Mencari Kiblat Cinta - 10
Kalau macam tu, Nira pergi makan. Nanti dah habis kerja, ayah jemput Nira dekat kafe. Usul Profesor Adnan. Gadis itu hanya mengangguk tanda setuju. Mereka berpisah di hadapan bilik lelaki itu.

Dia menyuap sekeping sandwich tuna ke mulutnya dengan lahap sambil membaca sebuah buku. Ralit dia membaca sehingga tidak sedar, hujan rintik mula turun di luar. Dari sekadar rintik-rintik kecil, deraian hujan semakin lebat.

Matanya dikalihkan dari isi kandungan buku. Tulang belikatnya mula kedinginan, memaksa dia mendongak memandang langit yang nampak gelap. Aduh! Hujan pulak! Macamana ni

Cepat-cepat dia menyudahkan suapan. Jam di pergelangan tangannya dikerling. Jarum jam hampir menunjukkan pukul lima petang. Bermakna sudah hampir dua jam dia menanti di kafeteria yang kelihatan lenggang.

Hello, umi yaNira dekat kampus dengan ayah. Kejap lagi kami balik. Ujarnya apabila ibunya menghubunginya petang itu. Selesai bercakap-cakap dengan ibunya, dia segera menamatkan perbualan. Tergerak hatinya mahu menghubungi ayahnya pula. Matanya terasa letih mahu terus membaca. Dia hanya ingin berkejar pulang ke rumah setelah sehari suntuk berada di sekolah yang tidak jauh dari kawasan kampus tempat ayahnya bekerja.

Beberapa kali mencuba, panggilannya tidak bersambut. Dahinya berkerut. Hairan! Kenapa ayahnya tidak menjawab panggilannya Dia mencuba sekali lagi, namun kali ini cubaannya juga gagal. Hatinya mula dilanda kerisauan. Tergerak hatinya mahu mencari lelaki itu di bilik. Mungkin ayahnya terlalu sibuk sehingga tidak perasan dengan panggilan telefon yang dibuatnya.

Danira melangkah deras menuju ke pejabat ayahnya. Sampainya di muka pintu bilik lelaki itu, dia berpapasan dengan seorang lelaki yang kebetulan baru keluar dari bilik di hadapannya. Dia berpaling ke arah lelaki itu. Lelaki berambut tocang berwarna putih itu, turut memandangnya.

Mata Danira tertumpu ke arah tatoo berbentuk naga di bahu kiri lelaki itu. Menyedari mata si gadis lebih tertarik pada tatoonya, lelaki itu mendengus kasar. Serentak langkahnya disusun deras ke suatu arah sehingga menghilang dengan cepat.

Dia memerhatikan sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan. Wajahnya berkerut. Siapa lelaki tu Kawan ayahkah Tapi sejak bila ayah berkawan dengan lelaki bertatoo naga itu

Dia kembali menumpukan perhatian pada tujuan asal kedatangannya. Pintu di hadapannya diketuk perlahan. AyahAyah ada kat dalam Panggilnya berulangkali. Dia memasang telinga sesaat dua. Anehnya tidak ada apa-apa bunyi kedengaran dari dalam bilik tersebut.

Sedar tak sedar, dia sudah menolak daun pintu dihadapannya. Namun sebaik terpandang timbunan kertas-kertas yang bersepah di hadapan matanya, wajahnya segera berubah. Keadaan bilik ayahnya berselerak bagaikan baru dilanda garuda. Hatinya mula digamit perasaan tidak enak. Setahunya ayahnya pengemas orangnya. Malah lelaki itu tidak suka bekerja dalam suasana yang kotor seperti ini.

Meja kerja ayahnya didekati perlahan-lahan. Namun melihat sekujur tubuh terbaring di belakang meja, dia terkejut besar. Ya ALLAH!

Ayah! Teriaknya cemas. Dia pantas mahu menerpa ke arah lelaki itu. Tapi langkah kakinya mendadak terhenti. Dadanya berombak kencang. Sebilah pisau yang tercucuk di dada lelaki itu ditatap dengan wajah pucat lesi. Kepalanya mula berpinar-pinar. Pandangannya mula berbalam dan kelam.

AYAH! Jerit Danira sekuat hati. Dia bingkas bangun dari pembaringan. Nafasnya tercungap-cungap tidak keruan. TUHAN! Mimpi apakah yang KAU berikan kepadaku saat aku mahu melupakan semuanya Peristiwa itu terlalu perit mahu dibongkar semula dari helaian ingatannya. Terlalu pahit rasanya dia mahu menanggung semua ini.

Gelas air masak di tepi katil dicapai lalu dihirup dengan rakus. Sambil memegang gelas yang sudah kosong, matanya memerhatikan ruangan bilik tidurnya. Baru dia teringat yang dia kini berada di taska milik Kamila. Bukan di bilik kerja ayahnya yang sering dihabiskan waktunya semenjak dia masih bersekolah. Bukan juga di sel penjara yang dihuninya sejak enam tahun yang lalu. Dia mengguman resah sambil menyapu peluh renek di dahi. Ingatannya bertebar lagi.

Maaf, suami puan disyaki dibunuh. Boleh saya tahu kalau-kalau Profesor Adnan ada musuh Lelaki berpakaian uniform kemas itu bertanya. Dia mendongak wajahnya ke arah uminya yang nampak pucat. Hampir kering airmata wanita itu kerana menangisi kematian suami tercinta. Dia tahu perasaan uminya tertekan. Lagi-lagi dengan kejadian yang tidak diduga begini.

Maaf kerana saya bertanya begini, tapi saya hanya menjalankan tugas. Siapa pun orang yang melakukannya, kami berjanji akan membawanya ke muka pengadilan. Ujar lelaki itu. Namun ibunya masih tidak memberi sebarang reaksi.

Adik mata anggota polis itu kini tertumpu pula ke arahnya. Dia tergamam. Uminya juga sudah memandang ke arahnya.

Pegawai polis itu tunduk sedikit ke arahnya. Pakcik cuma nak tahu kalau-kalau semasa kejadian, ada tak adik perasan apa-apa yang aneh berlaku di tempat tu Contohnya ayah adik pernah bercakap dengan siapa Atau ada sesiapa yang berjumpa dia ketika itu Apa sahaja yang adik ingat Soal lelaki itu.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Danira akan menjawab soalan yang diajukan oleh anggota polis tersebut