KFC yang pertama dibuka di Malaysia adalah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Selepas itu, muncul beberapa lagi cawangan KFC di kawasan-kawasan lain dan negeri-negeri lain. KFC pada awalnya hanya mensasarkan bandar-bandar besar untuk dibuka dan perkara ini sememangnya menambahkan keeksklusifan restoran ini dan dalam masa yang sama mendatangkan kesukaran kepada orang yang tinggal di luar bandar.
Oleh kerana itu, peluang untuk pergi menjamu selera di KFC sememangnya merupakan sesuatu yang tidak akan dilepaskan oleh sesiapa. Sayangnya peluang untuk menjamu selera di KFC ini hanya akan muncul pada hari-hari istimewa.
Antara hari-hari istimewa dapat menjamu selera di KFC adalah:
Sewaktu Hari Raya Aidilfitri
Sewaktu ulang tahun hari jadi
Sewaktu rombongan sekolah
Sewaktu mendapat keputusan cemerlang
Sewaktu melawat saudara
Biasanya bila dapat pergi makan KFC, seminggu cerita pasal tu saja la kat kawan-kawan. Siap bawa bekal pergi sekolah letak dalam plastik KFC lagi.