Complete Me - 11
Bab 11

TIDUR lena malam tadi

Suara Tengku Syahir menerjah masuk menerombos telinga Datin Fariza sebaik sahaja dirinya terjaga dari tidur. Jam dinding di biliknya dijeling. Sudah menginjak ke arah jam sembilan pagi. Gebarnya ditarik semakin meninggi. Mahu tidur kembali.

Tak nak buat sarapan untuk saya soal Tengku Syahir sambil matanya tidak lepas memandang surat khabar itu. Mahu membaca tentang keadaan ekonomi dunia terkini.

Suruhlah orang gaji baru tu. rajuk bunyinya nada Datin Fariza. Badannya diregangkan seketika.

Merajuk

Datin Fariza mencebik halus. Merajuk Huh. Datin Fariza mencebik kecil.

Risaukan Bella duga Tengku Syahir. Keningnya terangkat.

Both. Bella dan Airish.

Kalau risau, kalau rindu, telefonlah. Tunggu apa lagi

Tak cukup nak ubat rindu saya ni. Susah betul. Ada anak dara, disuruh kerja dekat luar negara. Ada anak lelaki dipaksa berkahwin pula, sindir Datin Fariza. Halus dan lembut. Bimbang jika tersalah bicara dan nadanya, amarah suaminya pula akan melenting nanti.

Then, what do you want

Datin Fariza bagaikan tidak percaya sahaja. Bukan mudah suaminya mahu bertanya soalan itu. Boleh dibilang dengan jari seberapa banyak soalan itu diutarakannya. Wajah Datin Fariza bagaikan bercahaya.

Iza nak Tengku suruh Bella balik ke sini. Kerja dengan Tengku.

As you wish!

Datin Fariza memandang Tengku Syahir tanpa berkelip. Mahukan penjelasan. Tapi, wajah suaminya hanya terserlah dengan senyuman sahaja.

Bella balik sini

Papa mana tak sayangkan anak.

Tengku. Mahu menangis rasanya. Bila dia balik Awak nak bila

This weekend

This weekend, then!

Datin Fariza ternganga. Betul ke ni Are you sure, youre not pulling my leg.

Tengoklah kaki sendiri. Is there anyone who pull your leg

Tengku, tangan Tengku Syahir diusap Datin Fariza lembut.

Tengku Syahir turut membalas sama.

Dah. Siapkan sarapan.

Datin Fariza mengangguk dengan senyuman tidak lekang di bibirnya. Rasa terharu juga dengan sikap ambil berat suaminya. Di matanya terbayang sudah seraut wajah anak daranya. Tengku Bella Irmanda. Untuk seketika, dia terlupa tentang Airish.

SELEPAS seharian menaiki motosikal, mereka berpimpingan tangan berjalan berdua di lorong Bangla Road ini. Semuanya kerana mata-mata wartawan ada di mana-mana. Terpaksalah mereka melakonkan watak pasangan romantik di sini. Airish yang hanya mengenakan singlet itu dijeling Afiqa. Ceh! Berani betul pakai macam tu aje kat sini. Memalukan betul!

Sebenarnya, sepanjang dua hari berada di sini, banyak aktiviti yang dijalankan mereka. Lasak habis! Antaranya, snorkeling di Phi Phi Island, rock climbing di Krabi. Huh, gayat sungguh dia. Seharian dia ditertawakan Airish gara-gara gayat dan tidak mahu turun. Sampai menangisnangis Afiqa dibuatnya. Buat habis air matanya saja. Namun, yang paling hebat ialah melancong di James Bond Island! Terbaik.

Huh Keluhan Airish menarik perhatian Afiqa di sebelahnya.

Kenapa

Tak bosan ke

Tak... wah, banyaknya beg! Wah, seronoknya! Afiqa sudah melonjak kegembiraan. Berjalan di Bangla Road ini sangat menyeronokkan.

Tak payah nak seronok sangatlah! Jom, balik! ajak Airish.

Dia sudah naik bosan di sini. Dia sememangnya tidak selesa untuk berada di kerumunan semua orangorang di sini. Maklumlah, dia mana pernah berkerumunan dengan orang-orang seperti mereka ini.

Awal lagilah. Janganlah balik lagi.

Aku dah bosan ni!

Bukan senang tau nak datang sini.

Eh, tempat ni sebijik macam Petaling Street! Kau pergi jelah sana nanti.

Tak sama, wajah Afiqa sudah masam mencuka.

Tak puas hati. Baru aje sampai. Dah nak balik!

Dah. Jangan buat muka tahi ayam macam tu lah. ujar Airish sambil bercekak pinggangnya. Rasa kasihan yang bertandang dalam hatinya, cuba dibuang jauh. Tak boleh berlembut sangat dengan perempuan ni.

Fine! Afiqa beralah. Tapi, matanya terhenti pada deretan gerai di sana. Sebaik sahaja, matanya tertacap pada papan tanda itu, terasa kecur pula air liurnya.

Fiqa setuju kalau kita balik, but with one condition.

Airish mengetap giginya. Melayan Afiqa sama macam melayan kerenah bayi! Mengada-ngada.

Saya nak tu!

Airish berpaling memandang ke arah gerai yang ditunjukkan Afiqa. Keningnya bertaut menjadi satu.

Pancake

Afiqa mengangguk laju dengan mukanya sengaja dibuat gaya ala-ala comel.

Macamlah pancake dekat Malaysia ni dah pupus.

Do not expect the pancake looks like the pancake you used to eat, Airish, mendatar sahaja suara Afiqa.

Kenapa Apa yang lainnya

Cubalah rasa dulu. Then, youll find out soon.

Akibat rasa malas mahu bertekak dengan Afiqa, Airish hanya menurut sahaja kemahuan gadis itu.

Kakinya melangkah ke arah gerai tersebut. Nasib tak ramai orang. Makin melebar senyuman Afiqa.

Kau nak perisa apa

Banana Nutella! laju sahaja Afiqa menyahut.

Banana Nutella satu.

Eh, awak tak nak ke

Tak!

Jangan mintak tau nanti!

Ceh! Aku tak hadaplah!

Dengar dek penjual ni, baru tahu. Terasa hati dia.

Macamlah dia faham.

Afiqa mengalih pandang ke arah lain. Bosan asyik menghabiskan air liurnya dengan pergaduhan dengan Airish ni. Sibuk betul orang-orang kat sini. Semuanya sibuk membeli itu dan ini, memandangkan Bangla Road ini merupakan antara salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Kata orang, tak lengkap jika tak datang kat sini.

Nah! Airish menghulurkan plastik yang berisi dengan pancake yang dipesannya tadi kepada Afiqa.

Jom!

Airish sudah bergerak ke hadapan, meninggalkan Afiqa di belakang. Airish yang menyedari akan Afiqa yang masih belum membuntutinya pantas memalingkan wajahnya.

Afiqa masih terkial-kial dengan barang-barang yang penuh di tanganya ketika itu. Airish digigit simpati. Tanpa sepatah kata diambilnya barang-barang itu dari tangan Afiqa.

Thanks!

Afiqa sempat melirik senyum pada Airish. Kini, tangannya sudah lapang. Apa yang tinggal hanyalah buihbuih belon ini. Wah, lama tak main! Buih-buih belon itu terus ditiupnya, terbang bebas di udara.

Theres someone lives on in my heart, always. Though we now lives in two different worlds, the memories are still much alive in me. His loss is irreplaceable to me eternally. I will always remember and cherish the times we shared together.

Airish terkedu. His Then, who is he Itulah persoalan pertama yang muncul dalam benaknya. Persoalan kedua. Two different world His tu dah tak ada ke Lama matanya merenung wajah Afiqa. Ada raut kesuraman di situ. Kenapa Terkejut Airish apabila lengannya dipaut Afiqa tiba-tiba. Kepala gadis itu diletakkan pada bahunya. Pinjam sekejap....

Airish menghembuskan nafasnya lembut. Tidak sampai hati mahu menolak kepala gadis itu. Akhirnya, dia hanya membiarkannya sahaja dan tanpa sedar, tangannya sendiri turut naik mengusap bahu gadis itu. Mereka beriringan menyusuri jalan Bangla ini mengharungi kepekatan malam dalam suatu keadaan yang hanya mereka mengerti akan apa maksudnya.

LIN semua baju-baju ni, tolong alter sekali, pinta Katrina sambil menghulurkan beberapa helai pakaiannya pada pekerja Butik Beauties of All, milik mamanya.

Deretan pakaian di dalam butik itu dibelek Katrina. Mencari jika ada yang dia berkenan. Linda pula sekadar mengangguk. Gila kalau nak bantah! Nak kena pecat

Lagipun, memang Katrina yang menjaga kedai ini dan segala kebajikan pekerja mamanya semua diuruskan oleh gadis berkebolehan itu. Walaupun dia bukanlah berminat sangat dengan bidang kerjaya ini, tapi tanggungjawab itu mesti dijalankan.

Sedang dirinya membelek baju-baju di butik itu, semua pekerjanya menapak ke arah pintu butik. Katrina mengerutkan keningnya. Apa hal ni Dahinya semakin dikerutkan apabila pelanggannya turut sama mengikuti jejak langkah pekerjanya. Eh

Perlahan-lahan, Katrina mendekati kerumunan orang ramai di hadapan butiknya. Bunyi riuh rendah membuatkan perasaan ingin tahu Katrina semakin ketara. Dengan susah payah, Katrina menyelitkan dirinya antara puluhan wanita di hadapannya. Lalu, tubuhnya diloloskan dengan sekuat hati. Ceh! Sengal bahunya akibat bergeselan dengan bahu-bahu ni.

Sambil mengurut bahunya kepala Katrina mendongak. Turut mahu melihat apa yang berlaku sehingga ke semua pekerja dan pelanggannya bergerak ke hadapan ini. Apa yang menariknya Dongakkannya tiba-tiba terhenti. Terasa seluruh nadi dan anggota tubuhnya bagaikan kejang sahaja. Matanya tidak berkelip memandang seraut wajah itu.

Awak nampak gembira jumpa saya Sapa Aidil.

Katrina terpempan. Lelaki itulah yang membuatkan dia nekad untuk tidak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Afiqa tempoh hari di sebelah bahagian majlis Datuk Tengku Syahir. Sejak pertemuan pertama mereka yang sama-sama jadi pengapit Afiqa dan Airish tempoh hari, lelaki itu tak pernah berhenti mengganggunya. Orang ramai mulai riuh apabila model lelaki yang dikategorikan paling kacak itu menegur Katrina.

Aidil pantas membuka kaca mata hitamnya. Dan seperti biasa, pasti akan memberikan renungan yang menggodanya pada semua. Orang ramai bersorak sudah. Teruja melihat kedatangan model dan aksi lelaki itu yang cukup tampan dan menawan hati itu.

Di sana, saya nampak ada seorang perempuan yang sangat cantik. Boleh awak tolakkan dia ke sini. Saya nak jumpa bidadari saya sekejap.

Wajah Katrina beku saja, tanpa perasaan. Katrina mendekati Aidil sendiri tanpa banyak soal sambil memberi jelingan mautnya sekali. Pakejlah namanya tu!

Apa yang awak merepek ni Katrina berpurapura marah.

Aidil melirik senyuman manisnya. Semakin menggila sorakan daripada orang sekeliling mereka. Cairlah tu dengan senyuman mamat ni! Ceh! Tak menggoda langsung.

Macam mana awak boleh ada dekat sini Bukan awak di Singapura ke sekarang ni Bila masanya awak balik Macam mana awak boleh tahu kedai saya di sini bertubi-tubi soalan terkeluar dari bibir Katrina.

Bunyinya macam awak ambil berat tentang saya.

Membulat mata Katrina tetapi pantas dikawalnya kembali. Ambil berat Apa awak mengarut ni

Macam yang awak nampak. Saya datang sini sebab bidadari saya ada dekat sini. Susah tau saya terpaksa berkejar dari Singapura ke Malaysia. Nasib baik dekat. Tapi, walau macam mana sekalipun, rasa berbaloilah untuk jumpa dengan bakal isteri saya kat sini.

Semakin galak suara-suara peminat Aidil bersorak. Ada yang memegang tangan sesama sendiri menahan gelodak perasaan mereka ketika itu.

Saya sibuk, dingin Katrina membalas sambil mula mengatur langkah untuk meninggalkan tempat itu.

Saya ada banyak benda nak tanya awak.

Dahi Katrina berkerut mendengarnya, langkahnya terhenti.

Saya malas nak jawab.

Bukan tentang awak.

Kening Katrina diangkat sebelah. Then

Fiqa.

Melopong Katrina dibuatnya. As I said. Typical man, nowadays. Mana pernah nak lekat dengan sorang!

Hey! Berani awak. Apa yang awak tahu tentang dia marah Katrina tiba-tiba.

Angin gadis itu jadinya. Aidil yang melihat Katrina itu hanya tersenyum. Makin terserlah kecomelan gadis itu apatah lagi dengan cekak rambut yang tersarung di kepalanya.

Bagi saya nombor telefon Afiqa.

Terkejut Katrina dengan permintaan seperti itu. Rasa bagai terhina pula. Ah, benci! Ingatkan mamat ini datang ke sini mahu bertemunya. Tapi... ceh! Buat menyakitkan hatinya sahaja.

Saya minat dia.

Hei! Dia dah ada suamilah.

Saya tahu, jawab Aidil dengan kepalanya dianggukkan sahaja.

Then, stay away from her! I warn you as....

As my girlfriend My future wife pintas Aidil laju.

Tangan Katrina dikepalkan sekuat mungkin. Mahu dipijak rasanya tubuh Aidil di sini!

Lupakan niat jahat awak tu! Saya pergi dulu. Banyak kerja yang saya nak kena siapkan. Well, as you knows money does not come without any efforts.

Aidil ditinggalkan Katrina sendiri di situ. Semua manusia di situ berbisik dan riuh jadinya apabila melihat gadis yang dipanggil seorang lelaki terkenal boleh melarikan diri begitu sahaja. Jual mahal betul. Kalau orang lain yang menggantikan tempat Katrina, mungkin dah lama ajak Aidil kahwin.

Baik awak berhenti, Rina!

Katrina melayangkan wajah selambanya. Dia mahu menyambung kembali kerjanya yang tergendala. Langkah kakinya diayunkan bersahaja memasuki ruangan butiknya.

Saya cakap baik-baik ni. Jangan suruh saya paksa awak nanti, Aidil memberi amaran.

Ada saya kisah

Bibir Aidil rapat diketap. Cis! Tak menjadi taktiknya. Dia mahukan nombor telefon Afiqa supaya dia boleh bertanyakan gadis itu apakah nombor telefon Katrina. Yelah, gadis pujaannya itu terlalu liat dan jual mahal dengannya. Tapi... tak apa, sebabnya dia pun suka dengan permainan begini.

Fine! Saya boleh mintak dengan Airish terus, Aidil turut mahu melangkah pergi.

Katrina yang asyik membelek baju-baju itu terhenti. Tajam matanya memandang Aidil yang sudah mahu melangkah pergi itu. Kata-kata terakhir lelaki itu membuatkan Katrina mahu gila dibuatnya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

Hei, Aidil! Aidil! Tunggu! Katrina pantas mengejar kedudukan Aidil.

Tak! Dia tak boleh biarkan perkara itu berlaku! Nak kena mamat tembaga ni. Jangan haraplah dia dapat nombor Afiqa. Tak dia tidak akan membiarkannya sama sekali.

Aidil!