Keadaan kelam-kabut lebih hebat di dalam Kompleks HKL daripada di luar. Bertali arus kenderaan-kenderaan polis simpang-siur mengalunkan semboyan. Para pengunjung dan pesakit tampak bingung. Ada yang menyangka yang bukan-bukan. Berita angin tidak sempat menjadi. Namun, berita sebenamya cepat tersebar.
Dr.Shemelin nampak ASP Dahlan berjalan menuju ke bangunan Institut Neuro-Surgeri Negara.
ASP Dahlan! panggil Dr.Shemelin.
Helo....
Anda nak ke tingkat 8
Di situkah tempat kejadian Saya belum tahu. Saya ada pegawai menunggu di lobi.
Apa yang terjadi
Kes bunuh. Mangsa seorang pesakit barah otak.
Perempuan
Ya.
Oh my God!
My God too, balas ASP Dahlan berseloroh.
Kebimbangan saya menjadi kenyataan. Suatu lagi feminisid.
Apa dia tu
Feminicide. Fe-mi-ni-cide, maknanya pembunuhan kaum wanita. Orang perubatan bagi macam-macam nama. Saya tak pernah dengar pula dengar male-nicide.
Tak ada. Cuma homocide. Tidak ada pola tertentu yang wanita membunuh Ielaki secara kejam dan bersiri. Kalau wujud kemudian, mungkin digetar machonicide. Kebanyakan kes wanita membunuh Ielaki dilakukan dengan senyap-senyap melalui penggunaan racun. Ada. Memang ada. Banyak isteri di Malaysia membunuh suami mereka secara senyap-senyap.
Serius ke ni
Mereka memasak makanan yang sedap-sedap dengan 3M lalu membunuh suami mereka secara senyap.
Apa tu 3M
Membunuh dengan minyak, masin dan manis
ltulah sebab ASP tak kahwin-kahwin
Tidak. Belum ada jodoh. Kalau Dr. Shemelin sudi, saya sanggup menjadi mangsa.
Dr. Shemelin pura-pura tidak dengar cadangan terakhir. Kalau demikian, 3M di restoran pun dikatakan membunuh pelanggannya secara senyap-senyap. Bolehkah kita kata perokok itu suatu perbuatan membunuh diri bahas Dr. Shemelin merubah usaha ASP Dahlan merintis ke arah menurunkan kadar status kebujangan professional wanita-wanita Melayu. Dilaporkan tujuh puluh peratus professional wanita Melayu memilih untuk hidup membujang. Tentu boleh. Tengok saya tak merokok.
Jadi ASP ingat kes ini yang ketiga kata Dr. Shemelin memfokus kembali perbualan mereka mengenai kes.
ya, kemungkinan besar ia kes pembunuhan bersiri ketiga.
sudah dipastikan
kita sedang menuju ke tempat kejadian.Tunggu dan lihat. Mungkin Crime Scene boleh bercerita sendiri,
Umur mangsa
Itu pun pegawai saya. ASP Dahlan tidak menjawab soaan itu. Dia yakin pegawainya itu dapat memberikan perincian tentang biodata mangsa.
Inspektor Borhan memberikan tabik hormat. Dia nampak atasannya menuju ke lobi kecil INSN.
Selamat pag tuan.
Selamat pagi.
Selamat pagi Dr. Shemelin, ucapan yang sama dibalas segera.
Apa kesnya tanya ASP Dahlan.
Seorang pesakit barah otak. Perempuan berumur 22 tahun yang dijadualkan menjalani pembedahan dalam dua hari lagi telah dibunuh di sebuah stor.
Awak pasti dia dibunuh di situ tanya ASP Dahlan kritis.
Mangsa dijumpai di stor tingkat 8,
Ya. Belum tentu tempat yang dijumpai itu tempat kejadian.
Pukul berapa mangsa dijumpai
pukul 6.00 pagi oleh pekerja pembersihan.
Inspektor Borhan menekan butang lif. Hanya ada dua lif sahaja di bangunan yang telah dibina sekitar tahun enam puluhan. Meskipun bangunan itu telah dicat semula, luar dan dalam, tetapi ia masih tidak dapat menyembunyikan antikuiti bangunan itu. Dahulu warna luar bangunan ialah warna simen seperti asal dari kilang. Hodoh dan tidak mesra pesakit. Pesakit-pesakit neuro yang datang ke situ umumnya perlu dibedah. Dalam segala keresahan minda menghadapi trauma pembedahan, mereka disambut bangunan yang muram dengan warna simen yang ditumbuhi kutat. Arkitek zaman itu berasa warna kelabu kehijauan itu ialah warna kontemporari yang dianggap sesuai dengan persekitaran yang masih hijau ketika itu. Hanya selepas lebih tiga puluh tahun kemudian, bangunan itu seperti bangunanbangunan lain di Kompleks HKL dicat dengan warna kelabu cerah yang masih tidak lagi menceriakan pesakit. Seolah-olah pihak-pihak yang menyelenggarakan bangunan-bangunan itu buta warna atau tidak melihat warna-warna terang dan garang mempunyai kesan terapeutik. Kini warna-warni ceria menghiasi luaran dan dalaman bangunan Unit Bedah Otak yang dinaikkan taraf dan memperoleh penjenamaan baru dengan diberikan nama kontemporari, Institut Neuro-Surgeri Negara.
Di tingkat 8, di belakang Wad BOP, semua Ialuan ke arah stor tempat kejadian dikelilingi pita polis. Di atas pita itu tertera, DlLARANG MELINTAS TANPA KEBENARAN POLIS. PEMERIKSAAN FORENSIK SEDANG BERLANGSUNG.
Inspektor Borhan mengangkat pita itu untuk memberikan laluan kepada Dr. Shemelin dan ASP Dahlan. Di luar tempat kejadian lagi, mata kedua-dua mereka cepat memantau persekitaran. Lantai, siling, dinding, bingkai dan tombol pintu tidak lepas daripada penelitian mereka. ASP Dahlan menyeluk sakunya dan menyarung sarung tangan getah. Dr. Shemelin pun berbuat perkara yang sama. Dalam saku jubah putih sentiasa tersedia sepasang sarung tangan lateks yang diambil daripada klinik pesakit luarnya. Mata mereka terus meneliti segenap penjuru stor yang berukuran 5 x 7 meter itu. Dari belakang, Dr. Shemelin dapat mengenal seorang lelaki berjubah putih yang sedang memeriksa mangsa yang terbaring, ditutupi sehelai kain putih di penjuru kiri stor itu. Dr. Shemelin yakin tubuh mangsa berbogel tanpa pakaian. Dan, kain putih itu mestilah tudungan yang menutupi tubuh mangsa; suatu benda asing yang menjadi pantangan bagi sesetengah pakar patologi forensik. Dia tahu pemeriksa itu tidak suka melihat tubuh wanita yang telanjang dan lebih selesa memeriksa bahagian demi bahagian ketika menjalani autopsi luar di tempat kejadian, Menghormati manusia menjadi pegangan meskipun pada hanya sebujur mayat mangsa, pemeriksa itu lebih memelihara etiket daripada etika pemeriksaan. Di mata Dr. Shemelin, serat kain tudungan mayat boleh menyumbang penemuan serabut serat kain itu di permukaan tubuh si mati. Walaupun demikian, dia tidak menegur kerana contoh serabut kain itu boleh diperoleh daripada kain tudungan sebagai benda asing yang tiada kaitan dengan kejadian jenayah. Tindakan sebeginiIah yang kadang-kadang dieksploitasi oleh peguam-peguam kriminal yang bakal menimbulkan keraguan di hadapan hakim.
Lelaki berkopiah itu berpaling ke arah pintu, menjeling kepada tiga tetamu yang sudah biasa menjadi pelaku-pelaku dalam babakbabak forensik yang real seperti pada pagi itu.
Hai Alim, sapa Dr. Shemelin pada Dr.Alim Manja, pakar forensik dari Institut Perubatan Forensik Malaysia. Institut itu juga terletak di sekitar kompleks yang sama-sama ikut menambah kompleksiti belantara konkrit di HKL.
Assalamualaikum Melin, selamat pagi ASP, balas menyapa Dr. Alim Manja kepada mereka.
Bagaimana penemuan awal tanya Dr. Shemelin dalam bahasa
Inggeris.
Well, kita ada seorang wanita pesakit meningioma, dijadualkan untuk pembedahan lusa pagi, dibunuh dengan benda tajam. Tikaman sebanyak 13 kali. Beberapa luka akibat mengelak di keduadua lengan. Mangsa dibunuh di tempat lain memandangkan tiada darah yang banyak di tempat kejadian jawab Dr. Alim.
Putingnya dipotong tanya Dr. Shemelin,
Bagaimana kau tahu tanya Dr. Alim sambil membuka kain menutupi dada mangsa.
Kami sedang menyelidiki kes-kes lain yang serupa, ujar Dr. Shemelin. Kes pembunuhan di ION.
Dan di IMN, tambah ASP Dahlan.
Kedua-dua mangsa yang lalu juga dipotong puting sebagai trofi.
Oh, saya tak tahu. Saya tidak terlibat dengan kedua kes sebelum ini. Baru balik dari kursus forensik di UK. Saya on-call tadi malam, pagi pukul 7.00, saya dihubungi. Sekarang ni pengarah IPFN mahu semua kes pembunuhan diperiksa in-situ. Jangan menunggu di Dewan Post-mortem. Tengok foto tempat kejadian sudah tidak memadai lagi. Saya setuju. Kita perlu buat macam ni dari dulu lagi. Bagaimana jangkaan masa kematian tanya ASP Dahlan. Kira-kira empat jam yang lalu.Serangan itu berlaku pantas. Ada pergelutansoal ASP Dahlan lagi.
Sedikit sekali luka elakkan. Kalau adapun mangsa tidak dapat menjerit kerana ada pita masking di mulut mangsa.
Siapa yang nak bunuh pesakit barah otak. Kalau tidak terbunuh, dia patut dapat hidup lama selepas pembedahan. Prognosisnya baik untuk meningioma.
Tumor otak tidak boleh membunuh ttanya ASP Dahlan.
Ia tumor jinak. Jika pembedahan berjaya, biasanya tanpa komplikasi, pesakit akan sembuh sepenuhnya. Tetapi, jika ada pelekatan dengan tisu otak, nasib tak baik mungkin boleh cacat otak, jelas Dr. Shemelin.
lni kerja lunatik, cemuh Dr. Alim dengan memperlihatkan rasa sebal.
Lunatik atau psikopat tanya Dr. Shemelin.
Jangan tanya saya. Anda yang kena cari jawapan, balas Dr. Alim Manja.
Selepas itu, tak perlu kemoterapi dan radioterapi tanya ASP Dahlan lagi.
Tak. Tapi meningoma itu diagnosis prapembedahan, kadangkadang semasa pembedahan, yang disangka jinak rupa-rupanya malignan, jawab Dr. Shemelin.
Kalau mangsa tidak dibunuh di sini, di mana dia dibunuh soal ASP Dahlan lagi sambil memandang Cif Inspektor Borhan.
Kami sedang mengenal pasti lokasi pembunuhan, mencelah Inspektor Borhan.
Tetapi kalau mangsa dibunuh di tempat lain, ia mestilah tidak jauh kerana tidak ada titisan darah di luar. Maknanya tempat itu mesti berhampiran, bahas ASP Dahlan sambil melontarkan pandangan ke tubuh mayat.
Atau ditolak di atas troli. Saya fikir dia tidak mampu mengelap semua titisan darah. Atau dia mungkin membungkus mangsanya lalu mengusung mangsa untuk dibuang di stor ini, kata Inspektor Borhan memberikan pendapat.
Kita patut mengekalkan kronologi kejadian, tambah Dr. Shemelin. O.K. Menurut jururawat bertugas, mangsa menerima panggilan telefon bimbitnya pada pukul 3.00 pagi. Dia keluar ke koridor wad. Jururawat bertugas ingat mangsa tidak mahu mengganggu pesakit lain. Pukul 6.00 pagi, seorang jururawat lain menyedari mangsa tidak ada di katilnya ketika memberi ubat pada pesakit lain. Jururawat itu ingat pula mangsa pergi ke bilik air.
Selepas mangsa keluar tak siapa tahu apakah dia kembali ke katilnya soal Dr. Shemelin.
Jururawat itu tak perasan pun, balas Dr. Alim.
Pukul berapa mangsa diketemui tanya ASP Dahlan.
Pukul 6.30 pagi, tuan, jawab Inspektor Borhan sambil menyelak nota hariannya.
Seperti kes yang lalu, stor menjadi tempat kejadian atau penyerang membuang mangsa. Saya kira pihak pengurusan hospital harus mengunci stor-stor yang digunakan ataupun tidak, cadang ASP Dahlan.
Kebanyakan stor pembersihan diselenggarakan oleh syarikat kontraktor, jelas Dr. Shemelin.
Tiba-tiba seorang kakitangan polis unit forensik membawa sebuah bungkusan plastik lut sinar mengandungi selimut yang berlumuran darah.
Tuan, saya jumpa barang bukti di dalam tong sampah dekat tangga kecemasan, kata koperal itu.
Buka. Biar saya tengok, kata ASP Dahlan.
Dia membuka bungkusan plastik lut sinar itu perlahan-lahan dan Inspektor Borhan meregangkan Selimut. Bentuk lumuran sesuai dengan aras luka di dada dan perut. Ketiga-tiga mereka, Dr. Alim, Dr. Shemelin dan ASP Dahlan memberikan pandangan masingmasing mengenai corak bercak-bercak darah yang melekat pada kain selimut itu.
Mangsa mungkin masih hidup ketika ditikam hingga mati ujar Dr. Alim.
Ya, buktinya selimut ini koyak akibat tikaman, tambah Dr. Shemelin.
Kita harus cari baju dan seluar seragam hospital yang dipakai mangsa. Koperal, bawa unit awak memeriksa semua tong sampah besar dan kecil di seluruh kompleks. ASP Dahlan menyambung, Inspektor Borhan hantar semua spesimen itu ke FORLAB untuk kajian kimia.
Penyerang mestilah seorang yang faham belok hospital, kata Dr. Alim.
Bagaimana pula penyerang boleh telefon mangsa soal ASP Dahlan.
tu senang sahaja. Anda boleh dapatkan nombor telefon pesakit melalui daftar masuk pesakit, muka depan fail pesakit dan dalam sistem komputer bersepadu hospital, jelas Dr. Shemelin.
Siapa saja yang boleh tahu informasi pesakit tanya ASP Dahlan lagi.
Doktor, jururawat, staf sokongan, jawab Dr. Alim.
Jangan lupa runner pun pegang fail. Kakitangan pejabat rekod, tambah Dr. Shemelin.
Mereka meneruskan perbincangan. Daripada mencari tanda-tanda gigitan, panjang dan jumlahnya luka kelar, mana-mana luka tusuk yang dianggap membunuh hingga luka elakkan dan jenis benda tajam yang digunakan; hinggalah pisau yang tajam sesisi atau bilah tajam kedua-dua sisi. Semuanya dibincangkan secara teknikal dan terperinci. Dr. Alim memberikan pandangannya mengenai lukaluka kelar yang banyak itu bukan bermaksud untuk membunuh, tetapi lebih bertujuan penderaan. Kedudukan luka-luka kelar yang berdekatan dan coraknya mencadangkan perbuatan itu dilakukan dalam keadaan tidak tergesa-gesa seolah-olah pemangsa mengambil masa untuk melaksanakan misi penderaannya. Setelah puas dengan kelaran-kelaran itu, barulah pemangsa melepaskan luka tusuk yang membawa maut. Dr. Alim Manja menarik balik pandangan awalnya yang menyangka serangan dibuat secara pantas. Setelah diperiksa dengan teliti, pemangsa mengambil masa yang lama untuk mendera dengan kelaran dan tusukan yang tidak bermaksud untuk segera mematikan mangsa,
Tiba-tiba telefon bimbit Inspektor Borhan menyanyikan melodi lagu Siti Nurhaliza.
Dah jumpa
Apa
Baju dan seluar yang disyaki milik mangsa. Di mana
Dekat Jabatan Kecemasan dan Trau ... apa
Trau-ma-to-logi. OK. Bawa barang-barang bukti itu ke sini.
Semua orang mendengar perbualan telefon Inspektor Borhan,
Tuan, dah jumpa. Mereka syak baju dan seluar seragam pesakit berlumuran darah dengan cetakan huruf INSN. Inspektor Borhan memaklumkan tentang penemuan baru itu. Puluhan konstabel dikerah melakukan pemeriksaan di segenap penjuru HKL.
Kita mesti cari tempat kejadian, kata ASP DahIan.
Anak buah saya sedang memeriksa semua kawasan balas Inspektor Borhan.
Saya pasti ia tidak jauh dari sini. Mesti dalam tingkat yang sama.
Kakitangan FORLAB datang. Ruang di stor itu terlalu sempit untuk orang-orang FORLAB bekerja. Dr. Shemelin, ASP Dahlan dan Inspektor Borhan keluar dari stor itu. Kakitangan FORLAB giat mengambil contoh-contoh seni yang hanya bagi mereka yang terlatih sahaja mampu melakukannya. Mereka menyembur bahan kimia di tempat-tempat strategik untuk mengesan sidik jari, nodanoda, bendalir seperti air mani dan cetakan tapak kasut. Mereka tidak lagi menggunakan kanta pembesar seperti yang pernah dipakai Sherlock Holmes, tetapi menggunakan peranti elektronik yang mampu mengesan debu asing, pasir, cebisan lumpur, bulu binatang, serat-serat nabati, sintetik, polimer dan benang pakaian. Dengan penuh ketekunan, kakitangan FORLAB akan berada di situ berjam-jam meskipun mayat mangsa telah diusung keluar untuk dibuat bedah siasat oleh Dr. Alim Manja di IPFM. Jikalau perlu kaki tangan FORLAB akan menyambung kerja-kerja mereka sampai ke petang hari. Tinggallah Dr. Alim Manja dengan kakitangan FORLAB itu sementara menanti pemindahan mayat mangsa ke IPFM.
ASP Dahlan dan Inspektor Borhan menerus kan siasatan mereka mencari tempat pembunuhan sebenar. Dr. Shemelin minta diri untuk kembali ke IMN. Sebelum berpisah, ASP Dahlan mengingatkan cadangannya di awal perbualan mereka pada pagi hari itu. Dr. Shemelin berpura-pura tidak ingat seraya melemparkan senyum perpisahan yang bersifat sementara.
Rupa-rupanya keadaan di pintu masuk ke INSN hiruk-pikuk dengan wartawan, jurufoto dan jurukamera daripada pelbagai media, televisyen, elektronik dan surat khabar. Lebih sedozen daripada mereka bertandang di pekarangan INSN. Mereka dahagakan berita hangat yang bakal disensasikan semaksimum mungkin. Berita-berita kini dipersembahkan dalam keadaan yang lebih dramatik sebagai hiburan. Tragedi orang lain seolah-olah hiburan yang ditunggu-tunggu peminat berita demi meningkatkan rating penontonan stesen mereka, atau penjualan akhbar di seluruh negara. Polis hanya mengawal mereka daripada memasuki bangunan INSN untuk mendapatkan rakaman berita dari tempat kejadian. Kemunculan doktor jelita berperawakan model itu segera dikenali seorang pemberita luar TV3. Sebaik-baik sahaja Dr. Shemelin dihampiri wartawan itut rakan-rakan dari pada media-media lain ikut menyerbu.
Dr. Shemelin, apakah benar seorang lagj mangsa pembunuhan bersiri terjadi di Institut Neoro-Surgeri Negara
No comment. Sila dapatkan keterangan dari jabat Pengarah HKL.
Benarkah ini kes yang ketiga dalam bulan ini sahaja
Saya dah kata, no comment. Tolong tanya ASP Dahlan.
Dengan kejadian-kejadian seperti itu, penduduk KL, malah rakyat Malaysia hilang keyakinan untuk datang berubat ke sini. Apakah komen doktor
Dr. Shemelin mencari jalan keluar di celah-celah jurukamera. Dia tidak menjawab soalan itu.
Dulu doktor telah membantu mengenal pasti Executive Killer dan Campus Killer, apakah Dr. Shemelin yakin dapat membantu polis mengenal pasti HKL Killer
Dr. Shemelin terus membungkam dan meloloskan diri daripada barisan pemberita. Mereka gagal memperoleh berita, tetapi bukan bermakna mereka tidak boleh mencipta berita dan berlindung di belakang kekebalan salah lapor yang diselesaikan melalui ralat kecil dalam beberapa baris ayat dalam penerbitan berikut. Ramai pembaca yang tidak sedar tentang pembetulan berita dalam ralat sekecil itu. Namun, berita salah lapor diterima masyarakat sebagai benar. Yang jelas kehadiran Dr. Shemelin di pekarangan INSN itu akan dieksploitasi dalam berita-berita yang direncah dengan sensasi dan akan terus mengukuhkan keyakinan khalayak tentang terdapatnya bahaya untuk mendapat rawatan di HKL.
Memang itulah yang terpampang di dada-dada akhbar. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris menggelarkannya HKL Killer, dan di akhbar bahasa Melayu, sebuah memanggilnya Pembunuh HKL. Yang satu Iagi menjuluknya Pembunuh Pesakit Wanita. Media TV mendahului media cetak dalam kepantasan menyampaikan berita. Penyebarannya muncul sebagai berita sensasi di semua stesen televisyen swasta. Lantas perinciannya diikuti dalam akhbar-akhbar. Akibatnya, pelaporan yang disensasikan telah menimbulkan kejutan dan kebimbangan yang berlebihan dalam kalangan orang ramai. la bukan Iagi merupakan krisis keyakinan yang selalu dilaporkan tentang kes-kes kecuaian seperti meninggalkan gunting dan kain kasa di dalam perut pesakit yang dibedah, atau meninggalkan jarum patah semasa menjahit luka epistomi selepas pesakit bersalin. Kecuaian-kecuaian itu dilaporkan dalam media lantas menimbulkan krisis keyakinan terhadap perkhidmatan hospital awam. Kelemahan di sektor awam memberikan ruang dagang yang lebih di hospitalhospital swasta yang tidak silu-silu memberikan kerjasama dalam perolehan berita kepada pihak media cetak dan elektronik. Tentunya sumber berita dilindungi dengan tidak menyebut nama doktor dan hospital swasta yang berjaya mendedahkan kecuaian itu.
Tetapi, berita pembunuhan bersiri di HKL tidak setara dengan kes-kes kecuaian. Kali ini lebih teruk daripada apa yang terjadi sebelumnya. Pemberitaan kes-kes kecuaian tidak pernah menyebabkan Jabatan Pesakit Luar HKL menjadi lengang. Namun, berikutan berita HKL Killer, bukan sahaja Jabatan Pesakit Luar yang menjadi sepi. Ikut terjejas ialah pelbagai klinik pakar di semua perkhidmatan harian di Kompleks HKL itu. Avian flu, dengue scare, SARS dan jerebu meramaikan Jabatan Pesakit Luar HKL dengan pesakit, tetapi berita HKL Killer memberikan kesan sebaliknya. Banyak temu janji dengan HKL dibatalkan pesakit. Ada pesakitpesakit di wad, atas desakan waris, mereka menandatangani dokumen DAMA (Discharge Against Medical Advice). Ibu-ibu leukemia kanak-kanak membawa keluar anak-anak mereka dari HKL dan pindah ke hospital-hospital Iain seperti Hospital Selayang, Hospital Universiti UM dan HUKM. Mereka juga tidak tenteram dan sentiasa dirundung kebimbangan apabila menemani anak-anak sepanjang malam di wad-wad HKL. Malah, yang masih kekal di HKL bertambah gusar. HKL seumpama hospital hantu. Gementar, takut, seram menghantui mereka sepanjang malam. Setiap bunyi tapak kaki menderap cukup menjagakan mata yang kantuk. Wanita-wanita yang menjaga anak-anak mereka tidak dapat tidur kerana terus gelisah. Ada yang menjadi kompulsif dengan melihat jam tangan berulang kali. Begitu mengharap siang datang secepat mungkin. Siang mematikan ketakutan mereka. Selagi siang tidak datang, selagi itu bayangan pembunuh HKL menghantui mereka.
Kelengangan HKL itu hanya diisi oleh kalangan pesakit yang tidak berkemampuan dan mereka yang buta media, buta berita dan buta akhbar. Moral kakitangan HKL juga ikut menurun. Banyak yang mengambil mc. Staf wanita mendominasi hampir enam puluh peratus daripada populasi kakitangan. Peratusan kehadiran mereka ikut terjejas terutama yang kena syif malam. Ditokok lagi dengan berita-berita angin yang bukan-bukan. Cerita mulut kakitangan yang bekerja di INSN dibumbui melebihi kenyataan. Apa jua khabar yang didengar, dipercayai bulat-bulat. Kini, tidak ada berita yang dianggap berita angin. Semuanya dipercayai dahulu tanpa banyak soal. Ada yang membawa cerita tentang jururawat yang disoal siasat berjam-jam semasa kenyataannya diambil polis. Petugas kontraktor pembersihan yang menemui mayat mangsa menjadi demam dan dikatakan menderita insomnia akibat dihantui kengerian arcaarca sadistik mangsa. Beliau perlu mendapatkan rawatan psikiatri di Klinik Sindroma Pascatrauma di IMN. Malah, ada yang menghebohkan berita angin beliau menjadi tidak siuman. Buktinya dia mendapat rawatan di IMN.
Keesokan harinya Menteri Kesihatan muncul di kaca televisyen cuba menenteramkan masyarakat bahawa pihaknya sedang melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang lebih ketat. Ketua Polis Negara juga muncul di televisyen dengan memberikan jamin pengawasan dan pengawalan polis di setiap tingkat di semua institut di Kompleks HKL yang menempatkan pesakit. Mereka akan ditempatkan di HKL sehingga pada suatu waktu yang ditentukan kelak.
Surat-surat khabar berhari-hari menyiarkan berita pembunuhan bersiri itu. Malah, tabloid-tabloid picisan berlumba-lumba mencetak foto-foto tragis mangsa. Foto-foto itu dijual oleh orang-orang tertentu yang menggunakan kamera-fon mereka. Memang pihak media tidak menyatakan sumber, tetapi ramai yang menjangka pengambilan foto-foto amatur itu dilakukan oleh kakitangan INSN sendiri.
Berhari-hari HKL menjadi tempat buruan para wartawan dan pemberita. Sasaran mereka berpusat pada empat tempat: Pejabat Pengarah HKL, INSN, ION dan IRVIN. Di IMN, dalam satu kesempatan, seorang wartawan yang gagal menemu bual Dr. Shukri terserempak dengan Dr. Bala yang diberikan tugas pengenalpastian beberapa pesakit mental yang tiada berwaris. Wartawan itu mulanya tidak berminat untuk menyiarkan foto-foto pesakit IMN kerana menurutnya, editornya tidak berminat, tetapi dalam perbualan mereka, Dr. Bala terperangkap dalam suatu persetujuan untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan pembunuhan bersiri HKL. Keesokan harinya, foto Mr. X dan beberapa foto penghuni kronik IMN disiarkan dalam sebuah akhbar nasional.
Oleh sebab publisiti yang meluas banyak versi berita angin yang tersebar. Terutamanya mengenai calon-calon suspek. Di Jabatan Jenayah Berat Bukit Aman, ada unit di bawahnya yang menyaring berita-berita angin yang tersebar luas dalam kalangan orang ramai. Di Malaysia, sudah menjadi budaya, masyarakat lazimnya mempercayai berita angin. Angin berita bertiup kencang kerana ada penghembusnya. Sentiasa ada dwiversi untuk berita rasmi yang dipancarkan melalui wahana pemerintah dan berita mulut yang tidak melalui proses pencetakan. Insan Malaysia sudah terbiasa dengan makna sebenar di sebalik berita. Jadi, media lisan lebih dipercayai kerana dibawa dari mulut ke mulut oleh orang-orang yang dikenali. Di sebalik setiap penafian berita oleh penjawat kerajaan, senantiasa ada yang masih mentafsirkannya sebagai pengesahan dan pengakuan. Justeru, jika diikuti pola penyebaran berita, sejarah membuktikan sebahagian besar berita angin ternyata bertukar menjadi berita benar. Jika boleh diterima pada nilai muka, berita angin membawa keyakinan sekurang-kurangnya sebagai berita separa benar.Tidak hairanlah mengapa PDRM membentuk Unit Berita Angin (UBA). Unit itu merupakan alat risikan Cawangan Khas dengan rangkaian ejen dan penyampai maklumat yang menyelinap dalam matriks sosial pada pelbagai strata dalam masyarakat pelbagai kaum Malaysia.
Menurut seorang mata-mata gelap Cawangan Khas yang menyamar dan bergaul dengan kakitangan HKL, detektif itu terdengar mereka melawak tentang Seorang MA kawan mereka yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Traumatologi. MA itu dikatakan agak eksentrik. Gemar membaca kisah-kisah pembunuhan bersiri. Malah, idolanya ialah Ted R. Bundy. Lebih-lebih Iagi seragam baju dan seluar mangsa dijumpai dalam tong sampah dekat jabatan dia bekerja. UBA Cawangan Khas memanjangkan penemuannya kepada Jabatan Jenayah Berat Bukit Aman.
Tanpa sebarang tapisan maklumat, Jabatan Jenayah Berat dengan bersenjatakan waran pemeriksaan premis, menyerbu masuk rumah sewa MA bernama Sofi. Berikutan penyerbuan itu penghuni rumah sewa ditahan reman untuk soal siasat selama tujuh hari. Dengan penahanan MA itu sebagai suspek HKL Killer, berita itu meletup dalam SMS sebelum tersebar melalui media akhbar dan televisyen. Di dada-dada akhbar penuh dengan berita penangkapan tersebut yang dianggap mampu meredakan kegelisahan awam. Tiada siapa yang menganggap MA itu sebagai kambing hitam yang dicari-cari oleh oknum-oknum berkuasa. Mereka perlu segera mencari jawapan sementara untuk menenteramkan masyarakat dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap institusi awam. Tekanan atasan tidak juga sedikit menuntut penyelesaian segera.
Untuk meyakinkan orang ramai, pihak polis kali ini lebih telus dengan mendedahkan kepada pihak media yang sentiasa dahagakan berita. Beberapa pemberita dan jurufoto sengaja dijemput untuk merakamkan suasana di bilik suspek. Semuanya bertujuan menenteramkan kegelisahan orang ramai melalui penggunaan media. Gambar-gambar bunuh bersiri dari luar negara menjadi paparan pujaan di dinding bilik tidur suspek. Kebanyakan buku, pita video, VCD dan DVD yang disita ialah cerita-cerita bukan fiksyen mengenai legasi pembunuh-pembunuh bersiri seperti Jack the Riper, Son of Sam, The Night Stalker, The Boston Strangler, The Shoe-Fetish Slayer, The Lady Killer, The Bestial Baron, The Butcher of Plainfield, The Moon Maniac dan The Lipstick Killer.
Suspek disyaki seorang copy-cat killer. Semua kasut dan beberapa pakaian suspek diambil untuk forensik.
Siar raya mengenai penangkapan itu dilaksanakan secara menyeluruh di setiap wahana media yang sedia ada. Penghebahan itu pasti mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap HKL yang telah meluntur. Orang ramai tidak Iagi ragu-ragu untuk datang mendapatkan rawatan yang mereka perlukan di Kompleks HKL. Beberapa hari yang lalu, HKL merupakan hospital yang dihindari pesakit. Yang berduit memperoleh rawatan pilihan di hospital dan pusat perubatan swasta yang mendapat durian runtuh akibat krisis kepercayaan itu. Dalam beberapa hari sahaja selepas berita penangkapan suspek, HKL kembali pulih menjadi pasar raya pesakit yang terbesar di Malaysia.
Mr. X sudah lebih banyak bercakap daripada dahulu. Gerak lakon tetap dipamerkan dengan diiringi kekuatan vokal yang teaterikal. Namun, isi fikirannya tidak dapat digarap pendengar biarpun seorang pakar psikiatri. Dr.Shukri berpendapat Mr. X sudah menunjukkan respons terhadap farmakoterapi. Rawatan kimiawi itu telah sedikit sebanyak memungkinkan dia mengungkap imejimej yang berlegar di alam fikirannya. Kalau tidak semuanya dalam lakonan pantomimnya.
Pa Lawan bersembunyi di Malasian. Orang-orang ikut Pa Lawan mencari pokok tengkaras. Lari terus ke Kota Hijau! Orang-orang Tagalog tidak kejar Iagi. Ayuh! Ikut Pa Lawan ke Malatani. Kita redah hutan ke Gayung Gayung. Orang-orang Ma Lanyu berakit ke Minaga untuk buat kapal layar ke Laut Selatan! jerit Mr. X bagaikan seorang deklamator.
Dr. Shukri mematikan pita rakaman. Dia tidak nampak kaitan antara perkataan yang diucapkan Mr. X.
Saya tidak fikir itu suatu yang koheren. la seolah olah flight of ideas saja, ujar Dr. Shukri.
Saya kurang setuju tapi sudah ada jalan cerita. Dari frasa pertama Pa Lawan itu, apakah maksudnya pahlawan atau Pulau Palawan. Tagalog pasti merujuk pada bahasa atau orang-orang Tagalog, bahas Dr. Lufti.
Lalu Malasian itu apa Orang Malaysia atau sebuah tempat
Kalau kita ambil Tagalog sebagai rujukan, maka kita mungkin boleh mengagak lokasi pemeriannya itu di Filipina. Jelas kepada kita, dia bukan orang Filipina. Dia menggunakan laras bahasa Melayu. Tetapi, dia mengaitkan dengan Pa Lawan.
Dia bukan sebut Melayu tetapi Malanyu.
Andaikanlah ia suatu corrupted version perkataan Melayu itu sendiri, kita akan menemui koherensi di sini. Dia bercerita mengenai orang-orang Malanyu yang masuk hutan. Hutan itu dia panggil Kota Hijau. Ini metafora yang dicipta oleh fikiran yang ada intelek. Kalau kita gabungkan perilaku Mr. X sebelum ini, ketika dia seolah-olah melakonkan pantomim orang dilambung ombak laut atau pelaut yang mengendali kapal belayar, maka pemerian kali ini, saya rasa sesuai dengan pernyataan orang-orang Malanyu berakit ke Minaga untuk membuat kapal layar ke Laut Selatan. Ini semua simbolik.
Apakah itu tempat-tempat fiktif atau real
Yang mana
Semuanya. Malasian, Malatani, Gayung Gayung dan Minaga.
Cuba cari dalam Internet.Taip map, Malasian.
Dr. Shukri menekan papan kekunci komputernya. Dalam beberapa saat sahaja perkhidmatan streamyx menyelesaikan kebuntuan. Oh! Malasian ialah sebuah pekan kecil di Luzon Tengah.
Cuba pula Malatani.
Juga sama!
Lepas itu Gayung Gayung.
Sama.
Minaga.
Juga sama. Semuanya di Lembah Cagayan, Luzon, Filipina.
Tetapi dia cakap Melayu atau Malanyu. Bukan Tagalog.
Pintu bilik Dr.Shukri diketuk. Dr.Shemelin muncul memberikan salam kepada Dr. Shukri dan Dr. Lufti,
Untung Dr. Shemelin datang, ujar Dr. Lufti.
Cuba dengar ini, kata Dr.Shukri sambil menekan pita rakaman mininya.
Belayarlah ke Pulau Selatan. Pa Lawan akan dilindungi Bathala dari panahan Kimat. Atas kehendak Daragang Magayong, Pa Lawan akan beristerikan Ines dan membebaskan Ines dari cengkaman Ratu Binas.
Dr. Shukri mematikan pita rakamannya.
Saya tahu Dr. Shemelin arif mengenai perkara-perkara yang anehaneh. Saya selalu respect anda mengenai topik ini, puji Dr. Shukri. Kalau tak silap sayalah, semua yang disebut itu merupakan tuhantuhan purba orang-orang asli Filipina. Bathala ialah tuhan yang pertama. Kimat adalah tuhan yang menguasai langit, kilat dan guruh, tetapi ia menyerupai seekor anjing berbulu keluli.
Betul ke ni Awak buat cerita sendiri tak tanya Dr. Lufti bergurau. Bagaimana dengan Daragang Magayong soal Dr. Shukri.
Goddess of Love.
Dan Ratu Binas.
Saya kurang pasti dengan yang ini. Kalau B diganti V. Binas itu menjadi Venus. Ini mungkin sama dengan Goddess of Venus di Zaman Ais kira-kira dua ratus dua puluh ribu tahun yang lalu. Satusatunya tuhan wanita di Zaman Ais di Siberia dan Pergunungan Alps.
Macam mana boleh dikaitkan Goddess of Venus dengan Filipina di kawasan tropika tanya Dr. Lufti.
Awak yang kata sendiri, kita berhadapan alam fikiran pesakit mental yang intelek, balas Dr. Shukri terhadap analisis awal Dr. Lufti.
Jadi maksudnya
Migrasi orang-orang purba dari kawasan bersalji ke tropik.
Cuba fikirkan, berapa jauh dari Euroasia ke Filipina. Dr. Lufti menggeleng-gelengkan kepalanya.
Pada Zaman Ais dingin menggila, air laut satu dunia surut. Ada jambatan bumi dari Asia Selatan hingga ke Pulau Hawaii, jelas Dr.
Shemelin.
Jadi boleh jalan kaki saja soal Dr. Luftj sedikit hairan.
Ya. Nampaknya begitu, kata Dr. Shemelin.
Dr. Lufti pernah baca tak, mengenai Amazonia
Tak.
Dalam komuniti Amazonia hanya terdiri daripada kaum wanita. Mereka menangkap lelaki untuk dijadikan hamba. Amazonia diperintah oleh seorang ratu. Ratu itu juga bernama Venus. Saya percaya Ratu Binas yang disebut Mr. X itu sebenarnya Goddess of Venus.
Tiba-tiba pintu bilik Dr. Shukri diketuk lagi. Dr. Bala muncul di gerbangnya bersama-sama seorang lelaki berpakaian kemas, kemeja tangan panjang, bertali leher merah hati dengan logo organisasi di tengahnya. Seluarnya poliester hitam dan kasutnya juga berwarna sama dengan seluar dan tali pinggang. Usianya sekitar empat puluh tampak tampang seorang intelektual dari menara gading.
Kenalkan ini Dr. Fakaruddin dari ATMA. Dr. Bala memperkenalkan tetamunya kepada Dr. Shukri, Dr. Shemelin dan Dr. Lufti. Mereka saling berjabat tangan.
Dari UKM tanya Dr. Shemelin.
Ya, jawab Dr. Fakaruddin pendek.
Dr. Fakaruddin membawa berita baik. Tempoh hari kita ada
siarkan gambar Mr. X di surat khabar. Dr. Fakaruddin .....
Panggil sahaja Fakar, mencelah Dr. Fakaruddin.
Dr. Fakar mengecam Mr. X. Mr. X sebenarnya adalah Dr. Ridzuan, seorang ahli arkeologi dengan pengkhususan dalam bidang filologi.
Sebulan yang lalu dia sepatutnya menyampaikan satu kertas kerja di seminar nasional di UM, kemudian selepas seminar itu beliau dijadualkan terus pergi ke Pulau Palawan untuk menyertai ekskavasi Gua Tabon bersama-sama ahli arkeologi dan antropologi dari Muzium Kebangsaan Filipina. Jadi bila tidak muncul di seminar, kami ingat dia terus ke Pulau Palawan.
Dr. Ridzuan tak ada keluarga tanya Dr. Shemelin
Dia sebatang kara. Ibu bapanya sudah meninggal dunia.
Waris-waris lain pun tak ada sambung Dr. Shemelin bertanya lagi.
Kalau ada pun, mereka tak rapat. Dari kecil lagi, dia hidup di asrama.
Tapi kawan-kawan sepejabat pun tak sedar kehilangannya, suara Dr. Shukri sedikit musykil.
Sudah biasa bagi ahli arkeologi, kami pergi ke lokasi ekskavasi berbulan-bulan. Sesetengah gua dimasuki air semasa musim hujan. Jadi kami kena kerja pada musim kering.
Bagaimana dengan telefon bimbit tanya Dr, Lufti pula.
Biasanya daerah ekskavasi jauh di pedalaman. Kebanyakannya tiada liputan.
Dah berjumpa dengan Mr. X, maksud saya Dr, Ridzuan tanya Dr. Shukri.
Sudah. Tetapi dia tak kenal saya. Apa yang dah terjadi soal Dr. Fakaruddin.
Kami sungguh gembira bertemu Dr. Fakar Saya percaya dengan kehadiran Dr. Fakar, ingatan beliau mungkin boleh dipulihkan, ujar Dr. Shukri.
Saya akan datang mengunjunginya sekerap mungkin.
Baguslah. Dengan rawatan dan pemahaman kami tentang psikodinamikanya yang mencetuskan kemelut kejiwaan Dr. Ridzuan, kami yakin sedikit masa lagi, keadaannya membaik dan harapan kami dia boleh dipulihkan apabila simpulan yang mengusutkan fikiran dapat dituruskan, tambah Dr. Shukri.
Saya nak bawa Dr. Fakar bertemu Dr. Ridzuan sekali lagi.
Dr. Bala dan tetamunya menghilang di sebalik tutupan pintu itu.
Bagaimana dengan kes di INSN tanya Dr.Shukri kepada Dr. Shemelin.
Saya tak tahulah. Saya tidak fikir MA Jabatan Kecemasan itu pelakunya
Kenapa Dr. Shemelin kata begitu Kan beberapa serat yang dijumpai dari pakaian suspek sama dengan serat yang dijumpai di stor itu,
Tetapi mereka tidak menemui sebarang trofi.
Mungkin suspek telah musnahkan, kata Dr. Lufti.
Trofi adalah sesuatu kebanggaan pembunuh bersiri. Dalam keadaan mana sekalipun, trofi tidak dimusnahkan kerana ia lambang pemujaan.
Dr.Shemelin, jangan timbulkan perkara itu kepada media. Masyarakat sedia maklum suspek HKL Killer telah ditangkap. Sebarang keraguan boleh dieksploit oleh media sehingga boleh membuat Kompleks HKL menjadi rumah hantu. Tiada siapa yang akan datang.
Tak. Saya tak akan. Hanya bila saya punya bukti yang cukup.
Tetapi anda harus memberitahu kepada saya dulu sebelum bercakap dengan media, pesan Dr. Shukri tegas.
Dr. Shemelin mengetap bibir dalam protes secara halus. Dia sedia maklum dalam mesyuarat-mesyuarat institut, dialah selalu diingatkan agar tidak terlalu mesra dengan pihak media. Mengerti tentang teguran bosnya, dia meninggalkan mereka yang terus meneliti rakaman pemerian Dr. Ridzuan.