Sebanyak tiga lapis pintu besi lagi, terpaksa ditembusi Hasya! Dia yang diiringi beberapa orang warden penjara akhirnya tiba di balai pertemuan dengan banduan. Suasana dewan yang tidak putus dilawatinya sejak usia menginjak remaja itu, umpama satu deretan kaunter pertanyaan yang panjang dengan hanya bersandarkan tirai kaca sebagai pemisah di mana hanya interkom menjadi penghubung antara dua jiwa yang berdepanan, bagi melepas rindu.
Hasya diminta tunggu seketika sementara banduan bernombor 3289 dipanggil. Hasya menundukkan wajahnya yang disolek tipis itu ke lantai. Perasaan sebak tiba-tiba datang menerpa perkara ini adalah biasa baginya; melawat ibunya sudah menjadi rutin bulanannya sejak 26 tahun yang lampau. Namun, ada satu rahsia yang bersarang dijiwanya yang tidak pernah gagal membuatnya menangis setiap kali kakinya berlabuh di situ setiap kali menatap wajah ibunya yang tersayang.
Leela apa khabar
Hasya mendongak dan sepantas kilat menyambar interkom yang ada di depannya. Melalui kaca yang gah merentang, direnungnya Hasnah dalam-dalam sebelum titis airmatanya berjurai satu demi satu membasahi pipi gebunya yang bertukar merah dek menahan sebak yang parah. Dengan nada perlahan dia berkata, Leela nak peluk mak Leela dah lama tak peluk mak.
Hasnah tenang melihat satu-satunya zuriat yang dimilikinya; yang kini sarat dalam tangisan itu. Dalam usia menjengah 59 tahun di mana 26 tahun yang terakhir
telah dihabiskan di penjara, adakah lagi situasi dalam kehidupan ini yang bisa membuatnya goyah Benar, sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke Penjara Wanita Kajang ini bagi menjalani hukuman sebaik didapati bersalah atas tuduhan membunuh suaminya Naim, berminggu-minggu lamanya dia tidak lelap hanya bantal basah yang dihujani airmata, setia menemani. Tapi selama mana dia mampu melayani kegundahan itu Masa tetap berlalu tidak mempedulikannya Hikmah terbaik diperoleh Hasnah di situ: Kenyataan meski sepahit mana sekalipun untuk ditelan; apabila dia redha menerimanya, itulah yang menjadi kunci ketenangan dan ketabahan. Hasnah menyapa Hasya dengan nada agak mendatar, Lap air mata kamu, Leela.
Leela. Menurut ibunya itu, dalam ertikata Hindi, ia membawa maksud permainan atau dalam Bahasa
Inggerisnya pula: play. Life is nothing but a play.
Hasya pula bermakna tawa, kegembiraan, keceriaan.
Dalam hidup ini, tiada yang terindah selain mampu melusurinya dengan hati yang terbuka serta berlapang dada. Itulah yang dimahukan Hasnah sebagai seorang ibu terhadap anaknya kerana apa pun takdirnya, tiada yang lebih sempurna daripada apa yang telah disuratkan. Jadi atas dasar apa perlu berduka Menyedari hakikat bahawa hidup ini hanya satu permainan, ikut saja rentaknya tak perlu mendepang arus!
Hasya menyapu airmatanya dengan tangan sebelum bertanya, Mak dah makan
Hasnah cuma mengangguk. Dengan tangan kanannya memegang gagang interkom, tangan kirinya pula digari pada tangan kiri seorang warden penjara wanita yang berdiri di sebelah, adakah lagi ruang untuknya meluah perasaan yang terpendam Mak dah dapat pengampuanan dari Yang Dipertuan Agong, itu kenyataan Hasnah yang membuat Hasya tersentak girang; yang turut bercampurbaur dengan pelbagai lagi gejolak rasa yang sukar ditafsirkan. Demi Tuhan dia tidak percaya akan apa yang didengarnya