Memang kaya sungguh Encik Kimi ni. Tengoklah rumah. Macam istana Prince Charming. Bestnya Ris. Bertuah kau. Macam Cinderella pula, kan bebel Shima asyik memuji rumah mewah Hakimi.
Banyaklah Cinderella kau! balas Arissa menahan debaran di hati.
Gadis yatim piatu ni bertemu dengan Prince Charmingnya, kira-kira Cinderellalah tu. Shima ketawa dengan kata-katanya.
Arissa menjeling.
Dah ke belum ni kau dari tadi asyik membebel, si cinderellalah. Laki aku dah tunggu kat bawah tu! gesa Arissa bengang.
Kejap, last touch up! Tangan Shima kembali menyolek wajah Arissa yang sudah cantik dengan solekan tipis, tidak perlu untuk menambah lagi.
Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni Tiba-tiba Arissa bertanya.
Aku tak pasti. Tapi kalau kau rasa nak tarik diri masih sempat lagi, nasihat Shima.
Arissa melepaskan nafasnya.
Bincang balik dengan Encik Kimi, kata Shima sebagai memberi cadangan kepada si teman.
Mereka berpaling sebaik mendengar pintu diketuk dari luar.
Pengantin, dah siap ke Tok kadi dah berjurai peluh tunggu kat bawah! keras suara Badrul di luar sana.
Keduanya senyap dan saling berpandangan tanpa menyahut panggilan Badrul.
Ris sebut Shima untuk kepastian.
Arissa memandang wajahnya di cermin. Nafas ditarik dalam-dalam. Entah kenapa tiba-tiba dia merasa tidak pasti dengan apa yang dilakukannya.
Pengantin! Tidur ke! Sekali lagi Badrul mengetuk pintu bilik dengan agak kuat.
Ris Shima menggocang bahu Arissa yang kaku duduk di kerusi meja solek.
Untuk kesekian kali Arissa menarik nafasnya.
Tak apalah, aku dah setuju. Jadi aku terpaksa teruskan, ujarnya. Terasa keputusannya bukanlah dari hatinya sendiri.
Ris, kalau...
Tak apa... pantas Arissa memotong kata-kata Shima. Harap kau sentiasa menyokong aku! Arissa memegang erat tangan Shima.
Shima mengangguk beberapa kali. Matanya mula berkaca mendengar kata-kata Arissa. Faham sangat dengan perasaan Arissa.
Pengantin weh! pekik Badrul di luar sekali lagi.
Ya... kejap. Pengantin tengah nervous ni, faham tak! pekik balas Shima pula.
Arissa senyum sambil mengesat tepi matanya yang sudah berair sekejap tadi.
Haa! Cepat sikit tau! keras suara Badrul sebelum hilang di sebalik pintu yang bertutup.
Arissa bangun sambil membetulkan kurung pengantin pilihannya. Namun yang lain-lain mengikut kehendak Hakimi. Yalah, lelaki itu yang mengeluarkan segala perbelanjaan untuk pernikahan mereka. Memang Hakimi tidak memerlukan pendapatnya.
Reda jelah...
Okey Sekali lagi Shima bertanya sebagai memastikan keputusan Arissa.
Arissa mengangguk. Terima kasih sebab sentiasa bersama aku. Aku ada kau je. Sekali lagi air matanya jatuh dari tepi mata.
Dah jangan menangis. Cepat-cepat Shima mengesat air mata Arissa. Bawa bertenang. Tarik nafas dalam-dalam, bahu Arissa ditepuk lembut.
Arissa menarik nafas dalam-dalam untuk kesekian kali dan mula melangkah ke pintu. Kedua mereka turun untuk ke ruang tamu yang sudah berubah wajah. Suara orang bercakap diselang seli dengan tawa yang mereka sendiri tidak tahu apa butir bicara dari ruang tamu di bawah sana. Arissa melangkah penuh berhati-hati dan begitu bersopan sekali menuruni tangga dengan ditemani oleh Shima.
Hakimi menoleh sebaik diberitahu yang Arissa sudah pun berada di ruang tamu. Terpegun seketika melihat bakal isterinya cantik berkurung bersulam dan labuci bersama kerudung panjang di kepala. Terserlah keserian Arissa dengan baju pilihan gadis itu. Sungguh, naik seri di wajahnya.
Arissa duduk tidak jauh darinya di tempat yang telah disediakan. Lama dia merenung sidia.
Benarkah dia akan bernikah dengan pilihan hatinya Nafas ditarik dalam-dalam lalu mengangguk sebagai jawapan kepada tok kadi yang menyoalnya.
Aku terima nikahnya Arissa binti Mohd Salleh dengan mas kahwin dua puluh empat ringgit tunai! Lafaz Hakimi dengan sekali nafas.
Arissa senyap mendengar lafaz keramat itu dengan debaran di hati. Air mata yang tidak kelihatan jatuh di hati di sudut paling dalam sebaik saksi mengatakan sah. Sah dia menjadi isteri kepada Hakimi Razali.
Lama dia memandang suaminya. Ada rasa syahdu di hati. Mengapa begitu pula yang dirasanya Selepas ini di manakah kedudukannya sebagai seorang isteri
Dan di mana dirinya di dalam hati Hakimi
Astaghfirullah al-azim!
Mengapa itu yang dipersoalkan Dirinya hanya pelakon di dalam drama yang diarahkan oleh Hakimi. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
Dia memandang Shima yang menyikunya.
Senyuman di bibir seperti tidak dapat diukirkan. Sudah tidak tahu bagaimana hendak senyum. Selepas doa dibaca, Hakimi mendapatkannya untuk menyarung cincin pula. Semakin berdebar-debar hatinya melihat si suami menghampiri dengan senyuman.
Betul ke tidak ni Hatinya terus berbisik sendiri.
Senyum Arissa... Hakimi bersuara perlahan.
Arissa cuba senyum namun tidak tahu senyuman bagaimana yang harus diberikan kepada Hakimi dan tetamu-tetamu yang hadir tidak sampai 20 orang. Tangan dan jarinya sudah kaku tidak mampu bergerak lagi sejak kali pertama bersentuhan. Dia memandang cincin yang sedang disarungkan oleh Hakimi.
Salam Ris, gesa Shima apabila melihat Arissa kaku seperti patung di kedai baju.
Pantas Arissa menyalami Hakimi dan mencium tangan lelaki itu dan seketika dia merasai sebuah kucupan di dahinya. Lama, bibir Hakimi di dahinya. Entah mengapa dia merasa pilu sekali. Ditahan air mata dari gugur. Kenapa dia boleh rasa begitu Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba ditenangkan hatinya yang tidak menentu.
Angkat muka sikit... orang nak ambil gambar kita. Peluk lengan saya.
Haa! Arissa mendongak memandang Hakimi yang memandangnya dengan senyuman. Terkejut dia apabila ada lampu-lampu kamera yang merakam aksinya sebentar tadi.
Kemudian memandang tangannya yang sudah digenggam erat oleh Hakimi. Perlahan-lahan ditarik tangannya. Lebih-lebih pula lelaki ni, sungutnya. Namun pantas Hakimi menariknya semula.
Saya suami awak, tau! tekan Hakimi memandang Arissa.
Biasa-biasa tak boleh ke soal Arissa bengang.
Nanti tak nampak real pula. Keras suara Hakimi sekali lagi. Tangannya terus menyambar tangan Arissa.
Geram sungguh dengan sikap Arissa yang agak degil.
Arissa menjeling.
Baru nikah dah gaduh, cuit Shima dengan senyuman perli.
Sibuk! Jeling Arissa kepada temannya dengan rasa geram.
HAKIMI menarik nafas lega sebaik tetamu terakhir pulang. Dia menutup pintu dan kini tinggal mereka berempat. Badrul sedang sibuk menolong Mak Cik Ruhaya di dapur. Arissa sudah naik ke bilik. Kata si isteri mahu menukar pakaian. Tetapi setengah jam sudah berlalu, Arissa tidak munculmuncul lagi.
Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik yang diduduki oleh Arissa sejak mula datang ke sini. Bilik ini adalah yang paling luas selepas biliknya di tingkat atas sekali. Memang selesa. Bilik ini juga dikhaskan untuk Puan Hanim dan Encik Razali kalau keduanya balik ke Malaysia.
Dia melangkah masuk dan dilihat baju nikah yang dipakai oleh Arissa tadi terdampar elok di atas katil. Hakimi senyum. Dia melangkah menghampiri katil sambil membelek baju nikah pilihan Arissa. Terbayang kembali ketika Arissa mengenakan baju itu pagi tadi. Tidak dinafikan yang Arissa nampak begitu terserlah dengan kurung moden itu.
Entah kenapa matanya tidak mampu dikalih ke lain. Asyik memerhati si isteri yang mudah mesra dan peramah dengan tetamu yang hadir. Senyum dan tawa Arissa membuat dia tersenyum sendiri.
Tak sia-sia mereka bertekak kerana baju itu. Hakimi senyum sendiri. Dia melabuhkan punggung di birai katil dengan keluhan yang agak panjang. Apa sebenarnya yang terjadi di dalam hatinya Apa sebenar yang dirasakan kini Segalanya berselirat di penjuru hati.
Bukan sekadar rasa yang biasa-biasa tetapi ia amat luar biasa sekali. Jauh lebih luar biasa daripada yang pernah dirasai semasa menyayangi dan mencintai Ainul, kekasih pertamanya dahulu. Ya Allah, kenapa tentang rasa dan perasaan yang difikirkan. Pernikahan ini sementara je. Selepas Umi pulang ke Doha ikatan ini akan dileraikan. Hati, tolong jangan jatuh cinta!
Err... Encik buat apa di sini Terkejut Arissa sebaik melihat Hakimi duduk di birai katilnya.
Hakimi memandang Arissa yang menjengahkan kepalanya di sebalik dinding bercermin yang menjadi halangan antara katil dan bilik mandi. Dia tersenyum melihat wajah comel itu.
Awak buat apa lama-lama dalam bilik ni Kata nak tukar baju je.
Saya mandi, nak solat. Tanggal make up ni, jelas Arissa. Dia sedang berkemban dengan sarung batiknya.
Bahunya hanya ditutupi tuala mandi sahaja.
Ooo... Hakimi mengangguk.
Ada apa Encik soal Arissa ingin tahu.
Awak kena pindah ke bilik saya. Bilik ni Umi selalu duduk, jelas Hakimi.
Erk! termangu Arissa.
Hakimi masih memandang Arissa. Cuba mencari reaksi gadis itu. Ada alunan berlainan bergetar di dadanya setiap kali memandang Arissa.
Sudah! Tolonglah hati jangan jatuh cinta dengan dia. Biarpun Arissa adalah isterinya.
Saya duduk bilik lainlah. Arissa memberi pendapat dan cadangannya.
Minta maaf, ya Encik Kimi perkara sebilik tak akan terjadi! Cukuplah setakat bernikah. Hakimi berjanji tidak akan terjadi apa-apa selain dari title suami isteri dan aksi-aksi luaran sahaja. Lebih-lebih tiada! Mahu je disuarakan apa yang pernah dijanjikan oleh Hakimi padanya beberapa hari yang lalu.
Mana boleh, nanti apa kata Umi saya. Keras suara Hakimi. Kenapalah si Arissa ni degil sangat dan tak mahu faham.
Encik boleh ke tahan
Awak ingat awak lawa sangat! Sengaja dia berkata begitu untuk mengingatkan hatinya dan tidak berniat untuk mengutuk Arissa.
Eleh, macam dia handsome sangat. Pirahhh! Herotherot mulut Arissa. Dah tahu aku tak cantik carilah orang lain. Menyampah sungguhlah dengan Hakimi ni! Perempuan gila pun kena rogol tau! bentak Arissa geram. Harap lelaki itu faham dengan maksudnya.
Hakimi ketawa.
Orang tak kahwin duduk sebilik pun tak tahan. Inikah Encik dan saya yang dah ada title suami dan isteri! Rasa hendak putus nyawa dengan kata-katanya sendiri. Aduh...
Jadi macam mana Awak ada cadangan Saya nak kita beraksi sebagai loving couple. Sangat-sangat loving. Saya nak kiss dahi awak depan Umi saya. Peluk awak depan Wafa. Sengaja hendak menduga Arissa dan melihat reaksi gadis itu. Jahatnya dia...
Gulp! Liur yang ditelan terasa seperti menelan air lumpur.
Boleh tak skip adegan tu
Tak! tegas Hakimi keras. Kita kena buat juga, biar Umi saya dan Wafa percaya yang kita benar-benar bercinta!
Arissa senyap.
Jadi macam mana Hakimi menghampiri Arissa yang masih menyembunyikan tubuhnya di sebalik dinding yang bercermin itu.
Nanti saya fikirkan. Sekarang ni saya nak solat, Encik boleh keluar tak pinta Arissa sedikit keras dan berundur sebaik Hakimi mahu menghampiri.
Sengaja mahu menduga Arissa yang kelihatan sudah pucat apabila dia menghampiri gadis itu yang masih menyorok di sebalik dinding kaca.
Saya nak keluarlah ni. Memang itu satu-satunya jalan untuk keluar dari bilik itu.
Arissa berundur memberi laluan kepada Hakimi. Sebaik berada di luar dia menoleh ke belakang.
Kedengaran bunyi pintu di kunci dari dalam.
Takut sungguh Arissa dengannya!