Complete Me - 10
Bab 10

MEREKA sedang menuju ke arah The

Aquamarine Resort & Villa seusai sahaja dia dan Airish selesai berurusan untuk mendapatkan kenderaan ke Kamala Beach tadi.

Dari lapangan terbang, terdapat dua jenis kenderaan disediakan iaitu bas mini dan juga teksi. Kalau diikut secara perbelanjaan, memang menaiki bas mini murah. Tapi lambat, sebab bas itu tak akan bergerak selagi tak penuh.

Tambahan lagi, suaminya memang membantah sekeras-kerasnya. Dia tak nak naik bas. Katanya, tak ada kelas langsung! Dahlah buruk, sesak lagi! Susah kalau ada suami selebriti ni, tahu. Moralnya, jangan nak gatal-gatal bersuamikan selebriti. Leceh!

Jom! Dah sampai.

Afiqa menurut. Pemandu teksi itu sempat menolong mereka memunggah segala beg-beg yang berada di dalam but kereta itu. Sejurus selepas itu, mereka menarik beg melangkah masuk ke dalam perkarangan yang amat mewah itu. Airish kemudiannya menghampiri kaunter. Afiqa pantas membuntuti lelaki itu.

Sawadee kap. Kun sabai dee mai (Apa khabar) mesra betul gadis penjaga kaunter itu.

Mata Afiqa melilau keliling resort. Memang mewah betul. Lantainya licin berkilat! Dengan lampu-lampu yang cantik macam ni. Wah, memang sesuailah untuk sesiapa yang pergi berbulan madu. Rekaan dalaman resort ini juga cantik. Nampak macam klasik, tapi ada suntikan elemen moden di dalamnya.

Here your keys. Happy holidays, gadis tersebut menyerahkan kunci itu pada Airish.

Airish kemudiannya merapati Afiqa yang sudah berjalan mengelilingi resort ini. Matanya terarah pada kolam renang yang terbentang luas itu. Afiqa seperti termenung jauh di situ.

Jomlah. Nak terjun kolam ke perli Airish.

Boleh jugak!

Tak payah! Buat malu aje. Jom!

Afiqa mencebik. Dia ingat aku serius ke tadi Afiqa terpegun melihat apa yang tersaji di depan matanya sepanjang perjalanan menuju ke arah kamar mereka. Cantik sangat! Dulu, sewaktu dia datang bersama Katrina dan Rayhan, mereka hanya duduk di APK Resort & Spa sahaja, di area Patong.

Afiqa terus terpaku apabila melihat ruangan kamar mereka. Wah, sangat besar! Bilik dah serupa rumah! Tidak puas matanya menjamu pemandangan bilik ini. Ada balkoni dengan pemandangan ke arah laut lagi! Sukanya!

Tu bilik kau!

Airish menunjukkan bilik Afiqa di hujung sana. Afiqa mengerutkan dahinya. Bilik dalam bilik

Macam mana dalam bilik ada bilik

Ni vila!

Oh, ya ke Kenapa ada dua bilik Biasanya honeymoon satu bilik, kan omel Afiqa.

Habis tu Kau nak duduk dengan aku sekali ke

Airish tersenyum herot. Tubuhnya yang terbaring di atas katil digayakan seperti sedang menggoda sahaja. Afiqa tertelan air liurnya.

Mana ada. Maksud, Fiqa.

Maksud kau, apa Airish merapati Afiqa.

Afiqa yang terkejut dengan tindakan Airish itu mula menjarakkan dirinya.

Kau nak duduk sekali dengan aku ke

Afiqa menggeleng laju. Kakinya berundur dan berundur bimbang mereka bakal bersentuhan nanti.

Airish dengan selambanya menggerakkan tubuhnya ke hadapan. Debaran halus menyapa Afiqa tika itu.

Kalau kau nak, aku tak kisah. You want a real honeymoon Then, I truly can grant your wish.

Afiqa membulatkan matanya. Kepalanya digeleng perlahan.

Come on. We can spend our precious time here, for three days just in this room.

Makin kelat rasa kerongkong Afiqa tika itu. Meremang habis bulu romanya mendengar suara sensual Airish itu. Langkah Afiqa tiba-tiba mati. Tubuhnya rapat habis ke dinding. Dia terperangkap!

Airish tersenyum panjang. Tangannya disandarkan kemas pada dinding lalu mengunci seluruh pergerakan

Afiqa.

Tolonglah jangan buat macam ni.

Wajah Airish dirapatkan menghala ke wajahnya. Rapat dan semakin rapat sehingga hidung mereka berlaga.

Airish hanya ketawa sebelum melangkah pergi dan masuk ke biliknya. Afiqa menghembuskan nafas lega.

Kenapa dia buat jantung aku berdegup macam orang gila Adoi!

AFIQA tak sangka Airish dengan selambanya meninggalkan dia bersendirian di dalam vila ini. Sakit hatinya. Mahu keluar, dia tak bawa duit. Bosan! Menyesal tak bawa laptop sekali.

Afiqa sempat menjeling ke meja kamarnya. Ada kertas dan pensil di situ. Lantas dicapainya dan tidak lama kemudian, pensil Stabilo 2B itu melakarkan sesuatu.

Tengah buat apa tu

Diamlah!

Afiqa terus tekun menyiapkan lukisannya. Pantang betul bila ada yang mengacaunya apabila dia sedang menyiapkan sesuatu. Ligat tangannya melukiskan sesuatu di atas kertas itu.

Dah siap!

Hah! Inilah suaminya a.k.a selebriti paling popular. Puas benar hatinya dapat melepaskan stresnya pada Airish yang sewenang-wenangnya meninggalkan dirinya di sini. Kertas lukisan itu direnung. Hodoh betul Airish jadinya! Dengan penuh jerawat batu di muka, lepas itu, dengan hidungnya kembang besar dan bibirnya yang sengaja ditebalkan. Giginya pula rongak lagi! Hilang dua batang gigi di tengah. Kalau ganti dengan gigi emas pun bagus jugak ni, bisik Afiqa sendiri.

Inilah hasil karyanya yang teragung! Kalau hantar di Harian Panas lepas itu dikreditkan pada Nora Afiqa pun bagus jugak ni. Afiqa tergamam apabila kertasnya dirampas tiba-tiba. Kepalanya mendongak tinggi. Adoi! Bila masa si Airish ni ada dekat sini. Wajah beku lelaki itu dipandang.

Hm... kreatif, komen Airish yang terus duduk di sebelah Afiqa.

Tubuh sasa lelaki itu bersandar elok sambil matanya tidak lepas dari memandang seraut wajahnya pada lukisan Afiqa. Suara lelaki itu begitu dingin kedengaran. Jari-jemari Afiqa dimainkan sesama sendiri. Masaklah kau, Fiqa! Habislah kau kali ni.

Kenapa tak letak dalam frame, aje Lagi cantik. Letak dalam bilik kau!

Afiqa menelan liurnya. Kata-katanya mati sudah. Tidak berani rasanya Afiqa mahu mengangkat pandang sekali lagi menentang seraut wajah Airish ini.

Kemudian, Airish pantas meninggalkan kamar Afiqa.

Afiqa segera mengejar. Pasti lelaki itu merajuk. Ah, dia tidak sanggup berhadapan dengan perangai merajuk lelaki ini. Sungguh menjengkelkan.

Airish! bergema Afiqa memanggil Airish yang mahu bergerak ke pintu vila mereka.

Airish. Saya minta maaf, ujar Afiqa jujur. Ikhlas dari hatinya.

Kau kenapa Tepilah! marah Airish.

Afiqa menggeleng.

Fine. Aku maafkan. Tepi, lembut tutur lelaki itu.

Afiqa tersenyum manis. Kata-kata Airish dituruti. Namun, sebaik sahaja tangan lelaki itu mahu memulas tombol pintu, segera Afiqa mencapai lengan Airish. Nak pergi mana soal Afiqa lembut. Sayu sahaja bunyinya. Macam budak kecil yang mahu ditinggalkan.

Nak keluar.

Tubuh Afiqa ditarik Airish agar menjauhi dari pintu itu. Lalu, pintu itu dibuka. Dan saat tubuh Airish mahu berura-ura keluar pergi, Afiqa disapa debaran kecil. Afiqa memeluk pantas belakang tubuh Airish. Terkaku Airish di situ.

Jangan pergi.

Afiqa membawa langkahnya ke hadapan. Bertentang pandang dengan Airish. Lelaki itu kelihatan tergamam dengan apa yang terjadi. Mata Afiqa lama memandang seraut wajah Airish. Hatinya disapa debaran yang hebat.

Nak ikut.