Suasana di dalam hutan sedikit riuh. Angin menderu laju. Seekor burung gagak terbang lalu bertenggek di atas dahan pokok besar sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Burung gagak itu mengibas-ngibaskan sayapnya. Sesekali ia menggaru badan menggunakan paruh yang sedikit kotor akibat menjamu selera hasil bangkai yang sudah mereput. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Ia memerhatikan satu cahaya yang tiba-tiba muncul pada pokok. Tidak lama kemudian, satu bahagian pokok terbuka menyerupai pintu. Satu susuk makhluk melangkah keluar dari situ. Manusia. Si gagak menggauk kuat tanda terkejut.
Susuk manusia yang menyerupai seorang perempuan itu menanggalkan jubah yang dipakai. Rambutnya dibiar lepas bebas. Si gagak masih lagi memerhatikan keadaan dari atas tempat ia bertenggek.
Gagak. Eh Perempuan tersebut memegang lembut bibirnya. Lidahnya dikeluarkan perlahan-lahan tetapi dimasukkan kembali.
Aku boleh berbicara bahasa ganjil Adakah.. Dia mengeluarkan cermin kecil dari poket kainnya.
Cermin itu ditiup perlahan.
Aku berada jauh dari Hungary, bukan
Satu imej seperti sebiji epal merah yang ranum terbentuk daripada cermin itu.
Apa aku bakal ketemu dengan lelaki yang boleh memanjangkan zuriat keturunanku Soalan itu ditujukan kepada cermin di tangannya.
Sekali lagi imej berbentuk buah epal yang ranum timbul. Perempuan asing itu tersenyum lebar.
Syukur. Aku perlu keluar daripada salasilah buruk keluargaku untuk memulakan kehidupan baru. Ayuh, tunjukkan aku di mana bakal ayah kepada zuriatku.
Cermin kecil itu terapung dan dan mara ke hadapan. Seolaholah menjadi petunjuk arah, perempuan asing itu membuntuti pergerakan cermin kecil tersebut.
*****
Sekumpulan manusia lengkap berjamung meredah kegelapan malam hutan belantara. Masing-masing lengkap bersenjata. Mereka melangkah laju sambil bercakap dengan nada marah.
Aku dah bilang sama kau. Kita kena pukau dengan
perempuan sihir tempoh hari. Celaka!
Aku pasti perempuan sihir tu bersekongkol dengan makhluk terbang tempoh hari. Mereka pasti mahu porak- perandakan kawasan kampung kita. Kau tengoklah Sudin dan Ajis sampai sekarang hilang tak muncul-muncul sejak dituduh memperkosa Kenanga. Kenanga yang menggoda mereka berdua ke ranjang akhirnya Sudin dan Ajiz yang hilang, bebel Romli.
Kau jangan pendek akal. Kamu tahu kan Ajis dan Sudin itu memang kaki perempuan. Apa masuk akal Kenanga sebaik itu mahu mengajak mereka berdua ke ranjang Kalau bodoh itu tak perlu ditunjuk. Gunakan sedikit warasnya akal.
Romli terdiam apabila mendengar teguran Sudir, lelaki yang mengepalai kumpulan mereka. Dia menggenggam erat buku limanya. Egonya sedikit tercalar dengan teguran tersebut.
Ah! Kamu itu memang selalunya bersangka baik pada semua hal. Cukup dengan leteran baik kamu. Kita terus laju sahaja ke rumah pawang. Biar dia yang uruskan. Romli menempelak andaian Sudir.
Mereka kembali meredah hutan menuju ke sebuah pondok yang bercahaya terang. Api daripada sumbu minyak tanah menerangi kawasan sekeliling. Seekor biawak besar yang meleleh air liurnya duduk selesa di hadapan pondok. Lidahnya yang bercabang sesekali menjelir keluar. Kumpulan manusia itu berhenti tidak jauh daripada pondok. Romli, Sudir dan tiga yang lain berjaga-jaga tatkala biawak besar itu menghampiri mereka. Wak, sudah. Biarkan mereka masuk. Kamu pergi ke belakang rumah. Lekas! Seorang lelaki tiba-tiba bersuara.
Biawak besar itu berpaling dan perlahan-lahan meninggalkan kawasan hadapan pondok. Seorang lelaki yang berserban dan hanya berkain pelikat keluar dari pondok. Dadanya sarat dengan biji-biji tasbih dan tulang-tulang kecil.
Tok, maaf kalau kehadiran kami tidak diundang. Romli memulakan bicara.
Tidak mengapa. Rapat ke sini lekas.
Hanya Sudir dan Romli yang berjalan menghampiri lelaki tua tersebut manakala yang lain hanya berdiri tercegat sambil memegang senjata masing-masing.
Apa dendammu kemari, Romli
Begini Tok, tempoh hari Ajis dan Sudin seperti biasa mengacau perempuan kampung. Ya, mungkin juga bak kata Sudir berlaku sedikit onar. Mereka lelaki. Kita semua lelaki. Mana mungkin kita mampu tahan rasa ghairah.
Kemudian
Mereka dituduh merogol Kenanga, anak bidan kampung Belanga. Perbincangan sesama keluarga sudah dibuat. Semua sudah elok dibayar. Tetapi, tiga hari kemudian Ajis sama Sudin
hilang tanpa jejak.
Kau menuduh Patimae
Err
Romli terdiam. Sudin hanya mampu mengelipkan matanya.
Usah khuatir. Walau dia mantan isteriku, aku tidak marah. Aku tahu corak permainan dia. Aku juga tahu yang Sudin sama Ajis sudah lama mati. Tidak ada apa yang kamu boleh buat melainkan dendam sampai mati. Aku tidak akan menolongmu membalas dendam kerana Patimae telah mengajarku sedikit ilmu. Aku terhutang budi kepadanya. Dia guruku. Tetapi, aku mungkin boleh menolongmu dengan perkara yang lain, kata Tok sambil menggosok dagunya.
Perkara lain Romli cuba mendapatkan kepastian.
Usah tunjukukkan kebodohan diri kamu. Aku tahu mengenai Makhluk Gelap Bersayap.
Selamatkan diri! Suasana di luar pondok sedikit kecoh dengan suara tiga pemuda tadi.
Mereka bertempiaran lari tatkala biawak besar peliharaan Tok mara ke hadapan. Sudir sudah bersedia dengan parang manakala Romli terketar-ketar sendirian.
Wak, jangan mara. Duduk. Tok memberikan amaran kepada biawak peliharaanya namun biawak tersebut tidak mempedulikan arahannya. Ia merangkak menuju ke hadapan sambil lidahnya dikeluarkan ke kiri dan kanan. Tok melompat dari pangkin pondok lantas menghayun tangan kanannya tepat ke badan biawak itu. Ia jatuh tersungkur tetapi masih bernyawa.
Degil! Aku sudah bilang jangan mara. Awas! Sekali lagi
kau degil, kepalamu bakal kupancung!
Biawak besar itu tunduk dan merangkak ke tepi pagar rumah sambil menjilat-jilat darah yang keluar daripada mulutnya. Berbalik kepada perbincangan kita tadi.. Tok menghampiri Sudir dan Romli sambil menggosok kedua belah tangannya.
Mungkin kamu berdua boleh menolong aku menangkap Makhluk Gelap Bersayap itu. Dia yang terakhir daripada susur galur keturunannya.
Sudir dan Romli berpandangan sesama sendiri. Mereka mengangguk. Ayuh, aku ada sedikit air tuak yang aku peram. Kita boleh menikmatinya sambil merencana sesuatu.
Tiba-tiba Tok melompat tinggi. Dia mendarat di bahagian hadapan pagar pondok sambil terkumat-kamit membaca sesuatu. Dari jauh suatu objek kecil terbang laju dan menyerangnya. Dia sempat mengelak tetapi tidak berjaya menangkap objek kecil tersebut. Kemudian, dia melompat ke belakang sambil mencabut sedikit rumput. Bibirnya membacakan sesuatu dan meniup rumput itu ke udara. Rumput-rumput tersebut berterbangan membentuk satu perangkap. Objek kecil tersebut akhirnya terperangkap dan jatuh ke tanah.
Kau handal. Kedengaran satu suara halus milik seorang perempuan. Dia menghampiri Tok. Sudir dan Romli memerhati dari jauh.
Apa hajat kau Cermin, balasnya ringkas.
Objek kecil yang diikat dengan helaian rumput tadi mengeluarkan cahaya kecil. Cahaya tersebut mula membakar ikatan rumput disekeliling cermin tersebut. Setelah rumput terakhir terbakar, cermin itu terapung dan kembali ke tapak tangan perempuan asing tersebut.
Aku daripada keturunan mulia Bathory yang datang dari Hungary. Namaku Anasztasia. Aku percaya kau lelaki gagah di penempatan ini. Perempuan asing itu mula memperkenalkan dirinya.
Tok terdiam. Biawak besar peliharaannya merangkak perlahan seolah-olah berada dalam posisi untuk menyerang.
Aku perlukan seorang suami dan kamu perlukan seorang
isteri. Apa kita boleh bersatu
Anasztasia membuka jubah dan pakaian yang melekat di tubuhnya. Susuk tubuhnya yang mungil dan montok mampu menggoda benteng pertahanan seorang lelaki. Tok menghampiri Anasztasia seraya menarik rambutnya dengan kuat dan mengucup rakus bibir perempuan itu. Mereka saling berbalas kucupan. Lidah saling menikam antara satu sama lain. Romli dan Sudir hanya melihat perlakuan sumbang itu dengan perasaan ghairah.
Kau dengan rela hati mahu menjadi suri hidup aku. Kau sanggup menjadi pembawa zuriat keturunanku Mata Tok tajam memandang Anasztasia.
Semestinya niatku datang ke mari..
Kau bukan berasal dari sini. Ilmu kau jauh berbeza. Tok menyampuk sebelum Anasztasia sempat menghabiskan katakatanya.
Betul, aku datang berjuta batu jauhnya untuk seorang
lelaki dan zuriat. Kau tidak mahu menjemput aku masuk ke dalam
Balut tubuhmu.
Tok berpusing dan merapati Sudir dan Romli.
Kita akan berbincang tentang Makhluk Gelap Bersayap esok pagi. Kamu berdua pulang dahulu. Berikan sedikit masa buat
aku dan isteriku.
Sudir dan Romli mengangguk. Mereka berdua bergegas pulang. Biawak peliharaan Tok mendekati Anasztasia. Dia duduk mencangkung dan membelai kepala biawak besar tersebut. Biawak besar itu mengeluarkan bunyi manja.
Kau sememangnya seorang yang istimewa sehinggakan Wak tidak berniat untuk menjamah kau.
Sudah aku bilang, keturunanku mulia. Aku bukan wanita
sebarangan.
Tok ketawa kecil. Dia mengajak Anasztasia masuk ke dalam pondok.
Sebentar. Tok berpusing.
Siapa namamu wahai bakal suamiku
Suparman Mulia.