Mencari Kiblat Cinta - 110
Masalah dengan Wirda lagi Teka Tengku Saida bagaikan tahu apa yang tersembunyi di wajah Filman yang muram. Filman memandang ibunya. Entah mengapa dia merasa berdosa pada ibunya kerana merahsiakan perihal Wirda dahulu. Sampai sekarang ibunya masih menyangka Melia adalah anak perempuannya. Anak yang lahir dari benihnya.

Wirda masih berhasrat nak bawa Melly ke Milan Soal Tengku Saida ingin tahu. Bimbang juga hatinya jika benar bekas menantunya itu serius dengan niatnya.

Filman menggelengkan kepala. Senyumannya hambar. Kalau dia betul-betul sayangkan Melly, dia takkan pisahkan Fil dengan Melly.

Ma takut dia bawa lari Melly senyap-senyap nanti. Hati Tengku Saida gusar.

Filman sekadar tersenyum mengetahui curiga si ibu. Wirda takkan buat macam tu ma. Sahut Filman bagaikan yakin. Tengku Saida merenung Filman tak berkelip. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang Filman sembunyikan dari pengetahuannya. Sejak lima tahun yang lalu, alasan perpisahan antara Filman dan Wirda masih jua menjadi rahsia. Filman hanya mengatakan mereka sudah tidak sehaluan. Tapi jauh di sudut hati Tengku Saida, dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Namun hendak bertanya, entah kenapa hatinya melarang. Dibiarkan sahaja Filman membuat keputusan sendiri.

Esok Fil ikut ma ke hospital jemput ayah. Suruh Tengku Saida, sengaja menukar topik perbualan.

Filman memandang ibunya. Terpinga-pinga sebentar!

Ayah keluar esok Suara Filman bernada keliru.

Tengku Saida mengeluh panjang. Suaminya memang degil tidak mahu mendengar kata. Berulangkali dia memujuk suaminya agar tinggal lebih lama di hospital, tapi lelaki itu enggan mendengar cakapnya. Berkeras macamana pun, Tengku Amar tetap begitu juga! Dia sudah malas mahu mencari bunga-bunga pertengkaran dengan suaminya itu. Percuma sahaja!

Dia yang minta nak balik. Fil bukan tak tahu ayah Fil tu, cakapnya asyik nak menang aje. Doktor pun tak mampu nak buat apa-apa. Keluh Tengku Saida. Filman tersenyum kecil. Dia paling mengerti maksud kata-kata ibunya. Ayahnya mungkin boleh dikategorikan sebagai orang yang paling degil di dalam keluarga mereka.

Insya Allah, esok pagi Fil ke pejabat sekejap untuk uruskan sesuatu. Lepas tu Fil ambil ma di rumah. Nanti Fil suruh Aliff jemput Melly di taska kalau-kalau kita tak sempat balik. Getus Filman. Tengku Saida hanya mengangguk. Menyetujui segala cadangan Filman itu.

Danira merenung telefon bimbit di hadapannya. Sudah berjam-jam telefon bimbit itu bersamanya. Dia mengharapkan telefon itu berdering malam ini, namun telefon itu senyap sahaja. Sejak Filman menghadiahkan telefon itu padanya, hampir setiap malam Filman menelefon atau menghantar sms. Sejak kejadian yang berlaku padanya tempoh hari, Filman sering mengingatkannya untuk mengunci pintu baik-baik. Kadangkala sms lelaki itu muncul di tengah malam sekadar mahu mengawasi keadaannya. Tapi malam ini Filman tidak melakukannya seperti biasa. Dan anehnya dia jadi kemaruk dengan panggilan dan sms yang kerap diterimanya. Dia jadi ketagih mahu mendengar suara Filman.

Kenapa Filman senyap sahaja Apakah lelaki itu masih marah kerana dia membenarkan Tengku Wirda bekas isteri Filman menghampiri Melia Umaira sendiri mengatakan lelaki itu tidak suka orang yang tidak dikenali menghampiri Melia. Tapi Tengku Wirda ibu kandung Melia. Salahkah dia kerana membenarkan seorang ibu melihat anaknya sendiri

Merasakan dirinya bodoh kerana mengharapkan telefon itu berdering, Danira segera ke bilik air. Dia membasuh muka dan menggosok gigi sebelum masuk tidur. Lebih baik dia tidur dari asyik berfikir tentang Filman. Namun baru sahaja dia menutup lampu di biliknya, bunyi deringan singgah di cuping telinga. Bilik yang tadi bergelap kini cerah semula. Danira ragu-ragu buat seketika. Dia tahu benar siapa yang menelefonnya. Tidak akan ada deringan lain dari sesiapa pun kecuali Filman sahaja. Melihat telefon itu terus menyumbangkan bunyi, Danira cepat-cepat mengangkatnya.

Hello.. suara Filman muncul seperti yang diduga. Danira merasa ada ombak besar sedang menghempas badai hatinya saat ini. Sungguh dia kalah setiap kali dia mendengar sapaan Filman yang sopan dan mendamaikan.

Belum tidur Tanya Filman.

Danira menarik nafas panjang. Kadangkala dia bosan mahu menjawab pertanyaan yang sama sahaja sejak beberapa hari yang lalu. Kalau sudah dia yang menjawab panggilan, kenapa mahu ditanya lagi samaada dia sudah tidur atau belum

Saya baru nak tidur. Jawab Danira.

Pintu dan tingkap jangan lupa kunci. Pesan Filman.

Danira tersenyum. Ini baru beberapa hari. Bagaimana kalau sebulan atau dua bulan lagi Mahukah lelaki itu menghubunginya semata-mata mahu mengingatkan dia agar menutup pintu dan tingkap

Sudah. Petang tadi Zulbhan ada datang pasangkan sistem penggera. Awak jangan risau. Ujar Danira.

Baguslah tu. Memang patut pun taska tu dipasang dengan alat penggera. Tapi kalau ada apa-apa, Nira cepat-cepat call saya. Kalau perlu saya akan pindah rumah kosong sebelah taska tu. Mahu

bersambung

Bab akan datang :

Adakah Filman benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan pada Danira