TORA DATANG LAGI - 103
Main tiang adalah sejenis permainan yang dimainkan pada tiang-tiang bangunan. Selain dari tiang, ianya juga boleh juga dimainkan pada batang pokok. Tiada had jumlah tiang yang diperlukan cuma mungkin lebih kemas dimainkan pada 4 tiang yang berposisi membentuk segi empat tepat. Permainan ini tidak mempunyai had pemain,asalkan jumlah pemain hendaklah lebih satu daripada jumlah tiang yang ada. Jika 4 batang tiang digunakan, maka sebanyak 5 orang pemain sahaja yang dibenarkan bermain.

Pemain akan diundi untuk mengetahui siapa yang perlu berada di tengah-tengah antara kesemua tiang-tiang. Sementara itu, 4 orang lagi akan berpaut pada tiang masingmasing.

Permainan dimulakan apabila pemain di tengah-tengah

tiang melontarkan apa-apa satu soalan rawak. Soalan boleh sahaja direka-reka supaya kelakar, tidak masuk akal ataupun sedikit kasar.

Siapa suka berak dalam seluar

Mak siapa jalan terkengkang

Siapa besar nanti nak kawin dengan anak lembu

Sejurus sahaja habis soalan diajukan, kesemua pemain hendaklah meninggalkan tiang masing-masing dan beralih ke tiang yang lain. Pemain di tengah yang melontarkan persoalan juga perlu merebut mendapatkan tiang. Pemain yang tidak berjaya berpaut pada mana-mana tiang, terpaksa berdiri di tengah dan menjadi jawapan kepada soalan yang ditanyakan tadi lalu diketawakan beramai-ramai. Cara permainan ini dimainkan boleh dikatakan agak mirip kepada permainan kerusi muzik (musical chair).

Permainan akan diulang-ulang dengan mengajukan soalansoalan yang berbeza sehinggalah bosan atau terdapat seorang dua yang berkelahi.