Elly, apa khabar sekarang
Itulah soalan pertama yang diajukan oleh Doktor Haris di pertemuan pertama mereka. Doktor itu amat gembira sekali kerana sudah puas dipujuk rayu, akhirnya Elly bersetuju juga untuk keluar makan malam bersama dengannya. Namun, pertanyaan itu hanya dibiar sepi oleh Elly. Elly tidak mahu mengganggu kelancaran Doktor Haris untuk menitip bicara awal untuk mereka.
Mak Cik Markonah macam mana Dia sihatkah Oh ya, maafkan saya sebab terpaksa serahkan mak cik untuk diperiksa oleh doktor lain, semasa appointmentnya tempoh hari. Saya ada urgent case hari itu. Sehari suntuk saya berada dalam bilik pembedahan.
Pada hari itu, Elly benar-benar kecewa. Dalam berasa teruja sekali ketika membawa ibunya ke hospital untuk pemeriksaan perubatan tempoh hari. Namun, setibanya di hospital, pihak yang bertugas sebagai pendaftar pesakit hari itu, memberitahunya yang Doktor Haris tidak ada untuk merawat ibunya.
Hati Elly begitu berbunga sekali sebelumnya, terus hampa dan hancur. Doktor yang berjaya mencuri hatinya, tidak mungkin ditemuinya hari itu. Namun, dia tidak menyalahkan Doktor Haris. Elly tahu bahawa masa yang dimiliki oleh doktor itu umpama ubat, yang sentiasa dikejar oleh pesakitnya. Doktor Haris yang juga berasa kecewa dengan kegagalan temujanji mereka di hospital itu, cuba untuk mempelawa Elly keluar selepas itu. Namun sering ditolak dengan alasan. Elly bukan tidak sudi, namun kesibukannya membatasi segalanya. Akhirnya, setelah seminggu mencuba, Elly bersetuju juga untuk bertemu janji dengannya. Dan kesempatan ini adalah peluang terbaik untuk Doktor Haris meluahkan hasrat hatinya kepada Elly. Hasrat yang sudah lama dipendamkan untuk memastikan pujaan hati menjadi permaisuri yang bakal bertakhta di hati. Mak sihat, alhamdulillah, ujar Elly yang akhirnya memecahkan kebisuannya. Apabila mata bertentang mata, hanya renungan yang membisikkan kata-kata. Lidah pula menghindar untuk bertutur kerana mulut terkatup dengan rapatnya. Hanya hati yang memperlihatkan kesungguhan. Sepasang kumbang dan bunga bercerita dalam pandangan dengan nada berbisik di hati. Haris, walau apa pun yang awak nak cakapkan pada saya, saya harap sangat ianya tak mengambil terlalu lama masa saya. Saya ada ibu yang menunggu saya di rumah. Ini pun, nasib baik saya boleh tinggalkan mak saya sebentar di rumah Alyssa. Tapi, saya dah berjanji dengannya untuk pulang cepat.
Doktor Haris amat mengerti dengan komitmen yang Elly ada itu. Malahan, dia rasa begitu bertuah sekali kerana Elly sudi juga keluar dengannya, dan mengenepikan sementara ibunya yang tidak berapa sihat itu. Namun, dia sendiri sudah berjanji pada dirinya agar tidak terlalu menuntut masa yang panjang dari Elly.
Jangan bimbang, Elly. Saya cuma perlukan sebentar saja dari masa awak. Sebenarnya, saya nak serahkan benda ini kepada awak.
Doktor Haris menghulurkan satu kotak kecil yang cantik dan berwarna merah hati ke hadapan mata Elly.
Apakah ini hati Elly mula membisik.
Renungan tajam Doktor Haris seolah-olah mengarahkan Elly untuk membuka bungkusan itu. Perlahan-lahan, Elly mengambil kotak tersebut, lalu dibukanya. Namun, dia terkejut apabila mendapati di dalamnya ada sebentuk cincin emas putih bertatah pemata biru yang cukup cantik sekali. Hatinya terpegun melihat hadiah itu.
Kini, mula timbul kesangsian di hati Elly. Adakah cincin itu merupakan hadiah untuknya atau sebagai satu petanda lamaran Walau apa pun alasannya, Elly merasakan masih belum pantas untuknya menerima hadiah seeksklusif itu dari seorang jejaka bernama Doktor Haris. Dia tidak mahu mereka sama-sama keliru dengan tujuan hubungan yang sedang berjalan itu.
Saya harap, awak faham maksud cincin tu. Saya tak bijak untuk menyusun kata-kata puitis untuk gadis yang saya puja. Tapi, saya berharap sangat agar awak tidak menafikan maksud hati saya.
Adakah ini suatu permintaan pula Elly benar-benar keliru dengan maksud itu. Elly percaya, ada keikhlasan yang terselit di sebalik hadiah itu. Namun, dia tidak mampu menjanjikan apa-apa. Bimbang juga bila berjanji, kerana takut ianya tidak mampu untuk dikotai.
Haris, saya rasa saya belum pun berikan apa-apa kata putus pada awak. Jadi, apa maknanya ini semua Saya minta maaf sebab saya tak boleh terima cincin ini. Saya belum bersedia lagi ke arah itu.
Sebenarnya, sebelum saya buat keputusan untuk menyerahkan cincin ini kepada Elly, saya telah fikir semasak-masaknya. Saya langsung tak marah, sekali pun awak menolak cinta saya, kerana saya percaya pada ketentuan jodoh. Tapi, tak salahkan, kalau saya berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang saya suka ujar Doktor Haris.
Bukannya Elly tidak sudi. Malahan, hatinya melonjak-lonjak untuk berlari kepada lelaki itu dan menagih cintanya. Alangkah bertuahnya dirasakan bila dirinya dicintai oleh bukannya calang-calang lelaki. Malahan, lelaki itu adalah seorang doktor yang begitu besar jasa dan pertolongannya pada Elly sebelum ini. Akan tetapi, kebatasan pada masa dan komitmen, menghalang cintanya. Apa lagi, apabila Elly sedar yang Doktor Haris benar-benar ikhlas dalam mencintainya.
Haris, kalau saya tidak menerima cincin ini sekarang, bukannya bermakna saya tak suka ataupun menolak cinta awak, tau. Saya tahu awak baik dan jujur dengan maksud hati awak. Cuma, saya perlu ruang untuk bernafas setelah puas meredah segala kecelaruan sebelum ini. Tolong, berikan saya sedikit masa.
Elly menghulurkan semula cincin itu kepada Doktor Haris dengan tertibnya. Dia tidak mahu doktor itu meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepadanya. Kalau kecewa, pastinya dia akan merana. Bukan mudah meneruskan perjalanan setelah terkandas di perhentian yang pertama. Namun, Doktor Haris menyorongnya kembali kepada Elly.
Elly, awak simpanlah dulu cincin ini. Sarungkan ke jari awak, bila awak sudah bersedia nanti. Tetapi, andainya awak tertutup hati untuk menerima saya, anggaplah ianya sebagai suatu hadiah yang ikhlas dari saya, sebagai seorang sahabat. Sekurang-kurangnya, awak akan bawa cinta saya ke mana saja awak pergi.
Elly terkedu. Tiada kata-kata untuk dibalas bicara. Simpati pada Doktor Haris menghurungi benaknya yang sampai hati menghampakan lelaki tersebut buat kali ini.
Cuma satu saja yang saya hendak tahu dari awak, Elly. Awak sayangkan saya atau tidak sambung Doktor Haris dengan harapan yang tinggi.
Elly tidak berani menjawab, lalu tertunduk malu. Namun, Elly sempat menganggukkan kepalanya. Doktor Haris senyum ria. Anggukan itu sudah cukup untuk melegakan perasaannya. Sesungguhnya, itu adalah suatu kepastian kepada jawapan yang amat diharapkan olehnya. Sekurang-kurangnya, dia masih boleh menyimpan harapan. Dan kini, dia tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Elly, mulai malam ini, saya akan anggap awak sebagai kekasih saya. Saya akan sayang awak, rindu awak, ingat awak dan beri perhatian pada awak. Apa sahaja anggapan awak pada saya sekali pun, itu semua terpulang pada awak, akui Doktor Haris.
Elly serba-salah. Tidak adil rasanya membiarkan luahan perasaan dari sebelah pihak sahaja. Sedangkan pihak yang satu lagi turut punya rasa yang serupa. Apakah dengan memendam akan menjadikan Elly lebih selesa dengan rahsia hatinya Sampai bila dia harus mengunci hatinya dari merelakan kehadiran Doktor Haris untuk menghuninya Akhirnya, Elly sedar yang rasa itu tidak mungkin padam kerana terlanjur menyintai biarlah sampai kepada matlamatnya.
Sebenarnya, saya juga ikhlas sukakan awak. Saya boleh anggap awak lebih dari itu. Saya boleh jadi teman dan juga kekasih awak. Tapi saya harap, awak bersabar dulu, ya. Mengenai cincin ini, saya akan pakai bila tiba masanya nanti, ucap Elly, ikhlas.
Senyuman bahagia terukir manis di bibir doktor kacak itu. Walaupun reaksi wajah Elly tidak seserius pengakuannya, namun Doktor Haris yakin bahawa hati Elly telah tersimpan untuknya. Malahan, Elly telah terlebih dahulu mengunci hatinya jauh di lubuk yang paling dalam. Bukan niatnya untuk mendesak. Luahan hati dari sang bunga sudah cukup melegakan perasaannya yang bergelodak sebelum itu.
Terima kasih. Walaupun ringkas, tapi saya bahagia. Nampaknya malam ni, saya boleh tidur dengan lena. Biarlah Allah sahaja yang melakukan kerja-Nya. Saya berdoa agar aturan Allah adalah menyatukan kita berdua. Sekali lagi, saya sangat mencintai awak.
Elly terkesima. Tiada apa yang lebih indah dalam hidupnya sekarang, selain dari ungkapan keramat sakti dari mulut buah hati pengarang jantungnya itu. Harapan Elly juga sama. Semoga rasa cinta ini akan bersatu dalam hubungan yang lebih kukuh untuk menginjak diri ke syurga bersama kelak.
Sesudah usai makan malam, Doktor Haris dan Elly berjalan beriringan ke tempat meletak kenderaan. Namun, naluri Doktor Haris memujuknya untuk cuba memimpin tangan Elly ketika berjalan. Tanpa berfikir panjang, Doktor Haris mengikut sahaja kehendak nalurinya itu dan terus menggenggam tangan Elly untuk diiring bersama. Yang peliknya, perbuatannya itu langsung tidak mendapat tentangan dari yang empunya badan. Elly seperti merelakan sahaja perlakuan itu, malahan dia senang diperlakukan sedemikian.
Elly, saya berjanji yang saya tak akan cintakan perempuan lain lagi. Hanya awak saja yang layak untuk saya. Saya akan terima segala kebaikan dan keburukan awak. Tolonglah terima saya untuk menghuni taman hati awak.
Elly berasa sangat terharu dengan rayuan itu. Doktor Haris sanggup melutut di hadapannya demi menagih cintanya, laksana sang romeo merayu julietnya. Terlalu sejati perlakuannya. Elly dapat melihat kasih sayang yang lahir dari mata hati Doktor Haris. Tidak sanggup rasanya menolak cinta suci dari seorang lelaki yang ikhlas seperti Doktor Haris.
Haris, tolong jangan buat macam ni. Malulah, orang tengok.
Biarlah satu dunia menyaksikannya, saya hanya nampak awak seorang sahaja.
Elly segera menarik tangan Haris untuk memaksanya berdiri semula. Tidak layak rasanya bagi seorang doktor, jika dilihat oleh pesakitnya yang mungkin lalu-lalang di situ.
Saya minta maaf, kalau kehadiran saya telah banyak menyusahkan awak. Awak telah melakukan terlalu banyak perkara untuk saya. Awak tolong rawat mak saya, uruskan pemergian mak ke Jerman, uruskan rawatan lanjutan di Kuala Lumpur. Sekarang ni, awak nak mengabadikan diri awak untuk saya pula Saya rasa bersalah sangat, sungut Elly, tidak sedap hati.
Tidak Elly, saya benar-benar cintakan awak.
Ianya tak ada kena-mengena dengan mak awak langsung. Tolong jangan fikir yang awak terhutang apa-apa dengan saya. Saya setia menunggu awak sampai bila-bila pun. Andaikata, awak tak suka dengan saya, awak pergilah jauh dari saya, sebab saya tak akan tinggalkan awak sama sekali, akui Doktor Haris lagi.
Kali ini, Elly pula seakan-akan sebak mendengarkan kata-kata Doktor Haris itu. Mengapakah dia perlu menyatakan sedemikian Adakah dia kurang yakin yang perasaan Elly juga benar-benar ikhlas kepadanya
Jangan cakap macam tu, Haris. Saya janji yang saya tak akan tinggalkan awak sampai bila-bila. Seluruh cinta dan jiwa saya adalah untuk awak. Saya tak akan benarkan mana-mana lelaki pun menyentuh saya, kecuali awak. Andainya ditakdirkan ada badai yang merintangi kita, saya tetap menyatakan pada diri saya yang saya milik awak untuk selama-lamanya.
Elly lantas mengeluarkan semula cincin yang diberi oleh Doktor Haris sebentar tadi. Dengan sendirinya, dia menyarungkan cincin tesebut ke jari manisnya, sebagai memeterai sumpah janjinya tadi. Doktor Haris terkejut, terkedu dalam senyuman.
Simbolik Elly seolah-olah mahu memberitahu Doktor Haris bahawa dia sedang merasmikan hubungan antara mereka. Biarlah bulan dan bintang yang menjadi saksi penyatuan dua hati ini. Tidak sanggup rasanya hati Elly membiarkan perasaan Doktor Haris tergantung tanpa keputusan rasmi darinya.
Doktor Haris berasa cukup gembira sekali. Perasaan yang meruntun di hatinya selama ini, turut sama dirasai oleh Elly. Maknanya, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Cuma sikap malu dan ragu-ragu yang menjadi sempadan sementara untuk mereka meluahkan rasa. Mereka berharap agar jodoh mereka bakal kesampaian untuk disimpul rapi menjadi satu
Hai, manalah budak bertuah ni, katanya sekejap saja, sungut Mak Cik Markonah bila mendapati Elly tidak juga pulang-pulang selepas sebegitu lewat.
Alyssa yang sedang menemani Mak Cik Markonah di ruang tamu rumahnya hanya tersenyum mendengar bebelan orang tua itu. Alyssa mengerti akan kerunsingan wanita itu yang terpaksa melepak sebentar di rumahnya sementara menunggukan kepulangan Elly.
Alah, berilah dia masa, mak cik. Banyak perkara yang dia nak bincangkan dengan Doktor Haris tu, kut. Lagi pun, mereka kan dah lama tak jumpa, ujar Alyssa pula.
Mak cik tak kisah sangat, cuma mak cik tak sedap hati. Mak cik dah menyusahkan Lyssa sebab ditinggal-tinggalkan di sini. Mak cik dah cakap pada Elly tadi, yang mak cik boleh tinggal sendirian di rumah. Tapi, dia tak percaya.
Mestilah dia bimbang kalau mak cik tinggal sendirian di rumah. Buatnya mak cik jatuh ke, pengsan ke, pitam ke, siapa nak jawab semua tu
Lagi pun, apalah salahnya mak cik duduk kejap di rumah Lyssa ni. Bolehlah temankan Lyssa borak-borak, ujar Alyssa.
Mak Cik Markonah tahu yang Alyssa tidak kisah dengan kehadirannya itu. Tetapi, sebagai orang tua, dia tentulah berasa tidak selesa berada di rumah orang. Kalau di rumah sendiri, bolehlah dia tidur atau baring tanpa perasaan segan terhadap sesiapa.
Assalamualaikum...
Tiba-tiba, Elly muncul di muka pintu besar dengan senyuman hingga ke telinga. Antara rasa gembira dan bersalah kepada ibunya yang lama ditinggalkan di rumah Alyssa itu, Elly tidak pasti untuk mengekspresikan yang mana satu. Namun, yang paling nyata, memori malam itu adalah yang paling indah dalam hidupnya.
Ha, dah balik pun budak bertuah ni. Ke mana adik pergi, sampai lewat begini baru balik Segan mak pada Alyssa ni. Tak pasal-pasal, menyusahkan dia saja, sungut Mak Ck Markonah, tak habis-habis lagi.
Dia tak ke mana, mak cik. Dia pergi jumpa romeo dialah tu, senda Alyssa.
Sorry sangat sebab balik lewat. Alyssa, terima kasih ya, sebab tolong tumpangkan mak aku di rumah kau ni, ujar Elly dengan nada kesal.
Belum sempat pun Elly meminta diri untuk membawa ibunya pulang, Mak Chom datang menatang teh panas buat mereka. Dia tahu, semua
wanita yang berada di situ sedang kering tekak sebab terlalu banyak berbual tadi. Menyesal pula rasanya Mak Chom, kerana kesibukannya tadi, dia terlupa untuk meraikan kedatangan mereka. Apa lagi untuk melayani Markonah yang hampir seusia dengannya.
Hai, takkan nak balik dah, Cik Elly. Duduklah minum teh ni dulu, pelawanya.
Mak Chom kemudiannya memandang pada Markonah, lalu berkata, Kak Markonah, tadi kan ada cakap nak tengok cadar cross-stitch saya yang dah siapkan tu Ha, marilah kita ke bilik saya dulu. Boleh saya tunjukkan.
Mak Cik Markonah terus bangun dan menuruti sahaja langkah Mak Chom sehingga ke biliknya. Dia langsung tidak memperdulikan anaknya Elly yang termangu-mangu di situ. Barangkali, dia merajuk dengan Elly kerana pada pendapatnya, Elly sengaja pulang lewat. Begitulah hati orang tua. Walaupun tidak marah, namun kecil hatinya tetap terusik.
Laamak ni, takkan marah sebab aku balik lambat. Engkau tengoklah tu beb, dia buat tak tahu saja dengan aku, sungut Elly pula.
Alyssa hanya tersenyum melihat kerenah dua beranak itu. Sebenarnya, dia ada juga perasaan untuk bertanya ke manakah Elly pergi sehingga pulang lewat dari yang dijanjikan kepada ibunya, namun dia melupakannya sahaja. Apa lagi apabila dia terlihat akan cincin yang tersarung di jari manis Elly. Pastinya ada sesuatu yang indah sedang terjadi dalam hidup sahabatnya itu.
Nampaknya, engkau lewat malam ni bersebab, kan Cincin di jari engkau tu menceritakan segala-galanya.
Elly terkedu seketika. Dia tidak menyangka, Alyssa begitu cepat menangkap perubahan pada dirinya. Sememangnya sejak dulu lagi, Elly tidak mampu untuk merahsiakan apa-apapun dari Alyssa. Alyssa lebih bijak membaca lengguk perlakuan sahabatnya itu. Bila sudah terperangkap dengan Alyssa, maka Elly kenalah bersiap sedia untuk menjawab segala soalan cepumas dari sahabatnya itu.
Aku pun tak tahu, mengapa aku boleh terima cincin ni, beb. Kerja gila, kan
Ini bukan kerja gila, tapi ini kerja Tuhan. Dia yang menemukan kamu berdua dan mengikat hati masing-masing. Aku tengok, doktor tu memang serius dengan engkau. Aku percaya, dia sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan engkau. Engkau beruntung tau. Susah nak cari lelaki yang pengasih dan prihatin macam Doktor Haris tu dalam zaman serba moden ni.
Pengasih dan prihatin macam Tuan Fahreen, kan celah Elly.
Air muka Alyssa berubah serta-merta apabila Elly menyebut nama suaminya itu. Bagaimana Elly boleh yakin yang Tuan Fahreen tergolong dalam kategori lelaki yang diperkatakan Elly itu Sedangkan sebagai isteri, Alyssa juga masih sangsi dengan kejujuran dan keikhlasan Tuan Fahreen. Apa lagi, setelah apa yang dia dan Tuan Fahreen alami sejak akhir-akhir ini.
Alyssa terus menyepikankan dirinya di kamar, sebaik sahaja Elly dan ibunya pulang malam itu. Tuan Fahreen pula pulang agak lewat kerana perlu membereskan beberapa perkara perihal kerjanya. Hubungan dingin antara mereka, telah menjarakkan lagi kemesraan antara Alyssa dan suaminya itu.
Assalamualaikum, Mak Chom, ucap Tuan Fahreen kepada orang tua yang masih tetap setia menunggu kepulangannya itu dari dahulu hingga malam itu.
Walaikumsalam. Lambat Tuan balik malam ni
Banyak sangat kerjalah, Mak Chom. Alyssa mana soal Tuan Fahreen apabila dia tidak melihat kelibat isterinya itu.
Puan Alyssa baru saja naik ke atas. Tadi, dia sibuk melayan Elly dan ibunya yang baru saja balik. Rasa-rasanya dia tak tidur lagi, kut. Tuan dah makan Kalau belum, Mak Chom boleh siapkan.
Tak apalah Mak Chom, saya tak lapar. Saya naik dulu.
Mak Chom dapat menghidu, ada kelainan sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu. Kedinginan pasangan itu, menceritakan segala-galanya. Namun, dia sendiri tidak tahu, malahan tidak tergamak untuk bertanya. Mak Chom mengenali Tuan Fahreen sejak lahir tahu bahawa lelaki itu cukup kuat menyimpan rahsianya. Apa lagi, kalau ianya bersangkutan dengan kehidupan peribadinya. Kerana itulah, Mak Chom tidak akan bertanya. Akan tetapi, jika Tuan Fahreen sudi mengongsikannya, dia juga sudi untuk menjadi pendengar yang setia.
Tuan Fahreen tidak berselera untuk makan, walaupun perutnya begitu lapar sekali ketika itu. Dia belum menjamah sebarang makanan sejak dari tengah hari lagi. Dia berasa sungguh terkilan kerana Alyssa sudah tidak semesra dahulu lagi. Sehingga ke hari ini, punca Alyssa bersikap sedemikian terhadapnya, masih lagi misteri. Alyssa tidak mahu langsung memandang muka suaminya itu, apa lagi untuk membincangkan masalah bersama.
Kenapalah kau buat aku begini, Alyssa Cinta yang suci ini kau ragui. Hati yang tulus ini, kau nafikan. Di manakah salahku sebagai seorang suami Tergamak kau membiarkan aku berteka-teki dalam mogok kasihmu. Alyssa, terseksa jiwa dan ragaku dengan perlakuanmu ini. Kasihanilah jiwa yang sentiasa menyintai dan menyayangimu ini, tanpa ragu-ragu lagi, desir Tuan Fahreen yang gelisah, di dalam hatinya.
Namun Alyssa pula, lebih rela menelan masalahnya sendirian. Dia merasakan seolah-olah kehadirannya di rumah besar itu sebenarnya tidak diperlukan oleh Tuan Fahreen lagi. Bagi Alyssa, Tuan Fahreen hanya mahu menjaga martabatnya sebagai lelaki terhormat semata-mata. Kerana itulah dia masih menyimpan Alyssa sebagai isteri. Walau bagaimanapun, itu hanya andaian Alyssa sahaja.
Andaian yang membuatkannya tidak tidur malam dan menyeksa jiwanya sendiri, dan juga suaminya.
Bunyi tapak kaki Tuan Fahreen yang menghampiri kamar tidur, menyentakkan Alyssa dari lamunannya. Alyssa sedar yang suaminya itu sudah pulang. Jika Tuan Fahreen mendapati Alyssa masih berjaga, pastinya dia akan menggunakan kesempatan itu untuk memaksa isterinya itu untuk berterus-terang kepadanya. Maka, Alyssa terpaksa buat-buat tidur supaya tidak perlu bersemuka dengan suaminya itu.
Tuan Fahreen yang baru memasuki kamarnya, berasa kecewa melihat kecenderungan Alyssa untuk mengelakkan dirinya. Malah Tuan Fahreen tahu yang isterinya itu berpura-pura tidur kerana enggan berbicara dengannya. Namun, sebagai suami, Tuan Fahreen rasa dia perlu meluahkan apa yang terpendam di hatinya, lanjutan dari masalah itu. Tuan Fahreen tidak sanggup lagi diperlakukan seperti tunggul oleh isterinya sendiri. Jika benar dia perlu mempertahankan dirinya, dia harus meluah rasa dengan segera.
Tuan Fahreen duduk di tepi katil, merenung tubuh isterinya yang berbaring dengan membelakanginya. Dia begitu terasa hati sekali. Tiada lagi kemesraan dan senyuman manis Alyssa menyambut kepulangannya. Yang ada, hanya rasa kaku yang sering bertamu.
Sayang, sejak abang dilahirkan hinggalah sekarang, abang hidup dengan pelbagai kenangan pahit. Abang telah kehilangan ramai orang yang penting dalam hidup abang. Abang sudah kehilangan ibu, ayah, atuk, Pak Cik Rahim dan Maryam. Mereka semua adalah orang-orang yang abang sayang.
Kata-kata Tuan Fahreen terhenti seketika. Sebak rasa hatinya untuk teruskan bicara. Namun, demi satu kebenaran, dia perlu meneruskan juga.
Selepas dari itu, abang rasa takut untuk menyayangi seseorang, sebab abang fikir yang Tuhan akan ambil orang yang abang sayang itu. Sehinggalah abang bertemu dengan sayang.
Tuan Fahreen tersenyum seketika, mengeangkan detik indah itu.
Dan, ketika sayang muncul dalam hidup abang, abang sentiasa berdoa kepada Allah, supaya jangan ambil sayang dari abang. Sudah sekian lama hati abang kesepian dan abang tak sanggup lagi untuk menempuh keadaan itu. Terlalu banyak taman-taman dalam hati ini, yang abang luangkan untuk sayang. Hanya sayang sahaja yang boleh melukiskan cinta menggunakan berus-berus kasih yang penuh dengan keajaibannya yang tersendiri. Dan hanya sayang seorang saja yang berhak untuk menghuni dan bermain-main di dalamnya.
Alyssa mulai tersentuh. Adakah itu luahan atau kelepasan perasaan. Namun, dalam diam, dia tetap akan terus mendengar.
Tapi tolonglah sayang, jangan mainkan perasaan abang sampai begini sekali. Abang tak sanggup dipinggirkan dari hati sayang. Kita bagaikan terpisah dalam mahligai yang indah ini, walaupun kita sebilik dan sekatil. Sayang dah buang abang yang pada hakikatnya berada terlalu dekat dengan sayang. Sayang boikot cinta abang, kerana kesalahan yang abang sendiri tidak tahu bila abang lakukannya. Adilkah itu
Hati Alyssa mula terdetik rasa kesal. Kesal kerana tidak memberikan peluang untuk suaminya mempertahankan diri. Adakah adil hukumannya pada suaminya itu
Sekurang-kurangnya, berilah kesempatan kepada abang untuk mempertahankan diri abang sendiri. Sayang seolah-olah telah menjatuhkan hukuman terhadap abang sebelum mengheret abang ke muka pengadilan. Tetapi abang tak kisah akan semua tu, sebab abang rela dipenjarakan di dalam penjara kasih sayang. Hukumlah abang sayang, seberapa lama yang sayang suka. Abang reda sahaja.
Cuma satu sahaja yang abang nak beritahu dengan seikhlasnya kepada sayang. Abang sayangkan sayang, kelmarin, hari ini, esok dan selama-lamanya, hingga ke syurga. Tolong hapuskan segala syak wasangka sayang yang hanya akan menyeksa kasih sayang kita berdua. Tolong percayakan abang lebih dari sayang percayakan orang luar atau seseorang yang sayang kurang kenali. Kita harus percaya-mempercayai antara satu sama lain kerana dengan kekuatan kasih kita sajalah, segala musuh percintaan kita dapat dihapuskan. Abang percayakan sayang sepenuh jiwa abang. Tak bolehkah sayang pun berbuat sedemikian juga
Soalan yang ditingalkan oleh Tuan Fahreen itu menusuk sehingga ke jantung sanubari Alyssa. Dengan tidak disangka-sangka, air matanya mengalir kesedihan. Lontaran perasaan dari Tuan Fahreen itu dirasakan begitu ikhlas sekali. Alyssa mula merenungi dirinya sendiri. Kekurangan dan keterlanjurannya dalam merasmikan segala tindakannya, terutama sekali terhadap suami yang amat dicintainya. Alyssa telah bertindak kejam dan tidak adil kepada suaminya sendiri. Suami yang selalu menjadi pelindung dan penyelamat dirinya dalam apa jua keadaan, disakiti dengan mudahnya.
Ke mana kau nak bawa aku ni, beb soal Elly, kehairanan.
Hari itu, Alyssa mengambil cuti. Dia mengheret Elly untuk menemaninya. Ada jawapan yang perlu dicarinya untuk meredakan rasa terbuku dalam hatinya.
Melihatkan Alyssa yang masih diam dan serius memandu keretanya, Elly bertanya lagi, Beb, kalau kau nak buat kerja gila, tolong jangan libatkan aku.
Kau jangan bimbanglah. Aku takkan bunuh diri bersama-sama dengan kau.
Terbeliak mata Elly mendengar percakapan Alyssa. Mengapakah perkataan dimurkai Allah itu terkeluar dari mulut Alyssa Elly tahu yang Alyssa sedang mengalami masalah rumah tangga. Tetapi, janganlah sampai menuturkan perkataan yang menakutkan itu.
Cuba kau berterus terang pada aku, ke mana kau nak pergi sebenarnya ni Janganlah buat hati aku berdebar-debar.
Aku nak mencari jawapan kepada keraguan hati aku. Kau janganlah bising-bising. Aku tahulah apa nak buat. Aku cuma minta kau temankan aku saja, jawab Alyssa, masih cuba merahsiakan.
Walaupun kurang bersetuju, Elly mengambil sikap untuk mendiamkan diri sahaja. Dia bimbang, kalau dia terus bersoal jawab dengan Alyssa, Alyssa akan hilang fokus pada pemanduannya. Ini akan membahayakan mereka berdua dan bayi di dalam kandungan Alyssa sendiri.
Mereka tiba di hadapan sebuah kedai komputer dan gambar berdigital. Elly hairan, apakah tujuan mereka ke situ Namun, dia masih mendiamkan diri. Belum masanya untuk bersuara. Biarlah Alyssa menzahirkan tujuannya terlebih dahulu.
Ya puan, ada apa-apa boleh saya bantu soal lelaki yang berdiri di berhampiran dengan pintu masuk.
Saya nak jumpa dengan Encik Fuzi. Saya Alyssa, orang yang call dia pagi tadi.
Dengan senyuman, lelaki itu berkata, Sayalah, Fuzi. Puan ada bawakan benda tu. Berilah pada saya. Saya akan buat pemeriksaan sekarang juga. Lagi pun, sememangnya saya menantikan kedatangan puan.
Alyssa mengeluarkan gambar-gambar yang menyakitkan hatinya sejak akhir-akhir ini. Dia menghulurkannya kepada Fuzi yang sedia menerimanya. Fuzi melihat satu per satu gambar tersebut dan faham akan tujuan Alyssa datang menemuinya.
Saya betul-betul berharap yang awak boleh bantu saya.
Jangan bimbang, puan. Consider done. Puan tunggu di sini sebentar. Saya masuk ke dalam untuk dapatkan jawapan yang puan perlukan itu. Dont worry. It wont take much of your time.
Lelaki yang bernama Fuzi itu berlalu dari situ. Alyssa duduk di bangku yang disediakan, diikut dengan Elly yang masih lagi kurang pasti, apakah tujuannya tindakan Alyssa itu.
Itulah tujuan aku ajak kau temankan aku ni. Aku rasa bersalah sebab tak selidik dulu tentang kesahihan gambar tu. Kalaulah aku dengar nasihat kau dulu, tentu aku tak ambil tindakan bodoh macam ni. Kasihan suami aku, aku menghukum dia tanpa usul-periksa.
Baguslah kalau macam tu. Harap-harap, kau tak buat kesilapan yang lebih besar dari ni. Tuan Fahreen tahukah kau datang ke mari
Alyssa menggeleng-gelengkan kepalanya, lalu menjawab, Sampai hari ni pun, dia langsung tak tahu-menahu lagi tentang gambar-gambar tu. Aku yang ambil tindakan sendiri dengan meminggirkannya. Aku harap, keputusan dari pemeriksaan gambar itu nanti, akan menjernihkan kekeruhan hubungan kami sejak akhir-akhir ini.
Elly mengangguk faham. Akhirnya, Alyssa bertindak mengikut kedewasaannya. Mungkin agak terlambat, tetapi cukup untuk membasuh kemusykilannya terhadap suaminya sendiri. Sememangnya sejak mula lagi, Elly sudah sangsi dengan kesahihan gambar itu. Pada renungan Elly, ada sesuatu yang pelik dengan gambar-gambar tersebut dan cuba meyakinkan Alyssa. Namun, kemarahan Alyssa tidak membenarkan dia mempercayai atau menerima saranan Elly pada masa itu.
Akhirnya, keputusan memihak pada Elly dan Tuan Fahreen jua. Terbukti bahawa gambar-gambar tersebut telah dipalsukan. Jelas sekali, teknik superimpose telah digunakan pada gambar-gambar tersebut dengan tujuan untuk memfitnah Tuan Fahreen. Alyssa sudah dapat mengagak, siapakah yang tergamak melakukan itu semua. Walau bagaimanapun, sekarang bukanlah masanya untuk menuding jari kepada orang lain. Sebagai isteri, dia harus untuk menyalahkan dirinya sendiri terlebih dahulu. Kenipisan hatinya telah menjeratnya untuk percaya kepada kepalsuan. Dan kerana itu, dia telah menanggung dosa yang begitu besar sekali terhadap suaminya sendiri.
Malam itu, Alyssa bermunajat sendirian dengan menunaikan solat taubat. Alyssa yang sedar akan segala dosanya terhadap suaminya itu, mengalirkan air mata tanpa hentinya ketika bertafakur dan berzikir di atas sejadah. Dia memohon ampun kepada Allah kerana terlalu sampai hati menyakiti hati insan dari anugerah-Nya yang tidak terhingga sekali. Dia kejam kerana telah menikam kalbu suaminya dengan mempercayai fitnah dari orang yang bertujuan jahat untuk meruntuhkan mahligai bahagianya. Alyssa merasakan dirinya terlalu kerdil, jika dibandingkan dengan kehebatan suaminya.
Ya Allah, aku mohon ampun ke atas segala dosaku, kerana merosakkan hati orang yang amat aku cintai. Aku adalah hamba-Mu yang sangat lemah dan telah mempersia-siakan segala apa yang telah engkau berikan kepadaku. Ya Allah, andai benar aku bersalah, aku rela menerima hukuman dari-Mu, sekiranya itu semua dapat membasuh dosa-dosaku ini. Tapi, tolonglah pulihkan perasaan suamiku terhadapku. Kau utuskanlah cintanya semula kepadaku. Sesungguhnya aku amat menyesal dengan apa yang telah aku lakukan.
Alyssa terus menangis sepuas-puasnya di sebalik telekungnya yang turut basah dengan tangisan syahdunya. Jika diturutkan hati, mahu sahaja dia sujud lama-lama di situ. Moga selepas ini, hatinya akan tenang semula.
Abang, maafkan Lyssa. Lyssa berjanji yang perkara ini tak akan berulang lagi. Lyssa sedia terima apa sahaja kemarahan abang, asalkan abang maafkan Lyssa.
Alyssa mengelus halus rambut dan hujung telinga suaminya yang sedang nyenyak tidur itu. Terpancar jelas keletihan di wajahnya. Hidup Tuan Fahreen dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan terutama sekali dari musuh-musuhnya yang sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkannya. Namun, ketelitian Tuan Fahreen dalam mengendalikan tanggungjawab menyebabkan peluang agak sukar diperolehi oleh orang-orang yang dengki padanya.
Seharusnya, Lyssa menyokong abang dari dihancurkan oleh musuh-musuh abang. Tetapi, Lyssa pula yang mengkhianati abang. Lyssa sesal abang. Kebodohan Lyssa inilah yang menjadi musuh abang yang sebenarnya.
Anehnya, Tuan Fahreen sedikit pun tidak terjaga ketika Alyssa merintih dan menangisi kekesalan dirinya di sisi. Namun, Alyssa tidak berhasrat langsung untuk menganggu tidur suaminya itu. Barangkali, masih ada esok. Tunggulah, fikirnya.
Keesokan paginya, Alyssa tersedar agak lewat dari tidurnya kerana dia tidak dapat melelapkan matanya sehingga hari menjelang subuh. Dia agak kecewa apabila mendapati suami tersayang sudah tiada di sisinya. Namun begitu, Tuan Fahreen ada menitipkan sejambak bunga tulip yang terdampar indah di atas cadarnya, khas buat Alyssa. Bunga tulip yang menjadi pujaan Alyssa itu, indah melambangkan nurani istimewa insan yang memberinya. Alyssa segera membelek jambangan tersebut dan dengan riangnya, menciumnya sambil membayangkan ciuman itu untuk sang pemberi. Di sebaliknya pula, terselit sekeping kad yang mengandungi kata-kata indah dari Tuan Fahreen.
Jika sayang menjadi bintang, abang akan memohon pada Allah untuk menjadi bulan, jika sayang menjadi tanah, abang mahu menjadi awan, dan jika sayang menjadi tumbuhan, abang rela menjadi akarnya. Kerana abang mahu seiring dengan sayang di mana sahaja sayang berada. Kita ibarat kaki kiri dan kanan, yang saling lengkap melengkapi dalam mengatur langkah kehidupan kita. Demi sayang, abang berada di mana-mana sahaja. I love you so much, my dear lovely wife. Dari suamimu.
Puitis sekali kata-kata Tuan Fahreen, menyentap dada Alyssa yang berdebar membacanya. Cinta yang tiada nilainya itu bakal menjadi penghibur, pelindung, peneman dan pemelihara hidup Alyssa di sepanjang hayatnya. Malahan, Alyssa menyedari yang dia tidak mungkin dapat hidup tanpa nyawanya itu di sisi. Sampai bila pun, Tuan Fahreen akan tetap menjadi pelengkap hidupnya, selagi hayat dikandung badan.
Abang! Abang!
Alyssa melaungkan panggilan untuk suaminya di seluruh ruang dan bilik, namun tiada jawapan. Lalu, Alyssa ke bawah dengan harapan, Tuan Fahreen masih belum ke pejabatnya. Dia tidak rela suaminya itu keluar tanpa menerima pelukan darinya. Alyssa mahu mencium pipi suaminya sepuas-puasnya sambil menyatakan ungkapan maaf. Semoga Tuan Fahreen rela memberikan kemaafan terhadap kemarahan Alyssa yang tidak bersempadan sebelum ini.
Puan Alyssa, Tuan Fahreen dah keluar awal pagi lagi. Dia suruh beritahu puan, yang dia nak makan malam bersama nanti, beritahu Mak Chom.
Laaadah keluar Mengapa tak kejutkan saya
Tuan tak izinkan. Katanya, puan tidur nyenyak sangat. Tuan tak sampai hati nak bangunkan puan. Saja dia biarkan puan berehat, tambah Mak Chom lagi.
Wajah Alyssa murung. Jelas kekecewaan bersarang di jiwanya.
Tuan ke mana pagi ni Selalunya, dia tak keluar sebegitu awal.
Katanya, dia ada meeting dengan pelabur-pelaburnya dari Hong Kong. Kalau tak silap Mak Chom, di Kelab Golf Amansiara, tempat tuan selalu bermain golf dengan teman-temannya tu, jawab Mak Chom.
Alyssa senyum sendirian. Kawasan kelab golf tersebut, tidak jauh dari rumahnya. Alangkah gembiranya Tuan Fahreen jika isteri kesayangannya melakukan kejutan terhadapnya di situ. Lalu, Alyssa merangka rancangan untuk melaksanakannya.
Alyssa sudah membayangkan keadaan wajah suaminya yang pastinya akan teruja menerima kunjungannya nanti. Dia sendiri akan ke kelab golf berkenaan untuk bertemu dengan Tuan Fahreen. Harapan Alyssa cuma satu, agar dapat memujuk semula hati suaminya yang gundah-gulana sebelum ini.
Tak apalah Mak Chom, sekejap lagi Lyssa nak keluar jumpa tuan di sana.
Kalau macam tu, nanti Mak Chom suruh Syawal hantarkan puan, ya.
Tak payah Mak Chom, Lyssa boleh memandu sendiri. Lagi pun, Lyssa nak beri kejutan pada Tuan Fahreen.
Takkan puan nak bawa kereta sendiri Puankan sedang sarat sangat ni. Buatnya terjadi apa-apa di tengah jalan nanti, macam mana Mak Chom meluahkan kebimbangannya.
Ala, sekali ni saja Mak Chom. Lyssa betul-betul nak surprisekan abang. Tentu dia suka tengok kehadiran Lyssa nanti.
Alyssa tetap berkeras untuk memandu sendirian. Segala nasihat Mak Chom, seperti tidak diendahkannya. Apa yang terbayang di ruangan matanya, hanyalah kejernihan wajah Tuan Fahreen yang menunggunya dengan tawa ria. Senyuman ria itulah yang akan membawa Alyssa ke dalam dakapannya nanti.
Mesyuarat yang diadakan secara santai di Kelab Golf Amansiara, berjalan dengan lancar. Semua itu adalah permintaan dari rakan-rakan pelabur Tuan Fahreen sendiri, untuk mengadakan mesyuarat di kawasan yang segar, keluar dari kesibukan kawasan pejabat.
Lagi pun, mereka mudah untuk melanjutkan masa mereka yang suntuk di Kuala Lumpur ini, dengan turut bermain golf. Tuan Faheen pula, mahu atau tidak, terpaksa mengusung pembantu peribadinya, Che Ros dan dua orang lagi kakitangannya. Mereka perlu untuk sama-sama membantunya mengendalikan perjalanan mesyurat
itu dengan baik. Dia tidak boleh melakukannya sendirian kerana terdapat beberapa agenda lain yang memerlukan khidmat kakitangan lain seperti makan minum, permainan dan sebagainya.
Sudah pastinya, orang yang paling gembira dengan tugasan luar itu adalah Che Ros. Ianya merupakan peluang keemasan baginya untuk lebih rapat dan mesra lagi dengan Tuan Fahreen. Che Ros mahu semua rakan pelabur Tuan Fahreen itu tahu, yang dia merupakan orang kesayangan yang paling istimewa di hati majikannya itu, walaupun dia terpaksa berlakon. Sikap mengada-ngada dan terkinja Che Ros itu, turut menjadi buah bualan mereka yang berada di situ. Namun, Che Ros tidak kisah akan itu semua kerana mukanya sendiri sudah tebal dengan kutukan dan cacian rakan sepejabatnya sendiri.
Tuan, saya rasa kita perlu settlekan urusan makan minum ini dahulu, sebab sekejap lagi tuan akan pulang ke pejabat dan tinggalkan mereka semua di sini, kan beritahu Che Ros.
Che Ros mendekati Tuan Fahreen seraya membisikkan perkara tersebut kepada lelaki itu. Ketika itu, mesyuarat sudah pun selesai. Tuan Fahreen dan rakan-rakan pelaburnya hanya berbual kosong, sementara menunggu waktu untuk kembali semula ke pejabatnya. Selepas mendengar kata-kata Che Ros, Tuan Fahreen bingkas bangun dan berjalan ke kaunter, dengan diekori rapat oleh Che Ros. Seharusnya, Che Ros tidak perlu menyibuk di situ, kerana Tuan Fahreen hanya perlu menandatangani bilnya sahaja untuk diuruskan bayarannya kemudian. Tetapi, disebabkan beranggapan dirinya amat penting, Che Ros tetap setia menunggu bersama majikan kesayangannya di situ.
Ketika berada di kaunter itulah, kereta yang dipandu Alyssa memasuki ruang tempat meletak kenderaan kelab golf tersebut. Kawasan itu pula berada benar-benar berhadapan dengan kaunter tempat Tuan Fahreen sedang berurusan. Malangnya, Tuan Fahreen tidak nampak akan kemunculan kereta isterinya itu. Sebaliknya, Che Ros pula yang ternampakkan kehadiran Alyssa itu.
Lantas, fikiran jahatnya segera merencanakan sesuatu yang bakal merobek hati Alyssa dengan lebih dalam lagi. Che Ros mahu Alyssa melihat betapa mesranya hubungannya dengan Tuan Fahreen. Biar Alyssa tahu, yang Tuan Fahreen sedang berdampingan dengan wanita yang selayaknya. Che Ros tidak kira, apa jua keadaan Alyssa sekarang. Apa yang penting, maksud hatinya bakal terlaksana.
Terima kasih, tuan. Nanti kami akan masukkan kesemua jumlah ini dan hantarkan invoisnya ke pejabat Tuan Fahreen, hujung bulan ini, ujar salah seorang juruwang di situ.
Cik, kalau rakan-rakan pelabur saya nak apa-apa lagi, setelah saya pergi dari sini sebentar lagi, just serve it to them. Cik chargekan saja ke bill saya nanti, pesan Tuan Fahreen.
Selesai urusan di kaunter, Tuan Fahreen berpaling untuk beredar dari situ. Namun dia masih tidak terlihat akan kehadiran isterinya di situ. Alyssa sedang terkedek-kedek mendaki tangga lobi kelab golf tersebut, dengan perutnya yang memboyot itu. Ketika itulah akal jahat Che Ros segera menerjah untuk melakukan sesuatu yang menyakitkan hati dan mendatangkan cemburu pada Alyssa.
Setibanya Alyssa di kawasan lobi, Che Ros dengan sengajanya telah berpura-pura tergelecek kakinya, lalu merebahkan dirinya betul-betul di atas pangkuan Tuan Fahreen. Tuan Fahreen pula seperti tidak punya pilihan lain, terpaksa merangkul tubuh Che Ros daripada membiarkannya rebah ke lantai.
Malang sekali, Tuan Fahreen tidak menyedari bahawa Alyssa sedang tercegat berdiri di hadapannya dan menyaksikan setiap detik perlakuan itu. Ketika itulah Che Ros mengambil kesempatan untuk bermanja-manjaan dengan Tuan Fahreen sambil menyentuhkan pipinya pada hidung tuannya itu. Jika dilihat dari sudut yang jauh, ianya nampak seakan-akan Tuan Fahreen yang sedang mencium pipi Che Ros.
Alyssa telah berjaya ditipu oleh pandangan matanya sendiri. Lakonan Che Ros itu telah meninggalkan kesan kekecewaan yang amat mendalam sekali di hatinya. Tanpa berfikir panjang lagi, Alyssa terus mendekati pasangan tersebut. Perbuatan itu amat memeranjatkan Tuan Fahreen. Tuan Fahreen jadi hairan. Bagaimana Alyssa boleh berada di situ
Abang! Abang ni memang lelaki kasanova. Lyssa benci abang, marah Alyssa.
Sejurus selepas melemparkan kata-kata itu, Alyssa mengusung perut besarnya lalu lari meninggalkan Tuan Fahreen di situ. Tuan Fahreen pula cuba untuk mengejar isterinya itu, namun kedudukan badan Che Ros yang masih menghempap tubuhnya, menyukarkannya untuk bangun. Che Ros pula, sengaja membiarkan tubuhnya terdampar lama di atas badan Tuan Fahreen. Tuan Fahreen naik geram apabila Che Ros tidak menurut arahannya untuk segera bangkit, lantas dia terus menolak tubuh pembantunya itu sehingga tercampak ke tepi.
Auww! Sakitlah tuan! jerit Che Ros.
Che Ros langsung tidak memperdulikan orang di sekelilingnya yang memandang kejadian tersebut. Begitu juga dengan Tuan Fahreen. Dia terus bergegas mengejar Alyssa yang sudah sedia menghidupkan enjin keretanya untuk beredar dari kawasan tersebut.
Alyssa! Sayang! Sayang...
Sayang sekali, Alyssa langsung tidak mempedulikan teriakan suaminya itu, malahan terus menekan pedal minyaknya dan memecut pergi dengan begitu laju sekali. Tuan Fahreen tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang kereta Alyssa. Dia juga tidak dapat mengejar Alyssa kerana pemandu peribadinya masih lagi dalam perjalanan ke kelab golf tersebut.
Lalu, Tuan Fahreen teringatkan pengawal peribadinya Abang Mat yang berada tidak jauh dari kelab Golf itu. Tanpa membuang masa, Tuan Fahren terus mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Abang Mat. Cemasnya jiwa dan perasaannya, hanya Tuhan saja yang tahu. Semoga Abang Mat juga terperasankan kelibat kereta Alyssa yang bergerak keluar dari pintu masuk kawasan golf itu tadi.
Eh tuan, ada apa kelam-kabut sangat ni Saya baru nampak kereta Puan Alyssa keluar dari perkarangan kelab ni. Macam terburu-buru saja, soal Abang Mat, cemas.
Abang Mat, jangan buang masa lagi. Tolong kejar Alyassa sekarang. Saya takut sesuatu yang buruk terjadi kepadanya nanti. Saya akan menyusul bila Arman sampai nanti.
Tanpa membuang masa lagi, Abang Mat terus memecut keretanya. Dia akur akan arahan Tuan Fahreen untuk mengejar Alyssa. Namun, kereta yang dipandu Alyssa itu terlalu jauh di hadapan dan agak sukar untuk dipintas Abang Mat. Abang Mat berasa agak cemas kerana simpang yang berada tidak jauh di hadapan Alyssa merupakan simpang maut, yang sering berlakunya nahas. Ramai pemandu yang sering terbabas di situ jika memandu terlalu laju dan tidak berhati-hati. Lori juga banyak yang keluar masuk kawasan itu.
Alyssa langsung tidak menyedari yang dia sedang memandu melebihi had laju yang sepatutnya. Dia memotong kereta di hadapannya secara merbahaya dan acapkali menerima hon amaran dari pemandu-pemandu yang marah dengan cara pemanduannya yang gila itu. Tapi nampaknya, Alyssa langsung tidak mempedulikan itu semua dan terus memandu laju mengikut kata hatinya. Kemarahan dan cemburunya yang melampau terhadap Tuan Fahreen dan Che Ros, membuatkannya terus mengabaikan keselamatannya dengan menambah tekanan pada pedal minyaknya. Peristiwa tadi, berulang-ulang berputar di dalam fikirannya menyebabkannya terlalu sibuk untuk memikirkan keselamatan dirinya ketika itu.
Kenapa jadi macam ni Lain yang aku harapkan, lain pula yang berlaku. Kenapa abang Kenapa abang tak henti-henti nak menyakitkan hati Lyssa. Kenapa!
Kegilaan dan cemburu itu, tiada batasannya. Kalau diturutkan hati, boleh sakit jiwa dibuatnya. Alyssa tidak sanggup melihat tubuh perempuan lain menghimpit tubuh suaminya. Sekurang-kurangnya, tidak di hadapan matanya. Tetapi kejadian sebentar tadi, benar-benar menyimbah limau ke lukanya. Pandangan Che Ros sudah cukup menyakitkan hatinya. Malahan, Che Ros telah berjaya membuatkan hatinya membara semula kepada Tuan Fahreen. Apakah itu semua salah Che Ros Apakah Tuan Fahreen yang bersalah kerana membiarkan perkara itu berlaku Ataukah Alyssa yang terlalu menuruti api cemburunya
Tidak ada perempuan yang sanggup melihat suaminya bermesra dengan wanita lain. Aku tak mampu!
Setibanya Alyssa di simpang yang digeruni ramai itu, dia terdengar satu suara berbisik tetapi menjerit di telinganya, Kalau ikutkan hatilah, Lyssa tak ingin lahirkan anak ni ke dunia. Baru padan muka abang. Frasa itu berulang-ulang berkumandang di telinga Alyssa menyebabkan tumpuannya kepada pemanduan terus terganggu.
Tiba-tiba, Alyssa hilang kawalan terhadap keretanya. Dia telah melanggar papan tanda arahan berhenti di simpang berbahaya itu dan terus terbabas ke pinggir jalan selepas cuba mengelak lori yang datang dari arah kanan. Entah di mana silapnya, Alyssa juga terlupa untuk menekan pedal breknya, menyebabkan keretanya terus merempuh pokok besar di tepi jalan dan remuk teruk di hadapan. Alyssa pula, terus pengsan di tempat kejadian selepas kepalanya dan perutnya terhantuk kuat pada stereng. Kemunculan beg udara keselamatan pula semakin menyempitkan kedudukan perutnya yang terus tertekan. Darah berlumuran keluar terutama sekali dari celah pahanya.
Dalam sekejap masa, tempat itu sudah dipenuhi oleh pemandu yang berhenti bagi menghulurkan bantuan kecemasan. Namun, mereka tidak berani untuk menyentuh Alyssa yang menjadi mangsa kemalangan itu kerana bimbang keadaannya akan menjadi bertambah parah. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menunggu pihak penyelamat sampai. Salah seorang dari mereka telah mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak-pihak yang berkenaan.
Tidak lama selepas itu, Abang Mat pula tiba di situ. Dia terperangkap dalam kesesakan kenderaan yang panjang, akibat dari kemalangan tersebut. Abang Mat terus meluru ke kereta Alyssa untuk menyelamatkannya, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukannya. Alyssa tersepit di celah-celah keremukan keretanya, langsung tidak sedarkan diri. Abang Mat bimbang memikirkan keadaan Alyssa ketika itu, tambah runsing pula bila memikirkan keadaan yang bakal dihadapi oleh Tuan Fahreen apabila dia tiba sebentar nanti. Pastinya dia tidak dapat menerima keadaan yang sedang terjadi kepada isterinya itu.
Benar bagai diduga Abang Mat, Tuan Fahreen umpama histeria setibanya di situ, apabila melihat keadaan Alyssa yang parah ditimpa malang itu. Dia cuba mendekati Alyssa untuk memapahnya keluar dari kereta tersebut, tetapi dihalang oleh Abang Mat dan orang-orang yang berada di situ.
Sabar tuan, jangan terburu-buru begini. Puan tersepit di kereta tu dan dalam keadaan parah, ujar Abang Mat sambil memaut tangan Tuan Fahreen.
Bagaimana saya nak sabar, Abang Mat Isteri saya tu. Saya tak sanggup biarkan dia di situ. Tentu dia sedang dalam kesakitan. Tolonglah Abang Mat, marilah kita sama-sama tolong keluarkan dia, raung Tuan Fahreen.
Tak boleh tuan, kita tak mampu untuk keluarkan dia, takut mendatangkan kecederaan yang lebih parah nanti. Hanya pihak penyelamat sahaja yang boleh melakukannya. Tuan jangan bimbang, saya telah diberitahu yang pihak bomba dan ambulans akan sampai sebentar nanti. Tuan banyakkan bersabar dulu, ya. Doa dan istighfar banyak-banyak, pujuk Abang Mat.
Memang benar, tiada apa yang boleh dilakukan oleh Tuan Fahreen, Abang Mat dan semua yang berada di situ. Keadaan Alyssa yang tersepit itu, tidak boleh direntap keluar begitu sahaja, kerana boleh membahayakan nyawanya. Jadi, terpaksa jugalah mereka menunggu pihak-pihak yang berkenaan sampai. Harap-harap, tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mereka tiba di situ.
Seketika kemudian, mereka mendengar siren berganda yang dibunyikan oleh pihak bomba dan ambulans, untuk diberikan laluan memandangkan keadaan di situ sudah begitu sesak sekali. Rata-rata yang berada di situ berasa lega kerana akhirnya bantuan penyelamat telah tiba. Harapan mereka agar Alyssa dapat dikeluarkan dan segera dibawa ke hospital untuk diselamatkan nyawanya.
Badan Alyssa hanya dapat dikeluarkan setelah pihak bomba menjalankan tugas mereka menggunakan peralatan mereka yang sewajarnya. Setelah dibawa keluar, jelas sekali kecederaan yang dialami Alyssa amat serius. Tuan Fahreen terus mendapatkan isterinya itu dan merintih kekesalannya dengan kemalangan yang menimpa. Dialah yang turut menemani Alyssa ketika diusung menaiki ambulans. Apa yang menjadi harapannya sekarang, agar Alyssa selamat dari sebarang malapetaka selepas ini.
Fahreen, bagaimana dengan keadaan Alyssa sekarang
Kamal yang baru tiba, cuba untuk mententeramkan sahabatnya itu. Begitu juga dengan
Roziana dan Elly yang sama-sama tiba serentak dengan Kamal. Mereka juga berasa cemas apabila mendapat khabar duka itu tadi.
Entahlah, Alyssa masih dalam bilik pembedahan. Kamal, dia cedera parah.
Kesedihan Tuan Fahreen dipanjangkan menjadi tangisan apabila dia tidak dapat mengawal emosinya. Dia begitu khuatir dengan keadaan Alyssa. Dia takut akan kehilangan isteri kesayangannya itu. Tuan Fahreen tidak menyangka, kemalangan buruk terjadi lagi dalam kalangan keluarganya. Kali ini, ianya melibatkan isteri kesayangannya pula.
Sabarlah Fahreen, kita sama-sama berdoa agar Alyssa selamat, pujuk Kamal pula.
Roziana dan Elly turut bersedih dengan kejadian yang menimpa Alyssa itu. Alyssa juga merupakan orang kesayangan mereka, maka pantaslah untuk mereka merasakan perasaan yang sama dengan Tuan Fahreen. Namun, mereka hanya mampu membisu dan membiarkan sahaja Kamal yang menjalankan tugas memujuk sahabat baiknya itu. Apa yang mereka harapkan, keadaan tidak akan menjadi rumit buat Alyssa nanti.
Tidak lama selepas itu, kelihatan seorang doktor keluar dari bilik rawatan rapi itu untuk memberikan penjelasan kepada mereka tentang Alyssa. Kesemua mereka terus menyerbu doktor tersebut bagi menagih khabar Alyssa darinya.
Bagaimana keadaan isteri saya, doktor
Alhamdulillah, isteri tuan telah berjaya dikeluarkan dari zon kritikalnya. Sebentar lagi, dia akan dibawa ke wad pemerhatian rapi, untuk dipantau di situ. Hanya seorang sahaja ahli keluarga atau sahabat terdekat yang dibenarkan menunggunya di situ, jelas doktor tersebut.
Doktor, boleh tak kami jumpa dengan dia tanya Roziana pula.
Saya nasihatkan supaya semua orang balik dulu, sebab Puan Alyssa hanya akan sedar selepas beberapa jam. Sama ada, dia akan sedar malam ini ataupun pagi esok, bergantung kepada keadaannya.
Nasihat dan arahan doktor tersebut harus mereka patuhi. Dari gaya percakapannya, tiada apa-apa yang serius pada Alyssa. Cuma keadaanya sahaja yang masih belum sedar. Meraka membuat keputusan untuk pulang sahaja dan akan kembali menjenguk Alyssa keesokan harinya. Buat masa ini, hanya Tuan Fahreen sahaja yang dibenarkan untuk menunggu isterinya itu.
Oh ya, Tuan Fahreen ni suami Puan Alyssa, kan Boleh tak ikut saya ke bilik sebentar kerana ada perkara yang ingin saya beritahu kepada tuan. Perkara ini agak penting juga.
Tuan Fahreen hanya mengangguk dan berjalan menuruti doktor tersebut dari belakang. Walau bagaimanapun, Kamal yang berasa tidak sedap hati melihatkan kesugulan rakan baiknya itu, meminta izin dari doktor untuk turut serta bersama Tuan Fahreen. Doktor tersebut membenarkannya, asalkan tiada bantahan dari Tuan Fahreen.
Maafkan saya, kandungan Puan Alyssa tidak dapat kami selamatkan. Bayinya mati di dalam kandungan akibat dari impact yang kuat pada perutnya semasa kemalangan tu, terang doktor yang dikenali sebagai Doktor Hamidi itu.
Allahuakbar!
Tiba-tiba, Tuan Fahreen merasakan yang kepalanya melayang ke langit dan kakinya pula, tidak menjejak bumi. Zuriat yang dikendong di dalam perut isterinya itu sudah berusia lebih lapan bulan, dan hanya menunggu masa sahaja untuk melihat dunia ini. Tetapi kini, segalanya itu berkecai apabila ianya maut di dalam kemalangan tersebut. Kesedihan berganda dirasakan oleh Tuan Fahreen. Setelah hiba melihat kemalangan yang melibatkan isterinya, kini dia diberikan khabaran hampa mengenai keguguran bayinya pula.
Sabarlah Fahreen, mungkin bukan rezeki kau berdua lagi. Insya-Allah, kau berdua boleh cuba lagi. Lagi pun, Alyssa kan masih muda, pujuk Kamal.
Maafkan saya tentang itu juga, Tuan Fahreen. Puan Alyssa tidak akan berpeluang untuk hamil atau mempunyai anak sendiri lagi, celah Doktor Hamidi.
Satu lagi kejutan buat Tuan Fahreen bila mendengar kenyataan yang diberi oleh doktor tersebut. Malahan, Kamal juga turut terperanjat dan tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh doktor yang merawat Alyssa itu
Apa yang doktor maksudkan ini Please doctor, I demand an explaination, desak Tuan Fahreen, tidak sabar.
Rahim Puan Alyssa, rosak teruk akibat impact yang kuat itu. Jadi, kami terpaksa mengeluarkan rahimnya demi menyelamatkan nyawanya. Maknanya sekarang, Puan Alyssa tidak akan mengandung selama-lamanya. Kami hanya cuba melakukan yang terbaik. Saya harap, Tuan Fahreen dapat menerima kenyataan ini dengan sabar.
Bagaimana hendak bersabar lagi Rentetan demi rentetan buruk, sedang menerjah hidupnya sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan kedinginan Alyssa dengannya, disulami pula dengan pergaduhan yang tiada sempadan hentinya. Hari ini, Alyssa ditimpa kecelakaan yang mengakibatkan mereka kehilangan bayi mereka. Dan sekarang pula, doktor mengesahkan yang Alyssa tidak boleh mengandung lagi. Bala apakah sebenarnya ini Tuan Fahreen makin resah memikirkan langkah hidupnya yang kembali merintang aral.
Fahreen, aku tahu engkau kecewa, tetapi engkau kena reda dengan musibah ini. Kita tak tahu apa yang telah Tuhan rencanakan untuk kita. Terimalah keadaan ini dengan hati terbuka.
Kamal masih lagi cuba memujuk sahabatnya itu, walaupun dia tahu kata-kata itu tidak dapat mengubat perasaan Tuan Fahreen yang sedang lara itu. Tuan Fahreen termenung kesedihan setelah keluar dari bilik doktor sebentar tadi. Berat mata Kamal memandang, berat lagi perasaan Tuan Fahreen memikul musibah tersebut. Tuan Fahreen tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Alyssa dan menerangkan segala kejadian buruk tersebut kepadanya. Selain itu, Tuan Fahreen juga bimbang jika Alyssa akan tetap terus menyalahkannya di atas kehilangan bayi dan rahimnya itu.
Aku dah tak sanggup lagi untuk menanggung semua ini, Kamal. Alyssa akan lebih menyisihkan dirinya dari aku setelah apa yang berlaku ini. Dia akan jadi bertambah marah dan dendam kepada aku. Aku takut, dia tak mahu maafkan aku sampai bila-bila.
Aku tahu, bencana ini telah mewujudkan fikiran negatif engkau, terhadap apa yang bakal berlaku selepas ini. Engkau tak boleh mengalah sebelum berjuang, Fahreen. Apa yang penting sekarang, ialah engkau fikirkan bagaimana caranya untuk memberitahu segala berita buruk ini kepada Alyssa. Tentang macam mana cara perlakuan dan pandangan Alyssa terhadap engkau selepas ini, engkau kena letak ke tepi dahulu, terang Kamal.
Cuba engkau beritahu aku, Kamal, bagaimana cara yang terbaik untuk aku terangkan kepada dia Engkau kan peguam, tentu engkau punya hujah yang bagus yang lebih baguskan Boleh tak engkau pinjamkan hujah engkau tu pada aku
Kamal terdiam seketika. Memang benar, menasihati orang adalah mudah, tetapi menghadapi kenyataan pahit adalah sangat membebankan. Jika Tuan Fahreen sendiri seakan terduduk menghadapi kenyataan itu, bagaimana pula dengan Alyssa nanti Tambahan pula, dalam keadaannya yang masih lemah itu. Silap-silap, boleh jadi gila Alyssa dibuatnya.
Kita doakanlah yang terbaik untuk dia. Apa lagi yang mampu kita lakukan sekarang Berserah sajalah pada-Nya. Setiap ketentuan itu datang darinya dan aku percaya ada hikmah yang terlindung di sebalik dugaan ini.
Memang benar, Tuan Fahreen hanya mampu berdoa kepada Allah agar Alyssa diberikan kecekalan hati untuk menerima musibah tersebut. Cuma formula untuk mengabarkan berita tersebut, masih berlegar-legar di sanubari Tuan Fahreen. Tuan Fahreen sedar, mulai saat itu, dia hanya perlu memikirkan yang positif demi menutup kemurungan dirinya sendiri.
Sepanjang berada di hospital hari itu, tiada apa yang dapat mereka lakukan. Alyssa masih tidak sedarkan diri lagi. Menurut doktor, Alyssa diberikan tempoh rehat yang mencukupi supaya dia tidak trauma menghadapi kesakitannya apabila sedar nanti. Kemungkinan besar, dia hanya akan sedar keesokan paginya. Malam itu, Tuan Fahreen menemani Alyssa. Dia mahu sentiasa berada di samping isterinya itu.
Abang Mat baliklah dulu dan beritahu semua yang terjadi ni, pada Mak Chom. Saya tak sempat nak hubungi dia tadi. Takut dia bimbang pula.
Abang Mat hanya akur sahaja dengan permintaan majikannya itu. Dia faham yang Tuan Fahreen mahu bersendirian menghadapi detik-detik suram itu, hanya berdua dengan isterinya. Dengan berat hati, Abang Mat dan yang lainnya beredar dari situ.
Astaghfirullahalazim! Macam mana boleh jadi macam ni, Mat Habis tu, macam mana dengan keadaan Puan Alyssa sekarang
Mak Chom yang menunggu mereka dari petang membawa ke tengah malam, berasa amat terperanjat dengan khabar yang disampaikan oleh Abang Mat itu. Sebab itulah, Mak Chom berasa hatinya berdebar sepanjang hari itu. Dia mula merasakan kelainan perasaannya semenjak Alyssa meninggalkan rumah pagi itu, dengan memandu sendirian.
Puan Alyssa tu memang degil. Mak Chom dah tegah dia dari keluar memandu sendirian, tapi dia berkeras juga hendak pergi dengan keretanya sendiri. Kalaulah dia dengar nasihat Mak Chom pagi tadi, tentu perkara begini tak akan terjadi.
Perkara dah jadi, Kak Chom, nak buat macam mana ujar Abang Mat, tenang tetapi lemah.
Ketenangan air muka Abang Mat tidak mampu untuk mengubat keresahan di hati Mak Chom. Jelas sekali, kesannya tertinggal di wajah tua itu. Dalam hati, Mak Chom menyalah dirinya sendiri kerana gagal menghalang Alyssa siang tadi. Kalau dia berkeras, tentunya perkara itu tidak akan terjadi.
Puan Alyssa selamat, tetapi dia masih tak sedarkan diri lagi. Apa yang saya dengar, bayi yang di dalam kandungannya, tidak dapat diselamatkan, tambah Abang Mat lagi.
Mak Chom berasa amat simpati dengan nasib yang menimpa pasangan tersebut. Pastinya mereka berasa amat dukacita dengan kejadian malang itu. Malam itu, Mak Chom melakukan solat hajat, memohon doa kepada Illahi untuk kesejahteraan hidup Tuan Fahreen dan Alyssa, selepas ditimpa musibah itu.
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim. Aku pohonkan kepada-Mu, agar Engkau memberi ketabahan kepada dua orang yang amat aku sayangi ini. Semoga mereka memperolehi kekuatan bagi menghadapi dugaan yang Engkau peruntukkan untuk mereka. Sesungguhnya, aku tidak mampu melihat air mata di muka mereka yang bergelumang dengan kehibaan. Engkau berilah keampunan kepada mereka, di atas segala dosa yang telah mereka lakukan, dan Engkau tempatkanlah mereka di jannah-Mu, ya Allah, Tuhan sekalian alam.
Mak Chom sebak seketika di pertengahan doanya. Sukar untuk diungkapkan barisan doa yang selanjutnya. Mak Chom sendiri tidak pasti bagaimanakah penerimaan Alyssa terhadap nasib malangnya itu. Sememangnya Mak Chom mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan suami isteri itu sejak akhir-akhir ini. Adakah itu menjadi punca kepada segala musibah ini Kalau Alyssa bersalah, adakah ini hukuman terhadap dirinya. Malahan, kedukaan ini pastinya melibatkan Tuan Fahreen juga.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika Engkau memberikan peluang kepada aku, titipkanlan sebahagian dari kesedihan mereka itu kepada aku, andainya itulah yang dapat meringankan beban mereka. Mereka merupakan kekuatan aku untuk terus bernafas di muka bumi-Mu ini, kerana mereka adalah hamba- Mu yang mulia terhadap sesama insan. Merekalah yang telah menyediakanku dengan keselesaan supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawabku sebagai hamba terhadap-Mu. Sesungguhnya, hanya aku yang memahami penderitaan mereka yang berasa begitu kehilangan.
Mak Chom berlinangan dengan airmata. Kenangan pahit yang pernah ditempuh ketika pemergian arwah suami dan anaknya suatu ketika dahulu, bermain semula di ingatannya. Dengan tak semena-mena, dia terpandang ke arah gambar mereka yang terletak kemas di kepala katilnya. Inilah kali pertama Mak Chom menoleh ke arah gambar itu, setelah bertahun-tahun dibiarkan sepi dari pandangannya. Musibah yang melanda Tuan Fahreen dan Alyssa telah mengembalikan kekuatannya untuk memandang wajah orang-orang kesayangannya yang dipotretkan di situ. Selepas itu, air matanya ibarat air terjun, yang terus mengalir membasahi bumi.
Tuan, bangun tuan. Dah pagi ni.
Mak Chom cuba mengejutkan Tuan Fahreen dengan perlahan supaya tidak mengganggu Alyssa yang masih belum sedar. Tuan Fahreen yang sedang terlena di bangku bersebelahan dengan katil Alyssa itu, tersentak. Semalaman dia menunggu Alyssa, mengharapkan isterinya itu sedar dari pengsannya. Namun sehingga ke pagi, Alyssa masih kekal dengan keadaan itu. Doktor menjangkakan yang Alyssa hanya akan sedar semula selewat-lewatnya pagi ini.
Tuan Fahreen seolah-olah termanggu-mangu seketika. Lena dari tidurnya masih belum hilang lagi. Dia kepenatan. Entah pukul berapalah dia berjaya melelapkan matanya.
Bila Mak Chom sampai
Baru sahaja. Mak Chom datang dengan Mat. Tuan, Mak Chom ada bawakan pakaian untuk Tuan. Tuan masih belum ganti baju sejak semalam, kan Mak Chom pun ada bawa makanan sikit untuk tuan jamah. Mak Chom percaya, tuan mesti tak makan apa-apa lagi, kata Mak Chom, separa berbisik.
Terima kasih, Mak Chom. Memang perut saya lapar sangat. Saya tak menjamah apa-apa lagi sejak semalam. Saya sekadar minum air sejuk saja.
Mak Chom berasa sungguh kasihan mendengar kata-kata Tuan Fahreen. Dia percaya yang Tuan Fahreen tentunya tidak ada selera untuk makan, memandangkan keadaan Alyssa yang kritikal itu.
Seeloknya sekarang, Tuan pergi mandi atau salin pakaian dulu. Selepas tu, bolehlah Tuan makan. Mak Chom ada bawakan nasi lemak istimewa yang Tuan suka tu.
Lantas, Mak Chom menghulurkan persalinan yang dibawanya untuk Tuan Fahreen. Tuan Fahreen bingkas bangun untuk menyambut huluran Mak Chom itu, lalu terus keluar dari situ. Selepas Tuan Fahreen pergi, Mak Chom duduk berdekatan dengan Alyssa untuk memerhatikan keadaan luka yang dialaminya. Mak Chom turut meraba-raba perut Alyssa sudah tidak berisi lagi. Dia berasa amat simpati dan sedih memikirkan perasaan Alyssa apabila tersedar nanti dan mendapati anak yang di dalam kandungannya sudah tiada lagi. Tentu dia akan jadi trauma dan sedih sekali. Semoga Tuhan akan memberinya kekuatan.
Puan, apa sahaja yang berlaku punyai intipati pengajaran yang tersendiri. Allah sedang menganugerahkan sesuatu dari sesuatu yang diambilnya. Mak Chom harap, puan akan dapat tabahkan hati dalam menerima ketentuan yang tiada terperinya ini. Kami semua sentiasa berada di belakang puan untuk menyokong puan dalam menghadapi malapetaka ini. Walau apa pun yang terjadi, Tuan Fahreen akan tetap menyayangi puan dengan sepenuh hatinya.
Bicara Mak Chom itu, seperti menusuk ke hati Alyssa untuk menongkatkan kesedarannya semula. Dengan tidak semena-mena, mata Alyssa terbuka dan jelasnya, dia kelihatan agak trauma sekali. Mak Chom yang terkejut dengan perubahan Alyssa itu, terus menekan butang kecemasan yang terdapat di kepala katil untuk meminta bantuan dari kakitangan hospital yang bertugas. Dan dengan segera juga, bantuan tiba di wad Alyssa itu. Doktor Hamidi yang merawat Alyssa, turut berada di situ.
Tuan Fahreen yang baru kembali dari membersihkan dirinya, berasa agak terkejut apabila melihat ramai kakitangan hospital mengerumuni
bilik isterinya. Perasaan cemas mula mendatanginya, memikirkan adakah sesuatu yang buruk sedang terjadi pada Alyssa sepanjang peninggalannya tadi. Tuan Fahreen lalu bergegas masuk ke bilik Alyssa untuk memeriksa dan mengetahui keadaan di situ.
Alhamdulillah, Puan Alyssa sudah sedar. Dari keadaannya, nampaknya normal. Cuma, kami perlu melakukan beberapa pemeriksaan lagi terutama sekali pada kepalanya. Bimbang kalau-kalau ada darah beku atau keretakan, kesan dari hentakan semasa kemalangan itu. Namun setakat ini, Puan Alyssa okay, dan tiada tanda-tanda yang dia menghadapi masalah di mana-mana anggotanya, terang Doktor Hamidi.
Tuan Fahreen bersyukur dengan keadaan Alyssa sekarang. Sekurang-kurangnya, dia tidak mengalami sebarang kecacatan kekal atau sementara pada anggota badan yang lain. Tuan Fahreen turut berharap agar isterinya dapat melepasi ujian perubatan yang selanjutnya, dan berharap Alyssa tidak akan apa-apa.
Tuan Fahreen lalu mencium dahi isterinya dengan rasa syukur tak terkira. Sekurang-kurangnya, Tuhan tidak mengambil Alyssa darinya.
Sayang, syukurlah yang sayang sudah sedar.
Selain dari Tuan Fahreen dan Mak Chom, Roziana dan Elly turut berada di situ. Kebetulan, mereka tiba di saat Alyssa baru terjaga dari pengsannya. Alyssa sempat melemparkan senyuman kepada mereka semua, walaupun agak kelat, kerana dia masih merasakan kesakitan dan bisa-bisa di seluruh tubuhnya.
Alyssa, kami turut bimbang memikirkan keadaanmu, dik. Apa-apa pun yang terjadi, kami tetap di sini, bersama-sama menyokongmu, ujar Roziana.
Alyssa hairan. Ada kelainan dalam nada-nada Roziana. Namun, dia masih gagal mentafsikannya. Alyssa kemudiannya merenung kepada suaminya sambil memegang tangannya.
Abang, maafkan Lyssa sebab tak berhati-hati. Lyssa terlalu menurutkan perasaan. Mungkin ini adalah balasan kepada dosa Lyssa terhadap abang.
Sayang, tiada manusia dalam dunia ni yang inginkan pada kemalangan. Ini semua takdir. Kita kena reda. Bukankah sayang masih bernafas dalam dunia ini
Alyssa mengangguk. Namun, dia jadi tersentak di saat dia meraba-raba perutnya yang telah kosong itu. Alyssa dapat merasakan kelainan yang ketara pada bahagian yang dekat dengan peranakannya. Dia tidak dapat merasakan degupan jantung dan pergerakan janin seperti biasa. Segala-galanya kosong, sudah tidak berjiwa lagi. Alyssa sedar, sesuatu telah terjadi pada bayi dalam kandungannya itu. Cuma dia tidak tahu apa.
Abang, mana baby kita Kenapa Lyssa rasa lain macam saja ni Anak kita mana, bang Dia dah keluarkah Kalau dah keluar, di mana dia sekarang Lyssa nak tengok dia, bang.
Desakan Alyssa semakin kuat sambil menggoncang lengan suaminya itu. Semua yang berada di situ, tahu yang bayi di dalam kandungan Alyssa sudah dikeluarkan dan mati. Tuan Fahreen pun sudah mengarahkan orang untuk menguruskan pengebumian janin yang mati itu.
Abang, mana anak kita desak Alyssa lagi, kali ini disulami dengan air mata.
Sayang, abang mahu sayang tenang. Anak kita anak kita, meninggal dalam kemalangan tersebut. Doktor telah cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkannya, tapi gagal, beritahu Tuan Fahreen dengan berat hati.
Ya Allah, tidak! Tidak! Lyssa tak percaya. Abang tipu Lyssa, kan Abang sengaja nak main-mainkan Lyssa, kan Abang bergurau ni. Tak mungkin anak kita mati. Tak mungkin! Alyssa meraung dengan penuh kekecewaan.
Alyssa terus meronta dan menjerit-jerit seperti orang histeria di situ. Tuan Fahreen, Mak Chom, Roziana dan Elly cuba menenangkannya, supaya keadaan itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada emosi Alyssa. Tambahan pula, dia baru sahaja sedar. Mereka tidak mahu, akan bertambah lagi musibah yang mendatangi Alyssa.
Namun, air matanya tidak henti-henti mengalir. Kecewa yang tidak terhingga kerana anak pewaris keturunannya sudah tiada dalam rahimnya. Ya Allah, peritnya dugaan itu. Tuan Fahreen turut mengalirkan air matanya. Tidak sanggup rasanya dia melihat
keadaan isterinya itu. Jiwanya luluh. Di manakah kekuatan yang harus dia cari, sedangkan dia sendiri terlalu sedih dan celaru jiwanya.
Puan, istighfar banyak-banyak. Ingat Tuhan. Ini semua ujian dari-Nya, nasihat Mak Chom pula.
Tapi, ini semua salah Lyssa. Lyssa yang bunuh bayi itu. Kalau Lyssa tak memandu mengikut perasaan, tentu bayi itu masih ada dalam kandungan Lyssa. Lyssa salah! Lyssa salah!
Lalu, Tuan Fahreen memeluk erat isterinya untuk menenangkannya. Dia tidak sanggup membiarkan Alyssa meraung kesedihan. Derita yang paling ketara bagi seorang ibu ialah bila dia kehilangan anaknya. Walaupun bayi itu belum lahir, namun dia hidup dalam setiap nafas dan degupan jantung Alyssa sebelum ini. Pengalaman berkongsi kasih dan rasa bersama bayinya selama lebih lapan bulan tidak memungkinkan Alyssa menerima suratan takdir ini dengan mudah. Dan yang paling sedih sekali, bila dia tidak berpeluang untuk melihat wajah bayi yang dikandungnya itu.
Sayang, tak ada siapa yang salah dalam perkara ini. Ianya adalah satu tragedi yang tidak dapat kita elak. Sudah takdir Allah, yang anak kita tidak dapat dilahirkan ke dunia ini. Jangan menolak ketentuan-Nya. Please sayang, kita semua di sini pun sedih juga, tapi kita tetap kena teruskan kehidupan kita. Ingat, sayang tak salah dan tak ada sesiapa pun yang salahkan sayang. Jadi, sayang tak sepatutnya menyalahkan diri sayang, please, rayu Tuan Fahreen.
kesembilan
Lukisan Asmara 2_ 6.1.14.indd 309 2/18/2014 10:38:51 AM 310 lukisan asmara 2
Pujukan Tuan Fahreen yang lembut dan penuh kasih sayang itu, berjaya menenangkan Alyssa untuk seketika. Namun, kesedihannya masih tebal menjajah jiwanya. Zuriat yang dikandungnya itu, hanya menunggu hari sahaja untuk dilahirkan. Namun ia pergi, sebelum sempat memberikan sinar kebahagiaan kepada kedua ibubapanya. Kesal yang tidak terhingga dirasakannya. Kerana kealpaannya sendiri yang terlalu menurut perasaan hati, bayi itu tidak berpeluang menikmati kebesaran Tuhan di dunia ini.
Abang, di mana bayi kita yang meninggal tu. Lyssa teringin nak tengok dia. Tolonglah abang, berilah peluang pada Lyssa untuk lihat wajahnya, walaupun sekejap, rayu Alyssa setelah dia tenang semula.
Dengan kerjasama dan jasa baik pihak hospital, Alyssa berpeluang juga untuk melihat wajah bayi yang dikandungnya selama lebih lapan bulan itu. Walaupun terpaksa dipapah menggunakan kerusi roda, kerana keadaannya yang masih lagi terlalu lemah, namun Alyssa cuba juga untuk menggagahkan dirinya bagi menemui janinnya yang meninggal itu. Bayi itu cukup kudus. Sifatnya sudah pun sempurna, walaupun usianya belum lagi cukup matang. Air mata Alyssa mengalir tidak henti-henti lagi apabila melihat satu jasad kecil, yang mati dengan sia-sia akibat dari perbuatan dan kelalaian ibunya sendiri.
Kalau ikutkan hatilah, Lyssa tak ingin lahirkan anak ni ke dunia. Baru padan muka abang!
Kata-kata yang serupa masih berkumandang di
Lukisan Asmara 2_ 6.1.14.indd 310 2/18/2014 10:38:51 AM 311
telinga Alyssa. Alyssa berasa sangat bersalah. Kerana kata-kata marahnya kepada Tuan Fahreen sebelum ini, telah dimakbulkan Tuhan. Alyssa sedar, walaupun janin itu masih dalam kandungannya, namun ia dapat mendengar dan boleh berasa kecewa dengan kata-kata yang keluar dari lidah tak bertulang itu. Janin itu dapat merasakan yang kehadirannya nanti bakal dibenci ibunya, seperti mana arwah Mariana, ibunya bencikan Alyssa dulu.
Maafkan ibu, sayang. Ibu tidak pernah membencimu. Namun, ibu hanya menurut hati marah ibu sahaja. Ibu bersalah pada sayang dan ibu bersalah pada ayah.
Sekali lagi, Tuan Fahreen memeluk isterinya untuk memujuk sambil memberikan kekuatan kepadanya. Dakapan hangat suaminya tidak cukup untuk meredakan kesedihan yang sudah berkampung di jiwanya. Hancur hatinya bila matanya menatap kehancuran masa depannya dan keluarganya sendiri. Dan kehancuran itu terbukti dengan jasad janin yang terbujur kaku di hadapannya.
Setelah beberapa minit berada di situ, pihak yang bertugas segera menutup wajah janin yang sudah siap dikafankan itu untuk dibawa ke tempat persediaan. Dari informasi yang diberikan, pengebumian janin itu akan diadakan sebelum menjelang waktu zuhur. Tuan Fahreen telah mengarahkan agar janin tersebut dikebumikan tidak jauh dari rumahnya.
Abang, maafkan Lyssa. Akibat terlalu percaya pada hasutan cemburu, bayi kita telah terkorban. Hari itu, sememangnya Lyssa mahu surprisekan
kesembilan
Lukisan Asmara 2_ 6.1.14.indd 311 2/18/2014 10:38:51 AM 312 lukisan asmara 2
abang. Tapi sebaliknya, Lyssa yang dikaburi fitnah di mata. Lyssa tak dapat terima andainya ada perempuan lain dalam hidup abang. Semua ni salah Lyssa, salah Lyssa.
Ungkapan itu berulang-kali meniti di bibirnya. Alyssa menggenggam erat tangan suaminya dan menciumnya tanpa perasaan untuk meleraikannya. Rasa bersalah begitu menebal. Inilah balasan kepada segala dosanya yang tergamak menyakiti, memfitnah dan cemburu buta kepada suaminya sendiri. Peritnya balasan Allah sehingga tidak tertanggung olehnya.
Abang tidak pernah marah maupun berdendam pada sayang. Abang tahu, semua ini salah abang jua, ucap Tuan Fahreen dan mereka terus merintih bersama di situ.