Percaya dengan harapan.
Yang sentiasa kau berikan
Tertulis indah
Di dalam kitab sucimu
Kemudian kau biarkan
Tanpa tujuan
Ternyata aku merancang
Kau juga mengecewakan,
Atau mungkin
Belum tamat lagi permainan
Hari yang dijanjikan sudah pun tiba. Hari ini Shuhada dibenarkan keluar dari hospital. Malangnya Alias tidak dapat menjemput Shuhada di Hospital kerana dia terlalu banyak mesyuarat dan temu janji penting yang harus dipenuhi kerana kerjanya telah tertangguh terlalu lama sejak Shuhada masuk ke hospital.
Shuhada mengemas barang-barangnya, diletakkan ke dalam beg baju tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Kemudian Doktor Hamdan menyusul,
Jaga kesihatan, jaga suami elok-elok, kata Doktor Hamdan seakan mengusik. Shuhada hanya tersenyum tawar.
Alias akan saya jaga. Doktor siapa jaga tanya Shuhada seakan mengusik.
Tuhan ada.
Saya tak pernah berhenti meminta dan merintih kepada Tuhan tapi kenapa tak didengari, ya Mungkin Tuhan kita berbeza. Mungkin, kata-kata Shuhada terhenti. Dia masih melipat baju dan barang-barang untuk dimasukkan ke dalam beg baju.
Hamdan hanya diam - tidak ada jawapan untuk pertanyaan Shuhada.
Alias mana
Kerja
Siapa akan hantar Shuhada pulang
Mungkin Tuhan kamu akan hantarkan pada aku sebuah kenderaan untuk aku pulang, kata Shuhada, nada suaranya sinis seakan mengejek.
Shuhada, saya harap kamu bercakap di dalam keadaan yang tidak sedar. Tak apalah sebentar lagi saya akan minta jururawat untuk telefon teksi untuk hantar kamu pulang kata Doktor Hamdan sebelum berlalu pergi.
Shuhada semakin aneh kelakuannya, Hamdan tidak menyangka Shuhada berani mengeluarkan kata-kata yang seakan mencabar kekuasaan tuhan.
---
Tiba sahaja di rumah, Shuhada meletakkan barang-barangnya di dalam bilik. Kemudian dia terus naik ke loteng, rindu benar dia pada Azam. Sampai sahaja di loteng, kotak berwarna merah ditarik keluar. Dibukanya perlahan-lahan. Baju Azam dipegang erat. Matanya dipejamkan, senyuman terukir di bibirnya.
Lama Azam tunggu Shuhada datang,
Shuhada tersenyum, dia berpaling ke belakang kelihatan Azam sedang berdiri di belakangnya. Shuhada bangkit dan memeluk sosok Azam.
Wajah Azam berseri, dia memakai baju kemeja berwarna biru laut dan berseluar jeans. Pakaian kegemaran Shuhada, bau Azam juga wangi. Shuhada memeluk erat badan Azam, wangian yang dipakai juga kegemaran Shuhada, segalanya pada pertemuan kali ini merupakan kegemaran Shuhada. Hatinya berbunga, pelukan seperti tidak mahu dilepaskan.
Maafkan Shuhada sebab dah lama tak pulang untuk jumpa dengan Azam.
Ni anak kita, kata Azam sambil menghulur tangan kanak-kanak perempuan berumur lingkungan empat tahun. Shuhada mendokong kanak-kanak tersebut. Mereka bergembira di alam ciptaan Shuhada.
Hilai tawa Shuhada memecahkan kesunyian bilik. Dia seakan-akan sedang berbual dengan seseorang sesekali terdengar suaranya seperti merajuk. Dirinya semakin mencintai alam mimpi. Lebih dari alam realiti.
Assalamualaikum..
Shuhada terjaga daripada lamunan. Cepatcepat dia turun dari loteng dan masuk ke bilik. Dirinya tak ubah seperti anak kecil yang sedang bermain sembunyi-sembunyi.
Alias berjalan masuk ke rumah, kemudian pergi ke dapur. Sangkaannya tepat, Shuhada tidak memasak nasib baik dia sudah membeli makanan dan air semasa dalam perjalanan pulang. Dia letakkan bungkusan makanan di atas meja makan kemudian dia berjalan ke bilik tidur. Apabila sampai ke bilik tidur, tombol pintu dibuka Alias perlahan-lahan dan apabila dia ingin masuk dia terus terpandang sosok Shuhada yang sedang baring di dalam selimut.
Wajah Alias berkerut.
Kenapa ni tanya Alias. Pintu bilik ditutup. Shuhada bangun dari pembaringannya dan pergi ke arah Alias.
Saya dahagakan kasih sayang Abang, mari
Abang.
Tangan Alias ditarik ke katil.
Kali ini Abang puaskan saya. kata Shuhada Mereka sama-sama memuaskan gelora yang sudah lama ditahan.
Untuk kali pertamanya Shuhada tersenyum puas.