PAHIT - 10
Aku tidak tunjukkan sedikit pun rasa kasihan. Aku masuk ke dalam bilik mereka dengan kapak. Aku lapah mereka berkeping-keping. Darah terpancut ke dinding di lantai. Darah membasahi aku. .. ada darah di mana-mana.

Aku berjalan keluar dari rumah dan menyorokkan diri di hutan berdekatan. Keesokan paginya, orang gaji menemui mayat-mayat itu. Dia menjerit dan menjerit. Polis datang membuat siasatan. Aku gembira bila mengetahui berita kematian mereka terpampang di setiap akhbar. Memang media kita gemarkan berita ganas dan gore.

Empat puluh hari kemudian, aku keluar dari penyembunyian aku. Wajah aku persis seorang mangsa dari negara selepas perang. Aku berjalan kmenuju balai polis berdekatan dan memberitahu: Saya nak buat laporan polis mengenai kematian dan penculikan.

Aku dah rancang semuanya dengan berhati-hati. Aku akan letakkan semua pertuduhan kepada Malena.

****

Kali pertama aku bertemu dengan Malena adalah pada hari ulangtahun aku. Usia aku baru mencecah 16 tahun.

Malena merupakan pelajar baru di kelasku. Dia duduk bersebelahan dengan aku. Malena seorang yang mesra dan banyak cakap. Pada keesokan harinya, Malena membawa hadiah hari jadi aku.

Kata Malena: Happy belated birthday. Saya harap awak suka hadiah ni.

Ia adalah loket seeokor ikan duyung yang menunggang unicorn. Aku senyum. Aku rantaikan tekap ke dadaku.

****

Malena mahu kami menjadi lebih daripada teman rapat.

Sejak daripada saat saya pandang awak, saya sudah jatuh cinta, kata Malena.

Dia kucupkan bibirnya dekat ke bibir aku. Dan aku sambut ciuman itu. Pada malam itu juga kami menjadi sepasang kekasih.

Malena amat mencintai aku. Dia menulis surat-surat cinta yang mendayu-dayu kepada aku. Dia menulis puisi kepada aku. Dia lukiskan wajah aku. Dia menjadi jurugambar ardent dan aku menjadi subjek nya.

Tanpa awak, hidup saya tak bermakna, ujar Malena.

Malena menyujud tanah yang aku lalu. Tetapi, aku tidak merasakan apa-apa pun daripada dia. Aku dilahirkan hanya untuk mencintai diri aku sahaja. Namun, aku dapat menjadikan Malena percaya yang dia adalah cinta hati aku. Aku perlukan dia. Malena adalah tiket untuk mimpimimpi aku menjadi nyata.

****

Di balai polis, inspektor-inspektor yang bertugas beriyaiya mahu mendegar pengakuan aku. Mereka percaya akan pembohongan yang aku ceritakan. Kata aku: Malena sayangkan saya. Tetapi saya tak. Dia ni psiko yang beriyaiya nakkan saya. Saya dah beritahu dia yang ibubapa saya ni orang alim. Mereka tidak akan restui perhubungan lesbian ini. Perkara ni menjadikan dia mengamuk. Pada malam itu, Malena ceroboh rumah saya. Dia bunuh ibu bapa saya. Dia letakkan pisau di leher saya. Dia paksa saya ikut dia ke hutan. Dia kurung saya di dalam sebuah kabin yang ada dalam hutan itu. Tetapi selepas beberapa minggu, saya berjaya lepaskan diri. Saya terus ke sini.

Aku bawa inspektor-inspektor itu ke kabin di dalam hutan di mana kononnya Malena kurungkan aku. Kabin itu dipenuhi dengan potret-potret aku, gambar-gambar aku, surat-surat cinta dia dan puisi-puisinya. Malena tidak dapat dijumpai. Salah seorang inspektor beritahu: Dia mesti dah lari lepas awak dapat lepaskan diri. Tapi dia tak boleh menyorok dalam hutan ini selama-lamanya. Kami akan menjejaki dia.

Aku tak merasa risau pun. Aku tahu yang Malena tidak akan ditemui. Aku sudah pastikan yang Malena sudah hilang lesap.

****

Sudah masuk lapan bulan sejak aku dan Malena bersama sebagai kekasih. Aku cadang ke dia untuk pergi hiking dan berkhemah di hutan belakang rumah. Kata aku: Untuk lima hari kita akan tidur di bawah cahaya bintang.

Romantikkan

Malena yang aku tahu suka aktiviti luar suka dengan cadangan aku. Dia tidak menyangka langsung yang aku sudah pasang jerat. Kami berjalan sehingga sampai ke sebuah kabin kayu.

Ayah saya buat kabin ni 10 tahun dulu, kata aku.

Ayah kata kabin ni boleh memberi suasana tenang daripada kesibukan dan dapat luangkan masa bersamasama. Dalam masa 10 tahun itu, kami hanya datang ke sini dua kali sahaja. Tempat ini dilupakan dan dibiarkan saja. Kemudian, saya jumpa awak dan semuanya berubah. Saya mula datang ke sini balik. Saya ubah sikit kabin ni. Saya buatkan untuk awak. Kabin ni hadiah saya untuk awak.

Di saat Malena jejakkan kaki ke kabin itu, dia teruja. Hiasannya cantik. Apa yang dia beri aku sebagai hadiah sebelum ini potret, gambar, hadiah dan surat-surat cintanya semua aku tampal di dinding.

Mulai hari ini, kabin ni kita namakannya kabin cinta, kataku.

Malena kucup bibir aku. Kita berasmara atas lantai. Aku tunggu bila Malena tutupkan matanya, aku pergi ke luar kabin. Aku ambil kapak. Aku masuk balik ke kabin dan lapah Malena. Dia menjerit. Tetapi aku tidak tunjuk kasihan pun.

Aku perlu pastikan yang mayatnya itu tidak akan dijumpai. Aku paksakan diri aku untuk lahap dagingnya. Aku bakar tulang-tulangnya sampai jadi abu. Aku campakkan abu ke laut. Aku kemas kabin. Aku pastikan tidak ada sedikit pun kesan darah. Malena tidak lagi wujud.

Aku pulang ke rumah. Aku tunggu malam menjelma. Aku masuk ke dalam bilik di ibu bapa aku dengan kapak. Mereka sedang tidur. Aku tidak tunjuk kasihan sedikit pun. Aku kapak mereka sampai mati.

****

Kisah aku yang begitu tragis itu menjadi berita utama di setiap akhbar di dunia. Semua orang bercerita tentang aku. Setiap media di dunia mahu wawancara aku. Akhirnya, impian aku jadi kenyataan. Aku memang selama ini nak jadi terkenal. Ya dengan bantuan Malena.

Aku nukilkan kisah hidup aku ke dalam buku kisah cinta yang tidak berbelah bahagi terhadap kedua orang tua dan pengalaman ngeri melihat mereka dilapah oleh seorang stalker yang juga merupakan rakan sekelas. Aku jadikan Malena penjahat dan aku orang baik. Jualan buku aku laris seluruh dunia.

Seorang penerbit filem Hollywood telah terbitkan buku aku ke layar perak di mana aktres Jennifer Lawrence memain peranan sebagai aku. Aku hadir ke tayangan perdana buku aku di Los Angeles. Aku dapat peluang untuk berjabat tangan dengan selebriti-selebriti Hollywood. Pengarah menyebut nama aku selepas filem itu ditayangkan ke umum. Semua orang di dalam panggung berdiri sorak. Dengan santunnya, aku bangun dan tunduk tanda penghargaan. Kamera-kamera tidak berhenti mengambil gambar. Aku suka dengan cahaya kamera berkerlipan sambil mengikut ke mana sahaja aku tuju. Aku jadi bintang pada acara itu, bukannya pelakon pemenang Oscar itu, Jennifer Lawrence.

Aku muncu di setiap suratkhabar di Amerika. Aku dijemput sebagai tetamu dalam beberapa rancangan bual bicara di US, dari Oprah hinggalah ke Jay Leno. Dengan tangisan mengalir di pipi selepas mendengar cerita aku, Oprah berkata: Semagat awak memberi kekuatan.

Setmua penonton dalam auditorium bertepuk tangan dengan kuat sehingga aku rasa kalau aku di bulan juga dapat mendengarnya. Perlu untuk Malena mati. Bagi mimpi-mimpi kita menjadi kenyataan, tidak cukup untuk berpeluh dan menangis sahaja. Kita mesti lumurkan darah di tangan.

****

Sepuluh tahun berlalu. Kisah tragik aku sudah menjadi cerita basi. Pihak polis tidak menjumpai Malena. Aku pula sudah berkahwin. Aku berada di hospital. Aku baru sahaja selesai elahirkan seorang bayi lelaki. Suami aku sedang mendukung anak kami sambil bernyanyi-nyanyi.

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah suami aku. Kebahagiaan juga terpancar di wajah aku juga. Sudah tentu, aku dan suami aku bahagia atas sebab yang berbeza. Suami aku bahagia sebab dia sudah bergelar bapa. Aku pula bahagia kerana anak, aku akan menjadikan kembali terkenal.

Aku akan rencanakan semuanya dengan berhati-hati. Aku akan beritahu selruuh dunia bahawas Malena yang psiko itu datang kembali ke hidup aku. Malena terkejut mendapat tahu yang aku sudah berkahwin Malena mahu membalas atas tindakan aku melupakan dia Jadi, Malena menculik dan bunuh anak aku dengan cara yang amat zalim.

Tidak ada apa yang akan menggegarkan dunia tatkala melihat gambar seorang ibu menangis di atas mayat bayinya. Dunia akan terkejut dengan tragedi ini nanti. Dunia tidak akan memaafkan Malena yang serupa syaitan. Dunia akan mendesak pihak berkuasa untuk mencari Malena yang psiko ini dan humbannya ke dalam penjara walau apa pun berlaku agar dia tidak akan memberi apaapa kegusaran kepada aku. Sudah tentu, Malena tidak akan dijumpai. Malena sudah berada di dalam aku. Aku kan dah makan dia.

Aku sudah dapat melihat di mana kisah ini akan menuju. Sebuah buku bakal diterbitkan lagi dan kali ini pihak penerbitan mahukan aku untuk ceritakan kepada dunia tentang perasaan seorang ibu yang kehilangan anak Aku dapat melihat seorang produser filem Hollywood mahu menjadikan naskah buku aku ke layar perak Aku dapat melihat diri aku menghadiri tayangan perdana cerita daripada buku aku di Los Angeles Aku dapat melihat orang ramai berdiri bersorak selepas menonton filem itu nanti aku dapat melihat pancaran cahaya kamera bertaburan hanya untuk menangkap foto aku Aku dapat melihat aku akan dijemput untuk bercakap tentang pengalaman pahit semasa wawancara-wawancara program tv di serata Amerika. Siapa tahu, aku akan bertemu dengan Oprah lagi.

Aku tidak dapat sabar untuk menjadi terkenal semula. Penting untuk anak aku ini mati. Bagi mimpi-mimpi kita menjadi kenyataan, tidak cukup untuk berpeluh dan menangis sahaja. Kita mesti lumurkan darah di tangan.