Ain, jom makan. Sejak balik tadi kamu terperap aje dalam bilik, laung Mak Sarah dari luar pintu.
Nanti Ain keluar, kejap ya...
Qamra Ain meletakkan komputer riba di atas katil. Selepas menyisir rambut lalu dicapai tudung terus disarungkan di kepala. Qamra Ain membuka pintu kayu itu dan meluaskan pandangan ke arah luar. Di meja sudah tersedia pelbagai lauk pauk yang dimasak oleh Mak Sarah untuknya. Di situ juga kelihatan Pak Usop dan Shahrul sedang menikmati makan malam terlebih dahulu.
Apa tercegat lagi tu Jom kita makan sekali.
Erul ada id KTW tak soal Qamra Ain sambil menarik kerusi lalu duduk berlabuh sebelahan Shahrul.
Ada kakak nak ke Cepat dia menjawab di kala dalam mulut penuh dengan nasi.
Kunyah elok-elok, kang tercekik nanti, pesan Mak Sarah yang sudah masak benar dengan perangai anak jirannya itu. Kalau makan, memang suka benar menyuap penuh ke dalam mulut. Hanya mengunyah ala kadar, dan terus telan.
Shahrul mencapai gelas berisi air suam lalu diteguk hingga separuh. Qamra Ain tersenyum sambil menggeleng-gelang kepala.
Kak Ain nak guna wifi sini, nak test laptop. Lama benar Kak Ain tak on, takut rosak pula.
Apa susah Ain, kalau rosak hantar aje kat Aizal. Boleh dia membega-bega nanti, cadang Pak Usop yang baru usai makan. Dia bangkit dari kerusi sambil menatang pinggan kotor dan gelas terus berjalan menuju ke dapur.
Mak Sarah pula, sudah berlalu pergi mengekori Pak Usop dari belakang. Yang tinggal hanya dia dan Shahrul yang terkial-kial menghabiskan nasi di pinggan.
Q
AMRA AIN membuka jendela yang mengadap ke arah laut. Angin bayu yang bertiup perlahan itu sesekali mengibai-ngibaikan langsir bilik. Dia memejam mata sejenak, menikmati kesejukan angin samudera malam. Nyaman dirasakan. Jauh sungguh suasana di sini jika dibanding duduk di bandar yang bising dan semak mata memandang.
Dia meletakkan komputer riba Acer di meja yang mengadap ke jendela. Dibiarkan dulu komputer riba itu on sepenuhnya sementara dia pergi ke bilik air sebentar. Selang beberapa minit dia keluar dari bilik air dan terus menuju ke arah meja.
Qamra Ain menarik kerusi. Disapu-sapu terlebih dulu kerusi yang berhabuk sebelum berlabuh duduk. Jari kiri pula menyentuh pad sesentuh dan terus mencari ikon open network di sebelah kiri toolbars. ID dan kata laluan yang diberikan oleh Shahrul tadi terus dimasukan. Sela beberapa saat, dia sudah boleh mengunakan wifi. Kata Shahrul, KTW boleh digunakan selama mana tanpa had.
Ikon YM diklik 2 kali lalu terpampang aplikasi itu separuh skrin. Dia hanya perlu menekan butang sign-in disebabkan id dan kata laluan tersedia ada automatik.
Signing as Anggerik_Putih~
Anak matanya terus mencari pemilik id Little_ Prince. Qamra Ain tersenyum sendiri kerana id itu masih lagi active walaupun 10 tahun lamanya mereka tak berchit-chat bertanya khabar.
Anggerik_Putih~ Show recent messages (F3) .
Conversation history
Little_Prince
No more massages
Dec 20, 2008 11.36.05 PM
12.36.05 AM Little_Prince: awak sihat
Dec 24, 2009 11.30.00 PM
11.30.00 PM Little_Prince: awak awak kat mana
Kenapa lama tak online
Jan 12, 2010 11.35.02 PM
11.35.02 PM Little_Prince: awak! Jangan buat saya begini awak! Balas lah mesej ni! Saya risau kat awak!
Dec 31, 2011 11.45.00 PM
11.45.00 PM Little_Prince: awak, saya tetap tungu awak balas mesej saya, sebab saya rindu kat awak yang dulu, 2 tahun berlalu awak tetap saya ingat. Please, awak.
May 20, 2012 11.12.15 PM
11.12.15 PM Little_Prince: Awak, saya tetap tunggu dan tunggu dan tunggu sampai awak reply, cuma hanya satu aje yang saya nak sampaikan kat awak~ 11.12.16 PM Little_Prince: Awak, saya ada suatu kata-kata untuk awak. Tidak pada bintang di langit tapi pada bulan yg mengintai, tunaikan permintaanku di kala mataku sedang terpejam
11.12.17 PM Little_Prince: If awak baca, awak pandang ke bulan tau, sebab tiap malam saya pandang ke arah yang sama!
11.12.18 PM Little_Prince: I miss you so much, :(
Itulah mesej terakhir yang dihantar oleh Little_Prince. Sungguh dia terasa bersalah kerana membiarkan pemilik Id itu tertunggu-tunggu kehadirannya di alam maya. Qamra Ain terasa sebak di hati, walaupun mereka tak pernah bersua ternyata jejaka misteri ini masih setia menantinya di ruang sembang ini.
Anggerik_Putih~: Assalamualaikum, awak!
Little_Prince: AWAK DAH BALIK!! AWAK, SAYA RINDU SANGAT KAT AWAK! AWAK NI KIJAM TAU!
Little_Prince: SAMPAI ATI AWAK BUAT SAYA TUNGGU LAMA!
Anggerik_Putih~: Saya minta maaf sebab dah lama tak online. Ada banyak problem yang perlu saya settle.
Little_Prince: awak sihat Study awak macam mana Awak tentu dah jadi doktor, kan
Anggerik_Putih~: saya berjaya awak, sekarang saya memang seorang doktor.
Little_Prince: Congrats dari saya untuk awak. Lama awak tak online. Tentu dah beranak pinak kan! Anggerik_Putih~: Saya dah break off, sebab tue saya sepi sekejap dan banyak lagi perkara yang jadi kat saya.
Little_Prince: Lor, bodohnya lelaki tue sbb lepaskan insan setia seperti awak!
Anggerik_Putih~: Itu yang terbaik, lagipun dia curang dengan saya. Buat apa saya nak tunggu lagi, kan
Angkat kaki la!
Little_Prince~is typing .
Little_Prince~is typing
Little_Prince: So, awak kat mana sekarang Anggerik_Putih~: Saya kat
Tup! Komputer riba tiba-tiba terpadam. Qamra Ain terkejut seketika kerana biliknya serta-merta menjadi gelap yang hanya diterangi oleh cahaya skrin tadi. Dia bangun dari kerusi dan mengagau mencari suis lampu di dinding. Terus dia menekan suis dan serta-merta biliknya diterangi semula lampu kalimantang.
Qamra Ain menekan butang start beberapa kali namun komputer riba masih tak mahu on. Esok, dia perlu berada di klinik waktu pagi sebelum ke rumah Tok Ayah. Ini bermakna, masanya terhad untuk mencuri masa menghantar komputer riba ke kaf siber Aizal Fahmi. Dek ralat memikir, dia terpandang ke arah Shahrul yang sedang keluar mengambil tuala di ampaian.
Erul, sini jap panggil Qamra Ain sambil mengamit dari dalam bilik.
Shahrul yang terdengar namanya dipanggil terus mengatur langkah merapati tepi tingkap bilik kakak angkatnya itu.
Erul! Kamu ni angkat baju ke sidai baju Cepat masuk! Bergema suara ibunya dari rumah sebelah.
Jap mak, Kak Ain panggil! Ada apa, Kak Ain
Tolong Kak Ain boleh tak Esok kalau sempat, hantarkan laptop Kak Ain kat abang Aizal. Kata kat dia laptop Kak Ain tiba-tiba terpadam, tak boleh nak start, pesannya sambil menghulurkan komputer riba ke tangan Shahrul dari muka tingkap.
Wah! Kak Ain ada laptop tak cakap ngan Erul pun, nanti nak pinjam nak main Facebook! ujar Shahrul seraya menyambut komputer riba dengan perasaan teruja. Lama benar dia ingin mendaftarkan diri ke laman FB. Bukan sebab apa, sebab permainan online yang ada dalam aplikasi itu. Itupun, dia tahu dari kawan-kawan yang menghabiskan separuh masa setiap hari di siber kaf Aizal Fahmi.
Amboi, kecik lagi dah ada fesbuk mengalahkan
Kak Ain.
Alahhh, bolehlah! Boleh ye
Boleh, cayunk! Jangan lupa tau! Dah, pergi tidur esok pagi nak sekolah, kan Homework dah siap
Cepat-cepat Shahrul mengangguk. Serik sudah, gara-gara kerja sekolah siap saat akhir dia didenda berdiri atas kerusi. Qamra Ain memerhatikan Shahrul berlalu pergi masuk semula ke dalam rumah sebelum jendela kayu bilik ditutup.