Aaahh sebenarnya, keluhan sister ini bunyinya familiar. Saya sangat faham akan dilema yang dilaluinya. Saya mengalami masalah yang sama apabila pulang dari haji. Selepas 42 hari dihabiskan untuk aturan berikut-- beribadah sepenuhnya di masjid, makan dan tidur, apabila pulang, saya terpaksa masuk balik ke dalam perlumbaan dunia.
Ini menyebabkan saya tersentak sebentar.
Saya merasakan dunia telah berubah dengan drastik. Saya tak mampu melakukan semua ibadah yang dilakukan di Tanah Suci. Saya menjadi terlalu sibuk dengan anak-anak, kerja dan lain-lain. Saya juga tidak dapat membaca surah-surah yang biasa dibaca semasa di Tanah Suci. Saya tidak dapat melakukan solat-solat sunat yang diingini. Saya merasa kecewa dan merana. Saya mula merasa rimas dengan kesibukan hidup. Saya rasa seperti sedang mula tenggelam dan losing touch dengan Tuhan.
Jadi, apa yang saya buat Well seperti biasa, bila tersekat, saya akan lari kepada Wise Owl untuk meminta nasihat. Wise Owl memberitahu saya, Sister, hidup ini ialah mengenai membuat pilihan. Kita adalah ketua kepada masa sendiri maka kitalah yang harus menentukan cara ia dihabiskan dan dihabiskan seeloknya. Selalu betulkan niat. Jihad kita sebenarnya bermula selepas pulang dari menunaikan haji. Jangan bersedih.
Saya rasa ketika Wise Owl menyuruh supaya jangan bersedih, dia bermaksud untuk saya mencari ketenangan dalam jiwa sendiri. Semasa di Tanah Suci, saya dapat mengecapi ketenangan jiwa. Tetapi setelah pulang, saya hilang ketenangan tersebut. Mungkin juga kerana saya biarkan diri saya hanyut. Walau apa pun, saya harus cari ketenangan itu kembali.
Saya kemudian sedar bahawa saya perlu mengatur kembali apa yang penting di dalam hidup saya. Saya juga sedar, cara kehidupan yang lama tidak lagi sesuai dan boleh menghalang saya untuk menjadi seorang Muslim yang baik.
Jadi, itulah sebenarnya yang telah saya lakukan. Saya tukar secara total gaya hidup. Saya berhenti melakukan perkara-perkara yang sia-sia dan cuba fokus dalam melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
Maksud Hadis Nabi SAW: Tidak akan bergeser
kaki manusia di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang lima hal: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya dari mana ia perolehi dan dalam hal apa ia dibelanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).
Riwayat Tirmizi
Wise Owl betul sebenarnya. Kita adalah penjaga masa sendiri. Kitalah yang seharusnya menentukan jadual sendiri. Kadangkala, kita perlu tinggalkan semua hal-hal dunia, ambil langkah ke belakang dan menilai semula apa yang telah dilakukan selama ini. Hanya dengan cara itu sajalah kita akan dapat melihat dunia dari perspektif lain. Bak kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak, seribu dalih.
Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.
Riwayat Al-Hakim
Berkorban itu bukanlah satu perkara mudah, tetapi if you want something so bad, percayalah, kita akan bersedia untuk melakukannya. Kalau pengorbanan tersebut boleh mendekatkan diri kita dengan Tuhan, maka ianya amatlah berbaloi untuk dilakukan.
Tuhan selalu ada masa untuk kita, jadi mengapa
kita tidak boleh meluangkan masa untuk Tuhan Sibuk, jadual penuh, banyak kerja dan sebab-sebab lain adalah hanya alasan yang kita sendiri cipta. Ini untuk menjustifikasikan kemalasan sendiri. Kita mencipta alasan-alasan tersebut untuk menyenangkan hati sendiri, supaya kurang rasa bersalah.
Kalau kita boleh duduk selama satu setengah jam menonton filem Twillight di pawagam, kenapa tidak boleh meluangkan masa 20 minit membaca Quran Kalau kita boleh pergi shopping di Pavillion berjam-jam, mengapa tidak boleh cari masa untuk melakukan ibadah sunat Kalau kita boleh mengatur jadual harian mengikut program TV kegemaran, kenapa tidak boleh mengatur jadual untuk membuat kebajikan Semuanya pilihan semata-mata. Sama ada kita nak atau tidak. Bukan soalan kompleks pun. Apa sebenarnya yang kita pilih Untuk lalai dan hanyut atau cuba untuk menjadi hamba Allah yang sejati
Jangan kamu mencela Ad-Dahr (masa), kerana Allah adalah Ad-Dahr (masa).
Riwayat Ahmad dan Muslim
Memang saya sedar bahawa perubahan itu takkan datang semalaman atau dalam sekelip mata. Manusia sememangnya, secara natural, akan menolak sebarang perubahan walaupun ianya baik untuk kita. Oleh itu, kita harus introduce perubahanperubahan kecil dalam hidup secara perlahan-lahan sehingga sudah serasi dengan perubahan tersebut. Mungkin akan mengambil masa yang lama dan mungkin susah pada mulanya tetapi ianya boleh dilakukan. Mind over matters.
Kalau kita tetap berdolak-dalik dan terus memberi alasan-alasan yang remeh, besar kemungkinan kita tidak akan berkesempatan untuk membuat sebarang perubahan langsung kerana telah dijemput dengan segala hormatnya oleh malaikat maut. Seram kan
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Surah Ar-Rad 13:11
Surah di atas amat jelas sekali. Jika kita inginkan perubahan berlaku, kita perlu berusaha untuk melakukan perubahan itu. Berdoa sahaja tanpa berbuat sesuatu, tidak akan membuahkan hasil.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Surah Al-Asr 103:1-3