Diluaskan pandangan di sekeliling. Ada banyak perubahan selepas beberapa tahun dia tak ke sini. Qamra Ain merapati kaunter pertanyaan.
Assalamualaikum. Saya nak check, Cik Yoonaniza Yusman masih lagi ke tinggal di sini
Boleh saya tau cik ni siapa soal penyambut tetamu bernama Zuraida yang manis bertudung.
Saya Qamra Ain, jawabnya lantas meletak beg galas ke atas lantai.
Penyambut tetamu tadi menyemak sesuatu di skrin komputer. Dia mencapai Post-it Notes lalu menulis sesuatu.
Cik Yoona dah pindah. Tapi, dia ada tinggalkan pesan untuk Cik Qamra. Cari dia di alamat ni, beritahunya sambil menyerahkan alamat terbaru Yoonaniza ke tangannya. Selepas mengucapkan terima kasih, dia mengalas beg semula dan beredar pergi.
B
EG GALAS diletak di atas lantai. Seharian dia mengalas ke hulu ke hilir hingga naik sengalsengal dirasakan kedua-dua belah bahu. Sambil mengurut perlahan-lahan, tangan kanannya mengetuk pintu berkali-kali. Ketukan ketiga, kedengaran pintu dibuka dari dalam.
Assalamualaikum Yoona ucapnya perlahan yang tersedia sudah senyuman di wajah. Rindu benar untuk bersua dengan jururawat yang pernah samasama bekerja dulu.
Waalaikumussalam Cari si Dr. Qamra Tergamam Yoonaniza sejenak sebelum terkocoh-kocoh membuka pintu pagar. Terus memeluk erat gadis yang sekian lama tak bertemu. Yoonaniza menangis teresakesak di bahunya.
Dah dah jangan nangis, I ada depan you, kan pujuk Qamra Ain sambil menepuk-nepuk perlahan belakang Yoonaniza.
Mana you pergi Sampai hati you tinggalkan I! Yoonaniza meleraikan pelukan. Dia menyeka air mata yang menitis di pipi. Sekian lama dia menyimpan tangisan dan kali terakhir adalah di masa doktor muda ini pergi tanpa tinggalkan sebarang jejak dan pesanan apa-apa pun pada mereka di THSC.
I tak ke mana-mana pun, balasnya sambil melihat Yoonaniza mengalas beg untuk dibawa masuk ke dalam dan diletak ke atas sofa. Dia menarik tangan Qamra Ain hingga ke ruang tamu. Qamra Ain duduk berlabuh di atas sofa sementara menunggu Yoonaniza muncul semula membawa segelas air.
You pergi apartment yang I tinggal dulu tu ya Tau tak setiap minggu, I singgah dulu ke sana bertanya kalau-kalau you datang cari I! Patutlah berat hati I nak keluar pagi tadi, rupanya ada orang jauh nak datang cerita Yoonaniza seraya menghulurkan segelas fresh orange ke tangan Qamra Ain.
Qamra Ain menyambut dengan cermat sambil tersenyum.
Kenapa you pindah soal Qamra Ain serta meneguk fresh orange dan ditinggalkan separuh dalam gelas.
Kondo ni Papa I belikan 2 tahun lepas. Dari I duduk berhimpit dengan jururawat lain, baik I duduk sini. Ingatkan nak duduk sekali dengan you. Iyalah, dari you duduk menyewa dekat rumah sewa kedai tu, kan At least, I ada teman. Tapi, ermmm you tak ada.
Malas nak ajak orang lain duduk sekali.
You apa khabar Hows your life now
Banyak perkara yang terjadi selama you hilang. Puas semua orang cari you termasuk seluruh keluarga Tuan Harith. Mereka semua terlalu risaukan you. Kenapa you lari, Qamra Warga THSC tertanya-tanya sampai sekarang why you hilang macam tu aje.
Satu keluhan berat dilepaskan. Bukan kehendaknya untuk tinggalkan mereka semua. Dia harus pergi walhal hati tak rela. Dia harus melepaskan walhal hati meronta kata jangan. Disebabkan pertalian darah, dia ambil keputusan pergi tanpa menoleh lagi.
Tak apalah, kalau you tak nak cerita. I tau semuanya. Tapi, ada cerita yang lebih penting untuk you. Suatu perkara yang harus I bagitau you, Qamra.
You nak cerita tentang apa Hazreen Hussein Hardie Tun Harith Raffzul Tentang mereka semua Selama ni, I berusaha untuk lupakan kisah hidup I dengan mereka. I pergi kerana mereka kerana pertalian darah mereka. I rasa tertipu, Yoona. Kenapa mereka semua ditakdirkan ada kaitan dengan I Kenapa I yang harus menahan sisa baki derita yang perlu I tanggung seorang, Yoona Satu persatu diluahkan pada Yoonaniza sekadar melepaskan keluhan berbaur kekecewaan. Hanya Yoonaniza yang mengerti betapa perit dia jalani kehidupan dek cintanya yang menjadi rebutan 4 Tunku yang wujud dalam pertalian darah yang sama.
Kejam tau you sebab tinggalkan diorang begitu aje. Separuh gila diorang cari you. Mereka masih sayangkan you dan mengharapkan agar you kembali semula kerja di THSC. Doktor intern yang ada pun buat masa ni tak secekap seperti you bekerja.
I takkan kembali ke THSC, Yoona. I datang ke sini pun sebab I rindukan you, kalau boleh I nak tumpang tidur dalam dua, tiga hari di kondo you ni, you tak kisahkan
I rindukan kita yang dulu-dulu Yoonaniza mengenggam erat kedua-dua tangan Qamra Ain.
Dia tersenyum kelat sambil melihat wajah sedih Yoonaniza. Dia juga seperti Yoonaniza, rindukan zaman havoc mereka di THSC.
Selama mana pun boleh, Qamra. Tapi, kenapa dua, tiga hari aje I ingatkan you nak terus tinggal di sini. Cuba you cerita dengan I, ke mana you pergi selama ni
I tinggal dengan keluarga angkat. Di sebuah kampung. I bekerja di sebuah klinik desa kat sana. I datang sini pun, nak ucapkan selamat tinggal pada you.
Selamat tinggal You nak lari lagi ke Sudahsudahlah kalau nak merajuk pun, you datang cari I dah cukup buat I bahagia bila tengok you masih lagi
Dr. Qamra Ain yang I kenal.
Apa cerita THSC sekarang
Tuan Hardie jadi MD.
Akhirnya
Tuan Hussein pula ganti tempat you di TED dan sesekali ada di Zon Hijau. Tuan Raff still maintain as VP, cuma team asal dah tak ada. Jadi, DMD sekarang team baru. Azmeer dan Rudy maintains TED, Elmina transfer ke Day Care Unit. I Maintain tempat sama sebab Tuan Raff tak nak lepaskan I. For your info, DMD dah tak havoc macam dulu sejak you tak ada.
Diorangkan doktor terhebat yang pernah I bekerja dulu, Yoona.
Iyalah diorang minta transfer pun pasal you juga. Berduyun-duyun intern recruiter yang buat pratikal kat THSC, semua tak secekap you kendalikan kes. Tuan Raff pula, sejak you tak ada switch balik perangai lama. Terpekik-pekik dalam bilik meeting. So, sampai bila diorang nak bertahan. You pun tahu, kan Tuan Raff kalau naik angin, rupanya macam mana apa tu You panggil dia hah! Gabanto! Kira you ni hebat jugakan, Qamra. Tanpa you, impact kalah
gelombang tsunami.
Tuan Harith
Baru-baru Rein jumpa I, ada juga I tanya pasal Tuan Harith. Katanya, Tuan Harith sekarang tak berapa sihat, asyik bertanya tentang you aje.
I nak you rahsiakan kedatangan I di sini, Yoona.
Apa kata, kita hold dulu pasal diorang. Kalau nak cerita tiga hari you di sini pun takkan habis. Ada cerita yang lebih penting yang I perlu sampaikan pada you. Tapi, bila I fikir, adalah lebih baik I serahkan pada you. Tunggu jap, I pergi ambil.
Yoonaniza mengorak sila dan berlalu pergi ke dalam bilik. Kemudian dia kembali semula dengan satu sampul surat sebesar kertas A3 berwarna coklat.
Diserahkan ke tangan Qamra Ain.
I simpan sampul ni dah lama, Qamra. Setiap hari I berdoa agar sampul ni sampai ke tangan you.
Dia memandang wajah Yoonaniza dengan penuh tanda tanya. Dari raut wajah gadis itu seperti ada sesuatu yang penting berada di dalam sampul yang dalam pegangannya waktu ini. Dia meletakkan terlebih dahulu gelas kosong di atas meja. Qamra Ain menyeluk tangan ke dalam sampul lalu ditarik keluar perlahan-lahan isi dalamnya. Anak matanya buntang dan tergamam. Menggeletar seluruh anggota sendinya.
Dia menoleh ke arah Yoonaniza semula.
Yoona panggilnya tergagap-gagap.
Tangannya menggigil sambil memegang dokumen berserta beberapa keping kertas lukisan. Hati Yoonaniza menjadi sayu sambil mengangguk perlahan. Di waktu itu juga diperhatikan titisan air mata mula mengalir jatuh perlahan-lahan di pipi Qamra Ain.