Pakcik, jangan panjat tembok tu nanti jatuh! Jerit seorang jururawat terkocohkocoh berlari mendapatkan warga tua pertengahan umur yang terkial-kial memanjat tembok kayu.
Adoyai, kalau serupa ni setiap hari mahu bisu aku dibuatnya!
Sumayyah, itulah kerjanya. Terpekik-pekik setiap hari lantaran seorang warga tua hipeaktif yang bikin pusing kepalanya setiap hari. Pantang lepa sedikit, berdesup Wak Kordi ghaib dari pantauan. Mujur hanya dia seorang yang berperangai pelik begini. Kalau buatnya semua penghuni di sini menjadi pengikut tegar Wak Kordi, mahu ke hospital sakit jiwa dia tak lama lagi. Wak Kordi yang sedang naikkan kaki sebelah memijak di atas tembok, tangkas dia menyambar tangan warga tua itu sebelum melompat turun ke bawah.
Macam-macam perangai kat rumah ni ya
Mencabar juga kerja di sini, tegur Qamra Ain.
Bermula dari masuk ke perkarangan rumah orang-orang tua tadi, diperhatikan gelagat mereka berdua dari jauh. Yang sorang sibuk memanjat tembok dan gadis muda ini pula terkejar-kejar mendapat orang tua itu. Kalau lambat sedikit, sah-sah patah kaki. Sumayyah menoleh mencari empunya suara yang menegurnya.
Tak terlayan saya dengan karenah diorang ni, lebih-lebih lagi yang ni ha buat saya stress setiap hari, Sumayyah memuncungkan bibirnya sedikit ke arah Wak Kordi yang meronta-ronta minta dilepaskan. Qamra Ain tergelak kecil.
Saya Sumayyah, pengasuh di sini. Saudari siapa dan cari siapa
Saya Qamra Ain, datang ke sini mencari nama yang tertera dalam kertas ni. Qamra Ain menghulurkan sekeping kertas A4 yang kepala surat berlogo THSC ke tangan Sumayyah.
Zara Hani Saya kenal makcik ni. Baru saja lepas uruskan sarapan pagi untuknya.
Ya Maknanya makcik ni memang penghuni di sini Qamra Ain memandang Sumayyah dengan pandangan bermakna.
Ya biliknya terletak di Blok B. Saudari jalan terus. Sampai kat hujung saudari belok ke kiri. Biliknya di tingkat 1, jawab Sumayyah sambil ibu jarinya menunjuk arah.
Qamra Ain mengangguk faham seraya memerhatikan Wak Kordi yang berjaya terlepas sekali lagi. Sempat warga tua itu menghadiahkan flying kiss padanya.
Cik pakcik tadi
Terlepas lagi ke sekilas Sumayyah menoleh ke belakang dan hanya mampu perhati Wak Kordi sudah jauh berlari meninggalkannya.
Adoyai! Wak Kordi ni! Saya pergi kejar dia dulu ya! selepas bersalaman dengan Sumayyah, diperhatikan saja gelagat pengasuh muda itu yang kelam kelibut mengejar Wak Kordi yang hilang entah ke mana perginya sebelum berlalu pergi mengikut tunjuk arah yang diberikan tadi.
Q
AMRA AIN memanjat anak tangga hingga ke tingkat 1. Dia mengatur langkah perlahan mencari dari bilik ke bilik dan akhirnya terhenti di tepi tingkap bila ternampak orang yang dicarinya sedang ralit melihat permandangan di luar.
Dua tahun yang lalu... lepas you hilang entah ke mana, I di arahkan ambil alih tugas Dr. Luke menjaga Makcik Zara sementara. Dr. Mona pula bertugas di wad ICU. Masa tu tak siapa yang boleh jaga dia kecuali I. Itu pun atas cadangan dari Tuan Hussein pasal dia kata I ada ciri-ciri yang hampir sama macam you.
Bila dia teringatkan anaknya, dia mula meracau tak tentu hala, terjerit-jerit dan selalu cakap ada orang ambil anaknya tak kira sesiapa yang lalu. Di satu sesi terapi kaunseling pula, I bawa beliau keluar ke taman dan dari situ I tau yang you adalah anak kandungnya selepas I minta beliau bercerita sambil melukis sesuatu di atas kertas yang you pegang tu. You pernah tunjuk letak gambar you atas meja I, kan I tak terfikir, beliau boleh melukis serupa 100% dengan gambar tu.
Ibu seorang pelukis ilustrasi, Yoona. Itu aje yang I ingat tentang ibu masa tu. Sebab setiap hari, ibu mesti lukis sesuatu untuk I simpan. Bila ibu tinggalkan I dan
Babah, terus Babah I bakar semua lukisan tu. Sejak dari hari tu, tiada lagi apa yang I ingat tentang ibu lagi.
Sepanjang I jaga ibu you setiap hari tak pernah lekang dari bibir menyebut kembalikan anak aku! Ada sampai satu tahap, I menangis, Qamra. Sampai sekarang dia masih ingat you anak kecil di matanya, anak yang ditinggalkan kala usia you 7 tahun.
Tapi, kenapa THSC hantar ibu I ke sana, Yoona
THSC tak sanggup nak taja ibu you lagi. Jadi, MC sebulat suara ambil keputusan hantar ibu you ke rumah orang-orang tua. I hanya mampu diam dan tiada siapa yang tau yang Puan Zara adalah ibu you.
Saudari cari siapa Tegur salah seorang jururawat yang kebetulan lalu.
Kata-kata Yoonaniza serta-merta hilang dari lamunan yang panjang. Cepat-cepat dia mengelap air mata yang mula bertakung di celahan mata dengan belakang tangan.
Itu Puan Zara Hani, kan Ibu jari Qamra Ain menuding lurus ke arah bilik yang menempatkan ibunya di situ.
Ya, cik ni siapa Sejak dia ditempatkan di sini, tiada siapa yang datang melawat.
Saya, Dr. Qamra Ain. Wanita di dalam tu, bekas pesakit saya.
Oh ya ke Kalau begitu Dr. Qamra masuk dulu. Nanti saya datang semula pasal ada perkara yang saya nak bincangkan dengan doktor berkenaan Puan Zara.
Qamra Ain mengangguk faham. Jururawat yang bernama Suraya berlalu pergi. Dia menolak pintu bilik. Dia mengatur langkah masuk mendekati Zara Hani. Sambil-sambil itu diperhatikan sekeliling dinding yang tertampal pelbagai ilustrasi lukisan. Qamra Ain terpaku ke arah sebuah lukisan yang serta-merta meruntun jiwa dan emosinya. Kebanyakan ilustrasi lukisan wajahnya yang berusia 7 tahun dalam pelbagai ekspresi wajah. Ada satu lukisan mengimbas nostalgia silamnya. Potret yang mengabadikan wajah mereka sekeluarga.
Babah. ucap Qamra Ain perlahan serentak Zara Hani menoleh ke arahnya. Menggigil tangannya tatkala memegang lukisan yang sudah lusuh ditelan usia.
Dr. Qamra Ain Panggil Zara Hani.
Qamra Ain terpegun sebentar. Dia tahu wanita tadi hanya memanggil sekadar panggilan seorang pesakit terhadap doktor. Bukan panggilan seorang ibu terhadap anak.
A apa khabar, mak makcik soal Qamra Ain seraya mendekati Zara Hani lalu dihulurkan tangan untuk bersalaman. Tak semena-mena setitis air mata jatuh di atas belakang tangan wanita tadi.
Qamra Ain menyeka cepat pipi sebelum basah lencun.
Doktor menangis Jari-jemari Zara Hani menyeka lembut sisa air mata yang masih lagi berlinangan di pipinya.
Eh tak adalah makcik. Mata masuk habuk tadi, Qamra Ain cepat-cepat menggeleng dan digantikan dengan senyuman yang semanis mungkin.
Zara Hani membalas senyum hingga kelihatan lekuk di pipi, sama sepertinya. Ini bermakna dia mewarisi cawak pipi sebelah ibu. Zara Hani berpaling wajah ke luar jendela kembali. Sejurus kemudian kedengaran pula nyanyian kecil dari wanita itu.
Lelapkanlah mata, jangan bimbang ibu nyanyikan aduhai sayang cubalah ingat pesan ibu buat azimat, baik budi bahasa, buat jasa nanti orang suka...
Qamra Ain terbuai sejenak. Dihayati kelunakan suara yang dirindu sekian lama. Suara ibunya masih kekal sama seperti suara ketika menidurkannya di dalam buaian usang puluhan tahun yang lalu.
Makcik, Qamra ada bawakan kuih yang makcik suka kuih talam ubi. Qamra buat sendiri tau! Qamra Ain mengeluarkan bekas tupperware dari dalam beg galas. Penutup tuppperware dibuka. Dia mencedok kuih tadi menggunakan sudu.
Zara Hani berpaling wajah ke arah gadis yang ayu mengenakan skirt kembang payung bersama dengan baju cardigan hitam. Selendang pula dililit kemas atas kepala.
Qamra suapkan, ya pinta Qamra Ain di saat sudu berada betul-betul depan bibir Zara Hani.
Lambat-lambat dia membuka mulut. Qamra Ain cuba menahan air mata jatuh mengalir lagi di pipi. Dia perlu kekal tabah di saat berdepan dengan wanita ini. Seandainya sejak dari awal diketahui bahawa Zara Hani adalah ibunya, taklah jauh dia membawa diri.
Namun, semuanya sudah terlewat. Selepas dari pertemuan ini, Qamra Ain nekad untuk berhijrah ke luar negara. Dia mahu lupakan segala kepahitan yang selama ini ditanggung bersendirian. Biarlah di kesempatan yang ada dilayan ibunya sebaik mungkin sementara masih berada di KL.
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang berhak untuk menerima perhatian dari seorang anak. Tak sekadar itu, ibu memiliki hak 3 kali ganda lebih besar dari seorang ayah. Selain itu ALLAH SWT juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Quran untuk ibu. Ini tak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi ALLAH SWT dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.
Tapi ustaz, bagaimana pula jikalau ibu yang tinggalkan anaknya yang masih kecil Wajibkah anak itu taat
Syurga anak itu di bawah tapak kaki ibu, Qamra. Itu yang harus kamu ingat dan tahu. Kalau ditakdirkan kamu dipertemukan semula. Berbaktilah selagi hayatnya masih ada. Besar pahalanya, Qamra.
Dia teringat kata-kata ustaz yang pernah mengajar di A-AH. Yang lebih meruntun hatinya, sewaktu siswa lain dilawati oleh ibu bapa mereka, dia hanya mampu duduk di bangku memerhatikan kegembiraan yang mereka kongsikan dari jauh.
Waktu Ain kecil-kecil dulu ibu Ain selalu buat kuih ni buat minum petang dengan Babah.
Ma mana ibu doktor
Ibu saya Ada makcik. Sihat, cuma saya baru dapat peluang berjumpa dengannya sekian lama menghilangkan diri, jawab Qamra Ain lambat-lambat. Masa makcik kat hospital Ain tak pernah pun tengok anak atau suami makcik datang jenguk. Mana mereka
Suami Anak Suami aku dah mati! Tak, dia tak mati lagi! Aku yang tinggalkan dia pasal jantan tak guna tu! Anak aku Mana anak aku! Bagi balik anak aku! Bagi balik!! Kau yang culik anak aku, kan!
Zara Hani merentap kuat selendang Qamra Ain hingga menampakkan sedikit anak rambutnya terkeluar. Habis bertaburan kuih yang dibawa tadi jatuh ke lantai. Dia juga cuba melepaskan cengkaman tangan Zara Hani ternyata kudrat wanita itu lebih kuat.
Mujurlah ada seorang jururawat yang kebetulan lalu di hadapan bilik terdengar bunyi bising dari dalam bilik. Tergesa-gesa dia berlari mendapatkan mereka berdua yang sedang bergelut di atas katil.
Dr. Haikal! Sila datang ke bilik Puan Zara di Blok B, ada kecemasan! Diulangi ada kecemasan! Sila datang dengan segera! Kata jururawat tadi di corong walkie-talkie. Sementara menanti doktor yang dipanggil datang, dia membantu gadis itu melepaskan cengkaman Zara Hani. Setelah berhempas-pulas, akhirnya cengkaman berjaya dileraikan.
Qamra Ain bingkas dari katil. Dia bersandar lemah di tepi dinding sambil memegang leher yang terasa sakit. Sela beberapa minit muncul Dr. Haikal bersama dua orang jururawat bergegas masuk ke dalam bilik.
What happened Dr. Haikal segera bertanya pada jururawat yang sedang memeluk kuat Zara Hani yang masih tak berhenti meracau-racau tentang anaknya.
Puan Zara tiba-tiba menyerang tetamu tu, jawab jururawat sambil memuncung mulut ke arah gadis yang bersandar di tepi dinding.
Nurse, Alprazolam for anxiety disorders.
Pantas salah seorang jururawat menyediakan preskripsi yang diminta oleh Dr. Haikal berserta segelas air. Dr. Haikal menyuap pil ke dalam mulut Zara Hani dan kemudian menyuakan segelas air ke mulut. Sesudah itu, wanita tadi dibiarkan tidur di atas katil. Dua orang jururawat pula mengutip sisa-sisa kuih yang bertaburan di atas lantai.
Puan Zara selalu begini ke soal Qamra Ain takut-takut. Melihat pada raut wajah Dr. Haikal yang garang dan mengerunkan terbantut terus untuk bertanya lebih lanjut lagi. Tak menyangka soalan tadi menimbulkan satu keluhan berat yang dilepaskan oleh Dr. Haikal.
Dah lama Puan Zara tak meracau. Pelik juga hari ni dia buat perangai balik atau ada sesuatu yang cik
Qamra Ain
Cik Qamra ada tak sesuatu yang cik rangsang semula mindanya dengan cerita tentang kisah silam atau kisah anaknya yang hilang Opss sebelum saya bercerita, boleh saya tau apa hubungan Cik Qamra dengan Puan Zara
Saya saya anak kandung Puan Zara.
Dr. Haikal mengerut kening. Sekian lama dia cuba mencari anak Zara Hani yang ditinggalkan sejak umur 7 tahun. Sejak wanita itu berkahwin dengan duda beranak satu, hidupnya tak seindah cerita kayangan yang hadir dalam mimpi indah. Barangkali itu balasan yang harus Zara Hani terima selepas meminta cerai dari suami yang setia.
Dia saksi utama di mana perlakuan kejam ayahnya, Datuk Zackry menyeksa wanita itu tanpa belas kasihan. Punca hanya sebab ibu tirinya, Zara Hani menyerang bini peliharaan ayahnya di bilik hotel. Sejak dari itu, wanita itu diherdik lalu dihalau keluar sehelai sepinggang.
Dr. Haikal menyifatkan Zara Hani sebagai perampas kebahagiaan ibu kandungnya ketika masih menjadi isteri pertama. Langit tak selalu cerah dan itu yang berlaku terhadap Zara Hani. Ibunya diceraikan kerana Zara Hani dan wanita itu pula menerima nasib yang sama, diceraikan kerana bini peliharaan bernama Maria!
You look gorgeous in person, Cik Qamra, puji Dr. Haikal buat pertama kali dia berjumpa dengan anak perempuan Zara Hani.
Thank you. So, how is her condition now Have any progression
Berat I nak kata pada you, Cik Qamra. You tak sepatutnya berada di sini, Dr. Haikal terpaksa berterus-terang sambil menghala wajah ke arah luar jendela.
Puan Zara ibu saya, Dr. Haikal. Apa hak doktor untuk halang saya berjumpa dengan ibu saya sendiri Soal Qamra Ain serius.
Demi kebaikan Puan Zara. Sejak berada di sini, dia berjaya melupakan kisah tragik dalam hidupnya termasuk tentang anak perempuan yang pernah ditinggalkan dulu. I tak nak bila you berada di sini, penyakit murung Puan Zara menyerang balik. Please, Cik Qamra I am begging you, dont come back here again. This is for her own good, pujuk Dr. Haikal sewaktu berpaling muka ke arah Qamra Ain yang sedang duduk di hujung katil.
Pandangan sayu gadis itu dihalakan ke arah Zara Hani yang sedang lena sambil memeluk mainan Playskool yang pernah singgah atas kepalanya sikit masa dulu. Qamra Ain mengenggam erat tangan Zara Hani. Air mata bertakung lagi di birai mata. Entah berapa kali air matanya begitu murah merembes keluar. Dr. Haikal beredar pergi bersama dua jururawat tadi meninggalkan dia bersendirian buat kali terakhir bersama Zara Hani.
Ibu, ni Ain. Anak yang ibu tinggalkan dulu. Ain datang, bu. Ain rindu nak dengar ibu panggil nama Ain macam dulu. Sampai hati ibu tinggalkan Ain, tinggalkan Babah. Babah dah tak ada lagi, bu. Ain kesunyian. Jika ibu lebih bahagia tanpa Ain biarlah Ain pergi. Selamat tinggal, bu bisik Qamra Ain ke telinga Zara Hani yang masih lena tidur.
Dikucup penuh kasih dahi ibu buat kali terakhir. Perit rasa hati oleh kerana terpaksa berpisah sekali lagi dengan ibunya. Dari luar bilik, Dr. Haikal mengintai di sebalik cermin jendela.
Abang terpaksa, adikku Ain. Abang takut bila ibu Ain sedar nanti, Ain tau kebenaran yang ayah abang punca sebenar apa yang terjadi pada ibu Ain dan abang pula adalah abang tiri Ain. Biarlah ianya menjadi rahsia sampai bila-bila.