HARI minggu yang santai. Ramai yang menggunakan kesempatan cuti di hujung minggu untuk beriadah, mengemas rumah dan tidak kurang juga yang menghabiskan masa untuk bersama keluarga tercinta. Kebanyakan penduduk bandar bekerja pada hari biasa dan ada kalanya kesibukan mereka membatasi segala masa untuk keluarga mereka. Maka itulah, mereka lebih suka memanfaatkan cuti hari Ahad untuk bersantai bersama keluarga. Adat hidup di kota, perjalanannya mengikut tempoh dan nada yang sama bagi ibu bapa yang bekerja. Begitu juga dengan Roziana. Dia wanita yang berkerjaya dan cuba memanfaatkan hari minggu dengan lebih efisen lagi. Bezanya, Roziana tidak punya keluarga, apatah lagi anak-anak.
Namun begitu, sejak kehadiran Alyssa di rumahnya, dia berasa hidupnya seakan-akan punya keluarga. Walaupun hanya berdua, namun kemanisan hidup berkeluarga sudah mula dirasainya. Sejak awal minggu lagi, dia sudah membuat rancangan untuk memasak hidangan istimewa makan tengah hari untuk dinikmati bersama Alyssa. Kebetulan, hari itu adalah hari lahirnya yang ke tiga puluh sembilan, jadi dia merancang untuk meraikannya bersama Alyssa. Roziana bernasib baik hari itu kerana Alyssa tidak keluar bersama teman-tamannya. Selalunya, pada hari minggu, Alyssa jarang sekali melekat di rumah. Kadang-kadang, sehingga sehari suntuk dia melepak di luar. Walaubagaimanapun, Kak Rozi sudah terlebih dahulu memaklumkan kepada Alyssa mengenai rancangan hari minggunya itu.
Mungkin dia ingat janjinya pada hari ini. Sebab itu dia tak keluar,
teka Roziana dalam hatinya. Dia begitu gembira sekali kerana Alyssa mahu mengikut rencananya. Namun, sebenarnya, Alyssa pulang terlalu lewat malam sebelumnya. Ini membuatkan kepalanya jadi berat untuk bangkit awal pagi dan keluar hari itu. Kepalanya masih pusing akibat terlalu banyak mengambil minuman keras. Hari itu, pagi-pagi lagi, Roziana telah keluar ke pasar. Bermacam lauk-pauk dibelinya.
Hari ini, aku nak masak sedap-sedap. Sudah lama Alyssa tak makan masakan aku. Aku nak masak lauk kegemaran dialah,
cadangnya di dalam hati. Seperti yang dirancangkan, Kak Rozi menyediakan makanan kegemaran Alyssa hari itu. Antaranya ikan bawal masak masam manis, ketam goreng cili, udang tepung dan brokoli goreng dengan cendawan. Segalagalanya sudah tersedia di atas meja, cuma menunggu Alyssa bangun untuk menikmatinya.
Amboi, sedapnya masakan Kak Rozi hari ni. Semua makanan kegemaran Lyssa ni,
sapa Alyssa sambil menghidu satu per satu, makanan yang dimasak oleh Roziana itu. Kepalanya yang masih ting-tong itu cuba diubatinya dengan bau-bauan dari masakan enak Roziana itu.
Tentulah sedap, sebab akak yang masak, kan Semua ni khas untuk adik kesayangan akak ni,
kata Roziana pula. Dia bahagia melihat senyuman Alyssa, setelah beberapa ketika mereka berbalah dengan pelbagai masalah yang melanda. Perbincangan mereka sering berakhir dengan pertengkaran dan kecil hati, setiap kali dia menegur perangai Alyssa. Hari itu, dia cuba untuk menjernihkan semula keadaan serta hubungannya dengan Alyssa. Dia ingin kembali menyelami perasaan dan masalah Alyssa, seperti mana yang pernah mereka lakukan sebelum itu. Alyssa sempat mengerling ke sudut meja, terdapat sebiji kek di situ dengan beberapa batang lilin. Lantas dia teringat, bahawa hari itu adalah hari lahir Roziana.
Ya Allah, macam mana aku boleh terlupa tarikh sepenting ini,
kata Alyssa dalam hatinya. Maka, dengan perasaan bersalah, dia menghampiri Roziana dan terus memeluknya.
Happy birthday, Kak Rozi. Sorry, sebab Lyssa tak sempat beli apa-apa hadiah untuk akak. Lyssa cuma nak beritahu yang Lyssa sayang sangat pada Kak Rozi. Tak ada siapa lagi dalam dunia ni yang baik dengan Lyssa, macam Kak Rozi. Kak Rozi beri Lyssa penghidupan di dalam kegelapan. Terima kasih, kak.
Serentak dengan itu, kelihatan setitis dua air mata mula mengalir ke pipi Alyssa. Kak Rozi turut tersentuh hatinya mendengar luahan rasa Alyssa pada dirinya. Tanpa disedari, matanya turut berair.
Lyssa tahu, hubungan kita tidak berapa baik sejak akhir-akhir ini. Lyssa banyak lukakan hati Kak Rozi dengan bahasa-bahasa pedas. Lyssa minta maaf, kak. Lyssa tak bermaksud hendak kurang ajar dengan akak. Lyssa sendiri tak faham dengan diri Lyssa, sejak akhir-akhir ini. Lyssa selalu rasa nak marah, mudah naik angin dan suka memberontak,
ujar Alyssa, mengakui akan sikap buruknya kebelakangan ini.
Alyssa sayang, terus terang Kak Rozi cakap yang Kak Rozi ada juga tersentuh hati dengan sikap Lyssa sekarang. Tetapi, akak tak pernah simpan dalam hati. Akak sudah lama maafkan Lyssa. Bagi akak, Lyssalah satu-satunya adik akak. Akak tak punya keluarga lain selain engkau, dik. Lyssa pun tahu kan, akak ni berasal dari rumah anak-anak yatim,
ungkap Roziana dengan tenang. Alyssa tahu, orang seperti Kak Rozi, tidak mungkin dia jumpa di mana-mana. Dia ibarat kakak, ibu dan teman baiknya. Cuma, tindak-tanduknya sejak kebelakangan ini sering meresahkan wanita itu. Roziana tahu, dia tidak berkuasa menahan kerana Alyssa sudah lebih dua puluh satu tahun dan dia punya pendapatan sendiri, bukan dalam tanggungan sesiapa lagi. Dia berhak melakukan apa-apa sahaja menurut kehendaknya. Tetapi, sebagai manusia biasa, Alyssa berhak dinasihati dan dibimbing dari terjerumus ke lembah maksiat.
Berubahlah, dik. Perjalanan hidup kita masih panjang lagi.Jangan kita sia-siakan masa hadapan kita. Kita tak tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari. Baik atau buruknya, bergantung pada apa yang kita kerjakan hari ini. Kalau kita baik, maka sempurnalah hidup kita di kemudian hari kelak. Tapi, kalau kita terjerumus ke lembah dosa, kelamlah masa depan kita, dik,
nasihat Roziana yang cuba mencari jalan bertoleransi dengan Alyssa. Baginya, orang seperti Alyssa tidak perlu diserang dengan soalan-soalan yang menderu. Ini akan menambahkan panas hatinya. Alyssa hanya terdiam mendengar nasihat Roziana itu. Dia faham akan maksudnya itu. Dia berasa bersalah kerana sering menimbulkan keresahan di hati wanita itu. Namun, dia hanya manusia biasa. Dia adalah gadis muda yang sentiasa dahagakan keseronokan dan dambakan cabaran dalam hidup. Dia mahu mencuba setiap perkara baru yang muncul dalam hidupnya. Apa yang penting, dia tidak pernah menagih simpati, apa lagi meminta-minta dari orang lain. Segala yang dibelanjakannya adalah hak miliknya, hasil dari titik peluhnya sendiri. Selagi dia tidak merampas hak orang lain, selagi itu dia berasa dia tidak harus disekat.
Arman, bagi aku duit sikit, aku nak pergi beli ubat,
pinta Mariana yang sedang dalam gian. Mariana berasakan dirinya agak tenat ketika itu. Dia berharap agar mendapat sedikit simpati dari Arman. Lagi pun, kalau dihitung duit yang diperolehi oleh mereka dari hasil Arman menjaja Alyssa tempoh hari, masih ada banyak lagi yang belum terusik. Walaupun, pada mulanya, Mariana tidak bersertuju dengan tindak-tanduk Arman itu, namun, akhirnya dia terpaksa tunduk pada keadaan yang memaksanya kerana kasih sayangnya terhadap dadah yang lebih mendalam. Ada kalanya, terbit kesal di hati Mariana kerana melibatkan dirinya dengan benda tersebut, tetapi dia sudah terlanjur mengambilnya, dia harus meneruskannya walaupun sedang meniti sisa-sisa hidup. Keadaan diri Mariana sekarang, sudah amat tidak terurus akibat ketagihan dadah dan alkohol yang berlebihan.
Dia tidak punya masa untuk mengurusi dirinya sendiri. Boleh dikatakan, saban malam dia disajikan dengan dadah dan arak oleh Arman. Dadah adalah makanannya dan arak adalah minuman kesukaannya. Mariana telah menjadi insan yang hilang pertimbangan diri dalam hidup. Dia sentiasa berbau hamis dan punyai kesan lebam di seluruh badan akibat suntikan dadah. Berselirat dan berbirat di tubuh badannya. Imannya pula, telah lama padam dan pedomannya telah pupus. Bagaimana dia boleh meneruskan hidup dalam keadaan sebegini
Hei Mariana, you ingat I ni cop duit ke Mana I ada duit lagi,
tengking Arman dan membuatkan Mariana terkejut.
Duit yang Jepp beri pada you hari tu, dah habis ke, Man
soal Mariana yang ragu-ragu.
You ingat duit tu boleh peram buat jeruk Tak susut-susut Yang you hari-hari minta I belikan stok you, apa ke bendanya Lepas tu, makan minum you, duit you berjudi lagi, you ingat I ambil di mana Petik di pokok ke Mana I ada duit lagi. I suruh you berjual you tak mahu. So sekarang, terimalah hakikat yang duit dalam simpanan kita dah habis kesemuanya. Mana I nak korek lagi
bentak Arman lagi.
Man, bukan I tak nak berjual tapi, tak ada siapa yang nak dengan I lagi. Bukannya you tak tahu yang I ni, saban malam tunggu customer dekat lorong tu. Tapi, mereka tak mahu dekat dengan I, apa lagi nak dapatkan servis I,
rintih Mariana.
Mar, macam mana orang nak dekat dengan you. You tengoklah keadaan diri you sekarang ni. Macam perempuan tua yang merempat. Sudahlah hodoh, kurus kering, kotor dan berbau busuk lagi. Mestilah, customer tak ingin dengan you. Mereka jijik melihat you. Baik mereka dapatkan service dari perempuan lain yang jauh lebih mantap dari you. Jangan katakan lelaki lain, I ni yang hari-hari menghadap muka you pun, naik meluat!
Arman terus-terusan mengutuk Mariana.
Sampai hati you hina I macam tu sekali, Man. I jadi macam ini pun sebab you juga. Siapa yang suruh I ambil dadah tu dulu, kalau tak you. Siapa yang galakkan Siapa yang berikan I stok di kala I perlukannya kalau tak you. Semua benda buruk yang jadi pada I sekarang, berpunca dari you. Sampai sekarang, I dah tak mampu nak berjual lagi, semuanya disebabkan oleh you,
tuduh Mariana sambil menuding jari telunjuknya pada Arman.
Hei perempuan, engkau tu sebenarnya yang bodoh. Pernah tak kau terfikirkan yang engkau ni banyak menyusahkan orang. Kau susahkan aku. Kau juga dah susahkan arwah laki dan anak kau. Engkau jadi macam ni sekarang disebabkan oleh kebodohan engkau sendiri. Engkau ada otak, tapi letak kat lutut. Engkau ada hati, tapi hati kau busuk dan engkau ada rupa, tapi sekarang tak ubah macam najis yang melingkar di tepi longkang.
Terus-terusan Arman menghentam Mariana dengan kata-katanya yang begitu menghiris perasaannya. Tiada beryou dan ber I, lagi. Terus jadi lantang membahasakan aku dan engkau sahaja. Mariana sedar akan kebenaran kata-kata Arman itu. Dia sudah tidak mampu lagi untuk menjadi insan yang sebenar-benarnya manusia. Hidupnya kini penuh dengan kesengsaraan dan nista belaka. Kebahagiaan yang pernah dikecapinya dahulu, ibarat direnggut tiba-tiba. Tak mungkin, dia boleh berpaling lagi ke arah syurganya dahulu. Bahana-bahana penderitaan sudah mulai membaluti penghidupannya. Seluruh urat sarafnya telah kecur kerana disumbat derita kepincangan pedoman. Dan sekarang, dia sedang berhadapan dengan lelaki yang dahulunya mengaku, konon cintakannya tetapi hampa kerana disemai janji palsu. Seharusnya Mariana sedar dari mula, akan misi dan tujuan Arman mempergunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Kini, lelaki dayus itu sedang rakus menjamah hasil bencana yang dihumban kepadanya.
Wah! Hebat you berkata-kata sekarang ya, Man Setelah puas you berseronok ke atas diri I dan setelah puas you makan hasil kerana memperdagangkan I, you hina I sampai sebegini rupa. You memang jantan tak gunalah, Man. You ni lelaki dayus yang hanya pandai makan duit perempuan. You dayus, You dayus. You memang jantan tak guna,
Mariana menjerit sekuat hatinya ke arah Arman.
Lebih baik you lepaskan I pergi. Man. I dah tak sanggup lagi hidup bawah telunjuk you.
Ke mana engkau nak pergi, Mar Engkau ingat, engkau boleh hidup ke dengan keadaan engkau yang macam ni Siapa yang nak tolong engkau Selama ini, aku ni yang banyak bantu engkau, tahu tak
kata Arman pula. Bengang sungguh dia bila Mariana seolaholah mencabarnya.
Ulat dalam batu pun boleh hiduplah, Man. Selama ini pun, walaupun kita bersama, tapi I yang banyak cari duit dan bagi pada you. Lebih baik I mati merempat di luar dari hidup terseksa dengan you,
jawab Mariana pula. Timbul rasa kesal yang mendalam dalam diri Mariana. Hidupnya berantakan gara-gara Arman. Segalanya, sebenarnya sudah bercelaru sejak mula lagi. Arman telah memporak-perandakan rumahtangganya, menyimbah racun ke dalam perasaan arwah suaminya dan menangguk kesenangan di kala deritanya. Mengapakah harus jantan itu yang dipuja-pujanya Kenapa Arman harus muncul di tengah-tengah penghidupannya Dan yang paling bodoh dirasakannya ialah bagaimana Arman, boleh mengambil tugas nakhoda sebagai pemacu arah dan tatacara hidupnya sehingga jadi rosak sebegini.
Bodoh, bodoh! Aku memang seorang perempuan yang bodoh lagi tolol,
kata Mariana dalam hatinya, mengutuk diri sendiri. Arman yang dari tadi terdiam dengan kemarahan Mariana, tiba-tiba menyedari akan kesilapannya memarahi dan mengutuk Mariana sesuka hatinya. Pada mulanya, Mariana hanya meminta sedikit wang sahaja untuk dia membeli dadah kerana ketagihan yang amat sangat, tetapi Arman telah tersalah menafsir kehendak Mariana itu. Dia hanya mahu menggertak Mariana sahaja, tetapi tidak menyangka Mariana punya hujah yang cukup kukuh untuk membentaknya kembali. Kata-kata Mariana itu benar belaka. Selama ini, dia yang telah terlalu banyak makan hasil dari Mariana untuk hidupnya.
Dia sengaja menjerumuskan Mariana ke lembah dadah, ketagihan alkohol dan berjudi semata-mata untuk kepentingan dirinya. Kini, dia punya satu lagi visi, iaitu untuk memperdagangkan satu-satunya zuriat Mariana, Nurul Alyssa. Dia tidak boleh kehilangan Mariana sekarang. Jika tidak, hancur segala rencananya. Nurul Alyssa terlalu jelita untuk dilepaskan begitu sahaja. Wajah dan tubuh Alyssa punya nilai komersil yang tinggi. Permintaan ke atas diri Alyssa nanti, pasti mampu memenuhkan saku dan akaun agen skandal yang dimilikinya. Dan sebagai penjualnya, komisen yang bakal diterima Arman, pasti tidak kurang hebatnya. Menyedari semua itu, Arman segera mendapatkan Mariana kembali dan memeluknya seerat mungkin.
Sayang, nantilah dulu. Janganlah macam ni. Okey, I minta maaf sebab tadi I dah menyakitkan hati you. Tetapi sebenarnya, I tak punya maksud sebegitu. Cuma, timing you minta tu tak sesuai. I memang tak ada cash sekarang. I belum dapat payment lagi. Nanti, bila I dah dapat, I akan beri apa sahaja yang you minta. Lagipun, budak Kasmir tu tak nak bagi kredit lagilah pada kita,
ujar Arman sambil merenung jam di tangannya. Nampak gayanya, jam itu bakal digunakannya sebagai tukaran untuk mendapatkan wang. Semuanya bagi memenuhi nafsu Mariana yang ketagihan ketika itu. Jam tangan jenama Tissot itu, amat disayanginya kerana ia adalah pemberian salah seorang bekas teman wanitanya. Namun begitu, tidak salah rasanya, kalau dia berkorban sedikit sebagai umpan dia memancing hasil dan gaya yang lebih menguntungkannya.
Sayang, you jangan bimbang, ya Kalau susahsusah sangat, I akan trade-in saja jam kesayangan I ni supaya I boleh beli dadah untuk you,
sambung Arman lagi, selembut-lembut bahasanya.
Betul You tak tipu Tapi ingat, you kena tolong I dapatkan benda tu secepat mungkin, ya I dah tak tahan lagi ni,
rayu Mariana.
Cis, perempuan ini tak sabarlah pula. Kalau tak difikirkan anaknya tu, tahulah nasib kau,
rungut Arman dalam hatinya.
Man, tapi you tak menyesal ke sebab terpaksa jual jam kesayangan you itu demi I. I, kalau boleh, tak mahu susahkan you lagi. I promise, bila I dah sihat nanti, I akan cari duit untuk ganti balik jam you itu,
pujuk Mariana pula. Arman hanya tersenyum sahaja mendengar janji Mariana itu. Galang ganti untuk jam yang tidak seberapa nilainya itu, begitu lumayan sekali. Inilah peluang untuk Arman cucuk jarum. Perihal anak gadis Mariana, akan diutarakannya ketika itu.
Sayang, you ingat tak, yang kita dah ambil deposit untuk serahkan Alyssa pada Tauke Jepp, tempoh hari. I rasa, inilah masa yang sesuai untuk kita mulakan kerja itu. Kita sekarang pun dah keputusan wang. Kalau kita cepat serahkan Alyssa pada Tauke Jepp, kita akan dibayar lumayan. You jangan lupa, ramai lagi ah long kat luar tu, sedang cari you. Sebelum kepala you hilang, atau mayat you, orang jumpa di mana-mana lebih baik kita serahkan Alyssa dengan segera. Untuk kepentingan you juga,
pujuk Arman. Mariana sedikit gelisah mendengar kata-kata Arman itu. Namun, bak kata Arman, dia perlu bertindak segera demi kepentingannya. Sebolehbolehnya, dia tidak mahu mengganggu penghidupan Alyssa. Tetapi, dia sudah tidak punya jalan lain. Hanya menjual Alyssa sahaja yang mampu menyelamatkan keadaannya. Mahu atau tidak, dia harus menurut sahaja keinginan Arman itu.
Tapi, bagaimana I nak pujuk Alyssa untuk ikut I, Man
You kan, mama dia Pandai-pandai youlah. Yang penting, you kena pujuk Alyssa untuk jumpa Tauke Jepp sahaja. Lepas tu, terpulanglah pada mereka, nak buat apa dengan Alyssa. Once kita dah dapat bayaran, kita tinggal sahaja Alyssa pada mereka,
cadang Arman lagi.
You tak rasa bersalah ke, nak buat Alyssa macam tu I rasa berdosalah.
You dah tak boleh fikir pasal dosa pahala lagi sekarang ni, Maria. Selama ini pun, you dah hidup bergelumang dengan dosa. Pintu untuk you bertaubat pun, dah lama tutup,
terkeluar kata-kata jahil dari mulut Arman. Mariana hanya terdiam sahaja mendengar citra dusta Arman itu. Sekarang, dia sedang berfikir-fikir bagaimana untuk melaksanakan rancangan jahatnya bersama Arman itu. Hanya Alyssa sahaja jalan keluar dari sagala masalahnya.
Alyssa, Tuan Fahreen nak jumpa dengan engkau, sekarang. Dia sedang tunggu engkau di biliknya,
ujar Fatiha, setiausaha bahagian pentadbiran sejurus selepas Alyssa melabuhkan punggungnya di bangku pejabatnya.
Kenapa pula bos tiba-tiba nak jumpa saya, Cik Fatiha
Entah,
ringkas sahaja jawapan Fatiha sebelum meninggalkan Alyssa sendirian merungkai tujuan panggilan ketua teratas syarikatnya.
Jangan-jangan dia nak tegur pasal laporan yang engkau hantar semalam kut, Alyssa,
sapa Kak Arfah, rakan sejawatannya sejurus apabila dia terlihat Alyssa termanggu-mangu lagi, walaupun Fatiha sudah beberapa minit berlalu.
Iulah engkau, dah berapa kali akak pesan, kerja tu jangan banyak berangan, nanti boleh tersilap. Tambahan lagi, kita ni di bahagian akaun, department yang penting, tahu tak Sedikit kita tersilap, seluruh operasi boleh terjejas, tau. Ini mesti ada banyak figure and calculation yang tersilap pada laporan tu. Monthly report kita kena tepat supaya senang pihak atasan buat analisa,
sambung Kak Arfah yang terus-terusan membebel. Alyssa hanya berdiam. Malas dia hendak bersoal jawab dengan Kak Arfah. Orang tua tu, dah lama berkhidmat di Syarikat Tajul Holdings. Boleh dikatakan, dia orang lama. Banyak pengalaman Kak Arfah yang masih belum diceduk oleh Alyssa. Kalau dia banyak sangat bertekak dengan Kak Arfah, bimbang juga akan menimbulkan masalah dalam kerjanya kelak. Sebaiknya dia berdiam dari berperang mulut dengan Kak Arfah kerana apa yang lebih penting sekarang ialah memikirkan jawapan yang bakal diberikan pada setiap persoalan yang bakal ditimbulkan oleh Tuan Fahreen nanti. Bebelan Kak Arfah dibiarkan sahaja berlalu, umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lantas, Alyssa terus mencapai fail yang menyimpan salinan laporan yang dihantarnya semalam dan bergegas ke tingkat atas. Alyssa hampir berlaga dengan Elly ketika keluar dari pintu bilik akaun. Namun, dia langsung tidak menyapa Elly. Elly yang terpinga-pinga dengan gelagat Alyssa, terus mendapatkan Kak Arfah yang hanya tersenyum memandang gelagat dua sahabat baik itu.
Kenapa macam ribut saja tu, kak
tanya Elly sambil masih tertinjau-tinjau kalau-kalau Alyssa kembali semula ke tempatnya.
Mana tak ribut, taufan tengah menunggu,
jawab Kak Arfah, tenang. Elly masih terpinga-pinga lagi. Dia tidak faham akan maksud Kak Arfah itu. Tujuannya asalnya, memang hendak bertemu Alyssa atas soal-soal peribadi.
Elly, sahabat awak tu, dipanggil menghadap bos besar kita, Tuan Fahreen,
jelas Kak Arfah lagi.
Tuan Fahreen!
Elly terkejut mendengar nama itu. Ramai pekerja yang walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun di syarikat itu, tidak pernah dipanggil secara peribadi untuk menghadap Tuan Fahreen. Selalunya Tuan Fahreen akan mengajukan segala permasalahan kepada ketua jabatan yang mana akan dipanjangkan kepada pekerja-pekerja di bawah jabatan tersebut. Namun kini, Alyssa yang hanya bekerja sebagai pembantu akaun di Jabatan Perakaunan Tajul Holdings, telah memecah tradisi ini. Buat pertama kalinya, seorang pekerja yang berjawatan rendah telah dipanggil menghadap bos besar.
Entahlah Elly, mesti ada perkara besar tu. Kalau tidak, Tuan Fahreen tak ingin berurusan dengan orang macam kita,
sambung Kak Arfah lagi. Setibanya Alyssa di aras yang setingkat atas darinya, dia disambut dengan senyum menyindir oleh Che Ros. Che Ros tahu mengapa Alyssa dipangil oleh Tuan Fahreen. Dalam hatinya, Che Ros ketawa melihat muka pucat Alyssa itu.
Padan muka!
katanya di dalam hati.
Wah, macam bintang terkenal pulak ya, Alyssa Dijemput ke bilik Tuan Fahreen. Kau tahu tak, orang yang dah bertahun-tahun kerja di sini pun, ada yang belum pernah tengok pintu bilik ni tau,
perli Che Ros. Alyssa malas melayan sindiran Che Ros ketika itu. Baginya, kehadiran Che Ros hanya ibarat tempelan di muka pintu Tuan Fahreen. Fikirannya masih sibuk berteka-teki soal dia dipanggil Tuan Fahreen hari ini.
Itulah, orang kalau dah selalu buat taik, memang dijemput bos. Sikit lagi, dapat surat cinta dari boslah, kan Alyssa
tambah Che Ros lagi menambahkan sakit hati Alyssa.
Che Ros, saya naik ni, bukan untuk diperli sesiapa, apa lagi dengan orang macam Che Ros ni. Kalau Tuan Fahreen tak panggil, saya pun tak ingin nak menghadap jaga bilik dia ni,
kata Alyssa yang sudah tidak sabar dengan sindiran Che Ros itu. Mendengar jawapan Alyssa, menyebabkan Che Ros berasa marah. Baginya, dia tidak pantas disindir oleh orang seperti Alyssa yang jauh lebih rendah taraf kerjanya.
Amboi, sedapnya bahasa budak ni. Kurang ajar nampak Engkau tak kenal ke, aku ni siapa dekat sini dan apa tugas aku pada Tuan Fahreen
Siapa atau apa saja tugas Che Ros ni, saya tak peduli. Yang saya tahu, kita ni, semuanya sama. Samasama makan gaji, sama-sama jadi kuli. Di mata Che Ros, ada tingkat-tingkat tertentu yang membezakan, tetapi di mata bos, kita semua tetap hambanya yang dibayar upah,
jawab Alyssa yang juga semakin hangat hati dengan Che Ros. Mujurlah, ada panggilan masuk untuk Che Ros ketika itu. Kalau tidak, mahu juga dia terus berdebat dengan perempuan yang banyak kero macam Che Ros itu. Sejurus mendengar deringan telefon, Che Ros terus menunjukkan jari telunjuknya ke arah pintu bilik Tuan Fahreen sebagai arahan untuknya masuk. Perlahan-lahan pintu bilik Tuan Fahreen diketuk Alyssa. Terdengar suara Tuan Fahreen mengarahkannya masuk. Di dalam bilik Tuan Fahreen, segala-galanya bagai tidak kena. Apa kesalahannya kini sehingga dipanggil menghadap, apa lagi oleh orang sebesar Tuan Fahreen. Tidak berani langsung Alyssa mengangkat muka pada Tuan Fahreen. Dia hanya tunduk merenung lantai yang licin sekali di bilik Tuan Fahreen itu. Sekali-sekala, timbul rasa kagumnya terhadap mak cik tukang cuci kerana kecekalannya membuatkan lantai menjadi sebegitu berkilat sekali. Namun hatinya terus bergelodak. Ini kali kedua, dia dijemput ke bilik tersebut. Kali pertama, ketika mula bekerja dahulu, juga kerana masalah kerja-kerjanya.
Sekarang, apa pulak lagi
tanyanya di dalam hati. Tuan Fahreen hanya merenung tenang wajah ayu Alyssa. Wujud kekaguman di hatinya terhadap kejelitaan asli yang dimiliki Alyssa. Rupa-rupanya, masih ada lagi gadis yang cantik tetapi penampilannya, amat sederhana sekali, terutama dalam bandar besar ini. Lantas, Tuan Fahreen dengan nada lembut, mempersilakan Alyssa untuk duduk sambil meneliti fail peribadi di atas mejanya. Alyssa berasa pelik kerana fail yang berada di dalam pegangan Tuan Fahreen bukanlah fail laporan yang diserahkannya semalam, tetapi fail butiran peribadinya yang diserahkan kepada Tuan Fahreen oleh Jabatan Sumber Manusia.
Ya Allah! Apa pulak ni
tanya Alyssa dalam hatinya. Dahinya mula berpeluh dingin.
Nurul Alyssa binti Sulaiman Bakhtiar! Sedap nama kamu ini. Ada nilai komersil dalam namanya. Pandai orang tua kamu bagi nama ini, kan
ujar Tuan Fahreen memulakan kata-kata. Tuan Fahreen dapat melihat kegusaran di wajah Alyssa. Alyssa menyangka, bahawa dia dipanggil kerana masalah-masalah disiplin yang sering ditimbulkannya sejak akhir-akhir ini, terutama sekali soal cuti dan kedatangan. Alyssa sedar akan kesilapannya yang kurang matang membahagikan masa untuk bekerja dan berhibur. Dia kerap sekali mensia-siakan masa kerjanya demi tuntutan waktu hiburannya. Sekarang, mula timbul perasaan kesal kerana masalah disiplinnya itu sudah dipanjangkan kepada Tuan Fahreen.
Maafkan saya, tuan. Saya tahu, saya banyak buat kesilapan sejak akhir-akhir ini. Saya kerap ambil cuti sakit dan kecemasan. Saya janji tuan, selepas ini, saya tak akan ulang lagi kesilapan saya itu. Saya betul-betul menyesal, tuan. Tolonglah jangan ambil tindakan pada saya,
rayu Alyssa masih tidak berani bertentang mata dengan Tuan Fahreen. Tuan Fahreen hanya tersenyum melihat gelagat Alyssa ketika itu. Semakin gusar dan resah wajah gadis itu semakin jelita Alyssa di matanya.
Ya Allah, mengapalah tidak Kau temukan aku dengan dia sebelum ini
soalnya di dalam hati.
Mengapa dengan kamu ni, Nurul Alyssa Kamu tahukah apa tujuan sebenar saya panggil kamu ke sini
tanya Tuan Fahreen dengan senyum manis. Bertambah suka dia melihat wajah gabra Alyssa itu.
Tujuan saya panggil kamu ni, kerana nak bagi compliment pada kamu. Sebenarnya, saya dan pihak pengarah syarikat baru saja meneliti laporan yang kamu beri semalam. Laporannya lengkap serta padat dengan data-data yang ada. Pengiraannya juga tepat dan susah untuk kami cari cacat-celanya. Semua faham dan suka dengan presentation kamu. Bagi kami, kamu punya kriteria pekerjaan yang cukup baik, walaupun tidak setimpal dengan kelulusan kamu,
terang Tuan Fahreen tanpa disangka-sangka oleh Alyysa. Dia tercengang.
Saya sedang mempertimbangkan untuk menaikkan posisi kamu dari jawatan pembantu kepada junior eksekutif. Namun, saya memberi masa selama enam bulan untuk kamu perform sebelum disahkan ke jawatan baru.
Maksud Tuan Sa..sa..saya tak faham,
ujar Alyssa lagi, kali ini mula berani sikit mengangkat muka dan melihat ke mata Tuan Fahreen. Berdegup kencang jantung Alyssa ketika itu. Lebih kencang degupannya dari ketika mula dia dipanggil tadi. Tapi, kali ini atas alasan yang berbeza. Rupa-rupanya, dia turut terpegun melihat kekacakan jejaka hebat di hadapannya itu. Inilah kali pertama, dia berpeluang merenung wajah Tuan Fahreen dengan sebenarterlukis. benarnya. Benarlah kata orang sebelum ini, bahawa Tuan Fahreen punya pakej lengkap sebagai lelaki sejati. Dia kaya, berkuasa, berpengaruh dan antara lelaki kota yang terkacak pernah dilihatnya. Alyssa seolah-olah melihat bulan indah yang mengambang di hadapannya.
Cukup cantik bulan ini,
detak hatinya. Tanpa membuang masa, Tuan Fahreen menambah lagi,
Kami akan menaikkan pangkat kamu ke jawatan junior eksekutif atau pembantu eksekutif untuk akaun, efektif dari awal bulan depan. Syarikat akan meletakkan kamu di dalam perhatian selama tiga ke enam bulan sebelum kami mengesahkan kamu ke jawatan eksekutif yang sebenarnya. Oleh itu, ingin saya sarankan supaya kamu menyambung pelajaran kamu, sebagai syarat kelayakan untuk kamu ke jawatan eksekutif. Sekurang-kurangnya, kamu sambung hingga selesai peringkat diploma. Tetapi, jika sumber kewangan kamu terbatas, kamu boleh mohon melalui sumber manusia dan kami ada sediakan biasiswa untuk pekerja kami yang berkelayakan.
Nurul Alyssa masih tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Sebelum ini, dia fikir bahawa, kelulusan SPM yang ada padanya hanya mampu mengekalkan dia di tahap kerani sahaja. Dia tidak menyangka diberi peluang keemasan sebegitu. Walaubagaimanapun, Tuan Fahreen kelihatan begitu yakin dengan keputusannya. Dia mahu memberi peluang kepada potensi yang dimiliki Alyssa. Sekurangkurangnya, Alyssa mampu mendaki dari bawah.
Maafkan saya, tuan. Apakah tuan pasti dengan keputusan yang tuan buat ini Saya tak rasa, saya punya kelebihan di mana-mana. Saya bimbang, kalaukalau tuan tersalah menilai saya. Lagipun, laporan tempoh hari, saya sediakan bersama rakan-rakan saya di bahagian akaun,
ujar Alyssa yang masih sangsi.
Bukan kamu yang menilaikan potensi kamu sendiri, tetapi kami. Kami yakin dengan keputusan kami. Saya tahu mengenai masalah peribadi kamu sejak akhir-akhir ini dengan persoalan disiplin dan cuti-cuti kamu. Tetapi, jangan jadikan itu alasan untuk melihat kelebihan yang ada dalam diri kamu. Kamu boleh berubah, Nurul Alyssa, jika kamu mahu. Kamu boleh ketepikan segala permasalahan kamu dengan meningkatkan kreativiti dan mutu kerja kamu. Lagipun ketua jabatan kamu, turut memberikan compliment yang baik terhadap kerja-kerja kamu.
Kali ini, Alyssa benar-benar sedar bahawa bulan sedang jatuh ke ribanya. Rezeki datang dalam bentuk yang sungguh tidak disangkanya. Pujian yang diberikan oleh Tuan Fahreen pasti menjadi kata-kata semangat yang tidak terhingga nilainya dalam dirinya.
Boleh tak kamu berjanji, Nurul Elyssa Kalau tidak kepada syarikat, sekurang-kurangnya kepada diri kamu sendiri. Kamu boleh membina kerjaya kamu dari sini. Yang penting kamu perlu lebih efisen, rajin dan yakin pada diri sendiri. Jangan melihat masalah peribadi kamu sebagai kepincangan yang menyekat kemaraan kamu ke menara. Masalah itu cuma ibarat anai-anai dan kamu perlu jadi kayu yang cukup utuh dan kuat untuk menahan serangannya,
kata-kata Tuan Fahreen sebagai penyuntik semangat kepada Alyssa.
Insya-Allah, tuan. Saya tidak akan sia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh tuan itu. Terima kasih kepada tuan dan pihak pengurusan yang memberikan peluang ini kepada saya. Saya berjanji, selepas ini, saya akan tingkatkan mutu kerja saya dan saya akan bekerja dengan lebih rajin lagi,
Alyssa melafazkan akujanjinya dengan yakin. Tuan Fahreen masih terus tersenyum sendirian walaupun Alyssa sudah meminta izin dan beredar dari biliknya. Dia dapat melihat kesungguhan di air muka Alyssa. Namun, kekagumannya pada wajah Alyssa masih tersemat mengatasi segala-galanya. Kalau diikutkan hati, dia ingin meminta Alyssa lebih lama lagi berada di ruangannya supaya dia boleh lebih lama lagi menatap kejelitaan gadis itu. Baginya, Alyssa cukup sempurna untuk didambakan oleh seorang lelaki. Dia lembut dalam kasar, tenang dalam tegang dan cekal dalam peri masalah. Lantas, Tuan Fahreen teringat bahawa Alyssa pernah dikhabarkan kehilangan papanya tidak berapa lama dahulu. Mungkin kerana itu, hidupnya mula bermasalah. Gadis seperti Alyssa, jika tidak diberikan bimbingan, mungkin akan tersesat di tengah kemeriahan kota. Ramai yang akan mengambil kesempatan terhadap keindahan rupa yang dimilikinya.
Oleh itu, Tuan Fahreen berharap agar kesempatan yang diberikannya kepada Alyssa untuk meningkatkan taraf hidup akan dimanfaatkan dengan baik. Hari itu, hati Tuan Fahreen terus berdetup-detap. Sejak dari dia menatap wajah Alyssa suatu ketika dahulu, hinggalah ditatapnya sekali lagi, tadi. Ada sesuatu tarikan istimewa yang ada pada diri gadis itu. Alyssa yang dilihatnya tadi, lebih menarik dari tempoh hari. Apakah wajahnya punya kuasa sakti yang berubah menjadi cantik dan ayu setiap hari Tuan Fahreen tidak pernah membawa pemikirannya tentang wanita-wanita yang pernah ditemuinya begitu dalam di hatinya. Namun dengan Alyssa, ia jadi berbeza. Mungkinkah hatinya sudah terpaut Malam itu, Alyssa membawa Kak Rozi dan teman baiknya Elly keluar makan di luar sebagai meraikan kenaikan pangkatnya. Selain itu, dia bertujuan mahu memulihkan dan menjernihkan semula hubungannya dengan kedua-dua mereka yang dingin sejak akhirakhir ini. Sesungguhnya dia masih punya fikiran yang lebih baik untuk bersama kedua orang penting itu daripada meraikan dengan berhibur tak tentu hala bersama teman-teman
clubbingnya. Mereka makan di restoran biasa yang berdekatan dengan rumah. Restoran yang menjadi pilihan Alyssa dan Roziana, bukan sahaja kerana keenakan masakannya tetapi juga kerana keramahan pemiliknya yang bernama Mak Intan. Mak Intan pula, orangnya riuh dan menjadi penjenaka terhebat para pengunjung warungnya. Susuk tubuhnya yang besar dengan punggungnya yang lebar akan menjadi perhatian orang yang memandang setiap kali ia bergegar ketika Mak Intan bergerak. Tidak kurang juga yang gemar memekik
gempa bumi
kalau melihat ia bergoyang. Tetapi Mak Intan tidak pernah ambil hati kerana usikan dan senda-gurau adalah asam garam dalam kehidupan niaganya.
Amboi, amboi, amboi, anak dara pingitan ni, dah lama tak nampak muka. Sibuk ke ataupun dah ada orang masuk meminang
sapa Mak Intan menyambut ketibaan mereka bertiga sambil mempersilakan mereka duduk.
Tak adalah, pandai-pandai saja Mak Intan ni. Bukan apa, sejak akhir-akhir ni kami ni semua sibuk dengan tugas masing-masing. Sebab itulah, susah nak nampak muka. Rindu sangat kami dengan masakan kat kedai Mak Intan, ni. Ish Mak Intan ni, janganlah cakap ada orang dah masuk meminang saya ni, buat malu saja. Saya ni dah tua, siapalah yang nak. Lainlah dengan anak dara berdua ni,
jawab Roziana sambil mengajukan jarinya pada Alyssa dan Elly.
Alahai, kalau ada orang nak masuk meminang pun, apa salahnya. Awak tu kan cantik lagi, Rozi. Tapi, kalau orang tu tak jadi masuk meminang Rozi, suruh dia hantar rombongan dekat Mak Intan sajalah. Maklumlah, Mak Intan pun dah lama janda...opppsss... balu. He, he, teringin juga nak berlaki lagi. Ha ha ha..
Tawa Mak Intan sebesar tubuh badannya. Mereka semua tertawa bersama. Geli hati dengan kata-kata Mak Intan itu. Memang Mak Intan itu, orangnya lucu sekali. Setiap kali ke warungnya, tidak sah kalau tidak bertemu dan bersenda dengannya. Restorannya lebih menjadi pilihan pada waktu malam kerana menyajikan pelbagai juadah ala-Thai seperti tom yam, nasi goreng, makanan claypot dan sebagainya. Sajiannya lumrah bagi pengunjung kota yang mahu mengubah selera di waktu malam. Selain makanannya enak, perkhidmatannya juga cepat, cekap serta bersih. Mak Intan tidak kedekut untuk menggajikan lebih ramai pekerja bagi mengekalkan mutu perkhidmatan restorannya untuk kesenangan dan keselesaan para pelanggannya.
Ha, Kak Rozi dan Elly nak makan apa ni Order saja, Lyssa belanja,
kata Alyssa ketika mereka melihatlihat menu makanan pada katalog yang dibawa oleh pelayan sebentar tadi.
Tonight is your night, my dear. Apa kata, Lyssa saja yang pilih. Lagi pun, Lyssa yang nak belanja, kan Kami berdua ni ikut sahaja,
jawab Roziana pula.
Betul tu. Aku ni, kalau engkau nak belanja makan nasi goreng sahaja pun, aku telan. Tapi, kalau engkau nak belanja sekali dengan lauk pauknya, lagi aku suka. Perut aku ni lapar sangatlah. Dah buat lagu keroncong dekat dalam ni,
seloroh Elly yang kembali gembira kerana hubungannya dengan Alyssa sudah semakin pulih, walaupun menurut Alyssa, mereka berdua tiada apa-apa masalah pun.
Ha, pilih sajalah, banyak menu yang boleh dipilih tu. Tapi, jangan minta makan hati, cukuplah ya Takut ada yang mati pula nanti. Hahaha,
seloroh Mak Intan lagi sambil berlalu menyambut pelanggannya yang lain.
Okey, kalau macam tu, saya nak order tom yam kung, udang goreng tepung, ikan siakap tiga rasa, sotong goreng kunyit, kailan ikan masin dan apa lagi, ya Ha, ketam goreng pedas, favourite engkau tu Elly,
seloroh Alyssa.
Wei, banyaknya kau order, beb. Esok, engkau tak nak makan lagi, ke Mengalahkan makan untuk satu team bola punya, engkau order,
komen Elly pula.
Aku tak risau, mesti habis punya. Engkau kan kuat makan, beb Lagi pun Elly, tadi kan engkau cakap yang engkau ni lapar sangat. So, aku orderlah banyakbanyak ni supaya engkau boleh kenyang tiga hari.
Apa, kau ingat aku ni pelahap ke Kurang asam engkau, beb!
Roziana hanya tersenyum memerhatikan gelagat dan senda gurau dua sahabat itu. Dia bersyukur kerana dari pengamatannya, hubungan kedua mereka telah pulih. Dia benar-benar berharap agar Alyssa akan berubah selepas ini sejajar dengan kenaikan pangkatnya. Apa yang lebih mengharukannya, Alyssa telah memilihnya bersama Elly untuk meraikannya berbanding teman-teman yang lain.
So, apa cerita sebenar engkau di bilik Tuan Fahreen tu tadi, beb Engkau tahu tak, masa engkau kat dalam tu, si minah kepochi tu sibuk turun ke department bawah, bawa ura-ura yang engkau mungkin dipecat kerana masalah disiplin. Tak sayang mulut betullah Che Ros tu,
adu Elly memulakan bicara. Elly ingin sangat nak tahu bual bicara sebenarnya antara Alyssa dan Tuan Fahreen, siang tadi. Ketika di pejabat tadi, dia cuma sempat mendengar berita bahawa Alyssa dinaikkan pangkat. Itu pun dia tahu dari Kak Arfah, teman sejabatan Alyssa. Dia sendiri pelik, bagaimana cerita itu, berbeza sekali dengan apa yang digembar-gemburkan oleh Che Ros. Memang si minah tu suka buat propa sahaja. Selama ini pun, segala berita-berita palsu di pejabat itu pun, sering disebarkan oleh Che Ros, terutama sekali soal perilaku dan peribadi teman-teman sekerjanya.
Engkau pedulikan sahaja cakap-cakap Che Ros tu, Elly. Engkau bukan tak tahu perangai dia tu. Seantero pejabat dah tahu, kan Sebab tu, ramai yang tak suka berkawan dengan dia. Masa aku mula-mula sampai di pintu bilik Tuan Fahreen pun, dia dah ugutugut aku yang Tuan Fahreen bakal pecat aku sebab aku ni dah buat taik Nasib baik aku tak maki muka dia,
celoteh Allysa pula.
Baguslah tu, Lyssa. Kak Rozi gembira sebab pihak pengurusan syarikat beri kepercayaan kepada adik akak ini untuk terus melaksanakan tugas dengan baik. Bolehlah tutup mulut orang-orang yang suka cakap pasal benda-benda tak baik ni. Syukurlah, ketua Lyssa masih mampu lihat kewibawaan Lyssa dalam bekerja. Dia sedikit pun tidak termakan kata-kata orang yang tidak suka melihat orang lain berjaya. Mulai sekarang, Lyssa kena bekerja bersungguh-sungguh sebab Lyssa sudah dapat keyakinan dari Tuan Fahreen sendiri,
kata Roziana memberi galakan kepada Alyysa.
Betul tu, Kak Rozi. Lyssa sendiri tak sangka bahawa nasib Lyssa sebaik ini. Mula-mula tu, Lyssa ingat, tujuan Tuan Fahreen panggil Lyssa sebab dia nak pecat Lyssa. Tapi, tak sangka lain pula jadinya,
ujar Alyssa dengan riang. Matanya bercahaya apabila menyebut nama majikannya.
Apa perasaan engkau, beb, bila berhadapan sendiri dengan Tuan Fahreen tu Betullah kata engkau, memang nasib engkau baik. Bukan semua orang berpeluang dijemput ke bilik Tuan Fahreen tu tau. Inikan pula, untuk mendapat berita gembira sebegini. Aku ni, yang dah lebih dahulu kerja dari engkau pun, tak merasa berhadapan dengan dia lagi tau. Tapi, engkau janganlah ingat aku ni cemburu pula dengan engkau, beb. Sebenarnya, aku pun tumpang gembira dengan peningkatan engkau ini,
ujar Elly dengan perasaan ikhlas dengan kejayaan rakannya.
Tapi, kata-kata dari Tuan Fahreen membuat aku yakin bahawa aku boleh berjaya satu hari kelak. Lepas tu, dia minta aku sambung belajar pula. Katanya, aku boleh mohon biasiswa syarikat. Dia mahu aku dapatkan sekurang-kurangnya, diploma untuk lebih memantapkan kerjaya aku.
Baguslah kalau sudah macam tu, Lyssa. Bolehlah Lyssa sambung pelajaran yang tertangguh hari tu,
sampuk Roziana pula, setelah lama mendiamkan diri.
Tapi, kak, Lyssa tak minat nak sambung dalam bidang akaun. Lyssa buat kerja ini pun, sebab syarikat yang tempatkan Lyssa di jabatan akaun tu. Kak Rozi kan tahu, Lyssa lebih minat dalam bidang seni lukisan dan grafik,
jelas Alyssa pula. Alyssa amat berminat bidang seni lukis. Bakatnya telah mulai dikesan ketika masih kanak-kanak lagi. Dahulu, almarhum papanya pernah mempunyai impian untuk menghantar Alyssa belajar ke institusi pengajian dalam bidang seni dan grafik yang terkemuka seperti Universiti Lim Kok Wing. Namun, segalanya berkecai setelah dia ditimpa bala. Impian dan harapan Alyssa jua turut hancur apabila turut terkena tempias musibah yang menimpa papanya. Walau bagaimanapun, Alyssa tidak pernah putus harap untuk terus mengejar impiannya dalam bidang yang amat dicintainya itu. Dia masih menyimpan cita-cita itu dan percaya, suatu hari nanti, impian itu bakal terlaksana. Ketiga-tiga mereka menjamu selera apabila hidangan yang telah dipesan sampai. Alyysa makan penuh berselera. Peristiwa di bilik Tuan Fahreen di syarikat tadi menyuntik semangat baru dalam dirinya. Dia berazam akan menjadi anak yang dibanggakan oleh arwah papanya.
Apa yang engkau tenung makanan tu lama-lama sangat, Fahreen Engkau nampak bidadari ke, dalam pinggan engkau tu
tegur Kamal, pelik melihat sikap Fahreen ketika mereka menjamu selera malam itu. Kamal mula menyedari kelainan sikap sahabatnya itu, sejak mereka bertemu di lobi hotel lima bintang yang sering menjadi pilihan mereka untuk menjamu selera. Fahreen tidak banyak bercakap dan dia lebih banyak mengelamun. Makanan yang dihidang di meja mereka, walaupun begitu enak sekali, hanya sedikit yang diusiknya. Seperti ada sesuatu yang begitu membebankan fikirannya, sekarang ini.
Kenapa dengan engkau ni Dari tadi, aku tengok lain macam saja. Jangan-jangan, engkau ni dah kena badi apa-apa, kutseloroh Kamal lagi sambil tertawa. Begitulah Kamal, sempat bergurau lagi dalam apa jua situasi. Sifat Kamal yang happy go lucky menyebabkan Tuan Fahreen begitu selesa bersahabat dengannya. Sehingga martabat Kamal diangkat sebagai orang kepercayaannya untuk menyimpan segala rahsia peribadinya. Tidak ada perkara yang bersangkutan dengan Tuan Fahreen yang tidak diketahui oleh Kamal. Bak kata orang, segala rahsia Tuan Fahreen ada dalam kocek Kamal. Kamal pula, walaupun gemar berseloka tetapi cukup jujur dan amanah dalam menjaga hak dan rahsia sahabatnya itu. Kerana itulah, Tuan Fahreen gemar untuk bercerita dengan Kamal.
Hai, nampaknya aku seorang sajalah malam ini. Makan sorang-sorang, menyembang sorang-sorang. Eh Fahreen, engkau ni dah kenapa sebenarnya Dari mula kita jumpa di lobby tadi, sampai membawa ke meja makan ni, aku tengok, engkau macam tak ada mood saja. Engkau ada masalah ke Cuba engkau ceritakan pada kawan engkau ni,
kata Kamal sambil tangan menunjuk pada dirinya sendiri. Tuan Fahreen yang sejak tadi melayan buaian perasaannya, memulakan bicara,
Kamal, aku sendiri tak faham apa yang sedang melanda aku sekarang. Aku seperti dibuai mimpi indah. Dari tadi, aku asyik terfikirkan seseorang!
Oh my god, dont tell me that. Are you in love, my friend
soal Kamal sedikit kaget. Tuan Fahreen hanya menghinggut bahunya, tanda tidak menafikan. Dia sendiri tidak pasti, apakah perasaan yang timbul dalam jiwanya itu adalah perasaan cinta, tertarik ataupun kagum. Kamal jadi bertambah buntu dengan konflik jiwa sahabatnya itu.
Okey, macam ni saja Fahreen. Apa kata engkau cerita saja pada aku, siapakah gadis yang telah berjaya mengetuk pintu hati engkau, sampai engkau jadi separa angau ni. Manalah tahu, aku boleh tolong usyarkan untuk engkau. Yalah, dah engkau tu jenis lelaki pemalulah, katakan,
kata Kamal yang sudah dapat meneka akan perasaan yang tersirat di jiwa Tuan Fahreen. Saat itu, Tuan Fahreen terus terbayangkan pertemuan keduanya dengan Nurul Alyssa di bilik pejabatnya, siang tadi. Wajah Alyssa yang bersahaja dan sugul ketika itu, tidak mampu melindungi kecantikannya. Matanya bersinar bak bintang kejora, alisnya bagai diraut, pipi munggilnya lembut, bibirnya hangat, rambutnya ikal dan terpancar sinar pada wajahnya. Andai kata, diletakkan bulan di samping Alyssa, kecantikan yang ada pada kedua-duanya, tidak ada beza sama sekali. Begitulah pandangan peribadi Tuan Fahreen terhadap gadis bernama Nurul Alyssa itu. Dan kini, gadis itu adalah salah seorang dari pekerjanya.
Kamal, apa yang kita harus lakukan kalau kita sudah jatuh hati pada seseorang itu
tanya Tuan Fahreen seakan meminta pendapat dari Kamal.
Fahreen, engkau ni tokoh korporat muda yang terkemuka, punya banyak harta, punya rupa dan kedudukan. Kehebatan engkau dalam bisnes, tak boleh disangkal lagi. Ibarat kata, jikalau bulan atau matahari yang kau impikan, ianya pasti kecapaian. Inikan pula, hanya untuk memiliki seorang wanita. Masa kan itu, jadi masalah kepada engkau
ulas Kamal. Tuan Fahreen hanya terdiam memandang Kamal. Memang benar, dia adalah lelaki yang boleh dikatakan sempurna kerana memiliki segala-galanya. Hartanya yang tidak terhitung banyaknya itu, pasti mampu memakbulkan setiap kemahuannya. Tetapi, mengapa hatinya masih sepi dari cinta Dia memiliki segalgalanya, kecuali cinta. Cinta adalah anugerah Allah yang tidak mampu dibeli. Terkadang, si miskin papa, mampu punyai kebahagiaannya tersendiri kerana memiliki cinta yang dihadiahkan Allah padanya. Adakalanya pula, si kaya yang punya harta, tetapi jiwanya tandus dan kontang kerana tidak disemai dengan baja cinta. Mungkinkah dia tergolong dalam kategori golongan seperti itu, sekarang Tuan Fahreen adalah seperti manusia lain, tidak mahu punya jiwa yang kontang dari kasih sayang. Namun apakan dayanya, itu sajalah satu-satunya yang belum dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Benar kata kau, Kamal. Aku ada segala-galanya. Kehidupan aku selesa. Tetapi, jiwaku kosong. Selepas arwah ayah meninggal, aku dah tak punya siapa-siapa lagi untukku bergantung kasih. Life aku sekarang ni mendatar sahaja. Siang, aku ke pejabat, malam pula aku di rumah dengan aktiviti biasa. Paling tidak pun, aku akan duduk membaca, sampai aku terlena. Tiada apa yang boleh membangkitkan keghairahan aku dalam hidup sebab tidak ada apa yang hendak kucari bila ke mana-mana, kecuali atas urusan perniagaan. Kamal, kadang-kadang aku rasa, hidup aku ni, bosan sangat, teramat bosan,
kata Tuan Fahreen dengan suara perlahan.
Aku rasa, sudah tiba masanya untuk engkau corakkan semula kehidupan engkau itu. Engkau perlu ada perancangan untuk berkeluarga. Sampai bila, engkau hendak membujang macam ni Rumah engkau yang besar itu, takkan engkau nak biarkan kosong tanpa tangisan anak-anak dari zuriat engkau sendiri. Suatu hari nanti, engkau pasti perlu waris untuk mewarisi segala-gala yang engkau ada hari ini. Dan yang paling penting, jiwa engkau tu sendiri. Engkau perlukan seorang wanita yang bakal mengisi kekosongan itu. Dia adalah seorang wanita yang mampu beri engkau kasih sayang dan mampu jadi ibu pada anak-anak engkau.
Jika hati engkau, sudah mula diketuk oleh seseorang, jawablah ketukan itu dengan salam. Jangan biarkan dia berlalu pergi kerana engkau tidak mengendahkannya. Beri dia peluang untuk samasama berkongsi nikmat kebahagiaan dengan engkau. Aku yakin, lelaki sebaik engkau, Fahreen, akan dapat seorang wanita yang baik juga. Buangkan jauh-jauh pandangan negatif engkau pada setiap wanita yang engkau temui. Tidak kesemua mereka itu, gilakan harta engkau semata-mata,
sambung Kamal lagi. Hujah-hujah Kamal itu telah membuatkan Tuan Fahreen berfikir dengan lebih jauh lagi. Tinggalan perkataan Kamal itu, satu per satu membentuk kelok-kelok persoalan untuk dia rungkaikan. Adakah dia sekarang sedang merasakan yang dia sudah jatuh hati, terpikat atau tertawan Dia sendiri perlu mencari jawapannya.
Actually Kamal, Ive met someone. Aku mengaku, aku tertawan padanya dan aku rasa dia berbeza dari perempuan lain. Tetapi, aku tak pasti sama ada aku sudah jatuh hati untuk memilikinya, atau sekadar meminatinya. Dia itu ibarat burung, dipuja kerana keindahan bulunya, tetapi bila di dekat, dia lari terbang meninggalkan sang pemujanya. Dan, aku tak rasa, dia punya perasaan yang sama dengan aku,
Tuan Fahreen mula meluahkan isi hatinya.
Meaning that, engkau tu hanya secret admirer dialah Come on, Fahreen, dont waste your time on just dreaming and admiring. Pergi dapatkan dia. Desperately, engkau hantar saja rombongan meminang, habis cerita,
kata Kamal pula.
Kamal, aku tak boleh buat keputusan terburuburu. Banyak perkara tentang dia yang perlu aku selidiki lagi. Lagi pun, ada satu perkara tentang dia yang membuatkan aku harus menangguhkan dulu hasrat hati aku,
beritahu Tuan Fahreen.
Wait, wait, wait. Ini perkara apa yang aku tak tahu lagi Engkau ada sembunyi perkara lain dari pengetahuan aku, ke Selama ini, semua rahsia engkau, aku tahu. Well, ini tak adillah, my friend,
desak Kamal pula, ingin lebih mengetahui.
Aku tak berniat untuk ketepikan engkau dalam hal ini, Kamal. Tetapi, aku kena tunggu perkara ini betul-betul confirm, baru aku akan beritahu. Engkau mesti ingat pasal Wadi Afzan, kan
soal Tuan Fahreen pula.
Aku peliklah, Fahreen. Apa kena-mengenanya perempuan yang engkau suka tu dengan Wadi Afzan Hai, engkau ni macam nak main teka-teki sahaja dengan aku ni!
Kamal jadi semakin hairan dengan feel Tuan Fahreen ketika itu. Dia tidak tahu, bagaimana hendak memikirkan jawapan kepada persoalan Tuan Fahreen tadi. Tuan Fahreen ini memang pelik orangnya. Sering meninggalkan tanda tanya. Dan kali ini, Kamal sekali lagi terkena bahana persoalannya.
Wadi Afzan adalah perkara pertama yang engkau dan aku, masih tidak mampu rungkaikan sehingga kini, mengenai orang dan warisnya yang kita cari. Begitu juga dengan gadis itu. Dia adalah perkara kedua yang perlu engkau tahu, bahawa aku belum pasti sama ada akan dapat memilikinya atau tidak. Bukankah ianya bersangkutan dengan memiliki atau menemui
kata Tuan Fahreen pula. Semakin rumit persoalan Tuan Fahreen itu. Kamal yang telah bertahun-tahun bersahabat dengan Tuan Fahreen dan bertahun-tahun juga menjadi peguam, gagal memahami maksud perumpamaan Tuan Fahreen itu. Persoalannya lebih susah dari menangani kes mahkamah yang pelbagai. Dalam soal Tuan Fahreen ini, Kamal telah kalah lebih awal lagi. Akhirnya dia beralah dan membiarkan Tuan Fahreen sendiri yang menyudahkan segala yang telah dimulakannya.
Tak kira apa pun yang terjadi, dan apa yang akan engkau lakukan, Fahreen, aku hendak engkau tahu yang aku akan sentiasa menyokong engkau. Aku harap engkau dapat menemukan jawapan seperti apa yang engkau mahukan. Mengenai gadis tu, aku harap, engkau tak akan lepaskan dia, kalau engkau sendiri pasti yang dia benar-benar baik. Aku akan sentiasa mendoakan engkau, bro,
Kamal menyuarakan sokongannya.
Thanks, Kamal. Engkau akan jadi antara orang yang pertama yang akan aku beritahu andai ada apa-apa berita baik nanti. Maafkan aku, kerana membiarkan engkau terus berteka-teki lagi. Aku harap engkau tidak terlalu memikirkan soal tadi, ya
pinta Tuan Fahreen pada Kamal. Sesungguhnya perbualan dua sahabat itu tidak terhenti di situ sahaja. Akhirnya setelah puas bertekateki, Kamal telah mengubah topik yang lain pula, supaya mereka berdua tidak terus menerus terjebak dalam persoalan itu. Selepas itu, suasana mereka jadi lebih santai lagi dengan membicarakan soal-soal yang bersangkutan dengan kerja pula.