Lebih-lebih lagi sejak kehadiran Amir.
Malam itu, Amir habiskan masa di rumah aku. Kami memang sibuk setiap hari untuk persiapan pertunangan yang boleh dikira berlaku secara tiba-tiba. Aku terpaksa menolak cadangan bapa Amir untuk ikat tali pertunangan pada tahun 2014. Bukan terdesak, tapi ada matlamat lain yang perlu dilunaskan.
Aku cepat terhibur sejak adanya Amir. Its not like everytime you fall in love. Everything about him seems to be good. Tak, belum lagi rasanya aku mencintai Amir dengan sepenuh hati. Cuma, rasanya begitu selesa dengan penerimaan semua orang sejak Amir muncul tiba-tiba dalam hidup.
Mak, mak ingat tak mak marah Awin sebab bil
TM yang Awin gayut masa form 5 dulu Tiba-tiba terlintas dalam kepala aku.
Yang nama aku blacklist sampai sekarang tu Aku gelak, betul-betul flashback.
Haaa. Awin gayut dengan Ame lah! So sekarang Awin dah tahu siapa yang paling layak untuk bayarkan bil tu sendiri. Nampak tak Tuhan set kan jodoh Aku gelak lagi.
Jodoh hotak kau.
***
Cuma sempat tidur sejam. Semua hantaran direka sendiri. Dari pemilihan warna, bunga, dulang, semua nak ikut citarasa sendiri. Jenis keras kepala, semua idea orang aku tolak. Tapi last-last minit, terpaksa juga biarkan kawan-kawan yang baru kenal untuk sudahkan hantaran aku.
Aku tak pernah suka warna pink. Masih ingat lagi, dulu ada geng anti warna pink waktu sekolah rendah. Tapi warna pink untuk majlis pertunangan kali ini dipilih oleh Amir. Nasib baik taste dia boleh tahan dipakai akal. Nasib baik juga dia pilih pink champagne, bukannya pink darat. Sepanjang persiapan, Amir dan Lad akan ada sekali. Sampaikan baju tunang yang last minute tu pun mereka berdua yang pilih. Kalau ada satu yang tak setuju, aku tak boleh proceed. Its like having two boyfriends at one time, semua keputusan kena ada persetujuan dua orang. Terus aku feelingfeeling Blake Lively dalam filem Savages.
Eh kita ni macam Savages en Nasib baik tak boleh threesome.
LAD!!! Aku dan Ame menjerit setiap kali Lad cuba pecahkan suasana janggal kami bertiga dengan lawak yang paling bangang.
Tak pasti apa perasaan kami bertiga; perasaan Amir setiap kali Lad peluk aku, perasaan Lad setiap kali Amir pandang mata aku dan perasaan aku bila berhadapan dengan dua-dua yang aku cinta. 24 Ogos 2013 jatuh pada hari Sabtu, genap 14 Syawal. Hari itu dipilih untuk mengingati setahun sebelumnya di mana aku jatuh pitam. Itulah harinya bilik dicat dan duit dikumpul untuk membeli hadiah seseorang yang tak akan balik lagi.
Bilik itu ada gambar Mak, aku dan dia--bertiga sewaktu konvokesyen diploma. Aku pasangkan langsir baru yang Mak jahit untuk bakal menantu kesayangannya yang tak jadi. Aku tinggalkan senaskhah Tentang serta sebuah dompet baru dengan nota. Itu sepatutnya tarikh sambutan hari jadi dia yang ke-23. Dan aku pilih tarikh yang sama untuk menggantikan ingatan pahit dengan sesuatu yang manis.
Supaya aku boleh ingat hari diikat oleh Amir lebih dari mengingati setiap detik menunggunya di bilik biru itu.