Aku tiadalah daya mahu kemudi dunia tapi aku dan kita ada Tuhan Maha Berkuasa
Dengan izin Azzawajalla, aku rangkaikan seluruhnya;
Titis-titis darah sedang retak di bumi meratah tanah subur yang pernah segar bertubi-tubi dan langsung tiba-tiba
POOF!
Bertebaranlah roh-roh syurga menjadi kepulan awan meneduh perca-perca hati yang tertinggal sedang gemerincing ketakutan sedang mempertahan tanah tempat mengenal ranjang kehidupan sedang siungan dentuman-dentuman itu cuman hal enteng menjadi rondo mententeram dalam ketar
Maka
dari sisi Tuhan;
Dia meniup semangatnya dengan firman-firman
Ya Allah, Sesungguhnya kami letakkan
Engkau di tengkuk musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dariMu daripada kejahatan mereka.
Ya Allah hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Dan kacau bilaukan persatuan mereka
Dan cerai beraikan pakatan mereka
Dan goncangkan pendirian mereka
Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa
Maha Gagah, Maha Pengasih
Wahai Allah yang menurunkan al-Quran
Tuhan yang menggerakkan awan
Tuhan yang mengalahkan tentera Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.
- Maha Benar Allah yang Maha Agong.