MY PRETTY BOY - 109
AIZAL FAHMI hanya memandang sepi ke arah sarapan yang terhidang di depannya. Rudy

Armani pula menjamu sarapan tanpa menoleh kiri dan kanan lagi. Sudah beberapa hari dia terlepas sarapan pagi. Tunku Hussein yang duduk bersebelahan leka bermain-main dengan sudu dan garpu sambil menompang dagu. Tak dijamah secubit pun penkek yang semakin beransur sejuk itu.

Apa kena korang berdua ni Kita baru aje reunion dah korang buat perangai tak semenggah! Soal Rudy Armani bila perhatikan gelagat mereka silih berganti. Yang seorang membatukan diri dan seorang lagi diam tanpa sepatah kata.

Kalau Tunku Hussein, masak sangat dia dengan perangai pelik jejaka itu sejak kehilangan Qamra Ain. Saat hilangnya gadis itu, dia menjadi pendengar setia jejaka itu meluahkan rasa kecewa di tempat ini. Di Mels E Caf, yang menjadi saksi kisah cinta mereka yang terkandas.

Aizal Fahmi pula, dia tak pasti mengapa jejaka itu sama gelagatnya dengan Tunku Hussein di waktu ini.

Takut pula bertanya lebih lanjut. Maklumlah, mereka bertiga baru saja bersatu semula sementelah sekian lama terputus hubungan antara satu sama lain.

Aizal Fahmi menyuap Scramble Eggs ke mulut sambil melihat ke arah kepingan jubin. Sambil dia mengunyah, dia membaca satu persatu mesej yang tertulis di situ. Hampir kesemua mesej di situ dibaca. Bacaannya terhenti ke suatu mesej yang menarik perhatian matanya.

Qamra Ain,

Please come back to my life!

Ill be there with you till the end of the time! Sein~

Fikirannya terus menerjah teringatkan Qamra Ain. Kata-kata itu sama seperti suara isi hatinya yang mahu gadis itu kembali ke pangkuannya.

Kau okey ke Sejak tadi aku tengok kau macam kena cerai dengan awek aje. Awek kau lari ke, Aizal

Siapa yang tulis kata-kata ni Soal Aizal Fahmi serius sambil jari telunjuk menunjuk ke arah tulisan tadi pada Rudy Armani.

Oh Ayat jiwang karat tu Masa kat CA dulu siapa yang kau rasa kaki jiwang Takkan cepat sangat kau lupa, bro. Soal Rudy Armani sekilas mengerling ke arah Tunku Hussein.

Aizal Fahmi menoleh ke arah jejaka yang berwajah cemberut sejak mereka datang ke sini.

You meant, TH

Aku gerak dulu, Rudy. Tiba-tiba headache. Aku nak terus balik. Kau cover aku kat TED. Kalau Hardie tanya, pandai-pandailah kau bongak macam selalu, Tunku Hussein bingkas dari kerusi dan beredar terus keluar dari kaf.

Rudy Armani menghela nafas panjang dan menyambung semula sarapan hingga habis sepinggan. Penkek yang tak berusik itu diambil sekeping lalu disuap ke dalam mulut. Mereka berdua memerhati Tunku Hussein hilang dari pandangan di sebalik kesesakan pengunjung yang keluar masuk dalam kaf.

Siapa Qamra Ain

Rudy Armani memuncungkan mulut ke arah sekeping gambar Polaroid yang terlekat elok di kepingan jubin. Aizal Fahmi menoleh. Anak matanya buntang. Gadis yang di dalam gambar itu bergambar bersebelahan dengan Tunku Hussein.

Ain! Jadi, nama penuhnya Qamra Ain

Dr. Qamra Ain. Empat tahun dulu dia yang pernah praktikal di THSC dalam team DMD. Sekarang hilang entah ke mana, bro. Itu yang kau tengok TH meroyan tahap Gaban.

Maksudnya hospital pakar yang Ain cerita kat aku tu THSC

Panjang ceritanya, bro. Cuba kau bayangkan, Empat Tunku cintakan Qamra Ain. Qamra, cinta hati TH. Tunku Hardie, abang TH pula ex-boyfriend Qamra. Tunku Raff admire Qamra dan yang lebih tragik lagi Tuan Harith, Papa TH pun tangkap cintan dengan Qamra! Cerita Rudy Armani satu persatu.

Sejak hilang cinta hati, Tunku Hussein terus berubah sikap. Lebih banyak diami dari berceloteh seperti dulu. Oleh kerana Qamra Ain, Tunku Hussein rela menggantikan tempat doktor itu di TED dan Zon Hijau. Dengan alasan, dia tak mahu bertembung muka dengan abang dan sepupunya di tingkat 2 serta Papanya di Villa.

Apa yang dia tahu, setiap malam Tunku Hussein akan pergi ke rumah sewa tempat Qamra Ain menyewa dulu sebelum balik ke banglo. Harapannya masih sama, menanti kepulangan Qamra Ain. Dia tak peduli hati dan perasaan sesiapa lagi. Biarlah, asalkan dia mahu Qamra Ain kembali ke pangkuannya.

Tuan Harith pun Apa kaitannya dengan Ain. ah! Maksud aku Qamra Ain Dia semakin ingin tahu tentang kisah cinta yang dirahsiakan selama ini oleh Qamra Ain sejak mereka saling mengenali. Dan, dia ingin tahu juga siapa di antara mereka berempat yang telah melukai hati dan perasaan Qamra Ain yang diketahui begitu pegang pada kesetiaan cintanya.

Qamra pernah rescue Tuan Harith 9 tahun yang dulu. Bertahun mereka berusaha mencari dan terus mencari. Akhirnya dapat tau gadis misteri yang selamatkan dia adalah Qamra, doktor yang berkhidmat di Villanya sendiri. doktor peribadi Tuan Hardie.

Chup! Tadi kau kata Tuan Hardie ex-boyfriend Qamra Ain Jap tadi kau kata yang Qamra Ain awek TH konpius aku...

Kisah cinta mereka pelik dan tragik, bro. Selama aku hidup di planet bumi, inilah pertama kali aku dengar kisah cinta tragik macam ni. Qamra Ain, menjadi rebutan mereka berempat. Oleh sebab itulah dia pergi tinggalkan mereka. Demi pertalian darah itu juga, dia hilang entah ke mana. Cuba kau fikir, kalau dia pilih salah seorang dari mereka How about the others Tak makan hati ulam jantung pisang kau nanti. Jadi, Tunku Hardie puncanya.

So, korang dah jumpa ke Qamra Ain

Masih dalam usaha pencarian. Aku doakan agar diorang dapat jumpa Qamra secepat mungkin pasal Tuan Harith tengah sakit sekarang ni. Teringin sangat nak jumpa Qamra, Rudy Armani meneguk hingga habis segelas air mineral sebelum menyambung semula cerita.

Aizal Fahmi mengerut kening. Lirikan matanya singgah ke wajah sugul Rudy Armani.

Itulah keperitan hidup yang melanda dalam diri Qamra, Aizal. Ibu kandung tinggalkan dia masa kecil, Babahnya pula meninggal waktu di final paper. Qamra berhenti A-AH. Ah! Kalau nak cerita kat kau sampai esok lusa pun tak habis. Main story tak pernah terfikir oleh Qamra, 4 Tunku yang dikenali dari rupanya dari satu pertalian darah yang sama.

Aizal Fahmi berkalih muka ke arah kepingan jubin tadi. Tak jemu dia membaca kata-kata yang mengusik naluri kelelakiannya. Jadi, apa yang dikatakan oleh Qamra Ain tentang hatinya dimiliki seseorang kini telah ditemui jawapannya. Tunku Hussein adalah pemilik hati Qamra Ain, pengganti Tunku Hardie. Sahabat baiknya ketika belajar di CA dulu.

Qamra Ain adalah doktor intern terbaik yang pernah aku berkerjasama dalam team DMD. Tapi, sayang dia pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal pada aku di THSC. Rudy Armani melepaskan keluhan yang dalam. Selama Qamra Ain menghilang diri, dia berharap agar bertemu semula dengan gadis itu.

Aizal Fahmi menjadi tak keruan. Sudahlah masih hilang jejak di mana gadis itu berada sekarang dan ditambah pula dengan cerita Rudy Armani yang Tunku Hussein pemilik hati Qamra Ain. Selepas mendengar cerita dari Rudy Armani baru dia tahu mengapa Qamra Ain muncul pada malam itu di kampungnya

Kau okey ke, bro Dari tadi aku tengok kau semacam aje.

Aku gerak dulu, Rudy. Thanks for the breakfast, Aizal Fahmi mencapai helmet motor dan selepas menyalami Rudy Armani, dia beredar pergi dengan langkah tergesa-gesa keluar dari Mels Caf.

Haish, kawan-kawan aku ni! Dari zaman studi sampai skarang gila meroyan tak habis-habis!

Sambil berjalan ke parkir motor, Aizal Fahmi menyeluk tangan ke dalam poket lalu dikeluarkan kunci. Baru hendak mencucuh kunci, terasa bahunya disentuh lembut dari belakang. Serta-merta dia menoleh. Terpegun dirinya sejenak. Keterampilan wanita ini mengocak naluri kelelakiannya.

Tunku Hazreen Is that you soal Aizal Fahmi dengan raut wajah terpinga-pinga.

Ir. Aizal Fahmi lama kita tak jumpa, Tunku Hazreen membalas dengan senyuman.

D

IA teruja dengan hiasan dalaman kaf milik Tunku Hazreen. Dari depan kaf hingga ke segenap ruang yang kecil. Pandai sungguh gadis ini mengubah suai agar tampak lebih elegant dan klasik. Dia tak menyangka sama sekali Tunku Hazreen punyai minat yang sama sepertinya, pereka arkitek.

Sein inform I yang you jumpa adik I tadi kat kaf Mels E, cerita Tunku Hazreen sewaktu jejaka itu ralat memerhati sekeliling kaf. Dia meletakkan 2 biji muk ke atas meja berserta sepinggan Kek Cheese. Tunku Hazreen menarik kerusi lalu duduk berdepan dengan Aizal Fahmi.

You still boleh kenal I walhal dah bertahun kita tak jumpa. Almost 15 years ujar Aizal Fahmi yang tak jemu menatap raut wajah Tunku Hazreen yang sekian lama tak bertemu. Seingatnya, semenjak Tunku Hazreen terpaksa berpindah sekolah ke luar negara dan menatap bersama keluarga angkat di sana.

Hello, babyface like you siapa yang tak kenal. Not like me. Tembam sikit, kan Usik Tunku Hazreen sambil meraba-raba pipinya yang semakin tembam. Apa taknya, setiap hari dia terpaksa habiskan baki Kek Cheese yang tak habis dijual. Kalau dibungkus untuk Tunku Hussein sekalipun, akhirnya dicampak ke tong sampah juga.

Finally, your dream come true, Rein. Tak bising ke Papa you

Mahu tak bising. Berdarah telinga I ni kena taichi setiap kali I singgah ke Villa. However, my Papa had to accept my decision. So, how about you, Ir. Aizal Fahmi Sein kata you arkitek muda yang terkenal di Asia. Same like your grandpa.

Me Since my parents passed away, I ambil alih CAL. I pun ada buka siber kaf kat kampung. Atuk I sekarang tak berapa sihat Alzheimer. Jadi, I terpaksa terkejar-kejar mana nak uruskan tapak projek siber kaf lagi nak tengok atuk I lagi.

You mean Tan Sri Kadir pengidap Alzheimer

So, how is he now

Beransur pulih sejak ada doktor jaga atuk I.

Really Mesti kiut doktor tu, kan I tau sangat taste atuk you, Aizal. Sedangkan I yang kenal bertahun pun susah nak tackle hati Tan Sri Kadir inikan pula doktor yang jaga atuk you, tersenyum Tunku Hazreen bila mengimbas kembali kenangan berjumpa dengan Tan Sri Kadir di majlis pecah tanah untuk projek pembinaan THSC.

Walaupun tampak berusia namun masih lagi tegap dan bertenaga apatah lagi arkitek yang bertanggungjawab merangka bentuk bangunan THSC. Pendek kata, atuk maskulin yang masih hot and spicy. Ada juga Papanya bertanya tentang Tan Sri Kadir yang menyepikan diri secara tiba-tiba rupa-rupanya berhijrah menetap di kampung.

Shes very humble and sweet, Rein. For the first time I fell in love with someone. I datang sini pun pasal nak cari dia, cerita Aizal Fahmi sambil tersenyum.

Terdiam Tunku Hazreen sejenak. Tampak bahagia Aizal Fahmi bila bercerita mengenai gadis yang dicari itu.

For the first time I fell in love with someone. Hancur luluh hatinya dengan pengakuan Aizal Fahmi. Dia yang masih bergantung harap dapat bertakhta di hati jejaka ini nampaknya lebur begitu saja.

Im happy for you, Aizal. Boleh I tau siapa gadis yang berjaya cairkan hati you ni I nak tabik spring kat dia sebab berjaya tembus hati you.

Ain Qamra Ain. Doktor yang jaga atuk I selama ni.

Tunku Hazreen yang sedang meneguk air kopi dalam muk tersedak. Pantas tangannya mengambil botol mineral yang tersusun di depan kaunter. Penutup botol dibuka lalu diteguk hingga tinggal separuh.

Qamra Ain Selama ni dia ada di kampung Aizal Patutlah susah nak cari dia. Ralit memikirkan tentang Qamra Ain, nada dering SG N5 Tunku Hazreen berkumandang di atas meja. Dia sekilas melirik ke arah nama yang terpampang di skrin sesentuh.

Aizal, excuse me for a while. I nak jawab telefon kejap, Tunku Hazreen bingkas dari kerusi seraya mencapai telefon di atas meja. Sambil berjalan, dia menekap telefon tadi ke telinga.

Assalamualaikum, Yoona.

What Dia datang cari you Where is she now Soal Tunku Hazreen perlahan sambil melirik ke arah Aizal Fahmi yang sedang melemparkan pandangan ke arah luar kaf. Sesekali dia mengangguk mendengar butiran kata yang disampaikan oleh Yoonaniza dari dalam talian.

Thanks for the info, Yoona. Finally, we found her.

Tunku Hazreen mengakhiri perbualan. Dia tak berganjak. Dari situ, sepasang matanya tak lepas dia melihat gelagat Aizal Fahmi. Dari sebalik raut wajah jejaka itu, dia dapat rasakan yang Aizal Fahmi terlalu menyintai Qamra Ain. Kalau tak, masakan jejaka ini setia mencari sampai ke sini.

Kakak tak kisah, Sein. Kalau dia jumpa seseorang yang bisa buat dia bahagia dan jika gadis itu persis Qamra kakak rela lepaskan dia pergi. Sekurangkurangnya, cintanya dijaga rapi dalam hati seorang gadis yang telus menyintainyaseperti Qamra.

Dia teringat perbualan sikit masa dulu bersama Tunku Hussein. Hanya Aizal Fahmi yang boleh beri kebahagiaan dalam hidup Qamra Ain. Dia akui, walau ceruk mana sekali pun dia pergi sukar untuk dijejaki jejaka yang sesetia Ir. Aizal Fahmi.

You tentu kenal Qamra Ain, kan I baru tau yang Qamra kekasih Sein, soal Aizal Fahmi sewaktu Tunku Hazreen kembali duduk di kerusi tadi. Nada suaranya juga turut berubah.

Aizal let me explain the truth situation I dah tau, Rein. Rudy dah cerita segalanya pada I. Sungguh berat penderitaan yang perlu Ain tanggung demi keluarga you, Rein.

Qamra Ain Queen dalam permainan catur yang dikelilingi oleh King, Knight, Bishop dan Castle. Masing-masing ada peranan namun tak ada satu pun yang boleh jaga Queen seperti mana Queen jaga mereka. You faham maksud I, kan

Aizal Fahmi kehilangan kata-kata. Baru dia tahu kebenaran mengapa begitu ketat Qamra Ain menyimpan rahsia. Rupa-rupanya dia menyintai gadis yang dicintai oleh 4 Tunku dalam satu masa.

Sein, dah tiba masa untuk kita lepaskan orang yang kita cintai pergi... rintih Tunku Hazreen perlahan dengan rasa pedih yang semakin mencengkam di relung hati.