Tika Cinta Berbisik - 10
Bab 9

PAGI-PAGI lagi Nurul sudah tercokoh di dapur. Melihat-lihat apa yang ada untuk dimasak. Sayangnya, dapur yang begitu mewah, peti sejuk yang begitu besar, kabinet dan rak-rak yang luas dan mahal, namun semuanya kosong. Tidak ada langsung bahan mentah untuk dimasak. Akhirnya, Nurul hanya termenung sendiri.

Dia kemudiannya mengambil keputusan un-tuk pergi ke pasar raya yang terletak berhampi-ran kawasan perumahan ini. Nurul meninggalkan nota ringkas yang dilekatkan di peti sejuk. Harlina masih belum bangun, dan dia tidak bercadang untuk mengganggu wanita itu.

Tiba di pasar raya, segala yang tidak ada di dapur semuanya dibeli oleh Nurul. Bahan basah dan kering, semuanya dibeli. Sudahnya, Nurul meninggalkan pasar raya bersama dengan beg-beg plastik yang sarat. Dia ingin segera pula ke rumah. Perutnya sedang berkeroncong.

Hari ini, Nurul cukup teringin makan masak lemak cili api. Kecur mulutnya apabila terbayangkesedapan dan keharuman bau serai. Sampai sa haja di rumah, tanpa bertangguh Nurul terus memasak untuk makan tengah hari. Pada hujung minggu selalunya Harlina tidak ke mana-mana. Nurul bercadang untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama Harlina.

Harlina mula terjaga daripada tidurnya apabila terhidu bau aroma masakan. Hidungnya cepat menangkap bau cili api yang ditumis. Harlina menoleh melihat suaminya yang tertidur kepenat an. Segera dia bangun dengan perlahan-lahan dan menuruni tangga.

Nurul buat apa

Nurul yang sedang memegang kuali sedikit tersentak. Nyaris terbang semangatnya. Dia menggosok dada. Masak, kak. Perut tengah lapar. Nanti kita makan sama-sama, ya

Tanpa berkata apa-apa, Harlina terus meninggalkan dapur dan masuk ke biliknya semula. Nurul berasa tidak sedap hati melihat kelakuan Harlina. Namun, dia cuba memujuk hatinya. Mung kin Harlina penat. Nurul mengeluh kecil dan menyambung kerja-kerjanya yang terhenti sebentar tadi.

Setelah siap, Nurul terus menghidangkan makanan di meja makan. Lengkap! Ada nasi, ketam masak lemak cili api, sayur kangkung goreng belacan, ulam kacang botol, sambal belacan mangga dan sirap ais. Selesai semuanya, Nurul menunggu seketika. Dia masih berharap Harlina akan turun makan bersama-samanya.

Hampir sejam berlalu dan bayang-bayang Harlina langsung tidak kelihatan. Nurul mula tawar hati. Perutnya terasa sebal dan seleranya langsung hilang. Lalu, dia menguncikan diri di dalam bilik selepas menutup hidangan dengan tudung saji dan menyimpan sirap ais di dalam peti sejuk.

Nurul mula terasa tidak kena. Lewat kebelakangan ini dia mula mempersoalkan kembali ke putusan yang dilakukannya. Sikap Harlina kadang-kadang membingungkan. Nurul tidak tahu adakah Harlina cemburukan dirinya. Tidak mungkin! Semua ini adalah rancangan wanita itu sendiri. Ah, perempuan tetap perempuan. Cem buru tetap ada. Siapa yang rela suaminya dikongsi

Sepanjang hari itu, Nurul memerap dalam bilik. Apabila mula terasa bosan, dia keluar. Hidangan di atas meja masih belum terusik. Kelibat Harlina dan Khairul langsung tidak kelihatan di manamana. Nurul berlalu ke bahagian belakang rumah.

Kawasan rumah sudah bersih sepenuhnya. Nurul betul-betul mati kutu. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Ketika itulah matanya menangkap ke arah kawasan mesin basuh.

Subahanallah..., Nurul mengeluh perlahan.

Bertimbun rupanya baju yang tidak berbasuh dalam bakul. Nurul terus mengeluh. Mungkin Harlina terlalu sibuk di pejabat. Sepanjang berada di rumah itu, Nurul memang tidak pernah melihat Harlina membuat kerja-kerja rumah, jauh sekali memasak. Harlina sering pulang ke rumah lewat malam. Mengenangkan itu, perlahan Nurul memungut baju-baju itu dan dibasuh semuanya.

Memang daripada dulu lagi Nurul mempunyai tabiat yang tidak suka membasuh menggunakan mesin basuh. Dia lebih senang membasuh dengan menggunakan tangan. Dia sukakan perasaan bermain dengan buih-buih sabun dan air. Kadang-kadang kalau mandi pun boleh berjamjam lamanya.

Sambil membasuh, Nurul melayan kenangannya bersama Anis.

KHAIRUL melepaskan keluhan berat. Terasa cukup malas hendak bangun. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan hujung minggu. Harlina juga masih belum bangun.

Tuala mandi dicapai. Dengan langkah yang malas, Khairul ke bilik air. Setelah bersiap-siap lebih kurang, dia turun ke bawah mahu mengambil udara segar. Sudah semalaman dia tidur dalam penyaman udara.

Matanya tertangkap ke arah hidangan di atas meja. Hairan, bila pula isterinya memasak Setahunya, jarang sangat isterinya turun ke dapur. Khairul menelan air liur. Masakan kampung! Itulah kegemarannya. Hari pula telah rebah ke petang. Perutnya telah lama melagukan irama keroncong.

Sedang dia menjamah makanan. Harlina turun dan turut sama makan bersamanya. Langsung dia bertanya, Tak sangka abang, sayang pandai masak masakan kampung macam ni.

Sedap tak, bang

Sedap, kalau macam ni bolehlah selalu sayang masak untuk abang.

Harlina hanya tersenyum. Angguk tidak, geleng pun tidak. Dia tidak tahu hendak jawab apa. Dia memang tidak pandai memasak langsung. Sejak berkahwin boleh dikira berapa kali dia memasak. Itu pun setelah didesak suaminya.

Barulah dia terasa kekurangan dirinya. Rasa takut andai suaminya tahu Nurul yang masak. Sebolehnya Harlina tak mahu Khairul tahu. Perlahan-lahan perasaan bimbang menyelinap ke dalam sudut hatinya.

Selesai makan, Harlina berkemas di dapur. Khairul bercadang untuk membaca di perpustakaan merangkap pejabat kecilnya di tingkat dua. Ada beberapa panggilan perlu dibuat.

Langkah Khairul terhenti. Ketika itu dia sedang melintasi ruang antara dapur dan ruang tamu. Tanpa sengaja dia menoleh ke arah tingkap yang terbuka. Terasa seperti dia melihat kelibat seseorang tadi.

Langsir tingkap diselak. Kelihatan seorang perem puan muda, berkain batik, berbaju T dan bertudung sedang menjemur pakaian di halaman belakang rumah. Gerak-geri perempuan itu di perhatikan.

Tu ke orangnya Khairul berbisik sendirian.

Matanya memerhati dengan asyik segala tindak-tanduk wanita itu. Khairul mula kebingungan, Dah macam orang gaji pula. Kata Harlina, perempuan tu kerja pejabat. Takkan selekeh macam tu.

Khairul beralih ke cermin paling hujung bila melihat wanita itu menuju ke bawah pokok mangga. Cermin itu terletak betul-betul bersebelahan dengan pokok mangga tersebut. Khairul menyelak langsir perlahan-perlahan. Dia tidak mahu Nurul tahu yang dia sedang mengintainya.

Mana Harlina dapat perempuan ni Kalau mak dan adik-adik aku tahu, habislah. Meletus perang dunia!