Zetty menyangka selama ini, tujuan adik lelakinya, Badri menghantar Qaseh tinggal bersamanya adalah atas tujuan agar budak itu mendapat pelajaran yang lebih baik untuk menghadapi peperiksaan PT3. Tidak tahu pula dia bahawa Badri melarikan Qaseh daripada kekasihnya Zed. Walaupun aunty tak pernah kawin tapi aunty pernah bercinta. Aunty faham persaan korang. Zetty menenangkan perasaan Qaseh.
INT. RUANG TAMU RUMAH PUAN ZETTY / MALAM.
DI SATU SUDUT RUANG; ADA MEJA TEMPAT ZETTY BERKERJA. RUANG DIPENUHI BUKU-BUKU. ADA SEBUAH KOMPUTER.
DI TANGAN QASEH ADA NOTE-PAD YANG SEDANG DITUNJUKKAN PADA ZETTY, SAMBIL MEREKA BERBUAL.
KITA DILIHATKAN PADA NOTE-PAD. TERPAMPAR FACEBOOK QASEH; ADA DUA GAMBAR KEMESRAAN ANTARA ZED DAN NORAIDA.
ZETTY
Hmm...handsome budak Zed tu rupanya. Patutlah...
QASEH Patutlah apa aunty
ZETTY
Patut Qaseh sayang sangat...kan. Cuma aunty tak faham why perlu bertunang. Korang tu masih sekolah
QASEH
Alaa..orang dulu-dulu ada yang umur 14 tahun, dah kawin.
ZETTY
Itu dulu...walaupun yang perempuan umur 14 tahun tapi yang lelakinya paling muda pun umur 18 tahun.
QASEH Itulah...Zed dengan saya, kami nak
bertunang dulu. Nanti bila dah umur 18 baru kami kawin. Apa salahnya...
BERSUNGGUH-SUNGGUH QASEH CUBA
MENYAKINKAN MAKCIKNYA.
QASEH
Qaseh tak puas hati...abah tak boleh pisahkan kami drastik macam ni.
Patutnya dia explain dulu betul-betul. This is not fair!
ZETTY
Ya...aunty faham. Tapi sekarang, Zed tiba-tiba jer dah ada girl lain.
QASEH
Girl tu class mate saya. Selagi saya tak dengar sendiri dari mulut Zed, saya tak nak fikir merapu dulu.
ZETTY MEMANDANG QASEH DENGAN PENUH RASA KAGUM.
ZETTY
Hemm...bagus tu Qaseh fikir positif.
So, why not...you tanya sendiri your friend tu, apa cerita sebenar...
(hulur notepad)
Go ahead do it now!
BARULAH TERUKIR SENYUM PADA WAJAH QASEH. SENANG HATI ZETTY MELIHATNYA.
KEMUDIAN QASEH PUN TERUS MENGHUBUNGI NORAIDA MELALUI FACEBOOK NYA ITU; SAMBIL DIPERHATIKAN ZETTY.
Nasihat Zetty diterima dengan penuh ikhlas oleh Qaseh. Dia pun menaip di facebook miliknya bertanyakan pada Noraida apakah sedang berlaku. Apakah hubungan Noraida dengan Zed Bagaimana gambar-gambar itu sampai ke tangan ibubapanya Lama juga Qaseh menunggu, tetapi tiada balasan dari Noraida. Sementara itu, Qaseh juga menghubungi facebook ibunya, dan bertanya bagaimanakah ibunya memperolehi gambar-gambar itu Tidak lama kemudian ibu Qaseh memberi respon dengan menyatakan bahawa Qaseh tidak perlu bimbang dari mana gambar-gambar itu datang, yang penting Qaseh sudah tahu dan dia harus lupakan Zed.
Melihat akan keadaan seperti tiada kesudahannya, Zetty menyuruh Qaseh agar patuh sahaja arahan ibubapanya, dan mendesak Qaseh agar lupakan semua dan masuk tidur. Qaseh seperti ayam hendak bertelur melihat makciknya meninggalkan dia berseorangan di ruang tamu. Dia masih ingin menunggu jawapan dari Noraida.
Apakah hubungan Noraida dengan Zed sebenarnya. Walaupun pada mulanya Qaseh positif menerima semuanya, tetapi akhirnya perasaan cemburu tetap menyelinap ke lubuk hatinya. Qaseh resah gelisah tidak duduk diam. Dia teragak-agak hendak mematikan notepad di depannya. Tetapi nalurinya mengatakan dia harus tunggu jawapan dari Noraida pada malam itu juga. Maklumlah notepad milik makciknya itu dipinjamkan padanya buat seketika sahaja. Setelah menunggu dan menunggu hampir lebih satu jam sambil menelaah buku sekolah, dengan berat hati Qaseh memaksa dirinya untuk mematikan suiz notepad itu. Sebaik sahaja jarinya hendak menekan suiz, tiba-tiba masuk satu pesanan.
Qaseh sangat yakin pesanan datang dari Noraida. Tidak sabar dia ingin membongkar kebenaran disebalik tuduhan ibubapanya terhadap Zed. Rupa-rupanya pesanan itu datang dari Abang Black. Qaseh terkejut, mengapa Abang Black Setelah membaca pesanan itu, ketahuilah Qaseh bahawa selama ini Zed sdang bersusah payah mencarinya. Pucuk dicita ulam mendatang, gembiranya hati Qaseh tidak terperi. Segala persoalan dan kekeliruan dalam fikirannya kini terjawab. Abang Black menceritakan segalanya pada Qaseh. Sebelum mereka berpisah melalui facebook itu, Abang Black berpesan supaya Qaseh padamkan semua perbualan mereka berdua. Dan Qaseh pun melaksanakan permintaan Abang Black itu.
Kini nombor talifon Zed terpahat di dalam dada Qaseh. Kalau diikutkan hati hendak sahaja Qaseh talifon Zed di saat itu juga, mengunakan talifon rumah makciknya yang berada di depan mata. Tetapi memikirkan malam sudah lewat, Qaseh tidak mahu ianya akan menjadi kemarahan Zetty. Qaseh pun masuk tidur, dengan penuh rasa bahagia dia melenakan tidurnya pada malam itu, agar besuknya dia akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.
Besuknya pagi-pagi lagi Qaseh sudah bangun tidur. Zetty kehairanan, kerana Qaseh selalunya lewat bangun tidur jika tidak ke sekolah. Kebetulan hari itu hari minggu, agak susah buat Qaseh hendak memberi alasan untuk keluar dari rumah. Memang Zetty memberi kawalan ketat menjaga Qaseh. Sewaktu mereka berdua bersarapan pagi, Qaseh cuba minta izin untuk keluar sebentar, Aunty, boleh Qaseh keluar kejap hari ni Nak pergi mana Tanya Zetty. Err...err...nak pergi beli barang sikit. Jawab Qaseh. Jom aunty ikut. Kata Zetty. Terus Qaseh sentap. Jika makciknya ikut sama, tentu dia tidak berpeluang menalifon Zed. Kini dia hanya mengharap agar makciknya itu yang keluar dan tinggalkan dia bersendirian di rumah supaya dia boleh menalifon Zed, menggunakan talifon rumah. Tetapi nampaknya tiada tanda-tanda yang Zetty akan ada urusan di luar. Qaseh menemui jalan buntu.
Melihat keadaan Qaseh yang seperti kucing hendak beranak, Zetty cuba menenangkan anak saudaranya itu. Dia menghulurkan notepad yang telah bebas dari ikatan katakunci. Nah, tengok kalau kawan Qaseh semalam tu dah jawab. Zetty berkata sambil tersenyum. Sepantas kilat Qaseh pun melayarai laman facebook, ternyata ada pesanan dari Noraida. Mereka pun membaca semua penjelasan Noraida.
Noraida mengakui, dia dan Zed kini sangat akrab dan hubungan mereka lebih dari kawan. Zetty dan Qaseh saling berpandangan. Wajah mereka kedua-duanya nampak tenang sahaja dengan berita itu. Zetty senang menerima berita itu dengan harapan dapatlah Qaseh melupakan Zed, dan tumpu sepenuhnya pada pelajaran seperti yang dikehendaki oleh ibubapanya.
Qaseh pula tenang menerima berita itu, kerana dia sudah diberitahu oleh Abang Black semalam, supaya Qaseh bersiap sedia menerima berita dari Noraida yang akan berbau seperti itu. Hakiktanya Noraida yang menaruh hati pada Zed, tetapi Zed langsung tidak ada hati pada Noraida. Qaseh juga sudah tahu kebenaran di sebalik gambar-gambar yang dikirimkan kepadanya melalui facebook itu. Namun yang membuat Qaseh masih resah adalah bagaimana dia hendak mencuri waktu untuk menalifon Zed pada hari itu juga. Rindunya hendak mendengar suara Zed, hanya Tuhan yang tahu.
Zed yang masih marah pada Jefri terus menerus mendiamkan diri. Perubahan perangai Zed makin merimaskan Jefri. Lama kelamaan tahap kesabaran Jefri mulai tercabar. Pada hari itu Jefri hilang kawalan.
EXT. HALAMAN RUMAH ZED / SIANG.
KELIHATAN JEFRI SEDANG MENCUCI KERETA. KEMUDIAN ZED MUNCUL DI SERAMBI; SELAMBA SAJA ZED TURUN TANGGA, TANPA MENEGUR JEFRI.
JEFRI Kau nak pergi mana tu!
ZED HANYA DIAM DAN BERJALAN; MALAH TIDAK PANDANG JEFRI LANGSUNG WALAU SEBELAH MATA.
JEFRI
Hoy! Aku tanya!
(geram)
Kau ingat aku tunggul, kat sini!
ZED TERUS BERJALAN PERGI. JEFRI HILANG SABAR; DIA PUN BAGAI KUMBANG PUTUS TALI LARI MENGEJAR ZED. DAN JEFRI MENYENTAP TANGAN ZED.
JEFRI Apahal kau!
ZED Lepaslah!!!
BERLAKU SEDIKIT PERGELUTAN TARIK TANGAN ANTARA MEREKA. JEFRI BERJAYA MENGHERET ZED MELANGKAH MASUK KE HALAMAN RUMAH SEMULA.
ZED Abang ni dah kenapa, gila ke!
JEFRI
Apahal kau bagak sangat sekarang!
Kurang ajar dengan aku!
TIBA DI TEPI KERETA; MEREKA BERDIRI SAMBIL BERTIKAM LIDAH. MASING-MASING DALAM KEADAAN MARAH.
ZED
Sendiri tau apa...kenapa tanya!
Saya nampak abang pergi rumah Qaseh. Buat apa abang pergi sana!
JEFRI
Adalah hal aku pergi sana.
Takda kena mengena dengan kau!
ZED
Habis, yang abang bertalipon-talipon dengan Noraida kawan Qaseh tu,
apa hal plak! Sapa bagak sekarang
JEFRI Noraida Abang tak kenal pun!!
ZED
Adus! Masih nak auta! Habis tu, macamana boleh ada miss call Noraida kat phone abang. Lepas tu, abang pun ada call dia. Apa barang!
JEFRI TERGAMAM SEKETIKA TETAPI MENGAWAL EGONYA SAMBIL MENCARI ALASAN. NAMPAKNYA RAHSIA TELAH TERBONGKAR.
JEFRI
Berani kau godek phone aku!
Biadab namanya tu, tau tak!
ZED
(menengking)
Jangan cakap lebatlah! Sapa biadab! Tepuk dada, tanya selera laa...
ZED YANG KETIKA ITU ADA DI TEPI KERETA, TERUS BERDENTUM MENGHENTAK TANGANNYA PADA BONET KERETA.
JEFRI PUN NAIK ANGIN; LALU DIHAYUN TAGANNYA MEMBERI SATU PELEMPANG MAUT KE MUKA ZED.
ZED TERKEJUT DAN KESAKITAN. DIURUT MUKANYA, KEMUDIAN TERUS LARI PERGI DARI
SITU.
JEFRI TERKEDU; ITULAH PERTAMA KALI DIA NAIK TANGAN PADA ZED SEJAK DIA DIBERI TANGGUNGJAWAB MENJAGA ZED. DENGAN PENUH RASA KESAL JEFRI PERHATIKAN SAHAJA ZED PERGI.
BAGAIMANAPUN kekesalan yang sedang melanda perasaan Jefri, dia yakin keadaan akan pulih seperti sediakala. Nanti apabila Zed pulang ke rumah, dia akan berusaha memujuk Zed dan menjelaskan segala-galanya. Buat masa itu Jefri terpaksa biarkan sahaja perasaan kesal dan bersalah memakan dirinya. Dia bukan sahaja menyesal kerana menampar Zed. Dia turut menyesal dengan kecuaiannya membiarkan talifon bimbitnya jatuh ke tangan Zed. Bersalahnya dia pada Zed kerana bersubahat dengan ibubapa Qaseh dan Noraida. Dalam pada itu, Jefri yakin apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan Zed.
Berlainan pula pandangan Zed. Baginya apa yang Jefri lakukan adalah suatu perbuatan kianat. Suatu pengkianatan yang kejam oleh abang sepupunya sendiri. Rupa-rupanya selama ini sejak pemergian Qaseh berpindah ke Melaka, Jefri telah mengekori gerak geri Zed. Segala kegiatan Zed di sekolah dan luar, habis semua dipantaunya. Dari situlah Jefri mengenali Noraida, dan berpakat dengan Noraida untuk merakamkan gambar kemesraan antara Noraida dan Zed. Kemudian Jefri memberikan gambar-gambar itu kepada ibubapa Qaseh.
Jefri juga memantau pergerakan Zed di studio latihan. Justeru itu Jefri terpaksa meminta bantuan Black untuk mendapatkan jadual latihan Zed. Dan dari situ Black mengesyaki Jefri memainkan peranan memenupulasi isu gambar Zed dan Noraida. Black tidak setuju cara Jefri menangani masalah Zed dan Qaseh. Bagi Black, Zed seorang budak yang mempunyai bakat seni luar biasa. Perasaan dan hati orang seni seperti Zed seharusnya dijaga dengan cara berseni juga, bukan paksaan. Cara yang Jefri dan Badri lakukan itu terlalu drastik. Mereka mengongkong dan mendesak budak-budak itu seperti diktator, itulah yang Black tidak suka.
Black tidak salahkan Jefri, kerana dia mengerti naluri seni yang ada di dalam diri Jefri tidak sehebat Zed. Maka itu kegiatan seni Jefri sangat terhad. Tetapi Zed, dia ada visi dan bercita-cita tinggi. Dan Zed tahu apa yang dia mahu dalam karier seninya. Itulah menjadi kebanggaan Black terhadap Zed. Malah Black beranggapan Zed bukan sahaja memiliki penganugerahan bakat bermain gitar yang hebat dari Tuhan, tetapi Zed juga mempunyi daya fikir yang jauh lebih matang dari orang dewasa. Kemunculan Zed dalam persembahan konsert yang akan diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi, sangat di tunggutunggu pihak penganjur konsert. Dengar khabarnya tiket semua telah habis dijual. Black tekad akan pastikan Qaseh ada bersama Zed di waktu persembahan itu kelak.
Maka itu Black tidak keberatan membantu Zed untuk mengharungi kehidupan bercinta walaupun Zed baharu berusia 15 tahun. Black percaya dengan adanya cinta di hati Zed, akan bisa menyerlahkan lagi bakatnya, sehingga air didih menganak sungai.
Zed tiba di studio latihan seperti biasa. Sebelum latihan bermula Zed sempat mengadu pada Abang Black apa terjadi antara dia dan Jefri di rumah. Black menasihati Zed agar jangan sampai bersikap kurang ajar kepada orang yang lebih tua. Zed akui kesilapannya, dia ingin lupakan kisah Abang Jefri buat sementara. Kini kisah bahawa Abang Black telah berjaya menghubungi Qaseh lebih utama. Zed meloncat-loncat seperti kera kena belacan, apabila berita itu disampaikan padanya.
Bila-bila masa sahaja Qaseh akan hubungi Zed di telefon bimbitnya kelak. Ternyata petikan gitar Zed pada sesi latihan hari itu, sungguh luar biasa. Mereka semua terpegun melihatnya. Sudah lama mereka rindukan Zed menampilkan kehebatannya memetik gitar. Ini baru berita dari Qaseh, bayangkan kalau Qaseh ada di depan matanya. Bisik Black di dalam hatinya sambil tersenyum. Tentu lebih dahsyat Zed memetik gitarnya jikalau Qaseh ada di situ. Benarlah tanggapan Black bahawa percintaan antara Zed dan Qaseh sudah seperti paku lekat di papan. Susah hendak dipisahkan dua insan yang bercinta itu.
Selesai sahaja sesi latihan, dan baharu beberapa minit mereka berhenti, talifon bimbit Zed berdering. Sambil tersenyum dalam keadaan kelang kabut Zed keluarkan talifon dari saku. Penuh yakin Qasehlah yang sedang menghubunginya. Apabila dilihat talifonnya, senyuman Zed yang terukir lebar tadi, kini melabuh ke dagu. Nama Noraida tertera pada skrin talifon. Dengan penuh rasa kecewa dan berat hati Zed menjawab panggilan itu.
INT. STUDIO LATIHAN / SIANG.
TEMAN-TEMAN BERLATIH SEDANG BEREDAR KELUAR DARI SITU. BLACK PANDANG ZED DENGAN ISYARAT BERTANYA SIAPA TALIFON.
ZED GELENG KEPALA. FAHAMLAH BLACK BUKAN QASEH YANG TALIFON. BLACK PUN KELUAR TINGGALKAN ZED SENDIRI.
ZED BERJALAN BOLAK BALIK DARI SATU SUDUT KE SUDUT LAIN, DENGAN TALIFON DI TELINGA.
ZED Ya...apahal talipon gua
NORAIDA (V.O)
Lepas you practise, kita jumpa. I ada something nak bagitau, pasal Qaseh.
ZED
Apa barang nak jumpa! Tak payahlah! Gua dah tau dah jahat kau.
NORAIDA (V.O)
Jahat apanya Qaseh dah jawab facebook. You tak tau, apa dia cakap
ZED Cakap jer sekarang. Tak payah jumpa!
NORAIDA (V.O)
Qaseh kata, dia dah lupakan you. Tak lama lagi dia akan pergi study di oversea.
ZED MENGHEMPAS-HEMPAS TALIFON KE TELAPAK TANGANNYA. WAJAHNYA BERKERUT-KERUT GERAM.
ZED TAHU NORAIDA SEDANG REKA-REKA CERITA.
KEMUDIAN DILETAK TALIFON KEMBALI KE TELINGA.
ZED
(pura-pura tenang)
Ooo...macam gitu. Thank you Noraida. Thank you, tolong gua. Ok..cau!
NORAIDA (V.O) Eh..err..
ZED TERUS MATIKAN TALIFON; MALAS DIA HENDAK DENGAR LAGI. DIA TAHU NORAIDA BERBOHONG. ZED PANTAS KELUAR DARI SITU.
CUT TO.
EXT. BILIK STUDIO LATIHAN / SIANG.
DI RUANG LEGAR; KELIHATAN SEORANG PEKERJA STUDIO SEDANG LEPAK DENGAN BLACK. ZED MUNCUL BARU KELUAR DARI STUDIO.
ZED Sorry Abang Black
BLACK Jom aku hantar kau balik. Sapa call
ZED
Noraida. Kaw-kaw dia tipu saya. Katanya
Qaseh nak pergi belajar oversea. Saiko budak tu!
MEREKA BERJALAN SAMBIL KETAWA-KETAWA KECIL. TALIFON BIMBIT ZED BERDERING, TERTERA NAMA NORAIDA; ZED TAK JAWAB, DIA BIARKAN DERINGAN TALIFON PUTUS SENDIRI.
KEMUDIAN, TALIFON BIMBIT ZED BUNYI LAGI. ZED BIARKAN SAJA TANPA MELIHATNYA, SEHINGGA TALIFON ITU MATI SENDIRI.
ZED
Hish...budak saiko tu lagilah tu! Malas nak jawab laa!
ZED TERUS TERUS BERBUAL DENGAN BLACK SAMBIL BERJALAN KELUAR BANGUNAN STUDIO.
CUT TO.
EXT. KAWASAN PARKING KERETA / SIANG.
KELIHATAN BLACK DAN ZED SEDANG MENUJU MASUK KERETA. SEKALI LAGI TALIFON BIMBIT ZED BERDERING. DAN ZED TETAP MEMBIARKANNYA HINGGA BUNYI ITU BERHENTI SENDIRI.
ZED Abang...malam ni practise pukul berapa
BLACK Pukul 11. Kau nak aku ambik kau
ZED
Takpa..takpa...abang Jef hantar.
Saya nak mintak maaf dengan dia.
Menyesal jugak bergaduh tadi...
BLACK MENGANGGUK; DIA BANGGA DENGAN SIKAP PEMAAF ZED. MEREKA MASUK KERETA. DAN KERETA BERGERAK PERGI DARI SITU.
Tiba di rumah, Zed terus bersalaman dengan abang Jefrinya memohon maaf. Begitu juga Jefri, dan mereka pun bermaafmaafan dengan penuh mesra. Jika arwah Nenek Som masih hidup tentu sejuk matanya memandang kemesraan cucucucunya yang berdua itu. Jefri dan Zed berpelukan. Jefri meminta Zed berjanji dengannya untuk tidak mengabaikan pelajaran sehingga selesai peperiksaan. Berat telinga Zed mendengar permintaan Jefri itu. Sudah tentu lebih beratlah hatinya untuk menerima hakikat, kerana di saat itu, Zed sebenarnya sudah membuat keputusan ingin berhenti sekolah. Maka jadi teragak-agak Zed hendak membuka mulut untuk menyampaikan keputusannya itu kepada Jefri.
Tiba-tiba talifon bimbit Zed berbunyi. Kali ini Zed merasa lega mendengar deringan itu, kerana dia ada alasan untuk mengelak daripada terus mendengar leteran Jefri yang tidak habis-habis bercerita pasal sekolah. Perbualan antara Zed dan Jefri terbantut di situ. Talifon bimbit masih berdering sambil Zed berjalan masuk bilik tidurnya. Zed yang keletihan mencampakkan tubuhnya telentang ke katil. Deringan talifon bimbitnya diam sendiri tanpa dijawab Zed. Kemudian, Zed seluk tangan ke dalam saku, mencapai talifon bimbitnya. Alangkah terkejutnya dia melihat ada 6 panggilan telerpas, dari nombor yang tidak dikenali. Berdetup kencang jantung Zed. Rupa-rupanya talifon bimbitnya yang berdering sejak dia dari studio tadi, bukan panggilan dari Noraida.
Mungkin Qaseh yang cuba menghubunginya. Bayangkan jikalau benar panggilan itu datang dari Qaseh. Mati hidup balik aku akan menyesal, bisik hati Zed. Dia mengelamun, mata tidak berkedip memandang talifon bimbitnya. Tup-tup talifon bimbitnya berdering. Nama Black tertera. Zed terasa sedikit kecewa tetapi tidaklah hampa. Tetapi berita yang disampaikan oleh Black telah merobek jiwa Zed.
Black memberitahu Zed bahawa Qaseh ada menghubunginya sebanyak 6 kali, tetapi tiada jawapan. Tanpa henti airmata Zed mengalir membasahi pipinya. Jiwanya dirundung malang seperti ombak membanting diri. Bunyi tangisannya pula bagai ombak purus, melontarkan deru yang amat menghibakan. Bagaimanapun, Qaseh tidak menyalahkan Zed kerana Zed tidak tahu, nombor itu datangnya dari talifon di rumah Puan Zetty. Ketika Qaseh berbual dengan Abang Black sebentar tadi, itulah peluang terakhir Qaseh mencuri guna talifon di rumah itu. Bagaimanapun sekarang Zed tidak boleh menalifon ke sana, kerana Puan Zetty sedang berada di rumah. Ruparupanya 6 kali panggilan tidak berjawab itulah panggilan dari Qaseh. Sungguh mati hidup balik Zed menyesal.
Pulang dari sesi latihan pada malam itu, Zed terus memaksa dirinya tidur. Dia inginkan besuk pagi menjelama dengan pantas tanpa menunggu. Tetapi tidurnya seperti tidur-tidur ayam. Kehadiran pagi ditunggu terasa amat lama seperti menanti hari kiamat.