SURAT-SURAT UNTUK KAHERAH - 10
Cikgu Normah duduk di meja guru. Tangannya menyelak lembaran buku kedatangan.

Abdullah Jaafar Cikgu Normah menjengahkan kepala.

Saya, cikgu. Jaafar yang pendek bangun, dan duduk kembali. Cikgu Normah mencoret sesuatu pada buku kedatangan pelajar.

Hakimi Ridzuan.

SA-ya.cikgu! Laung Hakimi, berirama.

Cikgu Normah menjeling.

Fansuri Saifuddin.

Fansuri mengangkat tangan. Hadir, cikgu. Sopan.

Muhammad Khairul Fahmi.

Saya cikgu.

Cikgu Normah mengangguk.

Fahmi menyambung perlahan, Saya cikgu, awak murid.

Hakimi tunduk, ketawanya berdecit.

Ng Jie Hui.. Diam.

Ng Jie Hui

Absent sambut Ngo Bee Chin.

Nurainey.

Yup Ujar Anne tanpa menoleh.

Apa, Anne

Saya, cikgu Anne pucat sedikit selepas ditegur Cikgu Normah.

Shuhada Raudhah.

Ye.. Shuhada mengangkat tangan, tinggi.

Nur Hanim

Saya. Begitulah seterusnya sehingga tiba giliran Wafa.

Wafa Thahirah.. Fahmi bersedia.

Saya, cikgu.. Sambut Fahmi, lembut.

Hei Fahmi, sejak bila awak tukar jantina jadi Wafa Thahirah. Fahmi sengih. Seisi kelas pecah perut.

Awak jangan ingat saya tak tahu dari tadi awak mainmainkan saya!. SSambung Cikgu Normah, meninggikan suara.

Suasana bilik darjah serta- merta mati.

Cikgu Normah kembali memandang buku log yang merekodkan kehadiran murid-murid darjah 4 Merah. Guru Bahasa Melayu itu masam mencuka. Setelah itu, dia bangun, berdiri tepat di hadapan kelas, memulakan sessi pembelajaran.

Cita-cita akan memberi aspirasi kepada kita untuk mencapai matlamat. Hari ini cikgu nak semua murid beritahu cita-cita masing-masing. Cikgu Normah memandang Fansuri, yang duduk di hadapan sekali di penjuru kumpulan pertama.

Mula dari Fansuri.

Pengawas gemuk pendek yang berkaca mata itu mengangguk. Fansuri bangun.

Saya nak jadi pengarah bank.

Macam ayah awak Bagus! Cikgu Normah senyum.

Wajah Fansuri begitu menyenangkan hati.

Ha, awak Fahmi! Cikgu Normah mengerutkan kening.

Saya..ustaz. Fahmi senyum lebar, matanya dilirik kepada Hakimi. Hakimi di sebelahnya ketawa terbahakbahak.

Yang awak suka sangat kenapa, Hakimi Nak berdiri atas kerusi Bentak Cikgu Normah.

Hakimi meneguk air liur. Wajahnya didongakkan memandang Fahmi yang berdiri di sebelah. Perlahan, Hakimi mengangkat tangan, berdoa supaya hajat rakannya dimakbulkan.

Amin.. innocent.

Fahmi tersengih. Lawaknya berjaya menggelikan hati teman ijajilnya.

Amin.. Ujar Ajmain perlahan. Kemudian, seluruh kumpulan pertama menyambut doa itu.

Ajmain Halim..

Scientist, for biotechnology.

Shuhada

Teacher, insya-Allah.

Aku bersedia memikirkan sesuatu yang biasa, tetapi kedengaran cool.

Nur Hanim

Bouncer. Er..pilot. TUDM.

Wafa menyiku lengan kiriku, berbisik, Nim, macam mana nak cakap pramugari dalam bahasa omputeh

Iskh, kau ni.. takkan pramugari. Pilihlah pekerjaan lain. Aku mengerut kening.

Wafa Thahirah.. Cikgu Normah memandang Wafa.

Thah, Jadi doktor ke, lawyer, pensyarah.. kau hitam, nanti mendung awan kalau naik flight. Anne berkata bisa. Wafa tunduk.

Kau tu boleh naik kapal terbang. Wafa memuncungkan bibir ke arahku.

Kau nak naik kapal terbang pergi negara orang Aku menyoal kembali.

Wafa mengangguk.

Shuhada di kananku merapat bahu. Stewardess. Sebut Shuhada perlahan.

Wafa Cikgu Normah masih menunggu.

Wafa mencubit pehaku.

Aku memandang tepat bebola mata Wafa. Illegal immigrant. Tuturku jelas.

Wafa Thahirah!

Illegal immigrant Jerit Wafa.

Apa Cikgu Normah menajamkan telinga.

Illegal immigrant! Wafa menjerit lagi, kali ini lebih kuat. Wajahnya tersenyum. Yakin.

Murid-murid 4 Merah terpinga-pinga, seakan tidak percaya. Fong Lay Mon dan Jeffry Loh berpandangan sesama sendiri. Dari kumpulan pertama, mula kedengaran suara Hakimi ketawa hingga perutnya senak. Fahmi menyembamkan muka ke dada Fansuri, ketawa berdekahdekah hingga air matanya menitis. Ajmain yang selalunya serius, tunduk. Bahunya bergoncang. Sekejap kemudian dia mendongak kepala memandang Wafa di sebelah tenggaranya. Kemudian menunduk lagi menghadap lantai di bawah meja sambil tangannya menekan-nekan perut. Perutnya yang gendut bergoncang sama. Azwina, pengawas sopan yang bertocang dua ketawa hingga terduduk di lantai. Shuhada ketawa hingga tubuhnya menggigil. Akhirnya seluruh darjah 4 Merah gawat.

Wafa menyilang tangannya di atas meja. Dia menyembam ke situ, menangis kuat.

Sampai hati kau aniaya aku!. Allah akan balas.,..

Aku serba salah, ke terang perlahan. Tadi kan kau kata nak pergi luar negara. Kau tiada passport, mana boleh jadi air hostess. Memujuk.

Kau jahat..orang jahat.. ujar Wafa. Suaranya bergabung dengan bunyi tarikan nafas yang berhingus. Sesekali dia terbatuk. Dia terus begitu. Kami membiarkan emosinya berlalu.

Orang jahat.. Terngiang di telingaku sebutan Wafa. Sama seperti sebuatan ibuku. Saat itu aku sedang menulis biodata di ruang tamu. Abangku yang dua tahun lebih tua duduk bersimpuh, menghampiri. Tubuhnya menghadap TV. Tetapi kepala abang menjenguk ke buku tulis.

Nur Hanim binti Hassan. Umur sepuluh tahun. Hobi menconteng buku. Cita-cita, boun.. boun.. Ibu..! Anim cita-cita dia nak jadi bouncer, bu! jerit lelaki gempal di sebelahku. Jari telunjuknya di rapatkan ke permukaan kertas yang baru ku lukis gambar sepucuk pistol.

Jadi apa

Bouncer. Bouncer tu adik-beradik gangster. Orang yang diupah untuk pukul orang.

Bodyguardlah, bodoh! Aku menghembuskan kemarahan ke wajah abang sulungku. Wajahku pucat. Mendengar nada ibu aku tahu aku tidak akan selamat. Dalam masa sama, kedengaran bunyi tapak kaki ibuku berlari anak dari dapur.

Kau nak jadi apa Orang jahat Sini peha kau..sini.

Sini peha kau.. biar aku ratah-ratah sampai hancur. Aku mengelak. Jantungku bagai terhenti.

Sini peha kau.., kurang ajar punya anak. Susah payah aku besarkan kau. Suruh solat, suruh mengaji. Kau besar berangan nak jadi orang jahat ye. Aku belum mati dah nampak engkau kelakuan macam setan. Kalau aku dah mati esok, entah siapa nak doakan. Ibu bergerak ke almari pinggan. Tangannya digapai tinggi, mencapai rotan panjang.

Sini kau!

Apa tu Anjang Mak Long Jonah, ibu saudaraku yang mendiami rumah sebelah menjengah. Bumbung rumahnya dan rumah kami bertembung. Oleh itu, segala percakapan di dalam rumah ini akan didengarinya.

Ibu menjeling sekilas, tidak membalas. Diam. Aku berlari seperti lipas kudung. Bersembunyi di belakang sofa ruang hadapan.

Hantu yang merasuk ibu belum keluar. Dia seperti buaya lapar. Dari celah kerusi, ku lihat ibu menggenggam erat pangkal rotan. Hujung rotan itu bergetar, gelombangnya sedia menjamah tubuh kecilku. Ibu menjenguk ke bawah sofa, melihat aku yang mengecilkan diri di belakang dinding sofa.

Lenganku dipiat, tubuhku ditarik keluar.

Tuhan bagi kau menulis, kau menulis bukan-bukan, lukis bukan-bukan. Tulis cita-cita nak jadi orang jahat. Esok lusa, Tuhan potong tangan kau. Tuhan potong jari kau.

Drastik, nisbah masa berubah. Satu saat ku rasa umpama sejam. Badanku bagai dicucuk-cucuk duri tajam. Didera kejam. Kulitku dipulas-pulas, terutama di pangkal peha. Aku menahan nafas, ku keraskan badan menahan kesakitan. Egoku terlalu tinggi untuk dijatuhkan di depan wanita yang aku benci. Aku mengerut kening, sedikitpun tidak berbunyi. Namun terdetik di dalam hati,

Aku anak pungut ke, kenapa kesalahan kecil, dibalas begini Aku tak suka ibu. Sampai bila-bila. Noktah!

Ibu terus menggasak, sehinggalah ayah datang dan menahan, ketika itu baru aku menangis. Mohon simpati ayah.

Hei, mati budak tu..mati budak tu nanti! Sudah, sudah! Ayah menarik tangan ibu.

Dah, pergi sana. Pandang ayah.

Ayah membebel kepada ibu, Apalah awak ni..budak tu kecil lagi.

Biar dia. Biar aku ajar. Biasa sangat jadi degil. Di sekolah pun perangai macam tu. Dulu abang dia, dia buli. Rupa-rupanya dah besar nak jadi orang jahat. Biar aku bunuh dulu.

Aku menangis mendengar kata-kata ibu. Sampai hati!

Aku berlari ke hutan belakang. Tempat kami bermain perang-perang. Aku mencangkung di situ sehingga maghrib menjelang. Mencebik hiba. Air mataku berjuaraian keluar, mengenang nasib menjadi anak ibu. Ibu terpaksa mengantar rakan-rakan sepermainanku untuk memujukku pulang,

Baliklah, dah hampir gelap. Jangan menangis lagi. Tak elok. Nanti buta macam Kassim Selamat. Pujuk Wan, lemah-lembut. Menggunakan kaedah ingatan kolektif. Mereka tidak melintasi sempadan hutan, cuma berdiri dalam jarak sepuluh meter dariku.

Biar sakit mata, biar buta. Monolog. Rajukku masih tebal.

Aku terus menangis. Menumpang kasih di perdu nyiur. Aku mahu tinggal di situ selama-lamanya. Sekalipun tidak akan memijakkan kaki ke rumah itu lagi. Mungkin aku anak angkat, kerana itu aku satu-satunya anak yang pernah dipukul. Aku masih ingat pengucapan ibu, ketika itu aku merancang mengenakan adik bongsuku. Aku berkata lembut,

Dik tahu tak kenapa wajah adik mirip Pakistan Aku menggunakan pendekatan psikologi.

Adikku geleng.

Kalau akak beritahu rahsia keluarga kami, adik sabar tau. Sengaja ku tekankan perkataan kami untuk meracun hati adikku.

Adikku yang belum bersekolah seperti berdebar-debar.

Sebenarnya adik anak kutip. Mak beli dengan Pakistan tepi jalan dulu. Doposen. Adik jangan sedih tau. Hidup di dunia memang banyak takdir tak terduga. Hatiku melekek-lekek ketawa, membayangkan kisah fiksyenku.

Aku mengawal air muka, serius. Adik berlari teresakesak memeluk ibu. Segala pertuturanku diadu. Ibu marah benar aku buat begitu pada anak bongsunya yang putih gebu. Ibu menjerit sambil merangkul adik,

Jangan layan dia. Dia tu yang anak angkat, dia yang anak kutip. Jangan layan!.

Dekah ketawaku di dalam hati terhenti. Nah, tadi ibu ulang lagi. Aku anak angkat. Mungkin kerana itu aku satusatunya anak tempat ditempiaskan rasa benci, letih dan tekanan.

Sekarang biarkan. Walau tubuhku diseret sekalipun, aku tidak akan berganjak dari hutan ini. Pokok-pokok ini lebih baik dari ibu, sekurang-kurangnya mereka tidak akan mendera aku sebegitu.

Marlia yang baru masuk tingkatan satu terus berikhtiar.

Maghrib ni. Kau duduk di sini nanti kena sembunyi hantu. Marlia serius.

Bulu romaku menegak. Aku menoleh deretan pokok nipah. Membayangkan nenek kebayan datang bertongkat, atau Pak Rimau menyeringai manja.

Serentak itu aku sedari, aku telah melangkah laju menghampiri Wan dan Marlia. Meninggalkan hutan tepi sungai itu. Semasa kami berjalan seiringan, dua beradik itu terus memujuk. Terutama Marlia,

Ibu kau buat macam tu sebab dia sayang kau. Dia nak kau jadi baik. Kalau dia tak pukul, nanti kau terus buat salah. Kemudian, dewasa nanti masuk penjara. Mahu

Aku menggeleng. Wajahku masih mendung. Marlia yang lebih dewasa memaut bahuku, memeluk.

Wan dan Marlia menghantar aku hingga ke pintu rumah. Ibu duduk di ruang tamu. Langsung tidak menoleh. Wajahnya sebal. Ayah mengajak kami bersiap, menunaikan solat maghrib berjemaah. Aku masuk ke bilik air, mandi. Menangis lagi. Lapis atas kulit pehaku menggelupas dimamah kuku dan jari ibu. Permukaan pehaku dipenuhi tompok-tompok berwarna warni. Air pancuran mengalir turun bersama air mataku. Kesan merah darah, biru hitam dan hijau urat umpama hasil seni dari water colour. Empat hari kemudian baru beransur hilang.

Ingatannya ku kembali kepada Wafa.

Wafa..

Ketika itu waktu rehat. Wafa baru sahaja berhenti menangis. Kelopak matanya bengkak.

Lain kali kalau kena buli jangan menangis lagi. Jom pergi toilet tengok cermin. Wajah kau berubah. Pujuk Anne.

Shuhada ketawa kecil, memandang Anne.

Berubah macam mana Wafa mengesat hidungnya yang pesek dengan sapu tangan.

Macam tenuk, tapirus indicus. Jawab Shuhada sambil berjalan mengikuti Anne ke kaunter jualan makanan berat.

Wafa monyok.

Kami gurau je lah. Kau sabarlah, nanti Tuhan beri kau banyak pahala. Eh, aku takutlah bila kau kata Tuhan akan balas perbuatan aku tadi. Doa orang teraniaya makbul. Kau nak Tuhan balas apa Soalku sementara Shuhada dan Anne berada jauh dari kami. Aku risau juga bila Wafa menangis teresak-esak begitu, dan mengharapkan hukum karma.

Balaslah.

Iye, balas apa.. kena hempap kapal terbang Nada tinggi.

Balas.. Berhenti sejenak, Wafa merenung tepat ke hadapan.

Aku mengangguk-angguk. Ku pandang wajah Wafa , menunggu.

Balas. Suatu hari nanti kau akan betul-betul sayang pada aku. Wafa mengulum senyuman.

Aku tersengih dan memandang ke arah kaunter kantin.

Dreaming. Ujarku sepatah. Sinis.

Melihat Wafa mencebik hiba, aku mengitar idea.

Nak dengar cerita Pilihlah cerita hantu ke, sains fiksyen atau lawak bodoh Soalku sambil duduk di sebelahnya menghadap meja makan panjang berwarna jingga pudar. Shuhada dan Anne sedang membayar harga makanan sementara kami membooking tempat di kantin yang sesak.

Wafa diam. Aku terus menyambung kata.

Ada tiga orang asli menaiki motorsikal. Mereka ditahan polis trafik. Namun pemandu motor itu tidak berhenti. Katanya, Tak muat dah tok, kami dah bertiga!

Aku menahan ketawa dari lawak yang ku tutur sendiri.

Wafa senyap, tidak dijentik sense of humor.

Sejurus itu, ku ulang kisah yang ku dengar dari Shuhada.

Once upon a time, seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Belum sempat dia mengisi peluru di senapang, singa menghampiri. Pemburu itu menadah tangan berdoa, meminta ampun semahu-mahunya. Semoga Tuhan menyelamatkannya. Ketika pemburu itu melirik ke sisi, dilihatnya singa itu pun berdoa. Pemburu pun berasa lega. Ha, best tak cerita ni, Thahi

Wafa memandang ke arahku, kemudian mengangguk sekali. Aku menyambung lagi,

Selepas itu, singa itu pun membalas pandangan pemburu. Singa kata, Singa yang baik akan membaca doa sebelum makan.

Lalu aku terus menyuap gelojoh mee rebus lima puluh sen yang diletakkan Shuhada di mejaku. Tanpa menunggu Wafa.