Dia yang sepatutnya balik semula ke klinik mengambil ubat Donepezil HCI untuk Tok Ayah yang kehabisan pil. Kalau dikira, baru 2 minggu lepas dia bagi ubat itu pada Aizal Fahmi.
Kalau 2 minggu baru 14 biji, jadi mana pergi lagi 16 biji Gumam Qamra Ain.
Taklah mendatangkan masalah kalau Tok Ayah menabur ubat itu di mana-mana namun dia kuatir jika orang tua itu mengunyah pil seperti mengunyah gula-gula. Silap haribulan mahu tidur terduduk orang tua itu nanti.
Qamra Ain teringat kepada jejaka yang sedang tidur lena di rumah kala ini. Keresahan masih lagi menerjah di hati tatkala memikirkan kemalangan yang menimpa Aizal Fahmi. Walaupun hanya kemalangan kecil, sudah cukup merisaukan sanubarinya apatah lagi bila melibatkan di bahagian kepala.
Di waktu petang begini, dia teringat semula luahan perasaan Aizal Fahmi sebelum berangkatnya jejaka itu ke KL tiga hari lepas. Jauh di sudut hati, dia akui bahawa Aizal Fahmi seorang jejaka dan sebaik-baiknya jejaka yang pernah dia kenali di kampung ini. Bicara yang tersusun dan teratur.
Setiap butir kata dalam diskusi bersama Aizal Fahmi ada isi bukan hanya omongan kosong. Rentak bicaranya seiras pemilik id YM Little_Prince. Sekian lama dia tak berbicara di pemilik id itu. Jika ada kelapangan malam ini dia mahu hidupkan semula ruang sembang mayanya bersama Litter_Prince.
Kak Ain, jom main pasir! Laung Shahrul dari jauh sambil mengamit-ngamit ke arahnya.
Dia mengeleng-geleng kepala dan mengisyaratkan dengan tangan mahu duduk di pangkin saja. Tibatiba dia terasa sesuatu seperti mengigit. Jauh benar dia berkhayal hinggakan tak sedar ada anak ketam mengepit di hujung ibu jari kaki. Baru saja dia hendak mencapai anak ketam itu, ada tangan lain yang mencapai terlebih dahulu.
Qamra Ain memandang ke sisi, kelihatan Aizal Fahmi sedang duduk bertinggung melepaskan anak ketam tadi di atas tanah. Terkedek-kedek anak ketam itu melarikan diri. Kemudian, dia beralih membelek hujung jari kaki yang naik merah.
Abang kan tak sihat lagi Qamra Ain berganjak sedikit untuk memberi Aizal Fahmi duduk berkongsi pangkin dengannya. Pandangannya masih tak lepas dari melihat wajah kacak Aizal Fahmi meskipun kepala yang masih lagi berbalut. Rambut yang berwarna keperangan itu galak beralun mengikut arah angin. Sama seperti tudungnya juga turut ikut mengibaingibai.
Oh angin lalu, kirimkanlah, lagu cinta ini padanya, bisik dihatinya kekasihmu menanggung rindu, sesaat kau tiada itu jawapan dari abang untuk Ain, jawabnya spontan.
Dia memandang wajah Aizal Fahmi dengan kerutan di wajah. Pelik sungguh kelakuan jejaka itu di petang ini. Takkanlah disebabkan terhantuk batu, tukar tune terus jiwang karat
Abang ni, ada wayar yang salah cucuk ke masa kat hospital
Aizal Fahmi tergelak besar bila melihat wajah serius Qamra Ain bertanya. Terasa tenang jiwa bila berada di sisi gadis ini. Setenang air laut yang disapa ombak pantai. Dari pangkin, dia melihat gelagat Tok Ayah yang leka bermain pasir bersama Shahrul. Abang Aizal! Kak Ain! Jomlah.
Jom, Ain Aizal Fahmi menghulurkan tangan berserta senyuman di wajah.
Qamra Ain teragak-agak untuk menyambut huluran tangan jejaka itu. Disebabkan redup renungan Aizal Fahmi, dia kalah dengan renungan itu dan akhirnya dia menyambut juga tangan jejaka itu. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah mereka yang sedang bergurau tawa di tepi pantai.
Sampai di persisiran pantai, Qamra Ain duduk bersila di sebelah Tok Ayah yang sudah siap membina istana pasir imaginasinya. Dia tersenyum sendiri. Bahagia rasa hati dapat mengenali mereka semua. Tok Ayah, Erul, Pak Usop, Mak Sarah dan memandang ke arah jejaka bernama Aizal Fahmi Dia membantu Tok Ayah membina istana pasir yang roboh ditolak air laut. Sambil-sambil itu dia mencuri pandang ke wajah Aizal Fahmi yang membina sesuatu di atas pasir bersama Shahrul.
Senja nan merah kelihatan di ufuk timur. Mereka berempat duduk sebaris di tepi laut memerhatikan mentari beransur-ansur tenggelam di sebalik bukit. Sebelum langit menjadi gelap, Qamra Ain memaut lengan Tok Ayah dan membantu orang tua itu berdiri. Berjalan beriringan menuju terus ke rumah. Aizal Fahmi pula memaut bahu Shahrul dan berjalan riang mengekori belakang mereka berdua.
Aizal Fahmi berpaling muka ke belakang melihat semula ke arah pasir yang ditulis sesuatu diatasnya tapi sayang, gadis itu tak sempat membaca disebabkan Tok Ayah asyik menyuruh itu dan ini.
Ain,
You bring out the best in me,
Thats why Im always by your side, thats why I love you~
Dan, ombak kuat yang datang menyapu pasir dan berlalu pergi membawa bersama kata-kata itu.