Brazil dan Malaysia telah diaturkan pada 25hb Mei 2002. Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) bersikap profesional dengan membariskan pemain-pemain bintang mereka, walau terpaksa mengambil risiko yang tinggi kerana beraksi di stadium bukit jalil yang ketika itu padangnya dalam keadaan yang sangat teruk dan baru dibaik pulih.
Dengan adanya Ronaldo dan Rivaldo, skuad Malaysia bimbingan Allan Harris perlu ada ramuan paling baik untuk cuba menyekat pergerakan dua bekas Pemain Terbaik Dunia itu. Ditambah dengan keperkasaan Roberto Carlos, Ronaldinho, Cafu, Emerson, Kleberson,
Lucio, Edmilson dan Roque Junior, Malaysia sebenarnya berdepan dengan sebuah pasukan mapan dan mantap.
Kesudian Brazil ke Malaysia dan m e n g a d a k a n persahabatan dengan pasukan kebangsaan di bawah kendalian Allan Harris adalah satu penghormatan tertinggi. Ia juga kesempatan paling berharga buat pemain kebangsaan menimba ilmu daripada bintang-bintang dunia, selain peluang sekali seumur hidup peminat tempatan menyaksikan Brazil dengan para
bintangnya beraksi di hadapan mata secara langsung.
Pertemuan dua pasukan ini dianggap sebagai langit dengan bumi. Brazil yang terkenal dengan aksi samba, hadir ke negara ini untuk berlatih dan mengadakan perlawanan persahabatan terakhir sebelum ke Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun, untuk mengharungi kempen ke-17 mereka. Ketika itu, Brazil beradan di ranking ketiga dunia di belakang Perancis dan Argentina, manakala Malaysia di tangga ke-112.
Perlawanan ini dianjurkan oleh ProEvents, di mana tiket-tiket dijual sejak 11hb Mei 2002 dengan harga RM200, RM70 dan RM40 yang mana lebih murah berbanding ketika perlawanan Manchester United dengan Malaysia pada tahun 2001. Pihak penganjur telah memberikan pas percuma untuk menyaksikan satu sesi latihan skuad Brazil kepada 10,000 pembeli pertama di kaunter tiket Stadium Nasional, Bukit
Jalil.
Dengan bersaksikan 65,000 penonton, Seleo Brasileira gagal menemui sentuhan jaringan sepanjang separuh masa pertama. Untuk rekod, ini adalah pertama kali Scolari menurunkan gandingan trio bintang dunianya, Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo. Ronaldinho dan Cafu. Namun, mereka dilihat beraksi di bawah keupayaan sebenar.
(Ini merupakan perlawanan pertama Rivaldo bersama Brazil, selepas berehat selama sebulan keranan kecederaan lutut kanan).
Para pemain Malaysia beraksi sebaik mungkin, sehingga mengikat Brazil tanpa jaringan pada 45 minit pertama. Azmin, yang pernah digantung kerana terlibat dengan masalah disiplin, mencuri tumpuan semua, malah media Brazil juga mengakui ketangkasan penjaga gol itu yang menafikan tiga percubaan tepat Ronaldo, dua tandukan tajam Lucio dan sepakan percuma berbahaya Ronaldinho.
Nyata, aksi cemerlang Azmin berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya Brazil. Beliau yang ketika itu mempunyai kurang-lebih 30 caps antarabangsa, juga merupakan pemenang pertama Trofi Oliver Kahn Malaysia untuk musim 2002, sementara penjaga gol lagenda, Khairul Azman Mohamed mendapat tempat kedua. Ronaldo (ketika itu bintang Inter Milan) hanya mula menunjukkan bisa pada minit ke-20. Rembatan kencangnya dari luar kotak penalti, dikuis oleh Azmin yang bekerja keras malam itu. Separuh masa kedua menyaksikan Brazil mula mempamerkan bias mereka. Bermula minit ke-52, Ronaldo yang dianggap antara pemain terbaik sepanjang zaman, membuka jaringan buat
Brazil.
Sebelum ke Malaysia, Ronaldo telah mengalami kemarau gol antarabangsa sejak 1999 sewaktu menyarung jersi skuad Selecao. Ronaldo beraksi selama 72 minit di atas padang, malah menjadi pencetus kepada jaringan Juninho. Gol terakhir Ronaldo dijaringkan sewaktu Copa America (menentang Uruguay) dan perlawanan persahabatan menentang Argentina, kedua-duanya pada tahun 1999. Perlawanan menentang Malaysia merupakan perlawanan ketiga Ronaldo, selepas berehat selam dua-setengah tahun, kerana menjalani dua pembedahan lutut.
Gol kedua Brazil muncul pada minit ke-64 menerusi Juninho bekas bintang Altetico Madrid FC dan Middlesbrough FC -- yang dibawa masuk menggantikan Rivaldo. Gol ketiga dan keempat Brazil hadir melalui Denilson (ketika itu mewakili Real Betis), yang menggegar gawang negara, untuk membantu Seleo Brasileira menang, 4-0.
Kami ke sini cuma mahu berlatih. Jika kami mahu lawan yang kuat untuk persahabatan terakhir kami, kami boleh menentang Itali atau Jerman, kata Scolari selepas Brazil menewaskan Malaysia 4-0 dalam aksi persahabatan itu. Kenyataan jurulatih Brazil itu agak sinis, tetapi itulah tanggapan mereka, malah dunia sekali pun.
" Pertemuan Brazil, juara dunia empat kali, selayaknya menang dua pasukan dengan jaringan lebih besar ini dianggap ke atas Malaysia, kalau tidak kerana kecekapan Azmin sebagai Azram, dan corak permainan
langit bersahaja Dunia mungkin menyindir pemain Brazil. dengan kemampuan pasukan kita, bumi. " tetapi malam itu, Malaysia sebuah negara kecil bola sepak moden -- memperoleh
satu pengalaman besar yang berharga. Kita pernah beraksi satu gelanggang dengan skuad juara Piala Dunia.
Pemain Malaysia: Azmin Azram Aziz (Syamsuri Mustafa), Liew Kit Kong, Indraputra Mahayuddin (K. Rajan), Muhamad Kaironnisam, Norhafiz Zamani Misbah (Nizam Jamil), Tengku Hazman Raja Hassan (Shukor Adan), Ahmad Shahrul Azhar (Mazuki Yusof), Rosdi Talib, Subri Sulong (Shahril Faizal), Akmal Rizal Rakhli (Hasmawi Hassan), Khalid Jamlus (Zainizam Marjan);
Pemain Brazil: Marcos (Dida), Kleberson (Juninho Paulista), Anderson, Lucio (Vampeta), Edmilson, Roque Junior, Roberto Carlos (Junior), Emerson (Gilberto Silva), Rivaldo (Kaka), Ronaldinho
(Edilson), Ronaldo (Luizao);
Pengadil: M. Mongkol.