Umi saya datang je, awak kena terus ke bilik ni. Entah kali yang keberapa dia mengingatkan Arissa tentang itu.
Ya.
Jemu dia asyik mendengar ayat yang sama. Entah berapa kali Hakimi asyik mengingatkannya. Dia menyangkut bajunya ke dalam salah sebuah almari di bilik persalinan Hakimi.
Bilik lelaki itu memang besar. Di dalam bilik itu ada dua buah bilik mandi dan sebuah bilik persalinan menyimpan baju dan segala barang peribadi Hakimi. Ia sebesar dua buah bilik bujang. Lebih besar dari bilik di pangsapurinya. Seronoknya kalau betul-betul menetap di sini tetapi tak apalah, dapat sekejap pun jadilah. Merasa juga.
Arissa terus menyimpan baju dan segala barangbarang peribadinya di salah sebuah almari yang masih kosong. Bahagian dalam almari tu besar, dia pun boleh duduk di dalam itu. Kalau main sorok-sorok pun boleh menyorok dalam almari tu.
Memang selesa di dalam bilik persalinan itu. Boleh tidur kalau tiada tempat. Lantainya dilatari karpet dari bulu jenis tebal. Kalau pijak memang tenggelamlah kakinya. Arissa menoleh memandang Hakimi yang sedang memandangnya.
Janganlah tengok, saya nak lipat baju dan pakaian dalam saya, kata Arissa geram ditenung semacam oleh Hakimi. Rasa pelik pula lelaki itu berdiri di pintu bilik persalinan dengan senyuman. Tahulah aku ni isteri dia, tetapi isteri olok-olok je walaupun sudah sah di segala sisi.
Tengok awak mengemas... saya pun rasa nak mengemas juga barang-barang saya, usik Hakimi dan membuka salah satu pintu almari bajunya.
Lama dia memandang baju-baju yang kemas bergantungan. Nak kemas apanya, Mak Cik Ruhaya sentiasa mengemas baju-bajunya. Selain memasak wanita itu mengemas biliknya agar sentiasa bersih dan teratur. Dia memang tidak percaya dengan tukang cuci yang kerap datang untuk membersihkan rumah.
Arissa mencebik. Sibuk betul orang tua ni. Aku nak mengemas dia pun sibuk nak mengemas, gumamnya sendiri.
Sebelum saya terlupa... Hakimi bergegas keluar dari bilik itu dan kembali semula ke situ. Dihulurkan sekeping sampul surat kepada Arissa.
Arissa mendongak memandang lelaki itu.
Apa ni
Nafkah saya untuk awak.
Lebar senyuman Hakimi mengusik Arissa. Suka sangat dia mengusik dan menyakat gadis itu. Wajah kucam membuat Arissa nampak lebih comel. Tetapi adakalanya dia merasa geram bila bibir kecil itu asyik membantah setiap cadangannya. Banyak songeh kata orang sekarang.
Elaun saya tanya Arissa sambil membetulkan ayat lelaki itu.
Kalau panggil nafkah boleh tak Kita kan suami isteri, usik Hakimi lagi.
Herot mulut Arissa. Banyaklah suami isteri dia, omelnya sendiri. Dia mengeluarkan cek yang berada di dalam sampul surat putih yang dipegangnya.
Wah, banyak ni Encik!
Terlopong mulut Arissa. Kemudian memandang Hakimi dengan rasa tidak percaya. RM5000! Lebih banyak daripada gajinya semasa bekerja di Hotel Sweet Arena dulu.
Bagi sini balik... saya ambil balik empat ribu! sakatnya sambil menghulurkan tangan meminta kembali cek yang diberikan.
Eh, mana boleh. Dah bagi ambil balik, itu namanya buruk siku tau!
Cepat-cepat Arissa menyimpan cek tadi di dalam beg pakaiannya. Harap-harap dia tak lupa untuk Bankin nanti. Syukur alhamdulillah.
Lebar senyuman Hakimi melihat tingkah laku Arissa seperti kanak-kanak riang.
Jangan lupa duit mas kahwin tu. Hakimi mengingatkan isterinya.
Arissa memandang Hakimi. Entah mengapa dia merasa berat sangat hendak mengambil duit itu.
Saya rasa Encik ambik baliklah duit tu. Saya ni hanya isteri olok-olok je. Tak elok mempermainkan perkara-perkara macam ni. Memang dia tidak bercadang hendak mengambil duit mas kahwin itu. Rasa seperti tidak berkat dengan apa yang sedang mereka dilakukan.
Hakimi senyap. Ya, dia tahu. Dia duduk di stool yang ada di situ menghadap Arissa.
Awak dah bergelar isteri saya, jadi itu adalah hak awak, tegas Hakimi.
Walaupun olok-olok, dia sudah melafazkan akad tadi. Tiba-tiba rasa berdosa yang amat sangat menyerang hatinya.
Arissa senyap. Tidak tahu bagaimana hendak menolaknya lagi.
Awak simpan dulu. Tengok macam mana nanti.
Akhirnya Hakimi membuat keputusan bila tiada suara dari Arissa.
Kalau macam tu, saya letak di bilik ni je dulu, ya. Arissa meminta keizinan dari lelaki itu. Dia harus sedar yang dia hanya menumpang di situ. Hanya untuk sementara waktu. Bila selesai semuanya dia tidak akan kembali lagi ke situ.
Hakimi mengangguk beberapa kali sebagai menyetujui cadangan Arissa. Entah kenapa dia rasa bersalah sangat terhadap Arissa.
Awak dah buat pilihan nak ke JB, KL atau tinggal di Penang saja nanti soal Hakimi ingin tahu perancangan Arissa.
Arissa memandang Hakimi semula. Dia menggeleng.
Biarlah masa menentukan ke mana saya akan pergi kelak.
Terusik hatinya mendengar jawapan Arissa dan dia hanya mengangguk beberapa kali.
Arissa, sebutnya lembut dan bernada perlahan.
Hmm... Jawab Arissa tanpa memandang Hakimi.
Dia terus melipat pakaian dalamnya dan diletak di salah sebuah laci di situ. Tak kuasa dia nak malu-malu dengan Hakimi yang sudah sah menjadi suaminya. Dah suruh pergi pun masih nak berbual dengan dia. Masa berjalan, lebih baik tangannya pun berjalan. Cepat habis mengemas, cepatlah dia masuk ke bilik dan tidur. Semalaman dia tidak dapat tidur memikirkan pernikahannya pagi tadi. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Umi saya suka perempuan bertudung. Spontan Arissa memandang Hakimi.
Boleh tak awak bertudung Hakimi sudah seperti merayu.
Lama dia memandang Hakimi. Banyak sungguh permintaan lelaki ni, keluhnya sendiri.
Jangan bimbang tentang duit. Saya tanggung. Nanti awak pergilah cari tudung dengan baju yang sesuai sekali, ya. Sekali lagi Hakimi seperti memujuk dan merayu.
Wah, Hakimi merayu!
Suka dia mendengar rayuan Hakimi. Arissa tidak bereaksi. Sengaja dia membuat Hakimi menunggu jawapan darinya.
Please, selesai semua ni... terpulang pada awak nak bertudung atau tidak. Awak pakai masa keluar rumah je. Dalam rumah tak bertudung melainkan di depan si Bad tu je. Saya dah jadi suami awak. Semua aurat awak saya boleh tengok.
Terjojol mata Arissa. Ya Allah, miangnya lelaki gedik ni! Eee... tak suka, tak suka betullah! Hatinya menjerit-jerit dengan kata-kata Hakimi sebentar tadi.
Yalah, jawab Arissa dengan rasa berat.
Rambutnya yang pendek diusapnya.
Terima kasih.
Rambut saya ni tak cantik ke soal Arissa.
Cantik, tapi lagi cantik kalau awak bertudung. Cuba tengok ni. Hakimi menarik veil lace yang dipakai oleh Arissa semasa nikah tadi lalu di tudungkan ke kepala Arissa sambil menghadap cermin.
Kini mereka sama-sama memandang imej di cermin.
Kan cantik tu, puji Hakimi. Memang Arissa cantik dalam apa juga yang dipakainya.
Arissa senyap.
Allah menjadikan setiap satu itu sentiasa ada nilainya yang tersendiri terutama wanita. Kenapa wanita diwajib berhijab soal Hakimi tepat merenung wajah Arissa.
Berkerut dahi Arissa. Kenapa Hakimi menyoalnya begitu Nafas dihela perlahan-lahan. Macam peperiksaan lisan agama pula.
Untuk memelihara aurat. Dan memang dituntut oleh Islam sejak seribu lima ratus tahun yang dulu. Dalam Al Quran pun dah sebut, jelas Arissa.
Hmm... tak payahlah saya nak cakap panjang lebar kan. Awak pun tahu dan pandai dalam bab agama kan Hakimi ketawa kecil.
Perlilah tu, cemuh Arissa sendiri. Terasa berasap hatinya menjawab soalan Hakimi sekejap tadi. Sengaja lelaki itu mahu mengenakannya.
Ya. jawab Arissa tanpa memandang Hakimi.
Selama awak menjadi isteri saya, awak wajib taat pada kata-kata saya. Selesai semua ni, itu terpulang pada awak. Lembut tutur Hakimi. Lama mereka pandang memandang. Akhirnya Hakimi bangun dan melangkah meninggalkan Arissa di situ.
Apa kes lelaki ni Syahdu semacam!
BADRUL mana Mak Cik Hakimi melangkah ke dapur basah yang terletak di belakang
dapur kering.
Ada dalam bilik. Tidur gamaknya. Penat kut, jawab Mak Cik Ruhaya.
Mak Cik pun cukup-cukuplah tu buat kerjanya. Esok pun boleh sambung. Saya tak bagi markah pun, seloroh Hakimi.
Mak Cik Ruhaya ketawa.
Nasi minyak tadi ada lagi ke soal Hakimi.
Tiba-tiba dia merasa lapar bila mengingatkan nasi minyak, ayam masak merah dan jelatah timun.
Ada... banyak lagi. Siapa masak ni soal wanita itu ingin tahu.
Tegak mata Hakimi memandang Mak Cik Ruhaya yang lebih dan kurang sebaya Uminya.
Bukan ke Mak Cik yang masak pagi tadi soalnya.
Awal pagi tadi Badrul mengambil Mak Cik Ruhaya di rumah wanita itu. Selalunya Mak Cik Ruhaya datang dihantar oleh anaknya tetapi disebabkan kena memasak untuk majlis pernikahannya dengan Arissa, dia meminta Badrul mengambil wanita itu awal pagi.
Tak. Pagi tadi Mak Cik ke dapur dah siap semua dalam periuk. Tinggal nak hidang je.
Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam. Dia dapat mengagak siapa yang punya kerja masak-masak ni.
Akhirnya bibirnya mengulum senyuman.
Mesti Arissa.
Mak Cik ingat Kimi panggil orang masak, jelasnya dengan senyum lebar sebaik mendengar nama Arissa di sebut. Nampaknya budak itu memang pandai memasak.
Kan saya minta Mak Cik masak hari tu. Hakimi mengingatkan Mak Cik Ruhaya.
Itulah... keluh Mak Cik Ruhaya sambil menyenduk nasi minyak ke dalam pinggan untuk Hakimi.
Hakimi senyap dan hanya memandang wanita itu menyenduk ayam masak merah pula. Memang sedap masakan Arissa. Entah pukul berapalah isterinya itu bangun memasak semua itu. Ada sesetengah kuih ditempah oleh Mak Cik Ruhaya dan diambil awal pagi tadi oleh Badrul.
Mak Cik Ruhaya menatang dulang ke ruang makan.
Hakimi mengikutnya dari belakang. Mak Cik tak makan ke
Tak apalah... ada benda nak buat.
Duduklah dulu... sembang-sembang dengan saya. Hakimi sudah menarik kerusi berhampirannya.
Hendak tak hendak Mak Cik Ruhaya duduk di kerusi itu. Lama dia memandang Hakimi yang kelihatan berselera menjamah nasi minyak dan ayam masak merah. Nampak kena dengan selera majikannya.
Apa rancangan Kimi lepas ni soal Mak Cik Ruhaya ingin tahu.
Belum fikir lagi Mak Cik.
Padahal terlalu banyak rancangannya. Harapharap semuanya berjalan dengan lancar. Namun ada rasa tidak pasti dengan apa yang sedang dilakukan. Macam-macam yang difikirkan, macam-macam bergelora di hatinya.
Arissa macam mana
Hakimi memandang Mak Cik Ruhaya. Dia senyum.
Err... dia tinggal di sini ke Ragu-ragu wanita itu hendak bertanya. Dan suaranya agak perlahan.
Berkelip mata Hakimi beberapa kali memandang Mak Cik Ruhaya menyoalnya dengan maksud yang kurang difahami.
Yalah, dah dia isteri saya tentulah dia tinggal di sini dengan saya. Hakimi ketawa kecil.
Kenapa Dia masih lagi memandang Mak Cik Ruhaya.
Arissa ada bercerita dengan wanita inikah Tak mungkin, mereka sudah berjanji tidak akan memberitahu sesiapa. Cukuplah Badrul dan Shima, teman baik Arissa menyimpan rahsia mereka.
Mak Cik Ruhaya menggeleng tanpa suara.
Apa maksud Mak Cik sebenarnya Tidak puas hati dengan jawapan dari gelengan kepala wanita itu. Pasti ada sesuatu yang sedang difikirkan atau mungkin sudah diketahui oleh wanita itu.
Kimi tak nak bagi tahu Umi dan Walid yang Kimi sudah bernikah
Sekali lagi Mak Cik Ruhaya mengulangi soalannya beberapa hari lepas. Sebenarnya banyak yang ingin ditanya tetapi tidak tahu bagaimana hendak disusun ayat-ayatnya. Bimbang Hakimi tersinggung pula.
Hakimi tidak segera menjawab. Dia terus menjamah setiap butir nasi minyak yang masih berbaki banyak di dalam pinggannya. Dia tengah berselera, mengapalah masa ni wanita itu menyoal perkara-perkara yang sensitif. Tunggulah dia habis makan ke Rasa tersumbat tekaknya dengan setiap butir-butir nasi yang masuk.
Umi akan balik juga nanti. Biarlah dia tengok sendiri. Akhirnya Hakimi bersuara.
Apa salahnya beritahu sebelum dia balik. Sekurang-kurangnya Kimi tahu macam mana nak berdepan dengan dia nanti. Lagipun Kimi dah nikah dia tak boleh nak buat apa-apa, pujuk Mak Cik Ruhaya.
Hakimi kembali memandang Mak Cik Ruhaya dengan senyuman.
Saya belum sedia Mak Cik. Biarlah dulu.
Mak Cik Ruhaya menghela nafasnya. Dia hanya mampu menasihati lelaki itu dan terpulang kepada Hakimi samada hendak mendengar nasihatnya atau sebaliknya.
Saya harap Mak Cik jangan marah Arissa ya. Atau membenci dia. Dia tak salah. Saya yang ambil keputusan untuk menikahi dia. Dia tahu wanita itu tidak berapa senang dengan Arissa, sejak gadis itu diperkenalkan kepadanya.
Kimi! terkesima Mak Cik Ruhaya mendengarnya.
Saya harap Mak Cik dapat sayang dia sebagaimana Mak Cik sayangkan saya.
Itulah harapannya. Dia mahu situasi ketika ini berjalan dengan lancar dan memudahkan rancangannya. Dia tidak mahu ada timbul situasi tegang ketika ini kerana dia dan Arissa akan menghadapi situasi yang lebih besarkan dan tidak menentu sebaik kepulangan Puan Hanim nanti.
Kaget Mak Cik Ruhaya untuk kali kedua. Besar sungguh harapan Hakimi terhadapnya.
Saya tahu... Umi tak akan setuju dengan pernikahan saya ni. Mak Cik tentu faham dengan Umi tu kan.
Mak Cik Ruhaya menggangguk. Faham dengan maksud Hakimi. Puan Hanim kalau tidak suka akan menunjuk rasa bencinya dengan pelbagai cara. Itulah salah satu sebab timbul rasa bimbangnya terhadap Arissa.
Mulut Umi tu pun boleh tahan kan Hakimi ketawa kecil.
Tak baik Kimi... apa pun dia Umi Kimi, tau! Wanita itu mengingatkan Hakimi.
Ya. Hakimi masih senyum. Tidak tahu kenapa. Saya harap Mak Cik dapat tolong tengok-tengokkan Arissa masa Umi ada di sini nanti, pinta Hakimi.
Mak Cik Ruhaya mengangguk beberapa kali.
Dia tak ada sesiapa selain dari saya.
Kadang-kadang bila difikirkan, bersyukurnya dia masih punya Umi dan Walid. Arissa Tidak dapat dibayangkan bagaimana gadis itu menempuh hidupnya bersendirian selama ini.
Sayang Kimi dengan Arissa ya.
Ya, dia dapat menyelami perasaan Hakimi dari kata-kata dan sinar mata lelaki itu. Kata-kata mungkin boleh berdusta namun tidak dari sinar mata, itulah perasaan yang sebenarnya.
Dah nama isteri, Mak Cik, masakan tak sayang. Hakimi ketawa kuat sebagai menutup dadanya berdebar-debar. Mana Mak Cik tau
Mak Cik orang tua, Kimi. Dah berpuluh tahun makan garam kalau tidak masakan Kimi sanggup
bernikah dengan Arissa kan Lebar senyum Hakimi.
Kimi jangan risau... Insya-Allah Mak Cik akan tengok-tengokkan Arissa tu. Dia budak baik. Kalau dia pandai tackle hati Puan Hanim... tak mustahil Umi Kimi akan lebih sayang pada dia nanti, tau!
Semakin lebar senyuman Hakimi. Panjang sungguh rancangan Mak Cik Ruhaya. Rancangannya hanya dua tiga bulan sahaja. Bagaimana kalau Puan Hanim tidak kembali semula ke Doha. Apa yang akan berlaku kepada dia dan Arissa seterusnya
Ahh... jika perkara itu berlaku, barulah dia fikirkan nanti. Buat masa ini, ikut rancangan seperti yang dirancang!