Walaupun nampak comel-comel tidak bersalah, permainan kad ini sebenarnya mengambil konsep-konsep tradisional permainan daun terup yang telah sedia lama wujud cuma diterjemahkan ke kad-kad yang lebih mesra kanak-kanak dengan gambar yang nampak bahagia.
Selain boleh dimainkan secara beramai-ramai, ianya cukup kompak untuk mudah disimpan di dalam poket baju sekolah sahaja. Kad-kad ini boleh dibeli dengan harga
RM1 sekotak dan mudah ditemui di semua kedai alat tulis dan kedai menjual permainan.
Tuan kad yang tidak sporting selalunya akan mengambil semula kadnya dan menyimpan apabila kemenangan permainan nampak tidak berpihak kepadanya.