Pergerakkan plet tektonik di bawah kerak bumi di perairan Acheh (dikenali sebagai pusat gempa) menyebabkan tenaga yang kuat wujud dan tertolakke atas hingga meletuskan gempa bumi bawah laut sejauh 40 kilometer di dasar laut.
Kesan susulan daripada gempa bumi bawah laut seterusnya mengakibatkan berlaku kejutan di sekeliling pusat gempa dalam bentuk gelombang air atau ombak gergasi yang laju dan kuat menghala ke semua arah dari lokasi pusat gempa. Kejutan gempa dalam bentuk tsunami itu mampu bergerak pada jarak yang lebih jauh dan luas serta mencapai kelajuan, ketinggian dan kekuatan yang terkumpul ketika merentasi lautan, yang mana akhir akan menghempas ke pantai.
Ada kalanya ketika tsunami menghempas kekuatan yang terkumpul di tempat yang tinggi seperti daratan, fenomena ini mampu melenyapkan sebuah pulau kecil. Ketika sedang bergulung, akan menarik semua air laut yang ada dan menyebabkan pantai kelihatan seperti surut tetapi selepas itu, akan melepaskan semua air yang disedut dengan kuat hingga mendatangkan kerosakkan di kawasan sejauh beribu-ribu kilometer dari pusat gempa.
Tsunami yang berlaku di pantai Asia kelmarin adalah berpunca daripada pergerakkan plet tektonik di perairan Acheh yang menjadi laluan atau sempadan plat Asia.
Mengikut teori seismologi, tenaga akan tertolak ke atas apabila berlaku sesuatu pergerakkan, pergeseran, perlanggaran, atau pertembungan antara plat di bawah lapisan kerak bumi hingga menyebabkan gempa bumi sama ada di bawah atau di atas paras laut.
Apabila berlaku menyebabkan kejutan gempa dalam bentuk tsunami yang bergerak ke semua arah dari pusat gempa (perairan Acheh) hingga boleh memberi kerosakkan maksimum pada jarak beribu-ribu kilometer jauhnya.
Gempa bumi boleh berlaku samada di bawah atau di atas paras laut. Jika berlaku di bawah laut, akan menyebabkan tsunami tetapi jika di atas paras laut, sama ada lurah gelinciran akan wujud atau gempa bumi yang kuat hingga boleh meruntuhkan bangunan.
Plat tektonik yang berada dilapisan kerak bumi akan sentiasa bergerak dengan perlahan setiap masa. Lama kelamaan, pergerakkan ini mewujudkan satu tenaga yang tertolak ke atas dari kerak bumi bergantung kepada sejauh mana kuatnya pergerakkan plet yang berlaku.
Ada kalanya ia tidak begitu kuat dan tidak menyebabkan gegaran yang besar hingga mampu mewujudkan gempa bumi. Beberapa pakar kaji bumi antarabangsa berkata, pergerakkan kerak bumi menjadi antara punca utama kejadian gempa bumi di beberapa negara sepanjang 10 hingga 20 dekat lalu.
Antaranya gempa bumi yang berlaku di Taiwan pada tahun 1999 berlakusecara berkala setiap 80 hingga 150 tahun. Kajian seismologi menunjukkan pergerakkan itu berpunca daripada satu garisan rosak di antara Plat Filipina dan Plat Eurasia yang selari dengan Taiwan dan Jepun, hingga menyebabkan gegaran dibawah kerak bumi.
Terbaru ialah di Aceh, di mana gempa bumi bawah laut berlaku di beberapa pantai Asia dan merupakan paling kuat sejak tahun 1964. Ketika itu gempa bumi dengan skala yang sama melanda Alaska.
Tsunami yang melanda bahagian utara Semenanjung adalah susulan daripada kejadian gempa bumi bawah laut. Kejadian gempa bumi bawah laut sukar untuk dikesan awal. Namun beberapa petanda telah dikenal pasti akan wujud sebelum tsunami berlaku.
Antaranya ialah berlaku gelombang seismik iaitu gegaran kecil yang boleh dirasai manusia sebelum berlakunya gempa bumi yang besar. Biasanya gempa bumi yang besar meletus ke semua arah dari pusat gempa, gegaran kecil-kecilan akan berlaku.
Ini dipanggil gelombang seismik dan apabila perkara ini berlaku, orang ramai dinasihatkan supaya melarikan diri ke tempat yang tinggi atau turun dari bangunan yang tinggi. Ketika tsunami tiba di pantai, gelombang itu akan menjadi seolah-olah disedut dan pantai kelihatan surut.
Namun selepas itu tsunami akan datang semula dalam bentuk gelombang yang lebih besar dan tinggi srta memuntahkan semua air yang disedutnya ke pantai.Justeru, kekuatan tsunami melanda pantai juga bergantung kepada keadaan sesebuah pantai sama ada landai atau laut lepas.
Jika pantai itu landai, kesan kerosakkan yang ditimbulkan oleh tsunami mungkin lebih kurang jika berbanding jika pantai sesebuah pantai itu laut lepas. Malah pernah satu ketika dilaporkan, kekuatan dan ketinggian tsunami mampu menghilangkan sebuah pulau sama sekali.