Nama aku, Manis.
Aku tinggal di Jalan Sepi.
Di sisi ayah bonda; kekasih sejati usiaku sudah mula berdebu; dimakan sunyi
Hello, Kekasih Indah! Sebelum ini aku hanya dengar berita tentang keindahan kamu dari bibir terlukis cantik oleh Tuhan kita di mana aku cuma sering melihat kamu di kaki lima angan tak berteman apa kita punya persamaan
Hello, Kekasih Indah! Aku jadi teragak mahu mula bicara mahu memula kenal hulur sejahtera mahu ke kaki lima anganmu itu dan menyapa
-Hai, jiwa yang rawan!
-Apa kamu mahu teman
-Nah, tanganku. Genggamlah. -Bawaku ke mana sahaja.
Hello, Kekasih Indah! Hari ini aku-kamu sudah jadi kita Siapa berani menghidupkan kita
Atas ihsan siapa kita jatuh kasih antara satu Yang nama kamu mula merasuk pandangku perlahan demi perlahan.
Hello, Kekasih Indah! namaku masih sama; Manis cuma aku sudah berpindah ke mukim baharu aku tinggal di Jalan Nyaman.
Taman Sentosa.
Di sayap kanan ayah bonda; kekasih sejati di sayap kiri kamu; kekasih hati usiaku baru mahu mekar; dimakan harummu
Itu alamat baru.
Moga tidak sesat bila bertandang!