AYAH EDY PUNYA CERITA - 11
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, suatu ketika dalam satu negeri, hiduplah seorang datuk yang memiliki seorang cucu berumur kirakira tujuh tahun. Dia tinggal di desa, di sebuah rumah tua yang kecil dan sempit. Satu-satunya harta yang dimilikinya adalah seekor keldai jantan yang sudah tua dan sebidang tanah kebun. Namun, dengan segala keterbatasan yang ada, datuk ini tetap hidup bahagia bersama cucunya.

Suatu hari, datuk merancang pergi ke pasar untuk menjual hasil ladang yang dimilikinya. Jarak pasar dari rumahnya cukup jauh dan harus melalui beberapa kawasan dan perkampungan. Kerana jaraknya cukup jauh dan dia juga harus membawa cucunya, lalu dia memutuskan untuk meletakkan semua barang yang dibawa ke dalam gerabak kecil yang ditarik oleh keldai tuanya. Cucunya dinaikkan ke atas gerabak sementara si datuk memilih untuk jalan kaki sambil menarik keldainya.

Pagi-pagi lagi mereka berangkat. Tidak berapa lama, mereka berpapasan dengan seorang jiran. Setelah memberi salam jiran itu berkata, Datuk sudah tua, sepatutnya datuk menjaga kesihatan agar tidak sakit. Jadi mengapa cucu datuk yang naik gerabak ini Dia masih muda dan kuat. Mengapa tidak datuk sahaja yang naik biar dia yang berjalan menarik keldainya

Datuk mula berfikir, Benar juga apa yang dikatakan oleh jiran saya tadi.

Akhirnya si datuk meminta cucunya turun untuk berjalan sambil menghela keldai sementara datuk naik ke gerabak.

Tidak lama kemudian, mereka melewati sebuah perkampungan dan berpapasan dengan sekelompok orang yang sedang bekerja di ladang. Mereka memandang datuk dan cucu itu dengan hairan. Samar-samar si datuk mendengar percakapan mereka.

Datuk itu sampai hati membiarkan anak sekecil itu disuruh jalan menyeret keldai. Sementara dia duduk di atas gerabak. Mengapa anak kecil itu tidak diajak naik sekali di atas gerabaknya Bukankah itu jauh lebih baik.

Lalu datuk berfikir, Benar juga yang dikatakan oleh pekebun tadi.

Akhirnya, datuk meminta cucunya untuk naik ke atas gerabak bersamanya dan meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian sampailah mereka di perkampungan kedua dan berpapasan dengan orang-orang yang baru pulang dari pasar. Samar-samar datuk mendengar percakapan mereka, Datuk itu tidak punya perasaan langsung. Masakan keldai yang sudah tua itu dipaksa mengangkut barang-barang yang begitu banyak, ditambah pula seorang anak kecil. Malah dia juga ikut naik. Apakah itu akan membuatkan keldainya cepat mati Mahu guna apa untuk mengangkut barang ke pasar kalau nanti keldainya mati

Si datuk berfikir lagi, Benar juga yang apa dikatakan oleh orang tadi. Akhirnya si datuk turun dari gerabaknya dan meminta cucunya untuk turun juga. Kini si datuk dan cucunya berjalan berdampingan sambil menghela keldai dan gerabaknya. Mereka melanjutkan perjalanan lagi.

Sebelum tiba di pasar, mereka bertemu dengan seseorang yang baru pulang dari pasar setelah menjual hasil kebunnya sambil menaiki gerabak yang diseret oleh keldai. Ketika berpapasan dengan datuk, tanpa sedar orang tadi berucap, Wahai datuk, apalah gunaya ada gerabak dan keldai tetapi berjalan kaki. Mengapa tidak dinaiki sahaja gerabaknya seperti saya, bukankah dapat menjimatkan tenaga Apakah datuk tidak kasihan, anak sekecil itu dipaksa harus berjalan sejauh ini

Setelah mendengar kata-kata itu, kali ini si datuk tidak hanya berfikir tetapi juga keliru. Dia dan cucunya hanya berdiri saling berpandangan. Mengapa segala-galanya menjadi serba salah. Datuk kini tidak pasti apa yang harus dibuatnya. Dia masih berdiri kebingungan, padahal dia sudah hampir sampai ke tempat tujuannya. Ya... pasar tempat menjual hasil kebunnya.

Ibu bapa dan guru yang saya cintai, begitulah pada umumnya kita ibu bapa mendidik dan membesarkan anak. Banyak antara kita tidak tahu cara yang tepat hingga pada akhirnya tidak yakin dengan perkara yang akan kita lakukan.

Ketika mendengar dari jiran tetangga bahawa cara mendidik yang kita pakai adalah salah, kitapun berusaha mengikuti. Namun, begitu kita bertemu dengan ibu mentua yang berkata begini, kita ubah lagi cara mendidik kita. Ketika kita mengantar anak ke sekolah dan bertemu dengan ibu bapa lain yang juga menghantarkan anaknya, kita memperoleh pandangan berbeza dalam cara mendidik anak. Akhirnya kita mulai berasa bingung dan bertambah ragu dengan perkara yang kita lakukan terhadap anak kita. Ketika itu usia anak kita terus bertambah dan dia semakin dekat pada tujuan akhir hidupnya.

Apakah kita akan menjadi ibu bapa yang terus diselubungi keraguan seperti ini Sementara kajian pula membuktikan bahawa kejayaan anak sangat ditentukan oleh kejayaan cara ibu bapa dalam mendidiknya terutama pada fasa awal pembentukan konsep dirinya.

Ibu bapa dan guru yang berbahagia, jangan biarkan diri kita dan hidup anak kita terumbang-ambing oleh sebuah ketidakpastian.

Mari kita ikuti terus program Indonesian Strong from Home agar kita memiliki landasan yang tepat dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita.

Banyak antara kita tidak tahu cara yang tepat mendidik dan membesarkan anak sehingga pada

akhirnya tidak yakin dengan apa yang akan kita lakukan.