KUDIN bersiap-siap untuk ke KL semula. Tadi selesai makan tengahari, dia sudah berpesan pada Kuyah dan Ana Dahlia, mereka akan bertolak selepas solat Zuhur nanti.
Ana Dahlia turut mengemas barangnya. Komputer riba dimasukkan ke dalam beg pakaian. Malam tadi, sempat dia menghabiskan laporan untuk siasatannya di kampung itu. Hari ini dia akan terus ke balai berjumpa dengan Detektif Razif. Hasil ujian makmal ke atas rangka manusia yang dijumpai dalam lumpur di sawah padi masih belum di perolehi. Malam tadi, karung guni yang dijumpai di rumah Mak Jemah itu sudah dihantar ke makmal.
"Abang, Kuyah tak ikut boleh tak Kuyah nak tinggal dengan nenek." Kuyah mendekati Kudin yang sibuk mengemas pakaiannya.
"Boleh..lagi abang suka." Kudin melemparkan senyuman manis.
"Kuyah tahu, abang suka la sebab nanti berdua je dengan Ana kan" Kuyah sengih. Dari hari pertama lagi dia boleh baca riak Kudin yang suka curi pandang pada Ana Dahlia yang sama umur dengannya.
"Hish! Ke situ pulak!" Kudin turut sengih.
"Kudin, ni nek ada bekalkan sikit gulai ayam kampung dan sambal belacan. Tak payah kamu singgah makan kat kedai makan mana-mana, nek dah siapkan semua ni." Nek Tom hulur tiga bekas kepada Kudin.
"Alah nek ni. Macamlah nak pergi berkelah. Kami nak balik KL je." Kudin senyum gelihati. Sejak dulu nenek selalu bekalkan dengan makanan. Dari zaman sekolah sampailah dah besar panjang.
"Makan tau! Penat nenek masak. Oh ya, yang ayam goreng berempah tu, Ana yang masak." Nek Tom senyum penuh makna.
Kudin hanya sengih. Dia jeling Ana Dahlia yang masih sibuk mengemas di dalam bilik.
"Oh ya, nanti kamu tanya lah Ana tu, kat mana rumah dia, senang nanti nenek hantar orang pergi meminang." Sempat Nek Tom bisik ke telinga Kudin.
Kudin senyum kelat. Bercinta tak, apa tak, alih-alih nak masuk meminang. Haih...
"Assalamualaikum! Assalamualaikum!"
"Siapa pulak tu" Nek Tom jenguk melalui jendela kayu rumahnya. Senah sudah tersenyum di laman rumah.
"Wa'alaikumussalam! Oh kamu ke Senah" Nek Tom mula menapak ke pintu dan turun ke laman.
"Nek, abang Kudin dah nak balik KL ke" Senah senyum. Matanya meliar memandang ke atas rumah.
"Haah. Kamu dari mana ni"
"Dari rumah la nek. Ni, saya ada bawa kuih karipap dan lepat pisang untuk abang Kudin. Abang Kudin ada tak" Senah jenguk lagi ke dalam rumah. Mukanya berubah bila Ana Dahlia muncul di muka pintu. Huh! Minah perasan ni lagi!
"Ada. Naiklah." Nek Tom ajak Senah masuk ke dalam rumah.
Senah melangkah membuntuti Nek Tom. Sampai di muka pintu, sengaja dia langgar bahu Ana Dahlia dengan kuat.
"Hek eleh..minah mulut murai ni.." Ana Dahlia menggumam.
"Kudin! Ni Senah datang!" Nek Tom panggil Kudin yang masih mengemas.
Kudin berpaling. Senah dilihat sudah tersenyum dekat dengan muka pintu. Ana Dahlia juga dilihat masih berdiri di situ sambil memegang beg pakaian.
"Ada apa Senah" Kudin menghampiri Senah yang sudah semakin pandai bergaya. Tidak lagi pakai baju kurung besar gabak. Rambut pula sudah elok disisir dan dibiarkan lepas bebas. Gincu di bibir masih tetap dioles tetapi tidak merah menyala macam Mak Jemah tu!
"Ni, Senna ada bawa kuih untuk abang. Kenapa abang dah nak balik Nanti Senna rindu la.." Senah muncung. Dia hulur bekas kuih kepada Kudin.
Kudin diam seketika. Senah tidak pernah serik menggodanya. Dia jeling Ana Dahlia yang sudah menapak semula ke ruang tamu. Tadi Ana Dahlia dilihat sudah ke kereta dan meletakkan beg pakaian ke dalam bonet kereta. Dia cepat-cepat berlakon.
"Ya Rindu kat abang ke" Kudin kenyit mata.
Senah terpaku. Mukanya mula kemerahan. "Err..mestilah.."
"Hmm..sedap kuih Senah ni." Kudin ambil bau.
Ana Dahlia hanya tersenyum hambar. Nak berlakon pun, agak-agak la. Nampak sangat kantoi! Kudin dilihat memandang ke arahnya tapi mulut menjawab pertanyaan Senah.
"Abang, Senna ada hal penting ni. Malam tadi, Mak Jemah sudah dirasuk. Dia rebah dan terus mati!" Senah bisik ke telinga Kudin.
Kudin senyum. Cepat sungguh Senah dapat berita terkini.
"Mana Senah tahu"
"Orang kampung dah heboh bang. Rupanya Mak Jemah tu bomoh! Patutlah Senna nampak ada cermin sakti dalam rumah dia. Dah tu, ada bilik berkunci. Mungkin bilik tu la dia puja mayat tu." Senah bersungguh beritahu pada Kudin.
"Oh ya" Kudin cuba buat tak tahu. Dia jeling lagi Ana Dahlia.
"Ya! Tak sangka bang. Mak Jemah tu jahat rupanya. Nasib baik Senna tak sempat ambil ubat pengasih.." Senah berkata tanpa menyedari kata-katanya tadi membuatkan Kudin terbeliak memandangnya.
"Ubat pengasih" Kudin pandang Senah tak berkelip.
"Err..aar...tak..bukan...ubat jerawat. Salah tadi.." Senah tunduk. Mukanya sudah berubah riak.
Kudin dan Ana Dahlia sudah bersiap untuk bertolak. Senah tersenyum manis pada Kudin. Sempat dia berpesan pada Kudin supaya jangan main mata dengan Ana Dahlia. Ana Dahlia pula hanya senyum sinis. Tak ingin nak main mata dengan mamat ni!
SEPANJANG perjalanan pulang, Ana Dahlia tidak banyak bicara. Dia masih memikirkan hasil maklumat yang diperolehi dari kampung itu. Selama ini ada dua mayat di kampung itu yang menjadi misteri dan salah satunya adalah mungkin milik bekas pekerja TM Holdings yang hilang itu.
"Awak fikir apa sampai berkerut dahi mengalahkan nenek" Kudin mula menegur. Dari tadi sunyi dan sepi. Hanya nyanyian dari corong radio saja yang kedengaran.
"Tak ada..saya ingat saya nak ambil cuti dua hari boleh" Ana Dahlia mengalih pandang pada Kudin.
"Hmm..awak nak balik kampung ke" Kudin pandang sekilas.
"Err...aa..ya. Dah lama saya tak balik. Rindu pulak pada mak dan ayah." Ana Dahlia terpaksa mengiakan.
"Oh...boleh saya tahu kampung awak kat mana" Kudin berkata lambat-lambat. Inilah masanya dia perlu korek dari gadis itu. Dia tahu alamat rumah yang ada pada biodata gadis itu mungkin alamat rumah sewa di KL.
"Kenapa" Ana Dahlia pantas berpaling.
"Awak dah kenal kampung saya, so, tak salahkan kalau saya nak kenal kampung awak pulak." Kudin senyum. Riak Ana Dahlia sudah lain. Macam menggelabah. Dia pasti gadis itu menyimpan rahsia darinya.
"Tak payahlah..lagipun, kampung saya jauh." Ana Dahlia cuba cari alasan.
"Jauh tu kat mana" Kudin tanya lagi.
"Err...eh, awak rasa mayat tu milik siapa Awak dah check ke bekas pekerja awak yang hilang tu" Ana Dahlia cepat-cepat alih topik.
Kudin jeling Ana Dahlia yang sudah semakin menggelabah. Mulalah tu..alih tajuk perbualan. Dia yakin gadis itu bukan sebarangan gadis.
"Belum..kenapa"
"Saya rasa kan, tentu dia ada kaitan dengan kematian ayah awak dulu. Yalah..mungkin dia tahu rahsia syarikat.." Ana Dahlia pandang pula ke luar tingkap kereta. Tadi, Kudin merenungnya dengan riak pelik.
"Mungkin juga. Nanti saya siasat." Kudin pecut keretanya semakin laju membelah lebuhraya.
"Hmm..gadis kebaya merah tu, misteri betul. Siapa dia sebenarnya Dan hari tu, Senah pakai baju yang sama dengan jelmaan tu. Mana Senah dapat baju tu" Ana Dahlia sengaja bicara hal gadis kebaya merah.
"Betul..memang misteri. Saya rasa, mayat yang ada di rumah Mak Jemah itulah tubuh gadis kebaya merah tu sebab dia menangis dan merayu supaya dia dikebumikan dengan sempurna dan dia sendiri beritahu tubuhnya ada di rumah Mak Jemah." Kudin menyambung, mengiakan kata-kata Ana Dahlia.
Ana Dahlia diam seketika. Dia juga percaya benda yang sama tetapi apa yang masih menjadi tanda tanya, benarkah itu mayat gadis yang hilang itu Atau mungkin gadis kebaya merah itu adalah orang lain
DI KL, Ana Dahlia mula merasa lega. Tadi, Kudin beria ingin menghantarnya ke rumah. Dia terpaksa tipu lagi. Dia pandang sekitar. Kawasan perumahan baru. Dia senyum. Nak mengelak dari Kudin, tersadai dia di kawasan perumahan itu. Laju dia melangkah ke tempat menunggu teksi semula di tepi jalan setelah pasti kereta Kudin sudah meninggalkan kawasan itu. Dia segera menahan teksi dan terus pulang ke rumah sewanya.
Usai mengemas, Ana Dahlia bergegas pula ke balai polis. Dia perlu melaporkan diri segera. Detektif Razif sudah lama menunggunya di situ. Sebelum bertolak tadi, dia sudah menerima teks mesej.
Sampai di balai, dia segera ke bilik Detektif Razif. Laporan yang sudah siap ditaip dan dicetak, dihulur kepada Detektif Razif. Lama Ana Dahlia berdiri di depan meja Detektif Razif yang masih menatap fail laporan yang dihulur tadi. Dari tadi tidak mengangkat muka.
"Hmm..bagus! Saya nak awak kerja di TM Holdings selama tiga bulan. Kita masih perlukan bukti yang banyak untuk menangkap siapa dalang dalam pembunuhan Tengku Muzafar." Detektif Razif mendongak.
"Tapi tuan, siasatan saya sudah hampir selesai. Sekarang ni tengah tunggu hasil keputusan makmal forensik. Rangka manusia yang dijumpai di sawah dan juga mayat reput yang dijumpai di rumah bomoh Mak Jemah sudah dihantar ke makmal. Mungkin dalam minggu depan, keputusan akan keluar. Dari situ kita akan tahu DNA tu milik siapa, tuan!" Ana Dahlia masih berdiri tegak di depan Detektif Razif.
"Ya, saya tahu tapi awak kena siasat sehingga kes ni ditutup." Detektif Razif mula bangun dan mendekati Ana Dahlia. Dia mengukir senyum.
Ana Dahlia terdiam dengan sikap Detektif Razif.
"Kalau tak ada apa-apa, awak boleh sambung kerja. Err..maksud saya, kerja di TM Holdings." Detektif Razif berpeluk tubuh melihat Detektif Ana Dahlia yang sudah berseri-seri mukanya.
"Baik tuan!" Ana Dahlia melakukan tabik hormat. Dia mula melangkah pergi.
Detektif Razif hanya tersenyum. Ana Dahlia begitu cantik untuk jadi seorang pegawai polis. Telefonnya mula berdering. Dia senyum sebaik melihat nama yang tertera di skrin. Lama dia berbual. Hilang rasa rindunya pada gadis itu.