dan aku berasal dari Malaysia,
Kelas kembali huru-hara. Baru sebentar tadi kelas senyap sebentar setelah ditenangkan oleh guru mereka, Senad. Senad mengambil masa sekitar 10 minit untuk menenangkan kelas itu, dan kini ia bising kembali.
Okay, tenangkan diri anda. Aku bukan alien.. kelas pecah dengan ketawa sebelum beransur terkawal.
Baik, aku tahu ini kelas bahasa Inggeris, tapi hari ini kita akan berbual mengenai Malaysia dan Bosnia. Kamu tahu, Malaysia sangat mirip dengan Bosnia dari segi komposisi kaum, aku memulakan bicara sambil bergerak menuju ke arah bahagian kiri kelas.
Sambil meletakkan tangan di atas meja, aku mula berbicara, Aku difahamkan Bosnia terdiri daripada Bosniaks, Serbs dan Croats. Tetapi di Malaysia pula, tiga kaum terbesar ialah Melayu, Cina dan India. Dan, Malaysia juga mempunyai beratus-ratus lagi etnik lain yang kini hidup bersama secara aman dan damai, kelas mulai berbunyi semula, kedengaran mereka berbisik sesama sendiri. Senad mengingatkan kepada aku sebelum kelas, anak muridnya mungkin tidak pernah berjumpa orang asing. Konjic ialah pekan kecil dengan penduduk sekitar 26,381 orang (angka pada tahun 2013) sahaja. Malah dari sekitar 40 anak murid di dalam kelas ini, hanya ada 4 ke 5 orang sahaja yang mungkin fasih berbahasa Inggeris.
Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia, mata anakanak berumur 17 tahun ini kembali terpaku kepadaku yang kini sedang bergerak kembali ke arah tengah, sebuah negara dengan iklim Tropika, panas dan hujan dengan suhu purata 30 darjah Celcius sepanjang tahun, kelas kembali berbunyi, sebahagian anak di bahagian belakang sedang memberi reaksi kepada input yang baru saja aku sampaikan.
Tahun ini ialah tahun ke-13 Bro Senad mengajar di Srendja Skola Konjic. Dia kehilangan abang sewaktu perang pada 1992 dan kini menetap bersama ibu dan bapanya di pekan kecil ini. Bro Senad ialah graduan UIA dan pernah menetap di Malaysia selama lima tahun semasa perang meletus. Isterinya, Kak Retno berasal dari Surabaya, Indonesia.
Aku difahamkan rakyat Bosnia merindui Broz Tito tanya aku sambil tersenyum ketika kami di dalam kereta bergerak dari Konjic ke Mostar pada pagi itu. Di belakang ialah Sara, anak kedua Bro Senad yang berumur 2 tahun, sedang duduk diam di dalam tempat duduk kanak-kanak yang terikat ke kerusi kereta.
Hmm, Bro Senad menghela nafas panjang sambil memuncungkan bibirnya tanda sedang berfikir. Di kiri dan kanan jalan ialah pemandangan gunung-ganang dengan sesekali kawasan tasik dan sungai mengalir menjadi latar belakang perbualan kami.
Aku pernah hidup di zamannya, dan aku boleh katakan hidup pada zaman ini 3 kali lebih baik dari zaman itu, jawabnya sambil memulas stereng kereta kecilnya dengan berhati-hati.
Zaman itu, rakyat Yugoslavia tidak terdedah dengan dunia luar dan sentiasa berasa puas dan cukup dengan diri mereka. Siaran televisyen luar tidak dibenarkan langsung, malah siapa yang memakai seluar Jeans akan dipandang serong kerana Jeans dianggap propaganda Barat, Aku memandangnya dengan perasaan ingin tahu.
Dan pada waktu itu, tiada siapa bercakap soal bangsa kau Serbs atau aku Bosniak atau dia Croats. Semuanya rakyat Yugoslavia. Ya, mungkin ada yang merindui Tito tetapi rakyat terkurung dan terpenjara dengan propaganda komunisme,
Pada satu ketika, Bro Senad memberhentikan kereta dan mengajakku keluar.
Di bawah sana ialah Mostar. Kawasan majoriti di mana penduduk Muslim duduk. Dan lihat seluruh gunung yang mengelilinginya, Aku memandang kawasan pergunungan yang mengelilingi kota bersejarah ini.
Seluruh kawasan gunung ini dikuasai oleh pemberontak, sebahagian besarnya ialah Croats, dan bayangkan bagaimana kota ini dikepung dan diserang siang dan malam selama empat tahun,
Sambil memandang kota Mostar dari jauh aku memberanikan diri bertanya, Bagaimana perasaan Muslim Bosniaks mengetahui rakan dan saudara mereka sendiri iaitu Serbs dan Croats sendiri menikam mereka dari belakang sewaktu perang
Kami mula bergerak masuk semula ke dalam kereta, Sara kelihatan tertidur pulas di atas kerusinya. Ketika kereta mula bergerak, Bro Senad tiba-tiba memperlahankan keretanya dan menuding jari ke arah sebuah rumah kosong di tepi jalan, Lihat rumah-rumah kosong ini, Aku melihat dengan penuh tanda tanya.
Ini rumah rakan dan saudara kami, Serbs dan Croats sebelum perang pada tahun 1992, Rumah kosong itu kelihatan terbiar dengan kesan peluru dan bom memusnahkan sebahagian besar strukturnya. Atapnya sudah tiada dan di dinding, semak samun menjalar naik sehingga ke bahagian atas.
Mereka keluar dari rumah-rumah seperti ini sejak awal perang, mengikut panggilan saudara mereka menyertai perang dan akhirnya menjadi orang yang menghalakan senapang dan menembak kami. Sebahagian besar dari mereka ialah jiran tetangga dan rakan sepermainan sejak dari sekolah sebelum perang bermula Bro Senad berhenti seketika untuk membelokkan kereta sambil menekan jejari signal sebagai tanda mahu masuk ke simpang.
Apa perasaan kami terhadap mereka Kami terasa dikhianati, jawab Bro Senad ringkas sambil memusingkan stereng kereta untuk meletakkan kenderaannya.
Aku tak fahamtapi Bosniaks, Serbs dan Croats kini hidup bersama di dalam Bosnia Herzegovina di bawah Dayton Accords
Ya, kami hidup bersama. Sebab itu kami mempunyai 3 Presiden, lucu bukan Sebuah negara mempunyai 3 Presiden yang setiap satunya mempunyai kuasa veto Tapi Muslim Bosnia kini tak lagi percayakan sesiapa. Sebelum perang, ya, kami memang naif.
Naif tanyaku sebelum kami bergerak keluar dari kereta.
Bayangkan di Srebrenica, pemimpin tentera Muslim Bosnia di sana menyerahkan semua peralatan senjata setelah diminta oleh UN kerana percayakan status safe haven yang diberikan oleh UN. Dan lebih dari 8 ribu orang awam bukan tentera dibunuh oleh pihak Serbs dalam masa 3 hari. Sedangkan kekuatan tentera Muslim di Srebrenica melebihi kekuatan tentera Serbs sehingga berjaya mempertahankan bandar itu lebih dari 3 tahun sewaktu perang. Tidakkah itu naif Kenaifan kami ialah mempercayai United Nation
Aku terdiam panjang. Kami bergerak ke arah sebuah masjid lama untuk menunaikan solat Zohor. Sara kelihatan begitu riang sekali bermain di dalam masjid itu tanpa mengganggu bapanya.
Satu-satunya perkara yang baik tentang perang ialah, semakin ramai orang yang kembali ke masjid, Bro Senad memecahkan keheningan tatkala kami berpapasan keluar dari masjid. Dan semakin ramai orang mula kembali kepada Islam,
Aku berhenti di kuburan di dalam kawasan masjid. Kuburan ini kelihatan begitu luas, dengan batu nisan yang semuanya berhujung dengan tahun dari 1992 hingga 1995, menandakan pemilik semuanya adalah korban perang.
Ketika bergerak di pekan lama Mostar pula, kelihatan pemilik gerai cenderamata masih menjual barangan berasaskan perang seperti topi tentera, botol-botol air askar serta beg sandang berceloreng menandakan betapa banyaknya barangan ini sehingga masih boleh dijual sebagai cenderamata walaupun perang sudah berakhir hampir 18 tahun yang lalu. Di kiri dan kanan, masih terdapat banyak bangunan yang masih belum dibaik pulih. Manakala sebahagian besar bangunan yang sudah dibaik pulih pula masih mempunyai kesan tembakan dan peluru di dinding menandakan betapa teruknya bandar ini terjejas sewaktu perang. Malah Stari Most, jambatan ikonik di kota lama ini yang berusia hampir 500 tahun oleh Mimar Hayrudin, anak murid kepada Mimar Sinan musnah sepenuhnya dibom oleh tentera Croats semasa perang. Jambatan yang ada kini ialah replika jambatan lama tersebut.
Di dalam kereta tatkala kami mula bergerak pulang ke Konjic memandangkan Bro Senad mempunyai kelas petang itu aku memulakan perbualan, Saya hampir tak percaya perang ini berlaku pada abad ke 20 dan genosid tidak mampu dielakkan oleh Eropah ataupun UN,
Selagi manusia tidak belajar sejarah, selagi itulah kita akan sentiasa berpusing-pusing di dalam kitaran ini, jawab Bro Senad. Kemudian beliau menyambung, Dan lebih sukar kini, generasi muda Bosnia iaitu generasi yang lahir selepas perang langsung tidak mempunyai idea tentang perang ini. Perang 1992 ini tidak dibenarkan diajar di sekolah serta tidak dimasukkan di dalam buku teks, Ah, jadi apa masa depan Bosnia jika begini Aku menyoal spontan.
Sambil tersenyum, Bro Senad menjawab, Tiada siapa yang tahu. Rakyat Bosnia jelas tidak gembira dengan hidup mereka kini, tetapi ini lebih baik dari peperangan,
Aku memandang tasik di tepian jalan dengan gunung yang besar menjadi latarnya. Ah, Bosnia ini begitu indah di musim sejuk, entah bagaimana indahnya negara ini ketika di musim panas Ketika sampai di rumah, kami disambut oleh Ammar, anak sulung Bro Senad dan Kak Retno yang sudah siap sedia dengan nasi goreng. Malam itu sebelum bergerak pulang ke Sarajevo dihantar oleh Bro Senad, aku sempat bersalaman dengan ayah Bro Senad yang baru pulang dari solat berjemaah di masjid berdekatan. Berusia 75 tahun kini, lelaki tua ini memegang erat tanganku tatkala kami bersalaman serta memelukku erat ketika diberitahu bahawa aku warga Malaysia. Melalui kisah Bro Senad, ayahnya ialah antara tentera Muslim yang berjaya mempertahankan pekan kecil Konjic dari ditawan pihak Serbs. Dan lelaki gagah ini berjalan kaki ke pekan Mostar untuk bekalan makanan dan air bersih ketika perang. Aku tidak dapat membayangkan kekentalan semangat lelaki ini yang ketika perang berusia 55 tahun. Sedangkan jarak perjalan dari Konjic ke Mostar mengambil masa sejam jika menaiki kereta.
Apa yang kamu fikirkan tentang perang tanyaku sebagai soalan penutup kepada kelas ini tatkala waktu semakin hampir tamat.
Maklumat yang kami dapat tentang perang langsung tidak berguna, jawab seorang murid perempuan di bahagian kanan kelas.
Kami lahir selepas perang dan kami tak tahu apa-apa tentangnya, jawab seorang lagi murid, lelaki di bahagian hadapan kelas. Rata-rata muka mereka masing-masing menggambarkan rasa tidak puas hati kepada negara yang mereka duduki kini.
Bagaimana kamu lihat Bosnia pada masa depan aku melontarkan soalan terakhir.
Negara ini tiada masa depan, kedengaran satu suara dari bahagian belakang kelas.
Kami perlu keluar dari negara ini. Tiada masa depan lagi di sini, satu lagi suara kedengaran dan kali ini dari bahagian tengah kelas.
Jawapan anak muda ini mengingatkan aku kepada profesor dari University of Leipzig, Edin Sarcevic yang menyatakan struktur legal Dayton Accords yang tidak memenuhi prinsip asas undang-undang antarabangsa serta konsep sekular warganegara internasional, menjadikan ruang kawasan dan politik Bosnia terus-menerus tidak stabil sejak implementasinya pada 1995 (dipetik dari Ethnic Segregation as a Desirable Constitutional Position oleh Bosnian Institute)