EPILOG KITA - 10
ROTI yang terbiar di atas meja, dicapai. Botol jem berperisa strawberi ditarik ke arahnya. Hani menjilat bibir. Betapa laparnya perut dia saat ini. Ryan Pagi-pagi buta dah hilang. Ke pejabat la tu. Bagi orang gila buat duit macam mamat tu, masa itu berharga.

Dia Tiba-tiba jadi penganggur tetap. Tapi, penganggur bukan sebarang penganggur. Ini penganggur yang dapat gaji. Ryan tetap masukkan gajinya seprti dulu. Kata Ryan, kau anggap je kau kerja dari rumah.

Cis! Kerja dari rumah konon! Kerjanya supaya sakitkan hati Datuk Fatimah, tapi Datuk Fatimah pun tak selalu lekat dalam rumah. Macam tak ada fungsi je dia duduk rumah. Macam makan gaji buta pula!

Roti, please be nice to me. Tolonglah kenyangkan perut aku ni. Dari semalam aku tak makan tau. Ada suami, tapi suami overdose gila.

Isteri yang comel ni tak makan pun, dia tak ambil tahu. Yang dia tahu, nak sakitkan hati nenek dia. Dia ingat aku tak ada kerja lain daripada sakitkan hati orang tua tu Huh! Kalau nak tahu, aku ni yang sakit hati dekat orang tua tu. Adakah dia akan jeling bila aku nak makan Kaya, tapi setakat makan pun berkira! Patutlah cucu pun perangai lebih kurang je.

Macam orang gila, dia berbicara dengan roti di tangan. Siap dengan mimik muka sekali.

Sekarang ni siapa overdose gila Ryan atau dia Apa yang kau buat tu

Terjatuh roti dari tangan Hani. Elok terdampar dalam pinggan di depannya. Datang dah Nenek Kebayan tu. Kenapa la masa aku melantak ni juga dia datang Datang la hari lain. Banyak lagi hari. Isnin, selasa, rabu, khamis! Kenapa pada hari jumaat yang indah dan saat aku ingin memenuhi perut juga dia datang!

Dengan sengihan pura-pura, kepala Hani terteleng ke arah Datuk Fatimah. Saat wanita tua berkebaya nyonya tu mendekatinya, kuat hatinya beristighfar.

Dah kenapa pula dia takut dengan perempuan tua ni Hari tu bukan main lancang mulut dia. Kau memang la Hani. Buat-buat je berani, padahal penakut ya amat!

Kau tengah buat apa tu Sarkastik bunyi suara Datuk Fatimah.

Nak makan. Hani tetap tersengih kecut.

Datuk Fatimah senyum sinis. Penuh dengan gerak-geri bersahaja, dia mencapai roti di dalam pinggan Hani. Ditayang depan gadis itu sampai Hani terdongak-dongak dibuatnya.

Dalam rumah ni, semuanya hak aku. Dari duit aku! Termasuk roti yang kau cuba nak makan ni. Jadi aku tak suka orang ambil atau makan hak aku kecuali la... Datuk Fatimah berjeda sebelum tayang muka smirk. Hani telan air liur.

Kau anggap diri kau tu pengemis. Kalau pengemis, aku tak teragak-agak nak sedekahkan. roti kembali dicampak ke dalam pinggan. Kau buatlah keputusan, nak makan atau tak. sambung Datuk Fatimah lagi.

Mati terus selera Hani. Melampau dah dia ni! Maknanya, kalau aku makan, aku ni ibarat pegemis la Dia ingat aku hadap sangat ke dengan duit, harta dia tu. Tak ingin! Cucu kau tu pun hak kau kan Cucu kau tu pun aku tak ingin cuma cucu kau tu terlebih bijak perangkap aku dalam dunia gila ni! Kalau la aku dekat rumah ni, mesti mama dah masakkan yang sedap-sedap dekat aku.

Rindu mama!

Melihat muka Hani mula keruh, Datuk Fatimah ketawa kemenangan dalam diam. Dengan satu senyuman yang mengejek, dia berpaling untuk pergi.

Saya bukan pengemis. Saya tak kisah pun tak makan benda yang jadi hak Datuk ni. Hani berdiri.

Sisi beraninya mula muncul. Dia memang penakut, tapi kalau diri terasa diancam, jangan hairan kalau dia berani hingga ke tahap nak membunuh pun boleh!

Datuk Fatimah tak jadi melangkah.

Buat apa saya nak jadi pengemis kalau suami saya tu kaya. Datuk tahu Suami saya tu namanya Ryan. Syarikat dia punya, projek selalu untung juta-juta. Setakat nak penuhkan perut saya dengan makanan tak da hal la. ujar Hani selamba sambil menghampiri Datuk Fatimah. Meletakkan dirinya betul-betul dihadapan wanita tua itu.

Ryan, saya tak makan gaji buta tau. Betul la kata awak, nenek awak ni patut disedarkan. Sombong sangat! Tapi, sebiji macam awak juga. getus hati Hani seakan tengah bercakap dengan Ryan.

Oh ya, suami saya tu cucu Datuk kan Pewaris harta yang banyak ni. Ye la, suatu hari Datuk dah tak ada, tak kan nak tanam sekali dalam kubur kan Mestilah diwariskan pada pewaris yang masih hidup. Hani hadiahkan senyuman paling manis sekali.

Kau... Datuk Fatimah ketap bibir. Dia ingin kenakan cucu menantunya, dia pula yang dikenakan.

Apa Datuk Datuk tak nak bagi semua harta ni dekat cucu datuk Datuk nak ugut saya, nak jadikan Ryan papa kedana macam yang Datuk ugut arwah Riana Datuk nak ugut saya juga ke Maaflah Datuk, saya bukan jenis dengar kata. Telinga saya ni kebal. Saya kahwin dengan Ryan pun sebab saya suka sangat dengan duit. Kalau dia tak ada duit, ramai lagi lelaki yang ada duit yang saya boleh pegang. Jadi setakat Ryan, apa la sangat.

Hani terpegun sekejap dengan kata-katanya. Dia ke yang cakap tadi tu Pergh! Rasa diri dia macam jahat gila! Tapi, melihat muka Datuk Fatimah yang mula berkerut, dia sembunyi senyum. Maaflah Datuk, saya cuma nak ingatkan Datuk yang harta semua ni bukannya nak bawa ke mana pun, suatu hari kita akan mati. Yang dibawa hanya amalan bukannya harta!

Siapa kau sebenarnya Apa kau nak Kau tahu pasal arwah Riana. Siapa kau sebenarnya

Saya isteri cucu Datuk la. Tak kan la Datuk tak kenal.

Kau memang perempuan tak tahu malu! Betul la apa orang kata, kalau dah lahir dari baka yang tak elok, perangai pun tak akan elok. Kalau aku tahu Ryan akan kahwin dengan kau, aku lebih rela kahwinkan Ryan dengan Riana. Walaupun kau dengan dia sama, tapi dia lebih baik dari kau. Kau jangan ingat kau menang. Aku tahu! Ryan tak mungkin sukakan kau. Dia kahwin dengan kau sebab kau memang sama dengan... Datuk Fatimah berhenti dari menyambung kata. Tak mampu dia sebut nama gadis yang menjadi mangsa kebongkakan dirinya.

Dengan satu jelingan maut, Datuk Fatimah berlalu dengan hati membara. Hani yang ditinggalkan, terpinga-pinga sekejap. Cakap tak habis, dah blah. Tapi, tadi tu Datuk Fatimah macam tengah puji arwah Riana, kan Dia puji perempuan yang dia benci dulu

Aku sama dengan Riana Apa benda yang sama Muka aku sama dengan Riana ke getus hati Hani. Tiba-tiba saja perutnya berkeriuk. Berbunyi seakan memberi amaran keras pada tubuh badannya. Perut ni pun satu! Tak reti nak bersabar langsung! Laparnya!!!

NGKATLAH telefon tu! marah Hani

Adengan telefon dilekap ke telinga.

Aduh! Angkat lah telefon. Kalau tak nak angkat baik tak payah guna telefon! Flush dalam jamban je. Huh! Tahu lah kerja besar. Uruskan projek gila-gila untung, tapi kalau setakat telefon pun tak pandai nak angkat, tak guna duit jutajuta tu!

Marah betul Hani nampaknya. Ya la, masuk ni dah sepuluh kali dia telefon Ryan, tapi satu panggilan pun tak dijawab. Ada je deringan. Ni mesti lelaki tu malas nak angkat ni.

Hei Lelaki Sepuluh Juta! kau ni dah lah mereng! Gila! Sawan! Otak terkehel! Otak berselirat! Jiwa tak tenang! Hidup pun tunggang langgang! Topeng Raksasa konon! Tu namanya topeng pua... Hello...

Hani terdiam! Alamak! Dia jawab pula. Tengah seronok mengutuk, lelaki tu angkat pula telefon. Macam tahu-tahu je dia tengah seoronok mengutuk pedas-pedas.

Kenapa diam Kau telefon ni nak apa Tak cukup ke mulut bising kau tu kacau aku dekat rumah Aku dekat pejabat pun, kau nak kacau juga ke suara Ryan jelas rimas mendengar suaranya.

Kenapa tak angkat telefon hah Ingat tak kebas ke telinga saya dengar suara operator tu! Telefon je mahal, tapi kualiti tuan punya telefon sangat lah rendah!

Apa kau cakap Aku kualiti rendah

Ye! Rendah sangat-sangat! Dekat ofis awak tu ada tandas kan Apa kata awak campak je telefon tu. Kalau muat, dengan awak-awak sekali masuk je dalam lubang jamban tu. Flush! Biar sama-sama bergelut dengan tempat pembuangan najis!

Ryan di pejabatnya dah pegang kepala. Ini la sebab dia tak nak angkat telefon. Baru angkat, mulut di talian dah serangnya seperti peluru berpandu.

Kau semakin berani Hani. Ingat sikit, orang yang kau tengah kutuk ni suami kau! Kau tak tahu hukum ke Tinggikan suara pada suami pun dah berdosa, lagi la berdosa kalau suruh suami kau masuk lubang jamban. Mulut kau tu memang nak kena stapler! Kebetulan ada stapler di atas mejanya. Ditekan-tekan stapler seperti tengah staplerkan mulut gadis yang membingitkan telinganya.

Aku disuruhnya masuk dalam lubang jamban. Adakah orang yang kacak dilengkapi dengan akal fikiran yang bijak, malah sangat bernilai ni disuruhnya masuk ke dalam tempat najis. Minah tu memang dah lama hidup!

Eleh, ugut orang dengan hukum pula.

Awak tu tak takut hukum ke Awak jadikan perkahwinan ni macam satu permainan. Siap ugut saya lagi. Awak rasa awak dapat pahala ke buat macam tu Lupakan semua tu. Saya malas nak gaduh dengan awak waktu perut saya rasa nak lapah-lapah daging orang ni! Kenapa awak tak angkat call huh

Aku malas nak jawab. Buat apa nak buang masa dengar suara kau Kalau boleh bawa untung, tak apa juga. jujur Ryan

Kejujuran yang buat Hani bengang tahap gorilla. Siapa yang berpakat nak sakitkan hati siapa ni Dia dan Ryan berpakat untuk sakitkan hati Datuk Fatimah atau Datuk Fatimah dan Ryan berpakat untuk sakitkan hatinya

Habis tu kenapa angkat juga

Sebab telinga aku bingit dengar telefon aku berbunyi. Kau nak apa, telefon aku

Cemberut muka Hani dibuatnya. Ikutkan hati, nak je dia matikan talian bila suara Ryan macam sengaja nak buat dia hilang sabar. Tapi, kalau dia tak bagi tahu tujuan dia telefon Ryan, mahu perutnya pula hilang sabar.

Saya nak tanya ni, kereta berlonggok-longgok dekat luar rumah awak tu, ada tak antara kereta tu awak yang punya Mata Hani terarah pada tiga biji kereta yang tersadai di porch di halaman rumah.

Berlonggok Kau ingat kereta tu macam durian nak berlonggok-longgok Kereta depan tu semua aku yang punya. Apa hal

Kalau macam tu, nak pinjam satu boleh tak Apa Kau nak pinjam kereta aku Kau dah hilang akal ke Kereta semua tu mahal! Tak da.. tak da... Kau nak buat apa Kau nak pergi mana Lagipun kau ada ke lesen kereta

Hani rasa nak tumbuk je muka mamat tu. Berlagak gila! Tengok kaki la! Aku memang tak ada kereta, tapi lesen ada tahu! Agaknya lelaki tu hilang ingatan. Hari tu masa bersarapan kedai mamak tu, siapa yang bawa Dia kan Maknanya dia ada lesen la!

Pinjam la. Kedekut la awak ni. Saya ada hal penting ni. Saya ada lesen kereta. Jangan risau, pemanduan saya memang tip top. Ujian memandu saya, sekali lulus je. Pinjam la. Saya tak minta apaapa pun dekat awak selama ni. Sekarang minta pinjam kereta pun tak bagi. Bukannya saya ambil terus atau nak jual. Awak tawarkan saya duit, saya tak minta satu sen pun. Sekarang saya minta tolong sikit pun tak bagi. ada bunga-bunga rajuk dalam suaranya.

Kau merajuk ke Aduh! Buat suara kesian pula. Kalau aku tak nak bagi juga macam mana Hati aku keras. Setakat kau pura-pura merajuk macam tu, aku tak makan la.

Spontan muka Hani yang layu menjadi tengang. Cis! Ingatkan jalan dengan suara merajuk ni, rupanya tak! Keras betul la hati mamat ni!

Fine! Kalau awak tak nak bagi pinjam, jangan hairan kalau kereta awak ada kemek dekat manamana. Bukan satu, semua bakal kemek! Kalau merajuk tak jalan, ugutan jalan kut. Kau..kau nak buat apa

Hani tersenyum. Reaksi yang bagus. Suka dia dengar suara Ryan seakan tersekat.

Wei, kau jangan nak buat gila! Kereta Ferarri tu kau jangan nak sentuh. Ada calar mana-mana siap kau! Ryan beri amaran

Sayang kereta rupanya. Otak geliga Hani mula berjalan.

Tadi kan, saya nampak mertun. Agaknya kalau saya pakukan badan Ferarri awak tu, terbenam tak paku tu Tiba-tiba tangan gatal nak ketuk kereta yang cantik-cantik tu. Balas Hani. Rasa nak ketawa je bila tutur katanya disambut seperti bunyi erangan di dalam talian.

Kau jangan berani nak kemekkan kereta aku. Aku saman kau!

Saman Isteri sendiri Awak nak orang gelakkan awak ke Hani!!!

Kalau tak nak kemek, bagi je la pinjam. Bukan saya nak bawa Ferarri awak tu. BMW tu je. Mana kunci! Baik awak bagi kalau tak, awak suruh kereta awak tu mengucap!

Ryan terdiam. Sakit jiwanya dikerjakan Hani. Terbayang wajah Ferarri kesayangannya. Kalau apa-apa terjadi pada kereta kesayangannya, mahu dia hentuk kepala berpuluh kali.

Nak bagi ke tak Tangan saya dah gatal nak cari mertun ni. Suara Hani buat Ryan menderam ganas.

Dalam bilik! Laci meja kerja aku, nombor dua! Ada keychain warna biru. akhirnya Ryan mengalah.

Melompat Hani dibuatnya. Dia rasa nak ketawa terbahak-bahak dengar suara tak rela Ryan.

Kalau saya nak bawa Ferarri tu boleh tak Kunci dekat dalam laci tu juga ke usik Hani sengaja.

Kau jangan berani nak sentuh kereta tu. Kau bawa je BMW tu. Tapi, kalau kau melingkupkan harta benda aku tu, siap kau!

Baik bos! Jangan marah-marah. Naik satu kedut. Dah la muka tu pun dah berkedut. Bye! Saya nak pergi cari kunci. Thanks ya my beloved partner. Muah..muah..muah! Hani tutup telefon.

Bila talian mati, bukan main lagi lidahnya terjelir pada telefon bimbitnya. Akhirnya aku menang juga!