Dia mengeluh kecil. Pesanan lelaki itu tersisip kemas di ingatannya. Telefon bimbit berjenama yang kelihatan cantik dan pastinya agak mahal itu ditenung lama. Hanya ada satu nombor di dalamnya dan nombor itu milik Filman. Jelas lelaki itu risau dengan keselamatannya, lantaran itu dia tidak habis-habis diingatkan agar mengunci pintu rumah baik-baik.
Anehnya Filman tidak pula menyebut tentang peristiwa yang berlaku malam semalam. Tidakkah lelaki itu mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku malam itu
Jaga telefon ni baik-baik. Ingat tu, telefon saya kalau ada apa-apa. Sekalipun Danira lapar dan nak suruh saya belikan makanan pun tak mengapa, Ujar lelaki itu separuh berlelucon.
Menelefon sekadar untuk memesan makanan Aku dah gila ke sampai nak buat begitu Rungut Danira sendiri. Namun sejurus kemudian dia tersenyum kecil. Ada kelucuan dirasakannya pada kata-kata lelaki itu.
Lagi satu, telefon ni hanya untuk saya dan Danira aje. Jangan ada orang lain yang tahu nombor telefon ni. Pesan Filman lagi.
Kenapa Dia bertanya lurus bendul.
Supaya kita berdua boleh berbual-bual begini setiap malam. Supaya Danira tahu yang hati saya sudah diserahkan pada Danira sepenuhnya.
Dia tersenyum mendengarnya. Pandai sungguh lelaki itu menyusun kata-kata yang bisa mencairkan hati para gadis. Dari cara Filman, dia dapat membaca perwatakan Filman yang romantis dan terbuka.
Nira Kali ini panggilan Filman bertukar lebih santai. Hatinya bergetar mendengar panggilan lelaki itu kali ini.
Boleh saya panggil Nira saja Pinta Filman seolah meminta izin.
Dia terkedu seketika. Perasaan malunya kini membuak-buak.
Saya suka panggilan Nira seperti yang Kak Mila panggil. Lembut macam orangnya juga. Usik Filman. Ketawa kecil meletus dari bibir lelaki itu. Wajahnya sudah merah padam.
Nira, saya sayang awak!
Ungkapan itu hampir meleburkan dirinya ke dalam kawah yang cukup dalam. Dan semakin dia melayan Filman, semakin dia terjerumus jauh ke dalam jurang itu. Dia ingin menggelakkan diri, tapi semua itu mustahil dilakukan bila diam-diam dia juga merasakan sesuatu yang istimewa terhadap lelaki itu.
******
Faruk menumbuk mejanya sekuat hati. Geram sungguh dia apabila mendengar berita yang baharu disampaikan Kupih sebentar tadi. Tindakan Cobe memang di luar dugaan dan membuatkan dia berang. Lelaki itu sudah berani menentangnya secara terang-terangan. Dahulu Cobe hanya tunduk bila berhadapan dengannya. Namun kini tidak lagi. Lelaki itu bahkan berani meninggikan suara di hadapannya sewaktu mereka bersama Mr. Kay. Malah tindakan Cobe kali ini benar-benar keterlaluan.
Apa tindakan kita bos Bisik Kupih di telinganya.
Pandangan Faruk beralih arah. Wajahnya terkelip-kelip memerhatikan lelaki kurus runcing itu. Apa maksud kau
Takkan bos nak biarkan aje Cobe macam tu Dia dah belasah orang-orang bos sampai patah riuk. Kupih mencuba nasib mengapi-apikan lelaki itu.
Faruk termenung jauh. Penumbuknya dikepal-kepalkan. Wajahnya merah padam menahan amukan emosi yang sedang menggila. Sedikit sebanyak kata-kata Kupih berjaya melonjakkan amarahnya.
Betul Cobe yang tangkap orang-orang aku
Takkan bos masih tak percaya Keluh Kupih.
Dia yang selamatkan budak perempuan tu
Bukan setakat selamatkan bos, dia bawak budak perempuan tu kat apartmen dia. Tim dengan Badak mengawal ketat kat sana. Lapor Kupih.
Kenapa Cobe buat begitu Jangan-jangan dia tahu sesuatu tentang formula tu. Atau dia mahu rebut formula itu terlebih dahulu dan serahkan pada Mr. Kay Apa rancangan dia sebenarnya Jatuhkan aku Syak wasangka mula berakar umbi di fikiran Faruk.
Kupih, hubungi Cobe untuk aku. Katakan aku nak jumpa dia. Arah Faruk. Kupih tergaman. Dia berat hati mahu melakukannya. Lagipun dia memang gerun mahu berhadapan dengan Cobe.
Err..tapi bos. Dia mahu membantah.
Panggil aku kalau kalau semuanya dah beres. Ujar Faruk lalu berlalu pergi. Kupih menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh! Mati aku kali ini! Selama ini dia bersikap dua alam. Di sebelah pihak Faruk, dia ikut. Di sebelah Cobe juga dia berpura-pura baik.
Apa yang kau tunggu lagi Cepat! bentak Faruk di muka pintu. Kupih terperanjat besar. Pantas dia mengangguk lalu mencapai gagang telefon, Tangannya terketar-ketar mahu mendail nombor yang sudah hafal di kepalanya.
Cobe meletakkan gagang telefon sambil tersengih lebar. Tim dan Badak saling berpandangan sesama sendiri. Hairan melihat maksud senyuman Cobe yang jarang-jarang boleh dinikmati.
Kenapa Tim sudah tidak sabar.
Kupih telefon. Katanya Faruk nak jumpa aku.
Kenapa Kupih pulak yang telefon Badak sudah dapat menangkap sesuatu.
Cis! Bedebah Kupih. Mesti dia dah beritahu Faruk semua hal tentang kita. Tim tiba-tiba naik angin. Imej lelaki bertubuh runcing itu kelihatan kecil di matanya kini.
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang akan Tim lakukan Dimana tempat untuk mereka bertemu