Jejawi Tua - 11
Bab 11

LEWAT malam baru Rohani pulang. Sama seperti hari-hari sebelumnya, Ma Pah menunggu dengan penuh setia di muka pintu. Biarpun tersengguk-sengguk menahan kantuk, Ma Pah tabahkan juga matanya agar terbuka dan otaknya berfungsi seperti biasa. Dengung nyamuk dan sejuk bayu malam, tidak langsung dihiraukan oleh Ma Pah. Tiada yang lebih penting kepadanya selain daripada menantikan kepulangan Rohani.

Mak masih tak tidur lagi

sapa Rohani apabila berada di pangkal tangga.

Mak tunggu kau,

Ma Pah bersuara lemah.

Buat apa mak tunggu Ani Kan dah lewat malam ni. Lagipun Ani tahulah mana jalan ke rumah ni,

Rohani membalas dengan nada selamba. Kasutnya ditanggalkan. Kemudian dijinjing dan dia naik ke rumah.

Nanti bila kau dah kahwin, kau ada anak, kau akan faham.

Ma Pah seperti ingin melepaskan beban yang menyarat di dadanya. Rohani meletakkan kasutnya di tepi dinding beranda, hanya tiga jengkal dari tangga. Dia melangkah masuk. Ma Pah bangun dan memberikan ruang untuk laluan Rohani.

Mak dah makan

Belum. Mak tunggu kau.

Rohani pandang muka emaknya dalam-dalam. Dahinya sedikit berkerut.

Buat apa mak tahan lapar Kan dah lewat malam ni. Nanti kalau sakit, Ani juga yang susah.

Kau dah makan

Sudah. Ani makan di kilang tadi dengan kawankawan. Ada kawan yang sambut ulang tahun kelahirannya.

Rohani menjawab, bangga. Ma Pah menghela nafas panjang. Sedikit kekecewaan tergambar pada air mukanya.

Jadi, Ani tak mahu makanlah ni

Ani dah kenyanglah, mak. Mak pergilah makan. Ani nak bersihkan diri sekejap, kemudian nak tidur. Ani kena syif pagi.

Rohani tidak menunggu jawapan balas daripada Ma Pah, sebaliknya terus melangkah ke bilik tidurnya. Rohani langsung tidak menghiraukan gerak tubuh Ma Pah yang jelas berkecil hati dengan sikapnya. Malah sewaktu Ma Pah menyapu air matanya yang mulai menitis di pipi, langkah Rohani semakin tergesa-gesa ke dalam biliknya. Dan sewaktu pintu biliknya dibuka, telefon tangannya berbunyi. Rohani menyambut panggilan itu dengan nada mesra sebelum menghilang di dalam biliknya dengan pintu tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Ma Pah melangkah ke dapur. Lebih tepat lagi ke meja makan. Perutnya sudah lama berkeroncong minta diisi. Hanya kerana keinginannya untuk makan bersama-sama Rohani membuatkan Ma Pah terpaksa menahan kelaparan yang menggigit-gigit setiap inci perutnya. Bahkan sewaktu tangannya sudah menggigil kerana terlalu lapar, Ma Pah masih ingin menunggu Rohani dengan harapan mereka dapat makan bersamasama.

Betul tak apa yang aku cakap

Pertanyaan itu mengejutkan Ma Pah, sekali gus membuatkan kepalanya terteleng ke arah orang yang menyapanya di sudut dapur. Tok Tom berdiri sambil tersengih mempamerkan barisan giginya yang serba karat. Tongkatnya yang bengkok, dihentak-hentak ke lantai seolah-olah hentakan itu menggambarkan isi perutnya yang sedang bergelodak dengan tawa menyindir.

Saya tidak akan serahkan dia, Tok Tom,

Ma Pah bersuara tegas.

Terpulanglah kepada kau tapi anak kau itu tidak akan menyenangkan kau, sebaliknya akan mendatangkan masalah yang lebih besar buat diri kau. Kau wajar lepaskan dia. Biar aku ajar dia. Biar aku didik dia.

Tidak!

Tok Tom ketawa lagi. Tawanya tidak meninggi dan nyaring, sebaliknya bagaikan tekukur jantan cuba mengurat tekukur betina untuk proses mengawan. Sedangkan Ma Pah pula menarik kerusi di meja makan dengan gerak longlai seakan-akan orang yang sedang berputus asa. Makanan yang tersaji di bawah tudung, tidak langsung menaikkan selera Ma Pah. Makanan itu dimasak untuk Rohani. Ma Pah cuba menarik Rohani agar makan bersama-samanya dengan memasak makanan kegemaran Rohani. Namun Rohani ternyata lebih gemar mengambil hati kawan-kawannya dengan mengisi penuh perutnya tanpa menghiraukan perasaan ibunya sendiri.

Kau takkan sanggup menjaga dia, Pah. Pulangkan dia kepada aku,

Tok Tom cuba memujuk Ma Pah.

Buat apa Tok Tom nak letakkan dia di pohon jejawi tua tu

Ma Pah bertanya garang.

Atau nak jadikan dia penunggu perdu jejawi tua

Tok Tom menyengih. Ma Pah tidak teruja langsung dengan sengihan dan kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh Tok Tom. Dia tahu apa yang dimahukan oleh Tok Tom. Dia juga cukup sedar dengan natijah yang akan ditanggungnya seumur hidup jikalau kehendak Tok Tom dipenuhinya. Apa yang dilakukannya dahulu, sudah cukup untuk membuatkan dia kesal. Biarpun perbuatannya telah melahirkan Rohani tetapi perjanjiannya dengan Tok Tom akan menyebabkan dia bukan sahaja menanggung dosa besar, bahkan juga akan dihantui perasaan bersalah yang tidak akan putus-putus sampailah ke hari kematiannya.

Serahkan Rohani kepada aku!

Tok Tom mengeraskan suaran. Wajah Ma Pah direnungnya dengan mata yang merah. Tongkat bengkoknya dihentak berkali-kali ke atas lantai.

Tidak!

Ma Pah juga bertegas. Malahan dia terus bangkit daripada kerusi yang didudukinya sambil bertentang pandangan dengan Tok Tom. Tiada langsung perasaan gementar mahupun takut menapak di sanubarinya. Dan sememangnya sudah terlalu lama dia kehilangan perasaan tersebut terutama selepas kematian Abang Dollah setelah dipatuk ular kapak.

Kau akan menyesal!

Berambus dari sini!

Ma Pah menjerit sekuat-kuat hati.

Mak!

Ma Pah tersentak dan terus berpaling ke arah pintu masuk ke dapur. Rohani berdiri di muka pintu dengan sehelai tuala berwarna biru tersangkut di lengan. Rohani sudah pun berkain batik dan berbaju t nipis. Pencuci muka dan syampu untuk rambutnya juga berada di tangan.

Apa yang mak marahkan

soal Rohani. Ma Pah serba salah. Dia memandang sekeliling. Kelibat Tok Tom sudah tidak kelihatan. Sama seperti kedatangannya, pemergian Tok Tom juga tidak berbekas dan berjejak.

Err... tak ada apa-apalah,

Ma Pah cuba memberi alasan biarpun dia cukup sedar, jawapannya itu pasti tidak akan menyenangkan hati Rohani.

Mak marah siapa ni Mak marah Ani

soal Rohani lagi. Rohani benar-benar menuntut jawapan daripada Ma Pah. Ma Pah menggeleng deras. Kesan daripada pertanyaan itu sudah boleh dijangka. Sama ada dia tersalah memberi jawapan, ataupun bercakap jujur, hati Rohani akan terguris. Dalam keadaan sebegitu, Ma Pah sedar, dia perlu menjaga hati Rohani. Hati Rohani tidak boleh terhentak walau sedikit pun. Atau dia bakal kehilangan Rohani buat selama-lamanya.

Tak ada apa-apalah, Ani. Mak tengah melayan fikiran. Mak teringatkan seseorang.

Ma Pah cuba menenangkan dirinya. Setidak-tidaknya untuk meyakinkan Rohani dengan kata-katanya itu. Rohani masih tidak berpuas hati meskipun Ma Pah telah memberikan penjelasan yang boleh diterima akal. Wajah ibu tuanya itu direnung dengan tajam. Dia cuba mencari sebarang kesilapan yang tercatat pada kedut dan garis-garis yang mulai kelihatan di kulit muka Ma Pah. Ternyata Rohani tetap tidak berpuas hati. Dia melangkah perlahan dan kemudian menarik kerusi di meja makan yang terletak bertentangan dengan Ma Pah. Punggung lebarnya yang lentik, dihumbankan ke atas kerusi itu.

Cuba mak cakap terus-terang, apa sebenarnya yang mengganggu fikiran mak Ani tengok sehari dua ni, lain benar perangai mak,

Rohani mula menyuarakan apa yang dilihatnya. Ma Pah cukup gusar dengan pertanyaan Rohani itu. Dia sebenarnya tidak tahu apakah jawapan yang harus diberikan. Kalau diturut-turutkan hatinya, mahu sahaja dia menceritakan tentang Tok Tom dan proses kelahiran Rohani. Namun, pada masa yang sama, dia juga terikat dengan janjinya bersama Abang Dollah.

Pah, ingat pesanan abang. Walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali Pah ceritakan kepada Ani bagaimana kita mendapatkannya.

Itu adalah pesanan terakhir Abang Dollah, dua hari selepas menderita bisa dipatuk ular kapak. Dan kalaupun tidak dipesan oleh Abang Dollah, Ma Pah tetap akan menutup mulut. Dia tidak mungkin akan menceritakan perkara aib itu kepada sesiapa pun, terutama sekali Rohani. Biarlah rahsia itu kekal dibawanya bersama ke liang lahad seperti yang dilakukan oleh Abang Dollah.

Mak teringatkan seseorang. Seseorang yang mak sangat benci,

kata Ma Pah dengan nada tenang. Dia cuba menyembunyikan perasaan gementarnya.

Siapa

Rohani bertanya lagi. Minat barangkali untuk tahu siapa orang yang dibenci oleh Ma Pah dan sebab-musabab kebenciannya. Ma Pah tidak menjawab.

Orang kampung ni

tanya Rohani lagi.

Mungkin juga.

Maksud mak

Rohani kecilkan matanya kemudian kelam-kabut menggosok kelopak matanya yang dihinggapi nyamuk malam.

Mak tak tahu dia orang mana.

Habis tu, macam mana mak boleh jumpa dia

Dia yang datang ke sini.

Apa yang dia dah buat

Rohani bagaikan matamata gelap yang sedang menyoal seorang pesalah dalam kes bunuh. Ma Pah menghela nafas panjang. Benaknya sibuk memikirkan kaedah terbaik untuk menjawab setiap persoalan Rohani tanpa mendedahkan rahsia yang dibendungnya selama bertahun-tahun. Dia juga perlu bijak mematikan perasaan ingin tahu Rohani yang semakin mendalam. Rohani langsung tidak berganjak daripada kerusi yang didudukinya. Dia mengharapkan Ma Pah akan bercerita. Dan ketika itu juga, Ma Pah nampak peluangnya untuk meluangkan masa seketika bersama-sama Rohani, biarpun umpanannya tidak disengajakan. Pinggan diambil. Tudung saji diangkat dan diletakkan di atas kerusi kosong. Tudung periuk nasi diangkat. Nasi disendukkan dan dimasukkan ke dalam pinggannya.

Ani nak makan

Rohani melihat lauk yang tersaji di hadapannya. Rengkungnya kelihatan bergerak sedikit, sekali gus menceriakan Ma Pah.

Bolehlah. Bubuh sedikit saja. Jangan banyakbanyak. Nanti tak habis, membazir saja.

Kalaulah bukan kerana usianya yang sudah tua, boleh jadi Ma Pah melompat kegembiraan dengan persetujuan Rohani untuk makan bersama-samanya. Tanpa bertangguh, Ma Pah menyenduk nasi dan diletakkan di dalam sebuah pinggan kaca yang memang dikhaskan untuk Rohani.

Mak tak ceritakan lagi, apa orang tu dah buat kat mak sampai mak teringatkan dia

Rohani mengulangi pertanyaan setelah pertanyaannya tadi tidak dijawab oleh Ma Pah. Ma Pah mengunyah nasi perlahan-lahan. Dia masih mencari-cari pangkal ayat yang boleh dituturkan kepada Rohani.

Cerita lama, Ani.

Tak apalah. Ceritakanlah. Ani ada banyak masa.

Kan esok, pagi-pagi lagi Ani dah nak kena bangun untuk bekerja

Takkanlah cerita mak tu panjang sangat sampai kena berjaga semalam-malaman

Taklah begitu... tapi....

Ceritalah, mak! Kalau tak penting, mustahil mak sampai langsung tak sedar Ani ada di pintu tu tadi. Kalau tak penting, takkanlah sampai terlucut keluar dari mulut mak,

Rohani terus mendesak Ma Pah.

Ni kisah masa mak muda-muda dulu. Masa mak belum berkahwin dengan arwah ayah kau.

Sampai sekarang mak masih ingat lagi

Sampai mati pun, mak akan ingat.

Dia kacau mak

Dia buat macam-macam. Bila mak tetap enggan terima dia, dia mula mengancam keluarga mak. Dia ancam nak culik mak dan melarikan mak ke sempadan untuk dinikahi. Bukan itu sahaja, dia juga mengancam akan memutuskan hubungan mak dengan ahli-ahli keluarga mak yang lain.

Jadi, sebab itulah mak dikahwinkan dengan ayah walaupun mak tak cintakan arwah ayah

Rohani cuba mendapatkan kepastian. Ma Pah tersenyum dan mengangguk kecil.

Habis lelaki tu

Dia datang ke kampung ni untuk mengambil upah daripada orang kampung termasuklah mengerjakan dusun arwah datuk kau. Tak ada sesiapa pun yang bertanya tentang latar belakangnya. Dia memang baik. Mungkin sebab itulah, arwah datuk tertarik dan mempelawanya tinggal bersama-sama kami.

Ma Pah berhenti bercakap seketika. Dia menyuap nasi dan mengunyahnya perlahan-lahan. Ma Pah cuba membeli waktu dan melengah-lengahkan Rohani. Pada masa yang sama dia cuba menyusun ceritanya agar lebih diyakini dan pembohongannya tidak dapat dikesan oleh anak daranya.

Apa kesudahan cerita mak ni

Rohani kembali bertanya apabila Ma Pah lebih asyik menyuap dan mengunyah nasi.

Lelaki asing itu cuba melakukan sesuatu tetapi mak dapat menghalangnya. Apabila datuk kau nampak, lelaki tu dihalau dari rumah kami.

Ma Pah berhenti lagi. Kali ini tangannya menyeberang, mencapai mangkuk berisi gulai lemak cili api telur angsa.

Lepas tu

Rohani semakin tidak sabar.

Ingatkan dia takut dan berpindah keluar dari kampung ni. Rupa-rupanya, dia menaruh dendam. Dia tinggal di hujung kampung dan bekerja dengan Tok Ngah Darus sebagai penjaga dusunnya. Apabila malam, dia akan datang ke rumah kami dan mula mengganggu mak.

Habis, arwah datuk tak bagitahu Tok Ngah Darus tentang pekerjanya tu

Siapa yang akan percaya

Kenapa pula

Lelaki itu berperawakan alim. Bila bercakap, cakap-cakap agama sahaja yang keluar dari mulutnya. Dahinya bertanda. Pakaian hariannya pun jubah dan ketayap putih.

Rohani tidak memberikan tindak balas. Namun kerut di dahinya memberi petunjuk kepada Ma Pah bahawa Rohani sedang menganalisis ceritanya.

Mungkin sebab terlalu geram dan marah kerana mak telah dikahwinkan dengan arwah ayah kau, lelaki itu cuba melakukan sesuatu yang tidak elok. Dia telah melaga-lagakan orang kampung ini dengan arwah datuk kau. Dia juga menabur fi tnah kononnya mak telah bunting akibat perbuatan keji.

Orang kampung terpengaruh

Sudah tentu. Masa tu, orang kampung sangat menjaga tatasusila. Sesiapa sahaja yang melanggar tatasusila itu, sama ada dihalau keluar dari kampung ataupun dipulaukan. Keluarga kami dipulaukan. Kenduri mak dan ayah tidak ramai dihadiri oleh orang kampung. Pun begitu, perkahwinan mak dan ayah kau berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Habis tu

Dendamnya tidak berkesudahan. Dia cuba dengan cara lain. Dia mengganggu ayah kau pula. Dia memberi amaran agar ayah melepaskan mak. Bila ayah tak mahu, dia dan kawan-kawannya cuba memukul dan membelasah ayah kau.

Jadi, apa kaitan dengan jeritan mak tadi

Ma Pah kehilangan kata-kata buat seketika.

Mak macam ternampak bayangan dia!

Itu sahaja alasan yang terlintas dan mampu diucapkannya. Rohani menghela nafas panjang.

Mak tu terlalu banyak sangat berangan-angan. Tak payahlah mak membayangkan atau mengingatkan perkara yang sudah-sudah,

kata Rohani.

Hmm... sedap pula masakan mak malam ni. Tambah lagilah.

Ma Pah tersenyum senang. Motif penceritaannya telah berjaya. Dan Rohani bukan sahaja menambah nasi, sebaliknya meluangkan lebih banyak masa bersama-samanya.

Tadi, Mak Limah dengan Salmiah datang melawat mak,

beritahu Ma Pah sambil tersenyum. Rohani mengangkat muka dan merenung Mak Limah dengan tajam.

Mak Limah datang Dengan Salmiah

Rohani cuba mendapatkan kepastian Ma Pah. Ma Pah mengangguk.

Apa yang mereka nak

Tak ada apa-apa. Sekadar menziarahi mak.

Mereka naik

Ma Pah menggeleng.

Takkanlah mak nak bagi mereka naik. Bukankah Ani melarang mak buat macam tu.

Yalah, manalah tahu. Mak Limah tu pandai memujuk. Selama ini pun dah berkali-kali dia cuba nak naik, kan

Ma Pah tersenyum lebar.

Jangan risau, Ani. Tak ada sesiapa pun yang boleh naik ke atas rumah ni.

Ada dia tanyakan tentang Ani

Ada, si Salmiah tu, beria-ia sangat duk tanyakan tentang Ani. Terjenguk-jenguk dia ke tingkap bilik Ani. Mungkin dia teringin sangat nak jumpa Ani.

Jangan sampai ada sesiapa pun naik dan masuk ke rumah kita, mak.

Mak tahu.

Ani pegang janji mak. Nanti, bila kita dah cukup duit, kita pindah dari sini.

Kata-kata Rohani itu bagaikan petir di dalam kepala Ma Pah. Apa yang ditakutinya, kembali disuarakan oleh Rohani. Bagaimana dia hendak menghalang Rohani daripada mengingatkan keinginannya itu Bagaimana dia hendak membuatkan Rohani melupakan niatnya untuk berpindah dari rumah peninggalan arwah suaminya

Esok, lepas kerja Ani nak bawa mak ke pekan,

Rohani menyudahkan suapan terakhirnya. Ma Pah juga menyudahkan suapan terakhir. Makan malamnya terasa bererti dengan kehadiran dan kewujudan Rohani.

Buat apa

Ani nak ajak mak beli kain.

Kain

Ma Pah kerutkan dahinya lagi.

Nak buat apa dengan kain Kan kain banyak kat rumah kita ni

Baju mak tu... dah buruk sangat.

Buruk

Ma Pah renung baju kurung yang dipakainya. Memang benar seperti yang dikatakan oleh Rohani. Baju kurung kedah yang tersarung di badannya sudah buruk dan kusam. Bunga-bunga kecil pada kain di bajunya itu juga sudah terlalu pudar. Beberapa carikan terutama di hujung lengan, berjuntai-juntai.

Alah, tak payahlah membazir, Ani. Kan mak ada baju lain Nanti mak pakai dan gantikan baju ni.

Kalau macam tu, suka hati mak lah. Tapi Ani tak mahu tengok mak pakai macam ni. Cuba mak bersolek sedikit. Mak ni bukannya tak cantik lagi.

Alah, mak dah tualah, Ani.

Mana ada istilah tua, mak. Kalau mak bersolek, Ani yakin dan percaya, akan ada orang yang tertawan dengan mak. Mak pun masa muda cukup terkenal sebagai orang yang paling cantik dan bergaya dalam kampung ni, kan

Mana Ani tahu

Alah, Ani tengok gambar lama mak. Mak dengan ayah macam tak sepadan. Mak cantik dan bergaya, ayah pula hanya lelaki kampung biasa.

Tapi mak cintakan ayah kau, Ani.

Ani tahu. Kalau tidak, takkanlah Ani dilahirkan ke dunia ni, kan

Mereka sama-sama ketawa. Selesai makan, Rohani terus ke bilik air sekalipun Ma Pah melarang. Rohani nampaknya tidak mahu mendengar petua Ma Pah yang mengatakan, orang yang mandi pada masa kekenyangan akan mudah buncit perut. Sebaliknya penjelasan yang diberikan oleh Ma Pah, hanya dibalas dengan tawa kecil. Senang hati Ma Pah apabila melihat nasi yang dihidangkan untuk Rohani habis. Begitu juga dengan lauk-pauk. Susah payah dia memasak, akhirnya tidak membazir begitu sahaja. Di dalam bilik air yang terletak bersebelahan dengan dapur, Ma Pah mendengar suara nyanyian kecil Rohani.

Kenapa tak buka lampu, Ani

Ma Pah segera bersuara apabila dilihatnya bilik air itu gelap gelita. Rohani tidak menjawab. Mungkin terlalu sibuk menyanyi sehingga tidak mendengar suara Ma Pah.

Mak bukakan, ya

Ma Pah bertanya lagi. Sama seperti tadi, pertanyaannya juga tidak dijawab oleh Rohani. Ma Pah menghantar pinggan mangkuk yang telah digunakan ke singki. Dia memulas kepala paip namun tiada setitik pun air yang keluar dari kepala paip tersebut. Ma Pah mengetuk-ngetuk kepala paip itu dengan geram.

Tersumbat lagi ke kepala paip ni

Ma Pah merungut-rungut. Diketuk-ketuk tetapi masih tidak setitis air pun yang meluru keluar. Dari arah bilik air kedengaran air mencurah ke lantai. Pun begitu, curahan itu biasa sahaja. Bukan seperti orang mandi.

Ani, matikan sekejap kepala paip tu. Paip kat singki ni tak keluar air!

laung Ma Pah. Curahan air di bilik air, tetap tidak berkurangan. Cuma suara Rohani sahaja yang sudah menghilang. Nyanyiannya tidak kedengaran lagi. Bukan kerana ditenggelami bunyi air yang mencurah sebaliknya memang tidak ada suara langsung. Ma Pah tidak berpuas hati. Dia meninggalkan singki dan melangkah pantas ke pintu bilik air. Pun begitu, Ma Pah tidak terus menolak daun pintu sebaliknya mengetuknya perlahan-lahan, seolah-olah bimbang Rohani akan berkecil hati jikalau daun pintu bilik air itu diketuk kuat.

Ani! Ani!

panggil Ma Pah. Dia mendongak, memerhatikan ke lubang jeriji yang menghubungkan ruang dapur dengan bilik air. Gelap gelemat....

Macam mana mandi dalam gelap ni

rungut Ma Pah. Dia segera meraba-raba suis lampu. Suis lampu dipetik. Lampu menyala mengerdip-ngerdip sebelum terang. Curahan air ke atas lantai bilik air turut hilang sebaik-baik sahaja lampu kalimantang di bilik air terang-benderang.

Ani!

panggil Ma Pah. Bimbang juga dia seandainya Rohani berkecil hati kerana dia telah menghidupkan lampu di bilik air.

Ada apa, mak

suara Rohani kedengaran tercungap, sekali gus membuatkan Ma Pah tersengih senang.

Mak ingatkan nak suruh Ani tutup kepala paip di bilik air tu dulu. Air tak sampai ke singki la,

adu Ma Pah.

Ohhh... yalah... Ani pun dah selesai mandi ni.

Ma Pah kembali semula ke singki untuk membersihkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tadi. Sesuatu yang berlaku di singki itu membuatkan Ma Pah terbeliak besar. Pinggan mangkuk di dalam singki itu diliputi oleh sawang-sawang yang berwarna hitam. Sawang itu juga berjangkit dengan kepala paip. Malah debu-debu tebal turut melekat di keseluruhan singki yang diperbuat daripada aluminium. Ma Pah berpaling. Dapur rumah yang sentiasa dikemasnya, kini bagaikan sebuah dapur usang yang sudah tidak digunakan lagi. Tudung saji yang masih berada di atas kerusi kosong, kelihatan renyuk dan berserabut dengan sawang serta debu. Di atas meja makan, debu meliputi hampir keseluruhan meja makan. Saprah yang menghiasi meja, sudah cobakcabek dan hilang warnanya. Lantai dan perabot di dapur itu juga menerima nasib yang sama. Sampah sarap dan daun-daun kering berselirat di atas lantai seolah-olah lantai itu tidak pernah disapu dan ruang dapur itu tidak pernah dikemaskan. Padahal, itu adalah rutin harian Ma Pah. Ma Pah lantas berpaling ke arah bilik air. Bilik air kembali gelap gelita seolah-olah lampu yang dinyalakannya sebentar tadi, tidak disentuh langsung. Suara nyanyian Rohani hilang lenyap seperti hilangnya cahaya matahari apabila malam menjelang.

Ani! Ani!

Ma Pah mula menjerit. Singki yang dipenuhi sawang dan habuk segera ditinggalkan. Dia berlari ke bilik air dan menghidupkan lampu. Pintu bilik air segera ditolak. Ternyata daun pintu itu tidak dikunci dari dalam. Tidak sebagaimana ketika dia memberitahu Rohani agar menutup kepala paip di bilik air itu.

Ani!

jerit Ma Pah memecah kesunyian malam yang hanya bertemankan suara unggas malam. Bilik air itu kosong. Lantainya juga berdebu dan kering. Malah daun-daun kering yang melekap di lantai bilik air, langsung tidak terusik dan menunjukkan sebarang tanda ia telah diganggu.

Ani!

Ma Pah menjerit sekuat-kuat hati. Ma Pah berlari meninggalkan bilik air dan dapur. Dia ke ruang tamu. Ternyata, persekitaran ruang tamunya juga tidak banyak berubah dengan keadaan di dapur serta bilik air. Ma Pah sekadar terpempan melihat persekitaran itu seolah-olah ia adalah satu pemandangan baru kepadanya. Tatkala dia melihat pakaian di tubuhnya, Ma Pah teringat semula pesanan Rohani agar dia menukar pakaian baru kerana bajunya sudah terlalu buruk dan berserabai.

Ani! Jangan tinggalkan mak, nak!

Ma Pah merintih-rintih. Dan saat itu, ada suara tawa yang kedengaran dari arah bilik Rohani. Ma Pah segera berpaling ke arah pintu bilik Rohani yang terkangkang dengan langsirnya terselak. Bilik Rohani bergelumang dengan kegelapan. Cahaya daripada lampu kalimantang yang dinyalakan di tengah-tengah rumah tidak mampu menerobos masuk ke bilik anak gadisnya itu.

Ani

Ma Pah melembutkan suaranya. Suara tawa kedengaran lagi tetapi bukan di dalam bilik Rohani sebaliknya sudah berada di luar rumah. Ma Pah tidak berpuas hati. Dia cuba menghidupkan lampu di bilik itu. Namun ternyata lampu yang ingin dihidupkan, tidak mahu pula bernyala, sebaliknya sekadar terkerdip-kerdip bagaikan cahaya di buntut kelip-kelip.

Ani

Bukankah aku dah kata....

Suara itu membuatkan Ma Pah berpaling serta-merta.

Lebih baik kau serahkan Rohani kepada aku. Biar aku yang jaga. Kau takkan mampu menjaga Rohani. Tengok sajalah diri kau.

Ma Pah merenung Tok Tom dengan mata yang mengecil. Ketakutannya terhadap Tok Tom sudah lama menghilang. Sebaliknya wanita tua yang berambut mengerbang dan mengaku menjadi nenek saudaranya itu lebih banyak menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hatinya.

Celaka! Kau makhluk terkutuk!

maki Ma Pah.

Pulangkan anak aku balik.

Bukan kau yang sepatutnya bercakap macam tu. Aku yang lebih layak untuk meminta anak itu dipulangkan kepada aku. Dasar manusia tidak mengenang budi! Lembut leher apabila berjanji tapi bila kehendak dah dipenuhi terus lupa dengan apa yang telah dijanjikan.

Kau tak layak menuntut apa-apa yang aku janjikan! Aku sayang anak aku!

Tok Tom ketawa lagi. Bersungguh-sungguh tawanya sehinggakan seluruh rumah itu turut bergoyanggoyang. Namun tawa Tok Tom itu sedikit pun tidak menggetarkan hati Ma Pah. Bahkan tawa itu membuatkan rahang Ma Pah berkisar dan dia sudah berkira-kira untuk menerpa ke arah Tok Tom.

Pulangkan anak aku!

Ma Pah menderam.

Kau tidak pernah ada anak, Pah! Kau tak ada anak pun!

Tok Tom mengejek-ejek Ma Pah.

Anak yang kau ada, adalah anak aku. Anak yang aku pinjamkan kepada kau dan suami kau. Sekarang sudah sampai masanya untuk kau pulangkan semula.

Ma Pah tidak dapat mengawal kemarahannya. Dan dia tidak peduli pun betapa Tok Tom sudah terlalu tua untuk dijadikan tandingannya dalam beradu tenaga. Dia terus menerpa dan cuba menyentuh Tok Tom. Namun ternyata, cita-cita besar Ma Pah dapat ditangkis dengan mudah oleh Tok Tom. Sedikit sahaja perempuan tua itu mengelak, membuatkan kepala Ma Pah menghentam dinding dan dia berkeriau kesakitan sambil memegang kepalanya yang berjujut-jujut darah. Tok Tom masih mentertawakan kebiolan Ma Pah.

Selagi kau tak lepaskan Rohani, kau akan terperangkap dalam keadaan begini, Pah. Ingat pesanan aku, tunaikan janji yang kau tuturkan sendiri!

Tok Tom tidak menghiraukan Ma Pah yang berguling-guling di atas lantai yang dipenuhi habuk, debu dan kotoran, termasuklah najis manusia yang sudah kering. Darah yang menyembur keluar dari luka di tengah-tengah kepala Ma Pah mulai menakung di atas lantai itu. 18