JAGUH DEKLAMASI - 10
Teknik terbaik bagi melancarkan proses deklamasi ialah dengan cara menghafal. Tempoh masa 5-10 minit semasa deklamasi akan lebih optimum kerana deklamator tidak perlu menunduk-nunduk membaca skrip.

Bacalah buku-buku kecemerlangan belajar yang ada menyediakan garis panduan bagaimana teknik menghafal supaya cepat dan kekal dalam ingatan.

Namun secara asasnya, cara terbaik mengingat ialah menghafal baris demi baris dan rangkap demi rangkap. Dalam pada itu, cuba selami maksud inti pati puisi supaya hafalan lebih meresap ke dalam jiwa.

Antara makanan-makanan yang boleh menguatkan memori ialah madu, kismis, buah kurma, ikan, teh hijau, berries, sayuran hijau, produk tenusu, air kosong, tomato, coklat dan lainlain.