Tunku Hardie terhenti langkah serentak melepaskan gengaman tangan di lengan Qamra Ain dengan kuat.
Qamra Ain mengurut lengannya yang terasa sakit sambil menangis teresak-esak. Kuat betul cengkaman tangan Tunku Hardie sehingga timbul lebam birat di pergelangan tangan. Sekilas dia memandang ke arah jejaka yang sedang berdiri di tepi tasik sambil mencekak pinggang. Disepak batu jatuh ke dalam tasik demi melepaskan geram kesumat pada si tua itu. Faham benar dia yang amarah Tunku Hardie masih belum reda selagi tak mendengar penjelasan dari mulutnya sendiri.
Apa hubungan you dengan lelaki tua tu! soal Tunku Hardie sambil mengetap gigi. Ternyata dia berasa geram dengan apa yang dilihat tadi. Yang lebih panas hati adalah Qamra Ain sedang berbual mesra dan bergelak ketawa di lobi. Nampak sangat seperti hubungan mereka seperti kenalan rapat.
Sengaja dibiarkan seketika mereka berbual mesra di lobi di waktu dia sedang bersembunyi di sebalik tiang. Semakin dibiarkan semakin rasa cemburu meluap-luap dalam hati. Di sebalik tiang, dia mengepal-ngepal penumbuk menahan kemarahan. Dari duduk bazirkan masa mengendap adalah lebih baik dia pergi bersemuka dengan si tua yang berani mengganggu kekasih hatinya.
I tak kenal dia, Ai. Pertama kali I jumpa dia. Percayalah, I tak cakap bohong dengan you.
Habis tu! Yang you menggatal dengan lelaki miang tu kenapa Depan mata I you gelak mesra! Itu depan mata I, kalau belakang I Entah apa lagi yang you buat!
Kenapa you masih simpan syak wasangka pada I Tak percayakah you pada I I hanya cintakan you sorang, Ai.
Cinta Apa bukti yang cinta you hanya untuk I, Qamra Nasib baik I datang tepat pada masanya, kalau tak I tak menahu langsung tentang hubungan sulit you selama ini. Entah-entah you ni sebenarnya mistress kelas atasan si tua tu!
Hardie! Sampai hati you tuduh I Empat tahun, Hardie 4 tahun I pertahankan cinta I pada you. Segala kemahuan you I turutkan, sampaikan you halang I berkawan dengan pelajar lelaki dalam akademi demi menjaga hati you. I temani you ke mana you pergi. Itu semua tak cukupkah bukti yang I benar-benar cintakan you, Hardie
Tak terdaya lagi jiwanya untuk mengalas sabar dengan tingkah laku Tunku Hardie. Sesungguhnya Qamra Ain kecewa, teramat kecewa dengan tuduhan melulu jejaka itu terhadapnya tanpa mendengar terlebih dulu penjelasan kedudukan sebenar tentang dia dengan lelaki tua itu.
Perempuan semuanya sama! Berjanji pandai, tapi mengotakan janji memang bodoh! You ingat ye, Qamra. Jangan you fikir yang I sibuk di hospitalI tak selidik pasal you di sini. Dah banyak cerita I dengar tentang you dengan Prof. Fattah. Yang I tak faham, kenapa jantan miang tu juga yang you layan Tak mustahil, kalau you pernah serahkan tubuh you pada belum sempat Tunku Hardie menghabiskan berdas-das kata hinaan, tak semena-mena satu tamparan kuat singgah ke muka Tunku Hardie.
Jejaka itu meraba pipi yang terasa perit. Buat pertama kali ditampar oleh gadis yang dicintai. Tak!
gadis yang terang-terangan bersikap curang depannya.
Jaga sikit mulut you, Tunku Hardie. I bukan perempuan semurah tu nak gadaikan mahkota diri I. I masih ingat ALLAH SWT. Walaupun I miskin pada pandangan mata you, I masih lagi ada harga diri, sangkal Qamra Ain dalam keadaan marah sambil menuding telunjuk lurus ke wajah Tunku Hardie. Tangannya terasa sakit akibat menampar sepenuh hati ke pipi jejaka itu. Biarlah, asalkan dapat menutup mulut celupar Tunku Hardie dari berterusan mencaci tanpa usul periksa.
Qamra tak bersalah, Hardie. Reza Rizman yang baru tiba dengan Maria mencelah pertelingkahan mereka berdua. Maria datang mendekati Qamra Ain serta memaut bahu gadis itu manakala Reza Rizman mendekati Tunku Hardie.
Jangan masuk campur urusan aku, Reza! Ini antara aku dan Qamra!
Aku yang beria-ia pujuk Qamra jumpa dengan lelaki tua tu.
Tunku Hardie mengerling tajam ke arah Reza Rizman yang sedang merenung ke arahnya. Pantang sungguh bila gadis sebaik Qamra Ain disakitkan hatinya. Dialah manusia yang paling lama mengikuti hala tuju kisah cinta mereka sejak di awal semester lagi.
Mengikut pengiraan, dia yang terlebih dahulu mengenali Qamra Ain dan Maria di sesi orentasi pelajar perubatan Tahun 1. Di ketika itu, dia dan Tunku Hardie di Tahun 3. Jadi jarak umur mereka hanya sela 2 tahun.
Dia juga yang perkenalkan Qamra Ain pada Tunku Hardie selepas Maria perkenalkan gadis itu padanya. Itu pun di atas desakan Tunku Hardie yang beria-ia mahu menjadikan Qamra Ain sebagai kekasih mutlak. Maria, yang juga menaruh hati dengan Tunku Hardie hanya mampu melihat kebahagiaan jejaka itu dari jauh, sama sepertinya. Masing-masing hanya mampu menyimpan perasaan tanpa diketahui oleh sesiapa selain mereka sendiri.
Jadi, kau sengaja nak hancurkan hubungan aku dengan Qamra! Kau ingat aku tak tau yang kau juga nak rampas Qamra dari aku, kan Tunku Hardie mencengkam kolar baju Reza Rizman untuk kali yang kedua. Malah lebih kuat lagi dari tadi sehingga Reza Rizman terasa sesak nafas.
Lepaskan dia, Hardie! rayu Qamra Ain berkalikali sambil memegang tangan yang mencengkam kolar baju Reza Rizman.
Tunku Hardie terpaksa menurut. Dengan kasar dia melepaskan cengkaman seraya menolak batang leher Reza Rizman dengan kuat hingga lelaki itu terjelopok jatuh ke tanah.
Maria hanya memerhati dari jauh, malas hendak mencampuri urusan mereka bertiga. Dari dia membuang masa, lebih baik dia mengangkat kaki beredar dari situ. Silap haribulan, lehernya pula yang menjadi santapan rakus genggaman Tunku Hardie yang suka meroyan tak tentu hala.
Kau dan Qamra, sama aje! Suka menyakitkan hati aku!
Hardie! Jaga sikit mulut kau sebelum muka kau lebam makan penumbuk aku! Qamra tak bersalah dan kau mereka-reka cerita dek sikap cemburu buta dan panas baran kau! Lelaki tadi tak ada kena mengena langsung dengan Qamra! Reza Rizman mengumpul kekuatan untuk ceritakan hal sebenar walhal urat lehernya masih terasa sakit kerana dicekik dua kali oleh Tunku Hardie.
Aku yang pujuk dia, jangan hampakan harapan lelaki itu yang beria-ia nak berjumpa sedangkan Qamra menolak, Hardie. Dia takut kalau kau salah sangka dengan kesetiaan dia selama ni pada kau. Dan sekarang, apa yang dia dapat Maki hamun dan hinaan kau tanpa usul periksa! Lelaki jenis apa kau ni Kau kata kau cintakan dia sedangkan jauh di sudut hati kau masih tertanam rasa syak wasangka Qamra Ain hanya cintakan kau seorang. Tak ada lelaki lain, Hardie.
Tunku Hardie terduduk di bangku kayu. Dia meraup perlahan-lahan wajah serta menguak rambut yang terjuntai ke belakang. Menyesal sungguh menuduh yang bukan-bukan terhadap Qamra Ain disebabkan sikap cemburu yang meluap-luap. Tambahan pula, tak diberi peluang langsung pada Qamra Ain untuk perjelaskan situasi yang berlaku.
Maafkan I, cayunk, katanya perlahan.
Tiada respon. Tunku Hardie menoleh pantas. Bebola mata hazelnya melilau di sekeliling kawasan tasik ternyata bayangan Qamra Ain tak kelihatan.
Dia dah pergi, Hardie. Tergamak kau lukakan seketul hati yang terlalu telus menyintai kau... Im really disappointed with you, keluh Reza Rizman sambil menepuk perlahan bahu Tunku Hardie berkali-kali sebelum beredar meninggalkan jejaka itu bersendirian.
Tunku Hardie mendambakan pandangan ke arah tasik. Kedua-dua mata dipejam serapat yang mungkin. Dia menyesali tindakan melulunya pada Qamra Ain. Di kala dia dilanda perasaan serabut, ada suatu tangan sedang merayap perlahan di atas bahu.
Kan I dah cakap, Qamra curang dengan you sekarang You baru nak percaya cakap I
Tunku Hardie kehilangan kata-kata. Hanya membiarkan saja si parasit itu menghadiahkan ciuman pada pipinya yang merah akibat tamparan kuat tadi.
Kesian you, kan Jadi hamba cinta tapi cinta you diperhambakan! bisiknya perlahan ke telinga Tunku Hardie sebelum merebah kepala di atas bahu jejaka itu.