Dia yang baru sahaja mahu turun ke tingkat bawah untuk membuang sampah hampir sahaja terpaksa menjamah kepingan jubin kerana terlanggar tubuh seorang pemuda yang berada di atas lantai betul-betul di depan pintu rumahnya. Mujur sahaja tubuh lelaki ini tidak dipijaknya sebentar tadi.
Panasnya dahi dia. Sakitkah Aku nak buat apa sekarang ni Nadhirah jadi kelam kabut setelah menyedari keadaan pemuda ini yang sedikit membimbangkan.
Dia sempat juga menyentuh dahi pemuda berkenaan dan dia kelam kabut apabila merasa suhu badan pemuda itu yang panas membahang. Nadhirah tidak pernah berdepan dengan situasi begini dan dia langsung tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang.
Nak tarik telinga ke nak tarik kepala dia Disebabkan gagal mencari kunci rumah atau pun telefon bimbit di dalam kocek sweater pemuda ini, Nadhirah membuat keputusan berani mati untuk mengheret tubuh pemuda berkenaan masuk ke dalam rumahnya.
Boleh tahan beratnyaaaaaaaaaa.. Hampir sahaja Nadhirah putus nyawa kerana mengusung tubuh kaku yang langsung tidak bergerak ini. Tubuhnya dikerah dengan sepenuh tenaga. Dengan segala kekuatan yang ada akhirnya pemuda itu berjaya juga diheret sehingga ke ruang tamu. Pemuda itu kemudiannya sekali lagi diperlakukan umpama kain buruk untuk diangkat ke atas katilnya yang berada di tepi dinding. Sweater tebal yang dipakai pemuda itu kemudiannya ditanggalkan dan disangkut dihujung katil.
Awakawak Nadhirah belum lagi berputus asa.
Pipi pemuda ini ditampar perlahan, namun langsung tiada respon yang dapat dikesan. Nadhirah sedar yang dia tidak tahu apa yang perlu dibuat sebenarnya melainkan dia menghubungi Alana. Pantas telefon bimbitnya di capai.
Al, kau busy ke Laju sahaja Nadhirah bertanya. Nadhirah mati akal melihat keadaan pemuda berkenaan.
Dalam kekalutan, dia cuba menyedut nafas dalam-dalam untuk menghilangkan kepenatannya lalu membuat keputusan untuk menghubungi Alana bagi meminta bantuan. Setahu Nadhirah malam ini Alana dijadualkan bertugas di hospital.
Tak sangat, aku tak ada banyak patient malam ni. Kenapa Jawab Alana dihujung talian.
Ada orang sakit dekat rumah aku sekarang ni. Kau datang sini sekejap boleh tak Aku dah tak ada daya nak bawa dia pergi hospital. Nadhirah masih lagi cuba menarik nafasnya dalam-dalam. Penatnya mengusung orang pengsan menyebabkan dia juga terasa seperti hendak pengsan sekali.
Siapa Sakit apa Serius tak Alana menyoal lagi.
Aku tak tahu. Aku jumpa dia dekat depan rumah. Puas aku panggil tapi dia tak bangun-bangun juga. Kau datang lah sini dulu tengok dia boleh tak
Kau tengok keadaan dia macam mana
Pengsan. Dia pengsan, langsung tak bergerak.
Kau dah check denyutan nadi dia Pernafasan dia okey tak
Aku mana tahu nak tengok semua tu Al.
Cuba kau tengok dia elok-elok. Dia ada macam sesak nafas tak
Tak ada, dia okey je bernafas.
Tak apa lah kalau macam tu, kau tunggu aku sekejap, aku nak kena cari orang untuk ganti tempat aku sekejap. Nanti aku pergi rumah kau. Cepat tau. Pesan Nadhirah.
Ye la, ye la. Sekejap lagi aku sampai lah. Alana terus memutuskan panggilan.
Tidak sampai tiga puluh minit, Alana sudah pun terpacak di hadapan rumah Nadhirah dengan mengendeng beg galasnya yang selalu dibawa ke tempat kerja.
Lelaki! Kau kenal dia ke Ternganga mulut Alana sebaik sahaja Nadhirah membawanya masuk ke dalam rumah. Tubuh seorang pemuda yang terbaring di atas katil Nadhirah cukup untuk membuatkan Alana terkejut.
Tak, ni baru pertama kali aku tengok muka dia. Dia pengsan betul-betul depan pintu rumah aku. Nadhirah menjawab acuh tidak acuh sambil tangannya sibuk menguruskan telefonnya yang hampir kehabisan bateri untuk dicas.
Kau gila ke apa Nad. Bawa masuk lelaki dalam rumah malam-malam buta ni Alana mengerutkan dahinya tanda tidak berpuas hati.
Takkanlah aku nak biarkan dia terbaring dekat luar Nadhirah berhati-hati menjawab. Dia memang sudah menjangkakan reaksi dari Alana.
Memanglah, tapi buatnya dia ni penyamun ke, perogol ke Tak ke naya kalau macam tu. Alana membebel sambil memeriksa keadaan lelaki yang tidak sedarkan diri di hadapannya ini.
Al, dia nampak macam sakit sangat. Dia pengsan dan sebab tu aku berani bawa dia masuk. Lagipun rumah aku ni tak ada apa pun yang boleh dirompak. Ada kain baju aje pun. Perabot pun ada berapa je. Nadhirah mengambil ringan sahaja telahan Alana.
Kalau dia rompak kain baju tu tak apa lagi, kalau dia rompak kau macam mana Alana terus membebel.
Ya aku tahu kau risau, tapi aku tak sampai hati pula nak tinggalkan dia dekat situ. Lain kali aku tak buat dah. Sumpah aku tak buat! Nadhirah mengangkat tangan kanannya ke telinga. Dia mengalah.
Memang benar pun apa yang dikatakan Alana. Dia juga sebenarnya takut namun dia tidak sampai hati mahu membiarkan lelaki ini sendirian di luar.
Lagipun kau jangan risau. Aku ada benda ni. Nadhirah mengangkat sesuatu yang sejak tadi sengaja diambil dan diletakkan berhampiran dengannya.
Benda apa Soal Alana yang masih sibuk memeriksa keadaan lelaki ini.
Penukul.
Astaqfirullahalazim. Kau ni Nad. Alana ketawa mengekek.
Dia sakit apa Al Nadhirah menyibuk.
Well, dia demam ni. Suhu dia pun tinggi. Tengok gaya macam dia dyhydrated sikit, mungkin dia ada muntah-muntah kot tadi. Aku dah suntik dia dengan ubat lepas tu aku dah pasangkan IV Fluid untuk dia. Dalam beberapa jam lagi dia sedarlah. Alana membuat kesimpulan.
Habis tu aku nak kena buat apa
Kau biar dia rehat dulu la. Kalau dia demam juga lepas dia sedar nanti, kau bawa dia jumpa aku dekat hospital okey. Alana mula mengemas semula peralatan perubatan yang dikeluarkan dari dalam begnya sebentar tadi.
Aku dah nak kena balik hospital dulu ni. Takut juga kalau ada ramai patient admits. Kang susah pula aku nak menepis soalan kalau kantoi. Alana mula mengemaskan barang-barang yang dibawanya sebentar tadi masuk ke dalam beg sandangnya. Dia perlu segera beredar.
Kau macam mana Nak tidur dekat rumah aku dulu ke Alana ragu-ragu mahu meninggalkan Nadhirah dengan orang asing ini.
Rumah kau jauh sangat. Tak apalah sekejap lagi aku turun bawah. Tengoklah nanti macam mana. Nadhirah sudah membuat keputusan. Mereka berdua berjalan menuju ke muka pintu.
Betul ni Kau pasti Alana meminta kepastian.
Betul, Jangan risau. Aku pun tak berani sangat nak duduk sini dengan dia. Nadhirah menjawab separuh berbisik sambil mulutnya dimuncungkan ke arah katil.
Tahu tak apa. Walaupun muka mamat tu boleh tahan handsome, tapi kau tahu dekat hospital aku banyak juga orang gila yang handsome. Manusia zaman sekarang susah nak dipercayai. Kau faham tak ni Alana memberi amaran. Mereka berdua berjalan menuju ke pintu.
Faham Akak. Saya faham. Saya tak tidur dekat sini malam ni, saya tidur je dekat dalam kereta nanti.
Jangan risau. Nadhirah dengan yakin menghalau Alana pulang.
Jangan lupa tau pasal rancangan kita esok. Packing awal sikit tau sebab kita nak kena sampai awal. Pendaftaran untuk seminar aku tu dalam pukul dua. So, kita kena gerak awal sikit. Alana sempat mengingatkan Nadhirah mengenai rancangan mereka untuk ke Cameron Highland keesokan hari. Nadhirah sengaja diusung ke sana bagi menemaninya menghadiri sebuah seminar kesihatan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari dua malam.
Tak lupa. Aku tunggu kau datang ambil aku je esok. Jangan lambat pula.
Tak ada maknanya lambat. Kalau boleh hari ni juga aku nak bertolak. Aku dah tak sabar nak lari jauh dari jabatan kecemasan dan trauma kesayangan aku tu. Badan aku ni macam dah nak kena recharge balik ja. Sibuk sangat la sejak dua menjak ni. Mereka berpamitan sebelum Nadhirah masuk semula mendekati katilnya.
Setelah Nadhirah berpuas hati dengan keadaan pemuda ini yang kelihatan sudah sedikit pulih, dia membuat keputusan untuk beredar. Tidak manis pula jika dia mahu menghabiskan masanya di dalam rumah dengan lelaki yang tidak dikenali ini. Dia meletakkan sehelai tuala lembab di dahi pemuda berkenaan, Nadhirah meletakkan pula segelas air suam beserta paracetamol di atas meja kecil di tepi katil.
Dear awak,
Tolong makan ubat ini sebaik sahaja awak sedarkan diri. Tuan Rumah 39A
Nadhirah menitipkan pesan di atas sekeping kertas memo. Kertas berkenaan kemudiannya ditampal bersama gelas yang mengandungi air suam yang disediakannya.
Saya nak keluar sekejap. Take care. Nadhirah berbisik perlahan ke telinga pemuda berkenaan yang langsung tidak sedarkan diri. Dia amat berharap yang telahan Alana tadi tidak benar.
Jangan curi harta-harta saya tau! Sempat juga Nadhirah memberi amaran kepada pemuda berkenaan yang sememangnya tidak sedarkan diri langsung. Sudah lah hartanya yang ada di dalam rumah ini tidak seberapa, kalau habis dikebas nanti memang papa kedana lah dia jawabnya.
A
KU dekat mana pula ni Faliq yang baru sahaja tersedar dari lenanya yang panjang cuba untuk membuka mata luas-luas. Matanya ditenyeh beberapa kali. Pancaran cahaya mentari pagi yang terlalu terang sedikit menyilaukan matanya apatah lagi apabila cahaya berkenaan terbias melalui kepingan cermin-cermin yang digantung didinding rumah.
Ada orang angkut aku ke hospital ke semalam Fikirannya masih tidak menentu memandangkan dia masih mamai. Tapi takkan lah pula kan Aku dekat mana ni Soal Faliq sendirian sambil matanya melilau keadaan sekitar. Dia amati keadaan sekelilingnya dengan teliti. Tempat ini langsung tidak dikenalinya.
Ada drip wire dekat tangan aku tapi tempat ini tak nampak macam bilik rawatan pun. Besar semacam, macam padang golf. Bilik pun tak ada, yang ada cuma bilik air aja. Komennya lagi di dalam hati setelah dia meneliti setiap sudut kediaman ini.
Inilah pertama kali dia melihat sebuah rumah yang isi dalamnya cuma sebuah bilik air dan perabot sahaja yang menyebabkan tempat ini kelihatan luas seluas-luasnya. Walaupun kelihatan terlalu ringkas namun keadaan rumah yang kemas ini agak menarik untuk ditatap. Susun atur segala perabot di dalam rumah ini juga menarik perhatiannya.
Hampir keseluruhan perabot yang digunakan berasaskan hasil kayu manakala aksesori rumah yang lain hampir ke semuanya berwarna cerah. Rumah ini kelihatan luas dengan mainan warna-warna cat yang cerah.
Pening la pula kepala ni. Faliq yang sudah sedar sepenuhnya bangun dari pembaringan.
Dia mula mencari kelibat sesiapa di dalam rumah yang begitu asing padanya ini namun tiada sesiapa yang kelihatan. Jarum suntikan IV yang melekat di tangannya dicabut sendiri.
Satu pesanan yang terlekat pada gelas di atas meja dibaca dengan teliti dan Faliq seolah-olah terikat dengan pesanan berkenaan. Tangannya laju sahaja mengambil ubat yang tersedia dan memakannya.
Selepas itu dia terus mengambil sweater yang tersadai dihujung katil dan secara kebetulan dia terpandang akan kehadiran sebuah telefon bimbit yang sedang dicas di atas meja bersebelahan. Telefon yang berkemungkinan besar milik tuan rumah ini dicapainya.
Nak call ke tak Faliq berbelah bahagi. Bukan niatnya untuk menceroboh privasi sesiapa namun memandangkan kini dia tidak berjaya untuk bertemu dengan orang yang telah membantunya, sekurangkurangnya dia ada nombor telefon untuk dihubungi bagi mengucapkan terima kasih.
Ah, redah ajalah. Dia mencapai telefon pintar yang berada di atas meja di tepi katil. Dengan teragakagak, Faliq akhirnya mengambil keputusan untuk membuat satu panggilan ke telefon bimbitnya sendiri. Sekurang-kurangnya, nombor ini akan terpapar di skrin telefonnya nanti. Mudah lah dia mahu berhubung dengan pemilik rumah ini.
Assalamualaikum Ada sesiapa tak dekat dalam rumah ni Laung Faliq setelah dia selesai membuat missed call.
Salam Faliq tidak bersambut, soalan yang dilontar juga tidak berjawab. Walaupun setiap sudut tempat jelas kelihatan di ruang mata namun Faliq tetap mencuba nasib.
Faliq mula berjalan mengelilingi rumah berkenaan, mana lah tahu kalau-kalau tuan rumah berkenaan tidur dalam mesin basuh ke, kalau tak pun dalam almari pakaian namun tiada sesiapa juga yang muncul. Pandangannya mula melilau keseluruh ruang rumah dan dia akhirnya berjalan menuju ke balkoni. Hanya tempat itu sahaja yang belum digeledahnya.
Aku rasa macam kenal pula dengan tempat ni Pemandangan di luar menarik perhatiannya. Pandangan Faliq semakin luas apabila dia keluar ke kawasan balkoni. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Tiada sesiapa juga yang kelihatan namun pemandangan yang tersaji seolah-olah sering dilihatnya.
Rumah sebelah ni rumah aku kan Faliq terkejut sendiri sebaik sahaja dia memandang ke kiri. Setelah puas diamati, dia amat pasti yang dia kini sememangnya sedang berada diunit bersebelahan dari rumahnya.
La, patutlah macam kenal je meja kopi unit sebelah ni. Rumah aku rupanya. Faliq terus bercakap sendirian. Meja kopi kecil miliknya yang tersadai di ruang balkoni rumahnya jelas kelihatan.
Setelah Faliq pasti bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam rumah ini, dia memutuskan untuk keluar. Tidak senang juga hatinya untuk terus berada di dalam rumah orang yang tidak dikenali.
Oh mak engkau. Kurus semangat aku pagi-pagi macam ni. Faliq melatah. Kakinya berundur beberapa langkah ke belakang.
Terkejut Faliq dengan apa yang dilihatnya sebaik sahaja dia membuka pintu. Ada seorang gadis sedang bersila sambil menyandarkan tubuhnya di tepi pintu. Sudahlah berpakaian serba putih, rambutnya yang dibiar lepas sedikit sebanyak menyeramkan suasana.
Awak siapa Apa awak buat dekat sini Soal Faliq sebaik sahaja gadis berkenaan membuka mata.
Saya... Nadhirah yang sedikit mamai tidak dapat menjawab soalan berkenaan.
Suara Faliq yang agak kuat sebentar tadi sedikit sebanyak mengganggu tidur Nadhirah yang baru sahaja mahu terlelap.
Awak buat apa di sini Awak tidur dekat sini ke dari semalam Faliq merasa sedikit bersalah.
Tak adalah. Nadhirah menggelengkan kepalanya. Habis tu
Saya tidur dekat tempat lain. Masa saya balik tadi, saya tengok awak tak bangun tidur lagi sebab tu saya duduk dekat sini. Nadhirah menafikan telahan Faliq.
Nadhirah benar-benar mengantuk sekarang ini. Semalaman dia menghabiskan masanya dengan membuat kertas kerja dikawasan lobi bangunan kediamannya. Dia langsung tidak tidur dan hanya bersolat subuh di surau SP Utama sahaja.
Awak pemilik rumah ni ke
Soalan Faliq hanya dijawab dengan anggukan sahaja oleh Nadhirah. Faliq menilik lama wajah jirannya ini. Sesaat berganti dua dan seterusnya.
Owh I see. Jadi, awak lah yang tolong saya semalam ek Faliq seakan-akan dapat membayangkan apa yang terjadi semalam.
Dia langsung tidak menyangka bahawa pemilik rumah yang hampir menyerupai padang golf itu adalah seorang gadis muda. Dia mati-mati ingatkan insan yang membantunya adalah seorang lelaki melihatkan keadaan rumah yang terlalu ringkas dan kosong.
Ada sesuatu diwajah gadis ini yang menggamitkan satu kenangan. Kepalanya terasa sakit tiba-tiba apabila dia cuba mengimbas setiap satu wajah yang pernah singgah difikirannya, namun gagal.
Saya jumpa awak tak sedarkan diri semalam dekat depan pintu. Saya tak tahu apa password rumah awak, sebab tu saya angkut awak masuk dalam rumah saya. Nadhirah bangun dari duduknya.
Maaflah sebab saya susahkan awak. Saya sebenarnya memang nak ke hospital semalam.
Bukan benda besar pun. Nadhirah sekadar menggeleng.
By the way, Saya Faliq Helmi Mazlan, awak boleh panggil saya Faliq. Awak Faliq menghulurkan tangannya.
Saya Nadhirah Johan. Panggil saya Nadhirah. Nadhirah membalas huluran tangan pemuda yang bernama Faliq ini.
Awak dah lama ke tinggal dekat sini
Baru dua tiga hari lepas masuk ke sini.
Patutlah saya tak pernah nampak awak.
Ooo... kita berjiranlah, kan Awak free tak Saya belanja sarapan nak Faliq yang sudah merasa sedikit sihat membuat tawaran. Dia mahu membalas budi.
Saya dah beli sarapan untuk awak sekali tadi.
Awak tunggu dekat sini. Saya ambilkan dekat dalam.
Nadhirah segera menghilangkan diri disebalik daun pintu. Dia yang sudah pun membeli sarapan untuk dua orang terpaksa menolak sahaja tawaran Faliq.
Nah, ni awak punya. Sebekas bubur ayam yang masih lagi panas dihulurkan kepada Faliq.
Susahkan awak lagi. Faliq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Dia benar-benar segan dengan situasi yang terjadi sekarang namun, dek kerana tidak mahu menolak niat baik Nadhirah, huluran bubur ayam berkenaan disambut.
Saya tapau je bubur tu. Bukan masak sendiri pun. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak masuk dalam dulu. Nadhirah meminta diri.
Dia mahu segera berlalu dari situ. Keadaan mereka yang sedikit janggal menyebabkan dia agak tidak selesa. Mungkin kerana mereka baru berkenalan.
Oh! Terima kasih sebab tolong saya, siap belanja sarapan lagi. Lain kali kalau ada rezeki, saya belanja awak pula ya
Nadhirah mengukir senyuman nipis sebelum dia menapak kembali ke dalam rumahnya.