teraniaya ni nak, sambung Ayah Alias.
Namun setiap persoalan tidak dijawab. Alias masih tertunduk, tangan Shuhada dicium tanpa henti.
Tak apalah, kami pulang dulu. Apa-apa nanti beritahu sahaja, ya kata Ayah Alias seperti mengalah. mereka bersalaman sebelum berlalu pulang.
Mak Sunti dan Pak Latif masih setia menanti Shuhada membuka mata.
Alias, kau pulang lah dulu. Biar kami pula jaga Shuhada. Kesian kau baru balik kerja. Mesti letihkan Nanti dia dah sedar kami telefon kau suruh datang, ya nak kata Mak
Sunti.
Hatinya simpati melihat Alias yang tabah menati isterinya sedar. Mak Sunti percaya bahawa Alias adalah suami yang baik dan setiap kata-kata Alias adalah benar belaka.
Tak apa Ibu, saya larat lagi. Ibu dan Ayah pulang la dulu. Nanti Shuhada dah sedar saya beritahu, kata Alias tenang, suaranya lemah keletihan.
Berilah kami peluang berbakti pada kau nak kata Pak Latif lemah. Dia seakan-akan masih rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Pada pandangannya Shuhada telah banyak menyusahkan Alias tanpa dia sedar tentang keadaan sebaliknya.
Bukan begitu ayah, saya harap dapat luangkan masa dan saat ini bersama Shuhada.
Kalau begitu kata kau, tak apalah. Kami pulang dulu. Nanti kalau ada apa-apa bagitahu, ya kata Mak Sunti sambil menarik tangan Pak Latif sebagai tanda ingin berangkat.
Alias menghantar ibu bapa mertuanya ke pintu keluar.
Sebelum pulang, Mak sunti sempat
memegang bahu Alias sambil berkata,
Nak, Shuhada tu anak kami, dari kecil tak pernah kami jentik pun. Ibu dan Ayah harap sangat kau buatlah keputusan yang betul. Penjahat tu patut terima hukuman. Ibu merayu sangat pada kamu, buatlah laporan polis. Tolonglah nak, kata Mak Sunti. Air matanya mula membasahi pipi. Suaranya mula kuat teresak-esak.
Alias hanya mengangguk. Setelah Pak Latif dan Mak Sunti hilang dari pandangan Alias terus berjalan menuju ke kantin untuk membeli bubur dan roti dengan niat apabila Shuhada sedar, dapatlah dia menjamah sedikit makanan.
Shuhada membuka matanya. Dilihat keadaan sekeliling. Sunyi. Hanya dia sahaja di situ. Dia tersenyum. Hatinya seakan-akan puas melihat keadaan bilik yang sunyi tanpa siapa-siapa pun.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Matanya dipejamkan semula.
Doktor Hamdan membuka sedikit pintu bilik Shuhada. Apabila melihat Shuhada keseorangan niatnya terus dimatikan. Doktor Hamdan terus berlalu ke bilik pesakit lain, dia tidak mahu dirinya menjadi mangsa Shuhada.
Pada fikirannya Shuhada itu seperti seekor ular betina yang kelihatan cantik pada coraknya. Namun kata-kata dan juga renungan matanya penuh dusta dan tipu daya. Senyumannya seperti seorang pembunuh upahan yang cuba khayalkan mangsa dalam angan sendiri. Sedangkan realitinya Shuhada itu seperti seekor burung pipit yang terkurung di dalam penjara api yang penuh dengan derita dan kesakitan tiada sesiapa yang mengetahui penderitaan Shuhada, dirinya sedaya upaya menutup segala kesalahan suaminya sedangkan suaminya sering bertindak sebaliknya dan sering sahaja mereka-reka cerita untuk memburukkan Shuhada.
Alias naik berjalan ke arah bilik Shuhada kemudian dia terdengar seseorang memanggil namanya. Dipaling ke belakang. Kelihatan Dr. Hamdan sedang menuju ke arahnya. Alias memberi senyuman membalas sapaan.
Kau rupanya, dah check Shuhada
Belum, aku tunggu kau
Lah, kenapa pulak Check je la. Kau ni pun satu la, kata Alias sambil beriring ke bilik sakit Shuhada.
---
Hari ini genap seminggu Shuhada tinggal di hospital, keadaannya semakin pulih. Hamdan sengaja tidak mahu melepaskan Shuhada pulang, hatinya masih ada secebis rasa simpati kepada Shuhada. Dirinya risau jika sesuatu akan terjadi pada Shuhada. Semakin hari, dirinya semakin tertarik dengan Shuhada.
Shuhada bukanlah seperti yang disangka dan lebih berbeza dari apa yang diperkatakan oleh Alias, namun dia tidak mahu bertanya lebih tentang itu. Hamdan cuba untuk menjadi seorang doktor yang professional dalam pekerjaannya.
Macam mana keadaan kamu hari ini kata Hamdan sambil meletakkan jarinya di nadi Shuhada.
Alhamdulillah, Doktor. Makin sihat Cuma saya tak pasti bila agaknya saya boleh pulang tanya Shuhada sambil tersenyum manis.
Hamdan memandang wajah Shuhada, wajah itu tersimpan sejuta rahsia namun dia tidak mempunyai kuasa untuk menyelami jiwa perempuan yang sedang diperiksa itu.
Nanti kalau saya keluarkan cepat takut awak rindu pula nak ke mari lagi, di sini kan ramai yang menjaga. Nurse di sini tidak layan kamu dengan baik ke Cik Puan Shuhada
Kata Hamdan bersahaja.
Saya lebih rindukan rumah tangga saya, doktor. Tanggungjawab saya sebagai isteri. Itu lebih penting,
Kata-kata Shuhada ternyata mengusik hati Hamdan, dia kagum dengan perempuan di hadapannya itu. Walaupun begitu masih ada sikap berhati-hati dalam berbual kerana dia yakin Shuhada seorang perempuan yang pandai berkata-kata.
Setelah selesai memeriksa Shuhada, Hamdan terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Shuhada tertawa melihat gelagat Hamdan, lelaki berusia awal 30-an ini aneh. Dia tahu Dr Hamdan sering melihat dirinya namun kadang-kala Dr Hamdan seperti seekor tikus yang takut melihat manusia.
Tidak lama selepas Dr Hamdan keluar, Alias datang membawa buah-buahan. Tangan Shuhada dicium begitu juga pipi isterinya. Shuhada hanya diam. Hatinya sudah tidak ada rasa simpati langsung kepada Alias. Hari ini seperti ada kuasa baru yang hadir dalam dirinya. Dia benar-benar tekad mahu menuntut kebebasan diri.
Shu sihat tanya Alias lembut.
Lebih sihat kalau kau tak ada dalam bilik ni kata Shuhada sambil memalingkan wajahnya. Jangan cabar aku Shuhada
Shuhada tertawa mendengar jawapan Alias. Wajahnya dipaling semula ke arah Alias. Ditatapnya wajah Alias.
Ceraikan aku.
Kata-kata yang sudah lama ingin diucap akhirnya terkeluar juga. Satu tamparan hinggap ke wajah Shuhada. Wajah Shuhada ditarik ke mukanya.
Kau dengar sini baik-baik, sampai mati pun aku takkan ceraikan kau. Kau faham tak kata Alias, Shuhada merentap tangan Alias yang berada di lehernya.
Jangan cabar aku Alias, jangan cabar aku kata Shuhada sambil tersenyum sinis.
Alias cuba menahan amarahnya, jika bukan kerana dia berada di ruang awam pasti sudah separuh mati Shuhada dikerjakan. Dia cuba bersabar, mencuba selagi mampu.
Terpulang pada awak Shuhada, kasih sayang saya cinta saya tak pernah sikit pun luak. Semuanya untuk awak. kata Alias sebelum berlalu meninggalkan Shuhada sendirian di bilik.
Alias berjalan ke bilik Doktor Hamdan, pintu Doktor Hamdan diketuk beberapa kali. Kemudian apabila mendengar suara Doktor Hamdan membenarkan dia masuk, tombol terus dibuka dan dia duduk di hadapan Doktorr Hamdan tanpa disuruh.
Bila Shuhada boleh keluar
Keadaan dia dah okay, Cuma nak pastikan dia betul-betul okay
Dia dah okay, aku rayu pada kau keluarkan dia hari ini. Tolong
Tapi dia perlu rawatan susulan, keadaan luka dia teruk. Kau pun tahu,
Aku bayar lebih pada kau untuk buat rawatan di rumah, asalkan dia boleh pulang
Kenapa ni Ustaz Kau risau pekerja aku tak jaga dia
Aku mahu tunaikan keinginan Shuhada, dia merayu-rayu untuk pulang. Tak sampai hati ingin kecewakan dia.
Tak apalah kalau begitu, aku akan keluarkan surat dan bil untuk Shuhada keluar wad tapi esok bukan hari ni. Boleh
Baik, terima kasih. Mari pergi makan di kantin,
Aku kerja ni sheikh. Ada ramai lagi pesakit perlu diperiksa,
Kau bos, rilek la. Ramai lagi doktor, kan Minta tolong mereka periksa. Bukan selalu aku mahu belanja orang, kata Alias seakan memancing - Hamdan hanya tersenyum.
Sekali lagi dia meminta maaf, dia benarbenar ingin memeriksa pesakitnya sendiri. Hamdan merupakan majikan yang sangat perihatan pada setiap pekerja dan pesakitnya, kebanyakan masanya dihabiskan di hospital milik keluarganya itu maka tidak hairanlah di umur awal 30-an dirinya masih belum berkahwin.