MY PRETTY BOY - 106
ABANG AIZAL ada tak tanya Shahrul yang termengah-mengah berlari menuju terus ke kaf siber Aizal Fahmi selepas loceng sekolah berbunyi. Sepanjang waktu persekolahan tak lekang seminit pun komputer riba dalam beg galas sekolah. Takut dirampas oleh pihak sekolah kalau dibiarkan dalam kelas.

Ada kat belakang, tengah baiki komputer Pak Samad. Ada apa cari dia

Ni hah, laptop Kak Ain rosak. Dia minta abang Aizal betulkan, Shahrul mengeluarkan komputer riba dari dalam beg galas yang sudah lusuh. Tak sabar rasa untuk mendapat beg galas disebabkan Qamra Ain berjanji membeli untuknya yang baru. Itu pun kalau dia dapat keputusan cemerlang UPSR tahun ini.

Tinggalkan aje di sini. Nanti abang bagi kat Aizal.

Okeylah, Erul balik dulu nak makan, lapar! Terus dia meluru keluar dari kaf siber sebelum sempat Saleem bertanya selebihnya.

Saleem yang duduk di kaunter hanya menggelenggeleng perlahan melihat gelagat Shahrul. Tak padan dengan usia yang baru 12 tahun namun bila bercakap mengalahkan orang tua.

Kenapa, Leem Tergesa-gesa aku tengok si Erul pergi.

Erul, hantar bende ini tadi. Katanya doktor kiut tu punya.

Siapa Ain Meh sini bagi kat aku.

Amboi! Kau kalau tentang Ain, hidup sungguh! Usik Saleem sambil menghulur komputer riba ke tangan Aizal Fahmi. Dibalas usikan Saleem dengan senyuman senget seraya menyambut komputer riba tadi. Selama ini tak pula dia tahu yang gadis itu punyai komputer riba. Tengok pada keadaannya, nampak benar komputer riba ini terbiar lama tak digunakan.

Tak apalah, biar aku tengok apa rosaknya. Oh ya sebelum aku terlupa nanti call anak Pak Samad yang komputernya aku dah baiki. Motherboardnya rosak.

Aizal Fahmi melangkah masuk ke bilik belakang. Sekilas dia melihat ke arah monitor yang terpampang aplikasi YM sejak malam tadi. Entah kenapa malam semalam, ringan jarinya untuk menilik semula aplikasi itu setelah sekian lama tak digunakan. Nalurinya kuat mengatakan yang pemilik id Anggerik_Putih juga aktif semalam dan ternyata tanggapannya benar. Gadis misteri yang ditunggu sudah kembali. Dan, yang pasti Anggerik_Putih sudah break-off dengan kekasih hatinya!

Sedang ralit dia berchit-chat tiba-tiba saja gadis misteri itu offline tiba-tiba. Dia berasa resah gelisah menunggu dan terus menunggu hingga ke saat ini namun tiada satu pun mesej terbaru yang dihantar oleh Anggerik_Putih. Aizal Fahmi memerhati di sudut kiri paling bawah skrin YM.

Anggerik_Putih is offline.

Aizal Fahimi berjalan ke arah meja kerja.

Diletakkan laptop milik gadis itu di atas meja. Perlahan-lahan dia membuka monitor komputer riba jenama Acer itu. Aspire One, tahun 2000. Lama sudah usia komputer riba ini namun keadaan masih baik. Nampak benar Qamra Ain cermat menjaga komputer ribanya. Jari telunjuknya menekan butang start. Tak menyala.

Mungkin bateri kut

Dia menterbalikkan komputer riba itu dan melilau mencari di mana tempat bateri bar. Aizal Fahmi membuka dan menggantikan dengan bateri yang sudah siap sedia dicas. Setelah itu, dia menekan butang start sekali lagi. Sementara menunggu komputer riba run sistem operasi, dia menoleh semula ke YM. Masih tiada jawapan.

Mana dia pergi

Aizal Fahmi tersenyum sendiri bila melihat latar belakang skrin tersebut. Gambar Shin Hyesung yang iras wajahnya. Baru saja dia hendak menguji setiap aplikasi di dalam toolbars, aplikasi YM terpampang secara automatik.

Dia mengerut kening. Pandangannya terus buntang. Seram sejuk mulai menjalar di segenap urat nadi jantannya. Teragak-agak jarinya menekan butang sign-in. Disebabkan hati kecil mendesak ingin tahu, didesak juga jarinya menekan butang itu.

Usai sign-in terus terpampang senarai nama YM yang ada dalam YM Qamra Ain. Ditekannya dan mencuba untuk menaip sesuatu sebagai kepastian yang id YM itu adalah id di chatroom yang ditunggu selama ini.

Anggerik_Putih~: Assalamualaikum, awak!

Di kejauhan, dia terdengar bunyi mesej masuk

di aplikasi YM. Sekilas dia mengerling ke arah skrin monitornya.

Anggerik_Putih~ is now online

Little_Prince

Anggerik_Putih~: Assalamualaikum, awak!

Ya ALLAH! Hanya itu yang dapat diungkapkan.

Ternyata dia tergamam, resah, pilu, hiba, sedih dan gembira selama ini gadis yang dicari itu hanya berada di depan mata. Tersandar Aizal Fahmi di kerusi melayan perasaan yang bercampur baur. Anggerik_ Putih adalah Ain! Patutlah tiba-tiba terputus perbualan semalam, rupa-rupanya ALLAH SWT mahu tunjukkan sesuatu di atas kesetiaan persahabatan mereka di alam maya selama ini. Inilah hikmahnya. Kerana komputer riba yang rosak ini, segala rahsia terbongkar!

Tak semena-mena ada cecair hangat yang keluar dari celahan tubir matanya.