MY PRETTY BOY - 101
PERNAFASAN stabil, peparu juga stabil cuma tekanan darah makcik agak tinggi sedikit. Makcik perlu banyak berehat.

Jangan kerja kuat sangat. Saya bagi ubat Felodipine, ubat Atenolol makan sehari sekali setiap pagi. Jangan skip sehari pun, pesan Tunku Hussein satu persatu sambil mencatat sesuatu di atas sekeping kertas dan kemudian diserahkan ke tangan pesakit.

Nanti kertas ni makcik bagi kat pegawai farmasi di kaunter, pesannya sekali lagi seraya menyerahkan senarai preskripsi yang ditulis tadi.

Pesakit tadi mengangguk faham. Dia bangkit dari kerusi dan selepas ucap terima kasih, dia menarik pintu dan terus keluar. Tunku Hussein bersandar di kerusi empuk sambil meraut anak rambut yang terjuntai ke belakang. Dia mengeliat beberapa kali sehingga kedengaran tulang belikat turut sekali berbunyi.

Dua tahun lamanya tak mendengar khabar berita Qamra Ain yang hilang entah ke mana. Puas dia menjejaki ke mana pergi satu-satu gadis yang masih terpahat di hatinya. Rindunya pada Qamra Ain yang semakin menebal malah setiap hari di dalam sembah sujud yang panjang dia berdoa ke hadrat Ilahi agar dapat dijejaki semula gadis itu.

TH, jom dinner, tegur Rudy Armani di sebalik pintu sambil menunjuk ke arah jam yang tergantung di dinding bilik.

Lamunan sejenaknya terus terhenti. Dia masih lagi tak berganjak dari tempat duduk. Rudy Armani yang penat menunggu di muka pintu melangkah masuk lalu duduk di atas kerusi mengadap ke arah Tunku Hussein.

Kau ni elok dah duduk takhta MD, turun pangkat duduk kat TED. Kan dah tak menang tangan.

Saja aku nak rasa apa yang Qamra rasa. Payah rupanya duduk kat Zon Hijau. Jenuh nak layan pesakit.

Kau masih ingat Qamra Dah dapat jejak dia

Tunku Hussein menggeleng sambil senyuman hambar. Dua tahun berlalu, hanya itu jawapan yang mampu diberikan setiap kali Rudy Armani bertanyakan tentang Qamra Ain. Bukan dia saja yang mencari malah Tunku Hardie dan Tunku Raffzul juga turut turun padang sama-sama mencari. Lebih-lebih lagi semenjak Tun Tunku Harith mengetahui Qamra Ain penyelamat nyawanya di malam itu.

Dont worry, TH. Tak ke mana Qamra tu. Doakan yang terbaik untuknya. Insya-Allah, panjang umur jumpalah kau nanti. Dahlah, aku lapar ni jom makan, pujuk Rudy Armani.

Dia juga turut merasa kehilangan seorang doktor tahap genius seperti Qamra Ain yang memiliki keistimewaan setaraf dengan doktor senior seperti mereka.

Jom pelawa Tunku Hussein sambil menanggalkan kot putih lalu disangkut di belakang kerusi. Kemudian, dia mencapai blazer terus disarung ke badan. Tali leher dibetulkan kedudukan dan rambut pula hanya disikat menggunakan hujung jari.

Jom dinner di Mels Caf. Boleh jumpa Reza sekali, cadang Tunku Hussein. Rudy Armani mengangguk setuju dan mereka beriringan keluar dari TED.

D

I kaf Mel E, Tunku Hussein memilih duduk di meja hujung. Itulah tempat pilihan setiap pagi tatkala bersarapan dengan Qamra Ain. Kini, tempat itu hanya dia saja menjadi penghuni setia setiap kali datang ke sini tanpa ditemani oleh Qamra Ain seperti dulu.

Aku tak tau sangat menu kat sini, kata Rudy Armani pada Reza Rizman yang duduk bersebelahan dengan Tunku Hussein.

Sedang mereka berdua leka memilih menu di kad, dia pula leka merenung sepi ke arah dinding jubin yang penuh dengan tulisan pengunjung di kaf ini. Ada pelbagai kata-kata cinta, lukisan doodle, kartun animasi dan cap tangan pun ada. Tunku Hussein tercari-cari kata-kata yang pernah ditulis bersama Qamra Ain. Polaroid gambar mereka berdua masih lagi tertampal di situ. Hanya itu saja kenangan yang ada menjadi pengubat rindunya pada Qamra Ain.

Tercari-cari, jejaka misteri - Qamra Ain Bikin apa nak cari jauh-jauh Akukan ada! - Sein.

Kau nak makan apa, TH Macam biasa atau nak tukar menu lain Ada menu baru, spageti kerabu sotong kau nak tak tanya Reza Rizman sambil menulis menu pilihan di atas helaian kertas pesanan.

Usai menulis, dihulurkan pula ke tangan Rudy Armani.

Tiada jawapan. Reza Rizman dan Rudy Armani serentak mendongak seraya memandang ke arah Tunku Hussein yang leka memandang ke arah jubin yang tersusun berselerakan di dinding.

Kau ada Sharpie Marker tak

Reza Rizman menyeluk poket blazer dan kemudian mengeluarkan Sharpie Marker hitam lalu dihulur ke tangan Tunku Hussein.

Aku menu biasa, akhirnya dijawab pertanyaan mereka berdua. Sementara menanti menu yang dipesan sampai ke meja, dia menulis sesuatu di atas jubin yang ada beberapa keping yang masih kosong.

Qamra Ain,

Where are you Do you still remember me

I miss you, miss you so much! - T Hussein

Usai menulis diserah semula Sharpie Marker tadi ke tangan Reza Rizman. Masing-masing sibuk membaca apa yang ditulis oleh Tunku Hussein sejenak tadi.

Jiwang sungguhlah kau ni, bro.

Aku bukan tak pernah baca atau terdengar kisah cinta tak kesampaian ni. Tapi dalam melambaklambak kisah cinta di luar sana, kisah kau yang paling tragis yang pernah aku tengok. Kisah cinta empat Tunku berebut cinta seorang gadis biasa. Kau nak tau apa yang lebih teruja dalam kisah cinta kau Papa kau pun tumpang sekaki tergilakan Qamra. Tak ke nampak lagi tragis Cerita Reza Rizman satu persatu sambil memandang wajah mereka berdua silih berganti.

Apa boleh buat, gadis sebaik Qamra tu kalau kau pusing satu dunia pun belum tentu kau jumpa doppleganger macam dia. Baik hati, penyayang, prihatin setia pula tu. Kalau akulah, ikat tepi tak kasi lepas. Orang bingai aje yang tak reti nak jaga, giliran Rudy Armani pula mencelah.

Bukan kehendak Qamra ditemukan dengan empat Tunku yang saling berkait, Rudy. Kalau aku, mahu buntu aku fikir jalan solusi. Keputusan yang dibuat oleh Qamra ada baiknya juga. Dia biarkan hatinya terluka dari memilih antara kau dan mereka. Kau patut terima keputusan yang Qamra buat demi kebaikan keluarga kau, TH.

Aku tak boleh terima keputusan yang Qamra buat untuk tinggalkan aku, Reza. Aku terlalu cintakan dia. Aku perlukan dia dalam hidup aku. Masakan aku boleh biarkan sebab Qamra memilih untuk tinggalkan aku Tinggalkan Hardie Tinggalkan Raff dan Papa aku sendiri Aku masih cintakan dia dan cinta ni takkan pudar walaupun aku harus tunggu dan terus menunggu. Aku tetap akan menunggu.

Kau takkan dapat miliki Qamra selagi tiga Tunku lagi tak lepaskan Qamra. You have to remember,

Hardies her first love, TH.

Cinta pertama tak semestinya cinta terakhir, Reza. Kau kata begitu sebab kau belum rasa apa tu cinta. Jangan jatuh cinta, kalau kau belum betul-betul bersedia. Jika kau tersilap memilih cinta, kau bakal merasa betapa pedih dan merananya jiwa bila cinta memilih untuk tinggalkan kau seperti aku.

Leka mereka berdebat akhirnya menu yang dipesan sampai ke meja. Satu persatu hidangan diletakkan di hadapan mereka bertiga berserta dengan 3 gelas Lemon Juices yang disertakan sekali dalam set menu pilihan. Selepas pelayan itu beredar, mereka menyambung diskusi kembali.

Tuan Harith, okey Reza Rizman menukar tajuk. Malas hendak berdebat tentang cinta dengan Tunku Hussein. Setiap kali cerita Qamra Ain menjadi tajuk perbualan mulalah jejaka itu tonjolkan emo yang melampau. Betul kata sahabatnya. Disebabkan dia belum pernah merasai nikmat bercinta, dia tak bisa menjiwai seperti mana yang dialami oleh Tunku Hussein. Jiwa merana dek terlalu rindukan Qamra Ain.

Ermmm duduk terperap dalam bilik. Hardie, sejak pulih dan ganti jawatan aku nampak sibuk sikit. Raff, pindah tinggal dengan aku. Sejak dia ada makin kusut aku duduk dengan dia. Lebih-lebih sejak Qamra hilang malam tu, lebih emo dari aku, ngomel Tunku Hussein.

Pisau di tangan kiri ligat memotong Roasted Meat manakala garpu di tangan kanan pula menyucuk daging tadi lalu disumbat ke dalam mulut. Dia mengunyah hinggakan kelihatan tenggelam timbul lekuk di kedua-dua belah pipi mengikut rentak kunyahan.

Sejak bila kau tau yang Raff tangkap cinta dengan Qamra Aku yang selalu dengan Raff pun tak dapat baca dia, soal Rudy Armani dan kemudian menyuap Steak Meat ke dalam mulut.

Begitu juga dengan Reza Rizman juga ingin tahu. Bekas CEO Mels E itu setahunya cukup benci berbicara tentang bukan spesiesnya.

Pelik juga, bila dengar Tunku Raffzul berubah terus disebabkan Qamra Ain sedangkan jejaka itu dari awal lagi antitegar dengan gadis itu sejak sesi temuduga. Usai 3 jam berada di dalam kaf Mels E, mereka bertiga beredar keluar selepas bil dijelaskan oleh Tunku Hussein.

Kau balik terus ke Aku nak singgah hospital dulu. Ada barang tertinggal dalam loker, tanya Rudy Armani jikalau Tunku Hussein mahu menumpang keretanya sampai ke THSC. Reza Rizman sudah lama berlalu pergi masuk semula ke pejabat.

Tak apalah, kau baliklah dulu. Aku nak tenangkan fikirkan kejap, jawab Tunku Hussein seraya bersalaman dengan Rudy Armani.

Dia mengangguk faham. Pintu kereta Toyota Vios dibuka lalu diboloskan diri di tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan serentak pintu kereta ditutup. Sela beberapa minit, Rudy Armani menekan pedal minyak dan kereta tersebut menderum laju meninggalkan kepulan-kepulan asap di malam yang kelam itu.

Sunyi sepi jalan di malam ini. Mungkin rata-rata mereka sudah balik ke rumah masing-masing. Hanya tinggal dia yang masih berada di tengah bandaraya KL. Tunku Hussein berjalan hingga ke perhentian bas, tempat di mana setiap kali janji temunya dengan Qamra Ain di situ suatu tika dahulu.

Tunku Hussein duduk sebentar di perhentian bas. Dia mendongak ke langit, melihat ke arah kerdipan bintang. Bulan purnama penuh malam ini juga menarik perhatiannya.

Qamra, jika di malam ini kau memandang ke arah bulan penuh di langit, aku mahu kau tau bahawa yang aku tetap menyintaimu dan berharap agar kau balik ke pangkuan aku Tanpa disedari air mata terbit di celahan mata. Hanya menunggu masa untuk menitis jatuh ke pipi di malam ini.

Aku terlalu rindukan kau, Qamra adu Tunku Hussein perlahan dan tidak semena air mata jantan itu meleleh jua bersama-sama hujan yang jatuh setitik demi setitik membasahi lantai perhentian bas.

Q

AMRA AIN terasa seperti seseorang sayup yang sedang memanggil namanya. Dia yang berada di pangkin luar menoleh kiri dan

kemudian ke kanan. Tiada siapa. Sunyi.

Siapa panggil aku tadi Takkan Erul kut

Erul nak prank Kak Ain ye Dia menjenguk ke arah rumah sebelah.

Gelap. Tiada sahutan. Mungkin perasaannya saja. Maklumlah, malam sunyi sepi begini sudah tentu kedengaran pelbagai gema suara di luar rumah. Cengkerik, unggas-unggas dan suara oink oink hijau panggil hujan pun ada.

Apa kamu buat di luar berembun malam, Ain Udara sejuk ni kena selsema, siapa pula nak rawat kamu nanti sapa Pak Usop seraya menyelimutkan anak gadis yang menumpang di rumah 2 tahun yang lalu dengan selimut dari belakang. Sejurus itu muncul pula Mak Sarah sambil menatang dulang yang berisi ubi rebus berserta seteko kopi panas.

Terima kasih, pakcik. Ucap Qamra Ain seraya menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Pak Usop.

Malam-malam begini memang enak menikmati ubi rebus yang masih hangat. Kena pula dengan kopi panas, memang berbaloi-baloi keenakannya. Mak Sarah menuang air kopi ke dalam cawan. Satu diletak di depan Pak Usop dan satu lagi diletak di tepi Qamra Ain.

Sekejap saja dah 2 tahun kamu menetap dengan kami. Kamu tak rindu keluarga kamu ke, Ain Jangan pakcik tanya ni kamu ingat pakcik halau kamu pula. Pakcik suka kamu tinggal dengan pakcik. Tambah lagi, penduduk di sini sayangkan kamu. Lebih lagi, Tok Ayah. Suka benar kamu melayan dia. Pelik juga pakcik tengok Tok Ayah tu. Cukup dia ingat sungguh nama kamu kalau dibanding dengan doktor yang pernah berleter bagai dengan dia, Pak Usop mula berceloteh.

Petang tadi dia sempat menjenguk orang tua itu. Belum lagi masuk ke dalam rumah, nama Qamra Ain yang disebut dulu. Nampak benar Tok Ayah itu terlalu menyayangi doktor muda ini. Tak ubah seperti kasih sayang seorang atuk terhadap cucu.

Qamra Ain tergelak kecil. Kelakar bila terkenangkan telatah Tok Ayah. Jerih perih juga melayan orang tua itu. Terkadang sengaja meletak ubat merata sematamata menyuruhnya datang ke rumah.

Atuk sebenarnya sunyi, pakcik. Bila Ain ada, baru dia rasa ada orang dalam rumah. Abang Aizal sejak akhir-akhir ni nampak sibuk sikit. Lewat petang baru nampak muka. Sebab tu Ain minta Erul temankan kalau Ain sibuk di klinik. Harapkan Erul tengoktengokkan atuk.

Qamra Ain mengambil seketul ubi rebus yang masih panas itu ke dalam piring. Dia mencubit sedikit dan dihembus perlahan-lahan sebelum disumbat ke dalam mulut. Pak Usop berpaling muka ke arah Mak Sarah yang memberi isyarat kening diangkat beberapa kali.

Ain

Ain tau pakcik nak tanya apa. Tiada siapa yang ada lagi untuk Ain di luar sana, pakcik. Tiada siapa yang menunggu Ain kalau Ain pulang. Tiada siapa yang mampu berikan pada Ain seperti mana kasih sayang yang pakcik dan makcik curahkan pada Ain selama Ain duduk di sini. Tiada siapa... cepat dia menjawab. Sudah dijangka persoalan itu yang acapkali meniti di bibir mereka setiap kali duduk berkumpul di pangkin.

Sejak kecil lagi, tiada ibu tempat untuk Ain bermanja. Ibu Ain tinggalkan Babah tika usia Ain 7 tahun. Babah Ain pula pergi mengadap Ilahi masa Ain masih lagi status pelajar perubatan. Itu pun Ain tak habis belajar sebab Ain tak mampu nak teruskan. Bila Ain kembali ke KL, Ain kerja dan habiskan pengajian Ain sampai Ain jadi doktor untuk realisasikan wasiat Babah. Tapi, sayang Babah tak sempat melihat kejayaan Ain., cerita Qamra Ain dengan nada yang pilu. Sekian lama air mata hibanya tak menitis dan di malam dingin ini perlahan-lahan ianya mengalir jatuh ke pipi.

Mak Sarah juga turut terasa hiba. Tragik sungguh dirasakan penderitaan gadis ini di kala usia semuda ini. Pak Usop turut tersentuh hati. Mereka terasa bahagia sejak Qamra Ain tinggal bersama mereka. Tambahan pula, sejak mereka berkahwin 20 tahun yang lalu mereka tak dikurniakan anak. Sudah pelbagai cara mereka usaha, masih lagi belum ada rezeki anak untuk mereka.

Setiap malam, Pak Usop bangun untuk bersolat tahajjud. Di dalam tahajjud dia memanjatkan doa agar dikurniakan seseorang yang bakal mewarnai hidup mereka berdua. Selang 3 hari muncul gadis ini bersama Aizal Fahmi.

Mak Sarah mengengsot perlahan-lahan mendekati gadis yang sedang merenung jauh. Dilapkan air mata gadis itu dengan hujung jari. Digenggam pula erat kedua-dua tangan yang banyak berjasa merawat penduduk di perkampungan ini.

Tak payah ke mana-mana ya, Ain. Tinggal aje dengan kami. Lagipun kami berdua tak ada anak. Adanya kamu, bertambah seri di rumah ni. Kalau kamu tak ada, kesian pula Tok Ayah. Meroyan tak tentu hala pula orang tua tu nanti teringatkan kamu, pujuk Mak Sarah sambil mengusap-gusap selendang yang menutup rambut gadis itu.

Satu hari nanti Ain harus pergi, makcik. Ain tak boleh lama di sini. Semakin lama Ain di sini, semakin sukar untuk Ain tinggalkan. Ain sayangkan makcik, pakcik seperti keluarga Ain sendiri. Ain mahu pergi jauh untuk lupakan kisah hidup Ain yang memilukan. Bertahun lamanya, Ain kuatkan hati lalui penderitaan hidup dan Ain tak terdaya lagi nak menanggung.

Tak usahlah ke mana-mana lagi, Ain. Kamu dah bukan orang asing lagi dah dalam kampung ni. Seluruh penduduk kampung berebut-rebut nak ambil kamu jadi anak angkat mereka, kami aje yang tak bagi. Usah ke mana-mana ya, nak Pujuk Pak Usop lirih.

Tak rela rasanya berpisah dengan Qamra Ain. Qamra Ain sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Tambahan pula, gadis ini tak pernah membuatkan sesuatu yang melukakan hati mereka berdua dan juga penduduk di pulau ini.

Wah, sembang pacak nampak. Mesti ada cerita best ni! Tiba-tiba kedengaran sayup suara menegur mereka yang rancak berbual di pangkin.

Pantas Qamra Ain mengesat air mata dengan hujung selendang manakala Pak Usop dan Mak Sarah tercari-cari empunya suara yang mencelah diskusi tadi. Mereka serentak menoleh ke arah Aizal Fahmi yang sedang menghayun langkah mendekati pangkin tempat mereka bertiga bersantai.

Kamu rupanya, Aizal. Tok Ayah tau kamu datang ke sini Nanti, tak fasal-fasal meroyan orang tua tu lagi. Jenuh orang kampung nak cari macam kes hari tu.

Kes apa, pakcik Qamra Ain ingin tahu. Yang pastinya peristiwa itu terjadi sebelum kedatangannya ke sini.

Aizal Fahmi awal-awal lagi sudah tergelak bila terkenang semula kisah Gaban atuknya yang pernah mengemparkan seluruh penduduk kampung satu tika dulu.

Apa taknya, Ain. Tengah malam pula dihentam bersilat kat tepi laut. Kebetulan pakcik lalu di situ, kononnya nak candat sotong. Pakcik ingatkan jembalang air ke atau entah apa yang timbul. Pakcik dah mula cuak masa tu. Beranikan juga hati nak pergi dekat, rupanya Errmmm, Tok Ayah. Pak Usop menceritakan kembali detik-detik cemas yang pernah bikin havoc seluruh kampung.

Puas dia memujuk Tok Ayah balik ke rumah. Menurut katanya, Ultraman Taro telefon menyuruhnya tunggu di tepi laut.

Kamu itulah, Aizal. Beli lagi DVD Ultraman bertimbun-timbun. Kan dah terpengaruh minda atuk kamu.

Saya beli pun sebab kesian kat atuk bosan duduk di rumah seorang. Sekurang-kurangnya berjaya juga idea saya bikin sel-sel minda atuk berhubung betul tak, Ain soal Aizal Fahmi seraya mengenyit nakal ke arah gadis dari tadi sesekali terkekeh-kekeh ketawa.

Sel mindalah sangat nasib baik atuk kamu kata Ultraman Taro suruh tunggu. Kalau disuruh berenang tak pasal-pasal mati lemas orang tua tu. Jangan buat pasal, Aizal. Buat suspen orang kampung aje.

Mereka berdekah-dekah ketawa termasuk Qamra Ain. Lucu juga bila dengar cerita Tok Ayah yang sampai terpengaruh dengan cerita fantasi gara-gara cucunya seorang ini peminat tegar Ultraman Taro.

Saya dah lama campak DVD tu semua atas loteng, Pak Usop. Takut kisah lama berulang kembali. Alhamdulillah sejak Ain rawat atuk saya dah mula ingat sikit-sikit, cuma atuk tu terlebih mengada-ngada bila Ain ada dengan dia. Suruh garulah, picit bahulah. Saya tak pula disuruh. Jeles tau tak, Ain.

Kasih cucu perempuan dengan cucu lelaki ni lain, Aizal. Itu bezanya. Lebih lagi Ain tu, merangkap doktor yang ditugaskan merawat atuk kamu. Dah tentulah tunjuk mengada-ngada. Orang tua Aizal, siapa lagi dia nak menumpang kasih kalau tak pada orang yang dia sayang Tak gitu, Ain Pak Usop menoleh wajah ke arah Qamra Ain yang leka mengunyah ubi rebus yang mula beransur sejuk.

Dia mengangguk tanda setuju dengan pendapat Pak Usop.

Kamu berdua duduk berbuallah ya. Pakcik dan makcik nak masuk dulu. Jangan lama-lama. Hari dah jauh malam. Esok kamu berdua nak bangun bekerja, Pak Usop mengorak sila dan berjalan masuk diekori oleh Mak Sarah dari belakang. Sengaja memberi laluan untuk mereka diskusi berdua.

Qamra Ain menuang air kopi yang suam-suam kuku ke dalam cawan kosong yang dibawa oleh Mak Sarah tadi.

Rasanya baru aje 4 jam lepas kita jumpa, Qamra Ain menghulurkan secawan kopi yang tak terusik oleh Pak Usop tadi ke tangan Aizal Fahmi.

Tadi Kita jumpa ke Bukan Ain datang jumpa atuk Tak sama, okey! usik Aizal Fahmi sambil mengambil secawan kopi tadi dari tangan Qamra Ain lalu diletakkan di tepinya.

Samalah tu balas Qamra Ain ringkas.

Tak sama... tak sama tak sama. Ain datang jumpa atuk bukan jumpa abang, sangkal Aizal Fahmi. Suka benar dapat mengusik Qamra Ain.

Ada kalanya sampai menganggu emosi gadis ini akibat tak tahan dengan senda gurauannya. Ditambah pula, angin bayu laut yang meniup perlahan terasa sejuk dan nyaman menyerikan lagi diskusi mereka di malam ini.

Haish, kan abang ada sekali.

Abang rindu kat Ain, sebab tu abang datang, Aizal Fahimi tak mampu lagi menahan perasaan. Dia rindukan senyuman yang menjadi penyebab jantungnya berdetak lebih kencang dan terbuai dengan lunakan suara gadis itu.

Rindu konon. Cuba tunjuk sikit muka orang rindu macam mana, balas Qamra Ain sambil senyum menyenget sedikit.

Wajah kacak Aizal Fahmi dihala betul-betul di hadapan muka Qamra Ain. Sikit lagi menyentuh batang hidung. Dekat, sungguh dekat. Tak keruan dibuatnya Qamra Ain. Redup renungan Aizal Fahmi menyentuh naluri kewanitaannya yang sekian lama ditutup rapi.

Bezanya, jejaka ini tak punyai lekuk di pipi seperti Tunku Hussein. Senyuman nakal Aizal Fahmi bisa mencairkan hati-hati primadona yang tergilakan belaian jiwa jejaka ini. Dia juga memiliki anak mata yang sepet dan galak berserta alis kening lebat dan terbentuk. Tak hairanlah jika Aizal Fahmi punyai teman istimewa di hati.

Kenapa, Ain Soal Aizal Fahmi tiba-tiba oleh kerana baru perasan Qamra Ain merenung ke wajahnya tanpa berkelip.

Tak tak ada apa-apa, geleng Qamra Ain melarikan anak mata ke arah lain.

Tak percaya yang abang rindukan, Ain Itulah, jangan cabar abang. Abang baru aje acah-acah gitu, Ain dah cuak usik Aizal Fahmi sambil jarinya mencubit sedikit ubi rebus yang sudah beransur sejuk dek ditiup angin malam.

Tentu bahagia wanita yang abang cinta, kan Bertuah dapat jejaka romantic de amore macam abang.

Oh ye ke, Ain Kira Ain bertuahlah dapat abang

Awat Ain pula Mengarutlah abang ni tau sangkal Qamra Ain berserta kerutan kening menghiasai wajahnya.

Abang cakap serius tau, bukan main-main.

Alah, tengok muka abang pun macam main-main.

Kalau abang kata yang abang teramat cintakan

Ain. Apa Ain nak jawab sebagai balasan

Abang Aizal Ain

Sudi tak Ain terima cinta abang Soal Aizal Fahmi.

Qamra Ain tergamam bila terasa kehangatan gengaman erat jari-jemari Aizal Fahmi di malam yang dingin ini. Perlahan-lahan Qamra Ain menarik tangan lalu mengorak langkah menuruni pangkin menghala ke arah laut yang kelam.

Aizal Fahmi juga turut mengekori dari belakang.

Abang, jangan mudah jatuh cinta. Berilah cinta abang pada yang tulus menyintai abang bukan pada Ain.

Look at me, Ain. Dua tahun sudah cukup untuk abang kenal hati budi Ain. Abang tak peduli, siapa Ain yang dulu. Abang cinta Ain yang hari ni, esok dan selamanya.

Abang Qamra Ain berkalih wajah mengadap Aizal Fahmi.

Abang faham Ain. Abang tak harapkan jawapan sekarang. Cuma abang nak Ain tau insan yang mulia dalam hidup abang adalah Ain. Ain yang hidupkan sekeping hati yang tak pernah abang buka pada sesiapa kecuali untuk Ain seorang. Please Ain, jangan tutup pintu hati Ain untuk abang. Ain berhak rasa kebahagiaan yang Ain cari selama ni. Abang nak Ain tau yang abang ikhlas cintakan Ain, ucap Aizal Fahmi separuh merayu. Ada kesungguhan yang terpacar di kedua-dua lensa berona hazel itu.

Abang Ain tak boleh terima cinta abang. Sebab di hati Ain, ada insan lain.

Insan lain Siapa Tunku Hussein Tunku Hardie Tunku Raffzul Atau Tun Tunku Harith Dia tak pasti siapa insan lain yang menjadi penakluk hatinya. Bukankah dia sudah nekad tinggalkan mereka semua Ya! Dia bukan milik sesiapa lagi! Hatinya milik Tuhan, bukan milik tuan! Hanya Tuhan yang tahu, siapa jodoh yang terbaik buatnya. Jodoh yang boleh mengheretnya hingga ke syurga kelak.

Aizal Fahmi melepaskan keluhan yang dalam. Sejak awal lagi, dia sudah bersedia. Dia tahu, gadis sebaik ini masakan tiada lelaki di luar sana yang berebut-rebut miliki sekeping hati yang suci itu. Meskipun punyai pakej lengkap, dia tak pernah sekali menyerahkan cinta pada mana-mana primadona atau perawan yang menagih cinta darinya.

Dia tak pernah merasai nikmat cinta apatah lagi menyerah cinta. Cintanya terlalu mahal jika tak kena pada piawaian wanita idaman. Sudah beberapa kali dia ke oversea mencari dan terus mencari. Di akhir pencarian empat tahun lepas, dia pulang semula ke Malaysia dan mengambil keputusan untuk menetap bersama Tok Ayah.

Di perkampungan ini, dia membuka kaf siber. Di situ, dia menghabiskan waktu seharian di samping melayan ruang sembang maya. Hanya sejak tiada lagi muncul id YM Anggerik_Putih semangatnya kian pudar hinggalah muncul Qamra Ain yang seiras-iras tutur bicara seperti pemilik id itu.

Kali pertama bertentang mata di malam tragedi dan di saat itu terasa jantungnya berdengup laju. Ada sesuatu di dalam diri gadis itu yang tak pernah dijumpai di dalam mana-mana wanita yang dikenali.

Kasih dan sayang yang dihamparkan!

Abang sanggup tunggu, Ain. Walaupun ada insan lain yang Ain cinta, abang tetap cintakan Ain. Biar ALLAH SWT yang tentukan hala tuju hubungan kita berdua. Cuma, abang nak Ain tau yang abang betulbetul sayang sangat kat Ain. Kalau boleh abang tak mahu kehilangan, Ain.

Abang, Ain anggap abang macam abang kandung Ain sendiri Ain

Walau apapun tanggapan Ain, abang tetap dengan apa yang abang katakan tadi. Untuk pengetahuan Ain, abang tak pernah sekali pun jatuh cinta dan Ainlah cinta pertama dan terakhir abang.

Jodoh, ajal maut ALLAH SWT yang tentukan. Bukan kita, abang. Andainya di Loh Mahfuz dah tercatit yang Ain jodoh abang, Insya-Allah ALLAH SWT pasti perkenankan, pujuk Qamra Ain. Dia tak mahu katakatanya melukai hati jejaka sebaik Aizal Fahmi.

Hari dah jauh malam, baik abang balik, ujar Qamra Ain sambil ligat tangannya mengemas cawan dan mangkuk yang penuh dengan kulit ubi rebus setelah kembali ke pangkin tadi.

Oh ya, Ain. Sebelum abang terlupa, esok abang ada meeting di KL. Mungkin dua, tiga hari abang di sana. Nanti, Ain tengok-tengokkan atuk, boleh Pesan Aizal Fahmi sambil menghidupkan enjin motor Ducati. Topi berwarna hitam dipakai terbalik. Sambil itu dia menarik zip jaket hingga ke atas.

Amanah abang akan Ain pegang sampai abang balik nanti. Jangan risau, Dr. Ain sedia berkhidmat, Yang Mulia, janji Qamra Ain seraya memberi tabik hormat pada Aizal Fahmi.

Ain ni, tabik hormat bagai. Kalau macam tu, abang balik dulu. Eh, kejap Ain berdiri kat situ. Jangan gerak. Senyum tau bagi nampak lekuk kat pipi tu sekali. Aizal Fahmi menyeluk poket jaket lalu mengeluarkan telefon pintar. Terus dia menekan butang snap dan gambar itu serta-merta dijadikan latar skrin sesentuh.

Ain, tengok. Abang bikin wallpaper, Aizal Fahmi menayangkan iPhone 6 di depan gadis itu.

Haish, abang ni

Bekal pengubat rindu. Nanti 3 hari abang tak jumpa, kan Okeylah, abang pergi dulu ya, Aizal Fahmi memerah pemegang motor dan kemudian motor Ducati merah itu menderum laju keluar dari perkarangan rumah Pak Usop. Dan dia, berdoa agar penjalanan jejaka itu senantiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa.