UNTUK HUJAN DAN ANGIN YANG MEMELUK TIAP MALAM YANG PANJANG - 10
Aku menyapu pasir di but-ku. Dan menurunkan beg ke bawah. Sebelum menyedari di hujung kananku, di atas ais yang keras seperti hati-hati yang merana kerana kecewa, duduknya seorang perempuan bersila memeluk anjingnya. Tiba-tiba sayap keluar dari belakang badannya, mengembang sebelum dia melakukan sesuatu kepada anjing tersebut seperti rindu, anjingnya terkulai layu di atas ais, ketika dia terbang dan pergi.