BERLARI DARI JOGJA UNTUK CHRISTIANA - 11
Dan binatang itu

Memakan daging-daging itu

Dengan lahap Berebut-rebut

Mengetahui bahwa

Daging itu ialah daging

Rakan dan saudara mara

Mereka sendiri

Anjing. Potocari, Srebrenica. 4 Disember 2014, 10.38 pagi.

BAGAIMANA temu ramah itu tadi

Tak berapa baik,

Aku mengerutkan dahi sambil memandang Sofia, Mengapa

Merenung jauh ke depan, Sofia menjawab lemah, Banyak yang dia tak mahu jawab,

Tapi dia salah seorang survivor bukan, pada Julai 1995 itu aku meminta kepastian.

Ya, tapi menurutnya dia terlalu kecil, mungkin 7 atau 8 tahun. Dia salah seorang yang berada di dalam kumpulan yang bergerak ke Tuzla dan selamat sampai ke sana dari sini, Sofia menjawab sambil mengenakan kembali sarung tangannya. Suhu dingin pagi ini di Potocari, Srebrenica. Dia tak mahu soalan yang ada kena mengena dengan politik, kepulan wap keluar dari mulut Sofia ketika dia menyambung.

Aku menyelak paparan cuaca di iPhone. Sarajevo 2 darjah Celcius. Pagi itu, bas ke Srebrenica jam 7.10 dari Sarajevo. Aku terpaksa bangun seawal jam 5.30, kemas barang dan berjalan keluar turun bukit sekitar 500meter dari Haris Youth Hostel seterusnya mencari tiket dan tunggu tram nombor 1 untuk ke stesen bas. Jam 10.30 pagi, aku sampai di Potocari.

Di Potocari, hanya ada 2 ke 3 orang pelawat sahaja. Bilik pameran juga tidak dibuka. Lepas pusing satu kawasan dan membaca apa yang patut, aku berjalan ke kedai cenderamata di seberang jalan. Entah mana datang Sofia Chang, berbual dalam bahasa Bosnia dengan makcik kedai. Melihatkan aku macam orang tak tahu hala tuju di sana dia datang menegur; Hello, do you speak English Do you need help Haah, memang aku perlukan pertolongan. Terus aku tanya dia sebab apa bilik pameran sebelah Potocari tutup

Jom, kita ke Media Centre.

Rupanya Media Centre Srebrenica ni kat kilang lama depan Potocari ni. Kilang ni dulu tentera UN dok buat markas. Sofia kata kilang bateri. Maknanya kalau datang sendiri tanpa ada teman yang menunjuk, memang takkan tahu bangunan kilang lama macam ni kemain canggih ada Samsung SmartTV kat dalam dengan capaian maklumat jutaan rakaman dari mangsa-mangsa genosid Srebrenica yang sempat dirakamkan sejurus selepas perang tamat.

Punyalah aku bersyukur Tuhan turunkan Sofia tarik aku masuk tempat ni. Sofia ni pula pelajar universiti daripada San Francisco yang sedang mengerjakan assignment pasal Bosnia. Dia ni punyalah power sampai boleh cakap Bosnia, temu ramah mangsa perang dan tahu segala macam maklumat pasal Srebrenica ni. Macam mana budak universiti kat US boleh jadi power sampai macam ni

Di Media Centre inilah kemudiannya Sofia mengadu tentang bekas mangsa genosid yang tak mahu menjawab soalan-soalan sensitif hanya kerana dia bekerja di Media Centre ini. Rupa-rupanya Media Centre ini dibiayai oleh kerajaan Amerika dan Belanda.

Bayangkan, sewaktu genosid Srebrenica ini terjadi, seluruh kawasan Srebrenica diwartakan sebagai kawasan selamat di bawah kendalian tentera UN iaitu seramai 400 tentera pengaman Belanda yang dipanggil Dutchbat. 3 hari, 11 hingga 13 Julai 1995, 8372 (angka rasmi kerajaan yang khabarnya mungkin lebih) lelaki dan kebanyakannya remaja dibunuh dan ditanam di sekitar Srebrenica sehingga ke Bratunac. Lebih dari 8000 orang terbunuh di bawah kawalan tentera Belanda ini, dan tiba-tiba mereka membiayai Media Centre yang kerjanya mengumpul semua informasi mengenai genosid ini

Malah di Sarajevo juga banyak monumen asli diwartakan mendapat bantuan dari US (USAIDS). Bayangkan semasa perang mereka tiada sehinggakan jambatan 500 tahun di Mostar musnah sama sekali dibom tentera Croats yang menyokong puak Serbs, tiba-tiba kini mereka datang nak bantu preserve semua benda.

Selesai menghabiskan bacaan di media Centre ni barulah aku faham dengan jawapan anak murid Senad di Konjic beberapa hari yang lalu - All the information we get is pretty useless,. Memang useless sebab semua benda ni kalau tak USA yang buat, EU yang reka. Semua ini kalau dibandingkan dengan cerita panjang sama ada oleh Mohamad dari Insider, Bro Senad dari Konjic atau Bro Asim dari Zivinice - memang tak masuk akal.

Jadi naif sangatlah kalau kita ni masih percaya dengan UN, dengan Obama atau dengan Renaissance daripada Eropah ni. Perang Bosnia ni kalau nak faham kena mula dengan Tito, Yugoslavia sampailah kenapa Bosnia sehingga kini ada 3 Presiden dan bendera buruk yang amat diberikan oleh Bill Clinton kepada Presiden Alija pada penghujung perang.

Paling penting sebenarnya ialah mendengar daripada rakyat Bosnia sendiri. Perang ini malah tak dimasukkan di dalam silibus buku teks sekolah anak-anak mereka kini. Yang khianat orang Bosnia ni bukan siapa-siapa, tetapi UN sendiri.

Hampir masuk 20 tahun selepas perang, kita semua akan faham mengapa Sarajevo masih belum boleh keluar dari lingkaran jahat sejarah ini. Bayangkan Sarajevo sebelum ini ialah host Winter Olympic. Nak jadi tuan rumah ni bukan calang-calang mudahnya. Kini tram pun guna yang orang dermakan. Orang kita pula macam biasa guna alasan agama - sebab mereka tak Islamik sebab itulah jadi macam ni.

Bro Asim sebut semalam, semua ni jadi bukan sebab Serb atau Croat di Bosnia yang tikam belakang mereka tetapi sebab orang Bosnia sendiri yang tak kenal jati diri mereka. Kata-katanya berpusing dalam kepala otak aku sampai sekarang. Untuk pengetahuan, orang Bosnia memang terkenal sejak zaman Ottoman sebagai tentera yang terbaik di Eropah. Dan mereka membuktikan ketika Eropah kata Bosnia takkan dapat bertahan lebih dari 3 bulan bila mula kena serang dengan Serbia, sebaliknya, mereka bertahan tanpa senjata, tanpa air dan tanpa elektrik; selama 4 tahun.

Aku berpisah dengan Sofia di pekan Srebrenice. Dari situ aku rembat bas kecil ke Tuzla tapi turun di Zivinice. Punyalah payah nak beli tiket ni sebab pakcik stesen bas tu haram tak tau English, jadi kena guna pen dan kertas, conteng-conteng nama Tuzla sampailah dia faham. Kemudian makcik kaunter pula tanya ada dua bas, satu jam 3.55 dan satu lagi jam 5 petang. Aku terpaksa bergerak ke Tuzla memandangkan kapal terbang pulang ke BaleMulhouse-Freiburg pagi esok jam 9 dari Medunarodni Aerodom Tuzla. Syarikat penerbangan tambang murah Wizz Air menyediakan perkhidmatan yang agak berbaloi ini walaupun Tuzla berjarak 2 jam dari Sarajevo.

Aku mula-mula nak juga tanya apa beza dua ni tapi sebab kami dah macam ayam-itik bercakap, aku pendamkan ajelah niat tu. Rupanya untuk jam 3.55 ni bas pendek yang berhenti banyak. Pening juga duduk dalam tu sementara nak menyampai ke Zivinice. Lima jam perjalanan dengan lebih dari 100 kali hentian, nasib baik sampai sahaja Bro Asim dah tunggu dan terus bawa makan. Kedai pula kemain cantik. Pemilik kedai siap turut serta kami makan dan jadi tukang tanya banyak soalan pasal Malaysia. Dia pun tak reti English, nasib Bro Asim ni boleh jadi tukang terjemah. Kalau tak entah macam mana lah. Rupanya pemilik kedai ini dia tahu cakap Jerman. Lepas selesai sesi soal jawab oleh pemilik kedai, Bro Asim membawa aku ke bangunan Islamic Society Zivinice.

Mewah tidur malam tu nampaknya, semua pun atas ehsan Bro Senad yang jadi tukang urus. Kalau tak memang merempat tepi jalanlah kat bandar Tuzla ni. Pagi esoknya Bro Asim yang aku baru kenal malam tu hantarkan aku ke lapangan terbang setelah menyediakan aku sarapan pagi gaya Bosnia. Bosnia ialah negara yang paling banyak kubur aku pernah lawati. Perang Bosnia ialah signal jelas kemanusiaan Eropah yang gagal. Jadi janganlah kita bangang atau bangga dengan UN atau kejadah Renaissance Eropah yang haram ni. Kemanusiaan memang dah tak ada - sebelum atau selepas Renaissance. Tinggal lagi kita boleh pilih untuk diri kita sendiri - nak jadi manusia atau binatang.

Testimoni Zumra ehomerovic seperti tercatat di dalam Writ of summons (4 June 2007), the Dutch law firm Van Diepen Van der Kroef Advocaten muka surat 107-108;

The Serbs began at a certain point to take girls and young women out of the group of refugees. They were raped. The rapes often took place under the eyes of others and sometimes even under the eyes of the children of the mother. A Dutch soldier stood by and he simply looked around with a Walkman on his head. He did not react at all to what was happening. It did not happen just before my eyes, for I saw that personally, but also before the eyes of us all. The Dutch soldiers walked around everywhere. It is impossible that they did not see it.

There was a woman with a small baby a few months old. A Chetnik told the mother that the child must stop crying. When the child did not stop crying, he snatched the child away and cut its throat. Then he laughed. There was a Dutch soldier there who was watching. He did not react at all.

I saw yet more frightful things. For example, there was a girl, she must have been about nine years old. At a certain moment some Chetniks recommended to her brother that he rape the girl. He did not do it and I also think that he could not have done it for he was still just a child. Then they murdered that young boy. I have personally seen all that. I really want to emphasize that all this happened in the immediate vicinity of the base. In the same way I also saw other people who were murdered. Some of them had their throats cut. Others were beheaded.

Testimoni Ramiza Gurdi seperti tercatat di dalam Writ of summons (4 June 2007), the Dutch law firm Van Diepen Van der Kroef Advocaten muka surat 101;

I saw how a young boy of about ten was killed by Serbs in Dutch uniform. This happened in front of my own eyes. The mother sat on the ground and her young son sat beside her. The young boy was placed on his mothers lap. The young boy was killed. His head was cut off. The body remained on the lap of the mother. The Serbian soldier placed the head of the young boy on his knife and showed it to everyone. ... I saw how a pregnant woman was slaughtered. There were Serbs who stabbed her in the stomach, cut her open and took two small children out of her stomach and then beat them to death on the ground. I saw this with my own eyes.

Testimoni Kada Hoti seperti tercatat di dalam Writ of summons (4 June 2007), the Dutch law firm Van Diepen Van der Kroef Advocaten muka surat 104;

There was a young woman with a baby on the way to the bus. The baby cried and a Serbian soldier told her that she had to make sure that the baby was quiet. Then the soldier took the child from the mother and cut its throat. I do not know whether Dutchbat soldiers saw that. ... There was a sort of fence on the left-hand side of the road to Potocari. I heard then a young woman screaming very close by (4 or 5 meters away). I then heard another woman beg: Leave her, she is only nine years old. The screaming suddenly stopped. I was so in shock that I could scarcely move. ... The rumour later quickly circulated that a nine year old girl had been raped.

Di dalam dokumen Radislav Krstic Trial Chambers Judgement yang boleh diakses di www.icty.org pula terdapat pernyatan;

That night, a Dutch Bat medical orderly came across two Serb soldiers raping a young woman:

We saw two Serb soldiers, one of them was standing guard and the other one was lying on the girl, with his pants off. And we saw a girl lying on the ground, on some kind of mattress. There was blood on the mattress, even she was covered with blood. She had bruises on her legs. There was even blood coming down her legs. She was in total shock. She went totally crazy.

Bosnian Muslim refugees nearby could see the rape, but could do nothing about it because of Serb soldiers standing nearby. Other people heard women screaming, or saw women being dragged away. Several individuals were so terrified that they committed suicide by hanging themselves. Throughout the night and early the next morning, stories about the rapes and killings spread through the crowd and the terror in the camp escalated.

Screams, gunshots and other frightening noises were audible throughout the night and no one could sleep. Soldiers were picking people out of the crowd and taking them away: some returned; others did not. Witness T recounted how three brothers one merely a child and the others in their teens were taken out in the night. When the boys mother went looking for them, she found them with their throats slit.