TORA DATANG LAGI - 109
Rokok di dalam bekas tin bukanlah sesuatu yang tidak pernah dijual. Suatu ketika dulu kebanyakan rokok dijual di dalam bekas tin. Ada bekas tin yang berbentuk bulat dan ada juga yang berbentuk petak. Terdapat juga bekas yang diperbuat dari plastik. Antara tujuan rokok dibuat di dalam bekas tin adalah bagi tujuan kualiti setiap batang rokok lebih terjaga. Rokok di dalam tin sangat mendapat tempat di kalangan penjual yang menjual rokok mengikut jumlah batang terutamanya peniaga gerai-gerai makan.

Antara rokok yang dikeluarkan dalam bekas tin:

Mild Seven (bekas petak)

Perillys

Surya Gudang Garam

Antara rokok yang dikeluarkan dalam bekas plastik:

Marlboro

Winston

Kent

Benson & Hedges

Di dalam setiap tin biasanya muat untuk diisi antara 20 hingga 24 batang rokok berbeza mengikut saiz setiap sendiri. Bekas tin yang sudah kehabisan rokok selalunya tidak dibuang dan akan disimpan untuk dijadikan bekas memetik abu rokok ataupun diisi semula dengan rokok kotak yang baru untuk dijual batang.

Sesetengah kedai skema yang tidak menjual rokok pula menggunakan bekas tin ini untuk menyimpan duit syiling.