MY PRETTY BOY - 102
|BUKIT ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR|

AIZAL FAHMI meneliti pelan projek di tapak pembinaan. Sesekali dia mendongak ke atas dan kemudian meneliti semula struktur pelan di atas kertas. Hanya tinggal beberapa tingkat lagi untuk sampai ke kemuncak siapnya bangunan itu.

Dijangka bulan April atau Mei siap nanti projek mega ni. Aku yakin, projek kau salah satu projek terhebat pada tahun ini. Mana ada arkitek lain yang berani design building macam kau Kau memang terbaiklah, Aizal. Tak salah company aku lantik arkitek muda seperti kau sebagai designer.

Dah tugas aku, Sham. Aku berterima kasih juga atas kerjasama kau serta team dalam usaha menjayakan projek ni, bukan untuk aku seorang. Sebenarnya, kita yang harus merasai kejayaan bersama. By the way, terima kasih sebab kau bantu aku uruskan tapak projek tanpa aku. Recently ni aku sibuk sikit. Jaga atuk dan kaf siber kat kampung.

Tarak hal punyalah, Aizal. Nanti siap aje projek

ni kita celebrate! Okeylah aku nak tinjau tapak belah sana kejap. Kau nak ikut sekali

Tak apalah. Aku nak duduk sini kejap. Lenguh kaki aku berdiri dari tadi. Aizal Fahmi mengulung semula pelan tapak pembinaan manakala Shamsul beredar pergi ke tempat yang dikatakan tadi.

Sedang berjalan, Shamsul berasa tak sedap hati lantas dia berpaling muka semula ke belakang. Dia ternampak sesuatu yang sedang melayang dari arah udara. Seketul batu yang sedang jatuh dalam had laju yang tinggi dan menantinya Aizal Fahmi yang masih lagi tak berganjak dari menggulung pelan di depan kereta.

Aizal! Lari cepat!! jerit Shamsul sambil berlari.

Aizal Fahmi serta-merta menoleh ke arah Shamsul yang sedang memberi isyarat supaya dia beredar cepat dari situ. Dia yang tak mengerti hanya mengerut dahi bila memerhati Shamsul asyik menunjuk-nunjuk ke arah atas. Dia terus mendongak dan ternampak seketul batu yang semakin hampir dan jatuh betul-betul di atas dahi. Aizal Fahmi meraba-raba kepala. Cecair berwarna merah melekat di tangan dan pandangan mula berpinar-pinar. Akhirnya, dia rebah jatuh di atas bonet kereta depan. Ain.

A

IN, stock ubat cukup ke tak Kalau tak, aku call hospital minta dorang poskan, laung Sakinah dari kaunter pertanyaan.

Di klinik ini, hanya ada 3 orang doktor dan lebih sepuluh orang jururawat yang bertugas setiap hari. Dua orang doktor ditugaskan di dalam klinik dan dia pula menjadi doktor sukarela merawat pesakit yang tak berupaya datang ke klinik seperti warga tua atau pun orang yang kurang upaya.

Yang lain ada lagi hanya ubat Paracetemol dan Felodipine yang tinggal beberapa botol, laung Qamra Ain dari farmasi klinik sambil mencari jikalau ada stok ubat lain yang dia terlepas pandang. Jika kehabisan, jenuh hendak menelefon hospital di KL menghantar ubat ke kampung ini jika berlaku kecemasan.

Felodipine Ramai benar rupanya hypertension dalam kampung ni, ngomel Sakinah. Sudahlah ubat itu hanya terdapat di THSC saja, tiada di hospital kerajaan. Tanpa berlengah, dia mendail nombor telefon THSC. Sementara menunggu panggilan berjawab, dia mendengar dulu berita Awani di Astro C501.

Kuala Lumpur - Seorang arkitek muda cedera di bahagian kepala terkena seketul batu yang melayang dari bangunan yang sedang dalam projek pembinaan. Dia yang dikenali sebagai Ir. Ai... belum habis pembaca berita membaca, pantas sungguh Sakinah menekan butang mute bila panggilan yang ditunggu dijawab oleh seseorang.

Jabatan Trauma dan Kecemasan, THSC. Apa yang boleh kami bantu

Saya Dr. Sakinah dari Klinik Pulau Damai. Begini, klinik kami kehabisan stock ubat Felodipine dan hanya hospital sana aje yang ada ubat tu. Boleh tak, nanti hantarkan stock pada kami

Boleh nanti saya maklumkan pada Jabatan Farmasi. Saya sambungkan panggilan ni pada doktor yang bertugas. Kalau panggilan terputus atau tiada siapa yang jawab, cik telefon nombor operator, ya Lembut suara Rudy Armani bertutur lebih-lebih lagi kalau di talian itu pemanggilnya suara perempuan.

Rudy! Kita ada EC! Cepat! Laung Azmeer sambil menolak katil beroda yang menempatkan pesakit yang pengsan masuk ke dalam TED.

Cik, saya ada EC. Nanti cik telefon terus nombor tadi, okey! Terus dia meletakkan gagang telefon. Stetoskop yang berada di atas meja dicapai pantas dan sambil berlari dia melingkari stetoskop di leher. Sampai saja di ER, kelihatan Azmeer dan beberapa jururawat lain datang membantu. Rudy Armani mendekati dan jururawat yang ada terus memberi sarung tangan getah.

Kita perlu buat CT scan, aku tengok ada luka di bahagian kepala takut ada retakan dari dalam. Usul Azmeer sambil membersihkan darah-darah yang masih tak berhenti mengalir.

Aizal Fahmi Dua perkataan yang terpacul dari mulut Rudy Armani.

Kau kenal dia

Member aku sama-sama menuntut di CA, beritahu Rudy Armani sambil memeriksa tekanan darah mengunakan Sphygmomanometer serentak memeriksa dengupan jantung melalui stetoskop.

BP, 110/70. Heartbeat, normal. Rudy Armani menyuruh jururawat mencatat di dalam fail kes.

Kalau tak ada apa-apa lagi, kita gerak ke RD sekarang! Arah Azmeer dan dengan gerakan pantas dia menolak katil beroda itu menuju ke arah lif khas pesakit dan kemudian terus ke RD untuk lakukan CT scan yang terletak di tingkat 1.

A

IZAL FAHMI mengangkat perlahan-lahan kelopak mata. Cahaya lampu terang yang berada di atas kepala menusuk terus ke dalam ruang mata membuatkan terasa pedih. Serta-merta kelopak mata ditutup dan dibuka semula perlahanlahan. Dia dapati pandangannya masih lagi kabur.

Kat mana aku ni Dia melilau memerhati ke sekeliling dan terhenti ke arah seorang lelaki yang sedang duduk bersilang kaki sambil membaca majalah di kepala katil. Dia cuba bangkit dan bila lelaki tadi ternampak, terus dia bangun dan membantunya bersandar ke kepala katil. Aizal Fahmi meraba-raba kepala yang berbalut. Masih lagi terasa berdenyut sakit.

Kau rehat dulu, BP tak stabil lagi, pesan Rudy Armani. Sekilas dia menoleh ke arah doktor yang sedang memeriksa tekanan nadi.

Rudy

Kau kat TED sekarang. Dah 3 hari kau tak sedarkan diri. Syukurlah kau dah sedar. Risau aku tau tak Terserlah riak wajah cuak Rudy Armani bila Aizal Fahmi hilang tanpa khabar berita sejak balik dari CA.

What! Three days! Ive to go, Rudy! Aizal Fahmi gagahi untuk bangun. Kepalanya yang masih terasa sakit membuatkan dia tak dapat mengimbangi badannya.

Rudy Armani bangkit dari kerusi bagi menahan Aizal Fahmi turun dari katil, Kau tak stabil lagi, Aizal. Nasib baik tak ada retakan dalam tengkorak lepas buat CT scan. Aku nak tanya, apa cerita sampai jadi macam ni

Aku kena balik juga, Rudy. Ada orang sedang tunggu aku. Aku kena pergi. Lepaskan aku!

Aku tanya lain, kau jawab lain. Kau masih dalam rawatan aku, wahai Ir. Aizal Fahmi.

Orang yang tengah tunggu aku lebih penting dari apa yang berlaku pada aku. Please let me go, Rudy rayu Aizal Fahmi sambil melirik ke arah tangan Rudy Armani yang masih memaut lengannya.

Rudy Armani tiada kuasa lagi untuk menghalang.

Diperhati saja gelagat tergesa-gesa Aizal Fahmi turun dari katil dengan kepala yang masih lagi berbalut. Aizal Fahmi mencapai jaket dan terus disarungkan ke badan.

Kirim salam aku pada TH. Nah, business card aku, Rudy. Keep in touch later, pesannya selepas bersalaman dengan Rudy Armani. Dia mencapai helmet di atas loker dan terus beredar pergi meninggalkan Suite di tingkat 5.

KauTH, tak habis