Si tua misteri yang muncul tiba-tiba di A-AH menimbulkan spekulasi dalam benaknya. Sepanjang mengenali, Qamra Ain bukanlah jenis perawan yang suka berpeleseran tak tentu hala. Tokok tambah lagi sejak menjalin hubungan cinta dengan Tunku Hardie persis perangai gaban itu mengehadkan lagi kebebasan Qamra Ain.
Kalau Hardie taumasak Qamra nanti, kata Maria pula.
Reza Rizman kenal sangat dengan sikap panas baran Tunku Hardie jika ada sesuatu yang berhubung kait dengan Qamra Ain. Kalau tak patah gigi, tentu patah riuk dikerjakan nanti bila dapat tahu sang cinta hatinya bergelak tawa dengan lelaki lain.
Tau apa, bro tiba-tiba ada satu suara yang datang dari arah belakang menyampuk perbualan Reza Rizman bersama Maria. Serentak mereka menoleh ke belakang dan kemudian memandang sesama sendiri.
Awat korang berdua ni staring aku semacam soal Tunku Hardie yang silih berganti menatap wajah mereka yang tak ubah seperti ternampak hantu langsuir yang sekilas melintas.
Tak tak ada apa. Kaukau buat apa kat sini, Hardie tergagap-gagap Reza Rizman bertanya.
Aku ada luncheon dengan Qamra mana dia Selalunya ada aje dengan korang berdua, kan Bertalu-talu soalan diajukan pada mereka. Reza Rizman dan Maria berpandangan. Dia memberi isyarat kening pada Maria supaya tak memberitahu apa-apa pada Tunku Hardie.
I I nampak Qamra dengan lelaki tua bangka, chit-chat kat lobiI tak sure siapa, terus-terang Maria sambil diperhatikan Reza Rizman yang mencerlung tajam ke arahnya. Dia tiada pilihan lain dari memberitahu hal yang sebenar sebelum mereka berdua menjadi mangsa suara petir Tunku Hardie.
Lelaki tua bangka! Siapa Intonasi suara Tunku Hardie mula berubah. Riak wajah yang semanis kurma tadi serta-merta bertukar ekspresi yang menggerunkan.
Reza Rizman bangkit dari kerusi lalu mendekati Tunku Hardie. Teragak-agak untuk dia memaut bahu jejaka itu.
Kau jangan bertindak melulu, Hardie. Mungkin pak sedara Qamra ke kita tak tau, kan pujuk Reza Rizman bertujuan meredakan amarah yang terbit di dalam diri Tunku Hardie.
Setahu aku Qamra tak ada sedara mara menetap di KL. Atau korang sengaja nak rahsiakan dari aku hubungan sulit Qamra dengan si tua tu Cakap, Reza! Tunku Hardie naik berang. Pantas Tunku Hardie mencengkam kolar leher Reza Rizman sambil diperhatikan oleh Maria yang mula kecut perut. Kalau dibiarkan, mahu tercekik batang leher lelaki itu nanti.
Kalau you nak tau sangat you you pergilah tengok sendiri sebelum Qamra dibawa pergi! suruh Maria. Serta-merta kolar baju Reza Rizman dilepaskan. Tanpa berlengah terus dihayun langkah pantas menuju ke lobi.
Kurang ajar kau, Qamra! Berani kau main kayu tiga dengan aku!
Kenapa dengan kau ni hah, Maria Kau tahu, kan Hardie cepat melenting kalau tau Qamra dengan lelaki lain. Cuba jangan campur urusan orang! tengking Reza Rizman sambil mengurut-urut leher yang dicengkam kuat oleh lelaki panas baran itu.
Habis tu, takkan aku nak tipu Hardie Baik dia yang find-out sendirinyawa kau pun panjang! sindir Maria. Terbantut terus seleranya untuk menghabiskan baki mee goreng tadi dek tindakan di luar jangkaan Tunku Hardie.
J
ADI Datuk, abang pada Prof. Fattah rupanya, baru dia terasa lega di hati. Tahulah nanti apa hendak dijawab bila tiba-tiba muncul Tunku Hardie.
Sebab tu saya kenal kamu, Qamra. Prof. Fattah selalu bercerita yang kamu top student dalam A-AH. Saya ke sini hanya sekadar nak sembang teh tarik dengan kamu itu aje. Jangan salah faham, okey Datuk Zackry mengorak senyum sambil menunjukkan tanda okey dengan ibu jari dan jari telunjuk membentuk O.
Bukan salah faham. Cuma, kalau Datuk cakap awal-awal tadikan bagus tak adalah saya buruk sangka dengan Datuk tadi.
Oh yasaya juga kenal
Qamra Ain!!! gegaran laungan yang hanya jarak beberapa meter itu mengganggu topik perbualan mereka.
Qamra Ain terkedu. Dia cam benar suara yang lantang meneriak kuat namanya. Sekilas Qamra Ain menoleh dan terlihat Tunku Hardie yang sedang melangkah tergesa-gesa mendekati mereka di sofa.
Hei tua gayut! Apa kau nak dengan dia hah! Dah tak ada mistress lain yang kau nak goda! renungan tajam seperti mahu menelan singgah di wajah Datuk Zackry.
Qamra Ain mula terasa mengigil di seluruh anggota badan. Terbayang-bayang sudah apa yang bakal berlaku di antara Tunku Hardie dengan lelaki itu. Kalau dulu, situasi begini pernah berlaku hanya kerana meminjam buku perubatan dari Shahril Zamri. Tak pasal-pasal lebam biji mata sebelah lelaki itu tanpa sempat dia perjelaskan hal yang sebenar.
Jenuh dia menasihat agar Tunku Hardie yang dicintai itu berubah perilaku namun masih lagi ditakuk lama malah makin menjadi-jadi setelah bertugas di hospital. Terlintas juga di fikiran betapa Tunku Hardie mengawal panas baran tatkala berdepan dengan pesakit yang pelbagai ragam di sana.
Hardie, let me explain. Dia sebenarnya
You diam, Qamra! Ini urusan I dengan si tua ni, pantas Tunku Hardie menarik tangan Qamra Ain, memaksa gadis itu bangun berdiri di belakangnya.
Calm down, sebenarnya
Aku bagi amaran dekat kau jangan sesekali kau jumpa dengan Qamra lagi. Kalau tak, lebam biji mata kau nanti faham! Tengking Tunku Hardie yang semakin menggelodak perasaan benci pada lelaki tadi. Hardie, you salah faham! Qamra Ain cuba perjelaskan kedudukan yang sebenar namun Tunku Hardie menarik rakus lengannya sehingga memaksanya mengikut langkah pantas lelaki itu beredar pergi dari lobi.
Datuk tak apa-apa soal Sukardi yang turut serta menyaksikan peristiwa tadi.
Datuk Zackry menggeleng perlahan. Nyaris saja penumbuk sulung Tunku Hardie melayang ke muka majikannya. Jika itu benar-benar berlaku tadi, tak teragak-agak olehnya membalas kembali.
Kurang ajar! Datuk nak saya belasah dia soal Sukardi sambil mengepal penumbuk.
Tak apalah. Biarkan dia. Mission accomplished. Datuk Zackry tersenyum lebar sambil menepuk perlahan belakang Sukardi.
Prof. Fattah
Dia sebenarnya bukan adik saya.
Sukardi hanya mendengar sepi. Dia bangun dari sofa dan terus melangkah menuju ke parkir kereta. Setiba di depan kereta BMW S3 itu, sempat Datuk Zackry mengerling ke arah Avon yang sedang berselindung di sebalik dinding. Datuk Zackry melemparkan senyum sinis kepada wanita itu sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Dia terasa puas kerana agenda untuk membuatkan Tunku Hardie percaya bahawa Qamra Ain ternyata curang akhirnya berjaya!
Hardie, akhirnya kau bakal jadi milikku!