Gam perlu dibuka tudungnya terlebih dahulu dan dicucuk jarum untuk dibuat lubang keluar. Gam akan dipicit dan gam kuning yang keluar akan diletakkan di hujung tiub kuning menutupi lubang tiub. Sesetengah orang akan memasukkan tiub yang sudah dilitupi gam tadi ke dalam mulut untuk tujuan yang tidak diketahui. Entah syaitan mana yang mengajar benda tu awal-awal dulu.
Tiub akan ditiup dan gam kuning tadi akan menggelembung menjadi belon. Saiz belon ini adalah berkadaran dengan jumlah gam kuning yang diletakkan pada hujung tiub.
Setelah belon mencapai besar yang maksima, hujung tiub yang diletakkan gam kuning tadi akan ditarik keluar dari belon dan lubang angin akan ditutup dengan jari.
Oleh kerana belon tiub ini berat dan tidak terapung-apung, bagaimana cara sebenar untuk bermain belon ini pun entah la.