EPILOG KITA - 11
SIAP! Tangan ditepuk dengan bibir digigit.

Seronok pula dia tengok pemandangan di depannya. Dah macam bukit, tapi bukit buatan sendiri. Apa, Datuk Fatimah ingat dia tak boleh uruskan diri sendiri ke Setakat makanan dalam rumah ni, apa la sangat. Banyak lagi makanan dekat luar tu la!

Hani, mana...

Pintu bilik terbuka dengan suara kuat mula bergema. Tapi, aneh, suara itu berhenti berkata.

Terpusing kepala Hani dibuatnya.

Apa benda semua ni mata Ryan terjojol.

Hampir saja anak mata hitamnya membesar memenuhi ruang matanya. Tak percaya dengan benda yang terhidang di depannya. Dari bilik pejabat peribadi, bertukar jadi bilik untuk minah tu. Sekarang, bilik tu dah jadi tempat penyimpanan makanan segera pula ke

Macam mana Kreatif tak kening Hani terjongket.

Puas hati dia tengok maggi cup yang sudah di susun meninggi. Cukup stok sebulan ni! Di sebelah kanan maggi cup, disusun pula pelbagai roti. Dari biskut sampai ke roti gardenia. Sebelah kiri pula khas untuk menyusun segala coklat kesukaannya. Tengok makanan macam ni tersusun, memang buat dia berselera. Lagi berselera bila fikirkan dia tak perlu berkongsi. Ini semua milik aku.

Kreatif kepala otak kau! Apa kau buat ni Maggi semua ni untuk apa Kau dah gila ke simpan benda-benda macam ni dalam almari

Hani naik angin tiba-tiba. Dah la tak tanya aku apa terjadi dalam rumah ni, sekarang nak marah-marah pula!

Kepala otak saya jangan nak main. Pantang tok moyang saya. Maggi dan semua benda ni saya nak makan. Kenapa Ada masalah

Memang ada masalah. Masalah dengan kepala otak kau!

Dia main kepala otak lagi!

Dah tak cukup ke makanan dalam rumah ni sampai kau buat stok dalam bilik ni Pening kepala aku dengan kau ni! Kerja buat semak. Kalau semut datang bilik ni macam mana Nak jadikan bilik ni sebagai tempat penternak semut pula ke

Entah kenapa, Hani sebak tiba-tiba. Bukan sebab kena marah, tapi sebab suara Ryan! Tak tahu apa-apa terus nak kutuk-kutuk! Dia tahu ke apa yang nenek dia buat dekat Hani Dia tahu ke betapa laparnya Hani tahan makan Dia bukannya pernah tanya pun lepas tu marah-marah.

Tahu la dia cuma orang asing, tapi orang asing ada hati dan perasaan juga! Dah la hidup dekat rumah ni tak pernah aman. Siap rasa macam orang pelarian. Nenek Ryan cakap dia pengemis, ingat dia tak ada perasaan ke Dia cuba alihkan semua tu dengan senyuman, tapi bila Ryan tinggikan suara, dia betul-betul sebak.

Tak pernah orang layan dia dengan teruk macam ni!

Kalau awak nak marah-marah, awak pergi masuk bilik awak. Tak payah bising-bising! Saya tahu apa yang saya buat! jari Hani terarah pada pintu yang terbuka.

Kau nak halau aku pula Mestilah aku bising sebab kau buat semak dalam bilik aku! Ni bilik aku, kau tu cuma penumpang!

Penumpang Hani alihkan mukanya dari bertentangan dengan wajah Ryan. Hatinya benarbenar dirundung sebak. Suka hati saja cakap dia macam tu.

Awak keluar. Nanti saya buang semua ni. Kalau takut sangat bilik awak ni semak, saya boleh buang la. Saya yang bawa benda ni masuk, saya pun boleh alihkan semua ni. Tak payah la nak tinggi-tinggikan suara tu. Hani cuba bersuara biasa, tapi ada getar pada suaranya.

Setitis air matanya jatuh jua.

Hoi, kau kenapa ni Tak kan aku tegur pasal tu pun nak sentap Aku tegur benda yang betul. Dah banyak makanan dekat rumah ni yang kau nak makan benda-benda tak sihat ni kenapa suara Ryan mula kendur saat mendengar suara aneh dari gadis itu.

Suara bergetar. Menangis ke gadis tu

Hani...

Tak ada jawapan. Ryan pejam mata. Nak sentap pula ke perempuan ni! bahu yang membelakangkan dirinya ditarik. Direntap kuat supaya menghadapnya. Terpusing laju tubuh Hani dibuatnya. Dia tertunduk saat wajahnya betulbetul menghadap dada pemuda itu.

Kau... kau menangis Ryan terkesima.

Menangis Lelaki tu boleh tanya lagi Hani angkat muka.

Keluar...keluar! Pergi keluar. Pergi! habis lengan lelaki tu ditampar. Siap tolak lagi badan Ryan.

Dia dah tak boleh tahan. Dia terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki kerana ugutan. Dia terpaksa kecewakan mama dan kak longnya. Dia cuba menyembunyikan isi hati dan perasaannya kerana dia tak mahu nampak lemah, tapi sekarang, kesabarannya dah habis. Kesedihan sudah menjadi miliknya. Kali terakhir dia merasa sedih dan teruk saat terkuburnya gadis kecil bernama Zara. Sekarang, dia tak mampu menampung rasa sebaknya lagi.

Hei, kau ni kenapa Tak kan aku cakap sikit nak menangis Ryan terpanar. Pertama kali dia melihat Hani menangis.

Sikit Sikit awak cakap Betul! Memang apa saya rasa sekarang ni sikit. Sikit bagi orang tak ada perasaan macam awak. Keluar. Keluar!!! air matanya terus meleleh tanpa dapat ditahan.

Kau ni kenapa Kau menangis macam ni macam aku dah buat kesalahan besar. Ke kau ni sebenarnya nak tarik simpati aku Cakap apa kau nak Kau ni mesti ada nak sesuatu, sebab tu kau buat-buat menangis kan Hesy! Dengan aku, kau tak payah berlakon la. Kau cakap je terus terang. Hani ketap bibir. Bertambah pedih hatinya. Nak saja bagi lelaki ni telan pencuci jamban!

Awak dengan keluarga awak ni semua tak ada perasaan kan Kalau kau orang semua tak ada perasaan pun jangan ingat orang lain tak ada perasaan juga! Apa hebat sangat ke awak dengan keluarga awak ni hah hambur Hani marah.

Dah la awak bawa saya ke dalam dunia awak lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai. Awak cuma fikir dendam awak. Awak cuma fikirkan yang awak nak sakitkan hati nenek awak. Pernah tak awak fikir perasaan saya hah tanpa sedar Hani mula mengungkit.

Kenapa aku perlu fikirkan perasaan kau pula Kita kan satu pasukan jadi pandai-pandai la jaga hidup masing-masing. Buat apa nak fikir perasaan antara satu sama lain Walaupun terkejut, Ryan masih sempat keluarkan kenyataan yang merobek-robek hati Hani.

Lelaki ni memang tak ada hati dan perasaan langsung!

Betul tu, kita cuma rakan sepasukan. Jadi jangan la kisah kalau saya nak buat apa pun. Saya nak letak makanan ke apa! Awak buat hal awak, saya buat hal saya!

Tapi, masalahnya perbuatan kau ni ni menyemakkan bilik aku. Aku tak suka benda semak!

Jadi saya kena ikut semua cakap awak Habis tu kalau saya ikut cakap awak, awak nak biarkan saya mati kering dalam rumah ni ke hah Awak memang kejam! Hani kesat air matanya. Dia rasa teraniayai.

Apa maksud kau Kenapa kau nak mati kering pula Ryan terasa aneh. Ada sesuatu yang dia tak tahu ke

Disebalik air mata pilu, Hani tersenyum sinis.

Awak memang tak tahu apa-apa sebab awak tak pernah ambil tahu pasal saya. Awak anggap saya ni bukan macam manusia sebaliknya benda yang boleh puaskan hati awak. Benda yang awak gunakan untuk balas rasa kesakitan hati awak tu pada nenek awak. Awak hari-hari kerja. Balik sekejap lepas tu malam awak keluar balik. Makan dekat luar. Pernah tak awak fikir apa yang saya makan dalam rumah awak ni Pernah tak awak fikir macam mana sakitnya saya nak tahan kelaparan bila nenek awak tak izinkan saya sentuh makanan dalam rumah ni Pernah tak awak fikir hah

Akhirnya keluar juga perkara sebenar dari mulut Hani. Ryan nampak sedikit terpanar.

Kenapa awak diam Saya beli semua ni sebab saya nak survive hidup sendiri. Nenek awak tak izinkan saya makan dari harta dia. Jadi salah ke saya beli semua makanan ni hanya untuk kenyangkan perut saya Penumpang macam saya ni tak layak ke nak isi perut sendiri Awak nak biarkan saya mati kering baru puas hati bertalu-talu soalan dari Hani membuatkan hati Ryan dijentik satu rasa.

Rasa bersalahkah

Ryan pandang wajah yang nampak betulbetul sedih itu. Ya Allah, apa lah yang dia dah buat pada gadis ini. Dia tak ambil tahu langsung pasal Hani.

Awak ugut saya supaya kahwin dengan awak, saya terima. Saya tak menangis langsung walaupun saya tahu saya akan kehilangan hidup lama saya. Bila awak janji dengan saya awak akan pulangkan hidup saya seperti sediakala, saya percaya. Tapi, awak layan saya macam saya ni bukan manusia. Awak sedap-sedap makan dekat luar, dekat restoran mewah. Pernah awak ambil tahu sama ada saya makan ke tak Saya tahan lapar dari semalam. Saya pinjam kereta awak sebab saya terdesak! Saya beli semua ni sebab saya tak nak susahkan awak. Tapi, awak balikbalik terus marahkan saya. Tinggikan suara.

Saya boleh hadapi bila saya hilang hidup saya dengan paksaan awak. Tapi, saya tak boleh tahan kalau awak dan nenek awak buat saya macam sampah! Awak fikirkan hati awak yang sakit, pernah awak fikir betapa sakitnya hati saya Saya kahwin dengan awak dengan membelakangkan keluarga saya. Awak rasa semua tu tak sakit ke

Hiba! Hatinya terlalu hiba. Bila satu persatu perkataan keluar dari mulutnya secara spontan, baru dia dapat merasai kesedihan yang berlapuk di hatinya. Air mata yang mengalir bagaikan empangan pecah, diseka dengan perasaan puas. Puas dapat meluahkan apa yang tersimpan di sudut hatinya. Wajah Ryan yang tak beriak dipandang.

Argh! Lelaki tu tak ada perasaan. Sia-sia saja dia menangis. Kerana sakit hatinya melihat muka tak beriak itu, kaki diayun ingin pergi. Dia perlukan ruang untuk bertenang. Menjadi Hani yang cekal dan tabah. Namun baru saja dia ingin melangkah, lengannya terasa disambar. Ksebelum berpusing untuk melangkah. AU TUNGGU sini! suruh Ryan keras

Riak wajahnya mula berubah tegang.

Awak nak pergi mana Nak berperang dengan nenek awak Nak marah dia Semua ni bukan berpunca dari nenek awak, tapi diri awak sendiri. Awak bawa pulang orang yang dia benci, jadi memang wajar dia bencikan saya. Tak bagi saya sentuh harta benda dia. Awak tu yang salah sebab awak jadikan diri awak tu tak berperasaan. Awak cuma fikir dendam.. Dendam dan dendam! tanya Hani sinis.

Langkah kaki Ryan termati sendiri.

Saya tahu, lepas awak dengar semua ni pun, awak tak kan kisah. Tiba-tiba saya rasa bodoh sebab luahkan semuanya pada awak. Awak bukan ambil tahu perasaan orang lain pun. Perasaan sendiri saja yang penting bagi awak kan Jadi lepas ni awak tak payah nak persoalkan apa yang saya buat. Saya tahu urus hidup saya sendiri.

Ryan mendengus geram. Kata-kata Hani sebiji kena tepat pada batang hidungnya. Ada rasa marah mula memancar, tapi dia tak tahu untuk siapa rasa marah itu. Tanpa melihat Hani, dia melangkah pergi dengan hati yang tiba-tiba terasa berkecamuk.