MY PRETTY BOY - 111
AIZAL FAHMI melangkah lemah ke arah pangkin kayu di tepi pantai. Di situ, segala keluh kesah dan rindu yang menyeksa jiwa di kala menanti kepulangan Qamra Ain. Dua minggu berlalu, Qamra Ain masih belum balik. Sejak pulang dari KL, tak lekang sehari pun dia menerjah rumah Pak Usop bertanyakan khabar berita tentang Qamra Ain namun jawapan yang diterima menghampakan jiwa.

Puas dia mencari merata KL masih tak juga ketemu. Dia tak pasti ke mana perginya Qamra Ain. Adakah gadis itu melarikan diri sekali lagi Tak! Tak mungkin Qamra Ain pergi begitu saja meninggalkan mereka yang tertungu-tungu kepulangannya di sini.

Helmet diletak tepi. Rambut yang terjuntai dikuak disikat dengan jari ke belakang. Dia merenung jauh ke hadapan samudera yang bergelora. Ombak yang hempas menghempas dipandang sepi.

Aizal Fahmi teringat semula perbualan dengan Tunku Hazreen. Rahsia kehidupan yang disimpan rapi oleh Qamra Ain. Ternyata begitu berat derita yang ditanggung oleh Qamra Ain sebelum menjejak kaki ke kampung ini.

Ain tinggal di kampung I sejak 2 tahun yang lalu, Rein. Dia menumpang duduk di rumah sebuah keluarga yang amat menyayangi dia. I tak tau selama ni Ain yang I cintai adalah kekasih Sein.

Jadi, you tau di mana Qamra sekarang I harap you boleh tolong I, Aizal. Papa I teringin sangat nak jumpa Qamra. Selama ni, kami berusaha jejak di mana Qamra oleh kerana Papa I. Please, Aizal I am begging youhanya you aje yang boleh tolong untuk selesaikan masalah keluarga I.

Kenapa mesti sahabat baik abang, Ain Kenapa bukan lelaki yang tiada kaitan dengan abang! Jerit Aizal Fahmi sehingga anak-anak ketam lari bertempiaran. Dia duduk melutut di atas tanah. Tak semena-mena setitis air mata dingin di lewat senja jatuh menitis ke atas tanah.

Abang Aizal! Kak Ain dah balik, baru kejap tadi! laung Shahrul terkocoh-kocoh mengayuh basikal sambil lalu sekadar menyampaikan berita kepada jejaka itu.

Anggerik_Putih dah balik!

M

ACAM itulah Ain, Aizal. Sejak balik tadi terus terperap dalam bilik. Risau makcik dibuatnya, cerita Mak Sarah sambil menghulurkan secangkir kopi ke tangan Aizal Fahmi. Diambil secangkir lagi dari dalam dulang dihulurkan pula ke tangan Pak Usop.

Aizal Fahmi meletakkan cangkir tadi ke atas meja. Dibiarkan air kopi itu menyejuk sendiri apatah lagi suasana malam ini sungguh sejuk dek angin laut yang menghala ke rumah Pak Usop.

Ain sihat tak makcik masa dia balik ke sini

Lepas bersalaman dengan makcik, terus dia masuk ke bilik tanpa sepatah kata. Wajahnya pun tampak muram aje. Penat agaknya. Tak apalah, kita biarlah Ain berehat dulu. Esok eloklah tu, pujuk Pak Usop memujuk kerisauan yang melanda Aizal Fahmi.

Aizal Fahmi mengeluh perlahan. Kerisauan takkan hilang selagi Qamra Ain tak muncul di depan mata. Bila Mak Sarah cerita tentang keadaan Qamra Ain yang berubah sikap, bertambah lagi kerisauan di hati. Yang lebih tepat, dia tak mahu kehilangan kali kedua Ain a.k.a Anggerik_Putih itu.

Ain ke mana sebenarnya, makcik Puas saya cari dia di KL. Ceruk mana pun saya pergi masih tak jumpa dia, tanya Aizal Fahmi serius sehingga jelas kelihatan kerutan kening terukir jelas di wajahnya.

Ain memang ke KL.

Baru saja Mak Sarah hendak menjawab pertanyaan Aizal Fahmi, tiba-tiba ada satu suara dari arah belakang menyahut. Serentak mereka bertiga menoleh mencari empunya suara tadi dan terpandang ke arah Qamra Ain yang tercegat di depan pintu bilik.

Ain Mak Sarah bangun dari kerusi tamu dan terus berlalu pergi mendekati anak angkatnya. Digosok-gosok perlahan lengan Qamra Ain sepenuh kasih.

Hanya senyuman kelat yang mampu dilemparkan pada Aizal Fahmi di kala ini namun jejaka itu hanya membalas dengan renungan yang serius.

Ain okey tak ni Kalau tak kita ke klinik ya, Ain pujuk Mak Sarah seraya meletakkan belakang tangan di atas dahi Qamra Ain. Buntang biji matanya.

Kamu demam ni, Ain.

Tak ada apa-apalah, makcik. Ain okey. Cuma penat sikit aje sebab berjalan jauh tadi, jawabnya sekadar memujuk sambil memaut lengan Mak Sarah. Bila melihat ke wajah Mak Sarah, serta-merta dia teringat semula ke ibunya.

Alangkah bahagianya hidup jika Mak Sarah adalah ibu yang melahirkannya. Taklah terasa hidup sengsara dan huru hara. Dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang. Hakikatnya, dia tak dilahirkan dari perut wanita ini. Mak Sarah hanya diberi pinjaman menumpang kasih sementara.

Yang pasti, tiada peluang untuk berjumpa dengan ibunya lagi selepas mengambil kira nasihat Dr. Haikal. Jika tak, semakin teruk tekanan yang harus dihadapi oleh Zara Hani sekiranya mengetahui kebenaran yang anak perempuannya masih hidup. Biarlah dia kekal begitu dari berterusan dibelenggu rasa bersalah tanpa kesudahan pada suami dan anak yang ditinggalkan dulu.

Ain, abang nak jumpa Ain sekejap. Tempat biasa, pinta Aizal Fahmi serta bingkas dari kerusi tamu lalu menuju ke muka pintu. Angin yang menyapa di depan pintu terus mengibai-ngibai rambutnya mengikut arah angin bertiup.

Pergilah, Ain. Kasihan makcik tengok dia sejak kamu tak ada. Macam orang gila makcik tengok Aizal pasal tercari-cari Ain, pujuk Mak Sarah seraya menepuk perlahan bahu gadis itu.

Qamra Ain mengangguk perlahan. Dilepaskan pegangan lengan Mak Sarah tadi dan terus menghala langkah menuju ke luar rumah. Di kejauhan, dia ternampak jejaka kacak itu sedang berdiri sambil berpeluk tubuh mengadap ke arah laut gelap.

M

AAFKAN Ain sebab pergi tanpa belum sempat dia menghabiskan kata-kata pantas sungguh jejaka itu terlebih dulu

membidas pencakapannya.

Maaf Apa salah Ain sampai Ain nak minta maaf sangat dengan abang! Dingin sungguh pertanyaan Aizal Fahmi malam ini. Mungkin sedang menahan kemarahan yang membuak di dada. Sedikit pun tak menoleh muka.

Ain minta maaf sebab Ain buat semua orang risaukan Ain. Ain sebenarnya

Abang tau kenapa. Abang tau siapa yang Ain jumpa dan apa tujuan Ain ke KL.

Abang Aizal dengar dulu penjelasan Ain, pujuk Qamra Ain. Terkejut dibuatnya bila Aizal Fahmi meninggi suara di malam ini. Tak mungkin dia tau.

Aizal Fahmi menoleh ke arah Qamra Ain. Sepasang lensa hazel itu tepat merenung ke wajahnya. Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik wajah yang tenang tanpa secalit bedak. Kecantikan semulajadi. Itu keistimewaan yang ada pada Qamra Ain yang menambat hatinya.

Jumpa Tunku Hussein, kan

Kenapa macam macam mana abang tau Terasa berderau darahnya.

Sekian lama nama itu luput dalam ingatan. Di malam kelam ini, nama itu disebut semula dan yang lebih memeranjatkan nama itu disebut oleh Aizal Fahmi. Adakah mereka saling mengenali

Abang tau segala-galanya, Ain. Abang tau kenapa Ain lari sampai ke sini. Ini semua kerana hubungan Ain dengan keluarga diakan

Qamra Ain terdiam tanpa kata. Pelbagai persoalan mulai terjah di minda. Satu demi satu dia cuba menganalisa kata-kata Aizal Fahmi. Hanya satu soalan yang perlu dia tahu. Bagaimana Aizal Fahmi tahu tentang Tunku Hussein sedangkan sejak berada di sini tak pernah sekali pun nama jejaka tadi meniti di bibirnya.

Itu lebih baik buat mereka dan juga Ain. Tolong Ain, abang jangan ungkit lagi kisah Ain dan dia.

Habis tu, kenapa Ain ke KL kalau Ain cuba lupakan kisah cinta tragik tu Kenapa, Ain Kenapa perlu menempah lagi kedukaan di hati Ain dengan berjumpa dengan dia lagi

Mana abang tau kisah cinta, Ain

Biarlah abang terus-terang aje. Tunku Hussein, sahabat abang semasa kami belajar di CA. Dan juga Rudy Armani. Kami memang rapat cuma haluan kami berbeza. Dia dan Rudy bidang perubatan dan abang lebih cenderung ke arah rekabentuk bangunan. Di waktu Ain pergi tinggalkan abang abang ke KL mencari Ain dan kami berjumpa, bersembang di Mels Caf. Abang tau segala-galanya kisah cinta Ain. Rudy yang cerita pada abang.

Ianya sudah berakhir, abang. Antara dia, Ain dan keluarga tu kami tiada apa-apa hubungan lagi. Ain lebih selesa begini. Untuk pengetahuan abang juga, Ain ke KL bukan kerana Tunku Hussein.

Habis tu, kenapa Ain beriya ke KL kalau bukan kerana seseorang yang Ain kenal di sana Jangan tipu abang, Ain.

Ain jumpa dengan ibu Ain.

Ibu Bukan Ain kata yang

Ya, tapi abang kena ingat kasih seorang ibu pada anaknya membawa ke syurga. Darah yang mengalir dari tubuh Ain ini suatu ketika pasti bertemu dengan darah insan yang melahirkan Ain. Ain tak sangka, wanita yang pernah Ain jumpa di wad psikiatrik ruparupanya ibu Ain.

Jadi, di mana dia sekarang

Di rumah orang tua-tua selepas pihak THSC menghentikan dana rawatan. Ain gembira dapat berjumpa semula dengan ibu walaupun dia tak kenal siapa Ain sebenarnya, ceritanya dengan nada yang sebak.

Sudah puas dia menahan namun jatuh juga air mata mengalir perlahan ke pipi.

Tapi, Ain hanya dapat menatap wajah ibu Ain hanya seketika dan Ain tak dibenarkan berjumpa lagi dengan ibu lagi, Qamra Ain membiarkan saja air mata mengalir. Sudahlah dia dituduh berjumpa dengan Tunku Hussein walhal dalam dua minggu dia di sana, hanya sehari dibenarkan menemani Zara Hani di sana. Aizal Fahmi serba-salah. Keluhan berat dilepaskan. Menyesal sungguh dia tuduh melulu Qamra Ain pergi berjumpa dengan Tunku Hussein dek cemburu yang meluap-luap.

Maafkan abang Ain sebab tuduh Ain yang bukan-bukan, pintanya serta mengesat air mata yang mengalir di kedua-dua belah pipi Qamra Ain dengan hujung jari. Terasa bersalah kerana melukakan hati gadis itu.

Sebenarnya, abang terlalu rindukan Ain. Sampaikan huru-hara hidup abang tanpa Ain di sisi abang. Abang abang tak nak Ain pergi jauh dari hidup abang lagi. Abang tak sanggup lagi, Ain Dan, abang tak mahu Anggerik_Putih pergi lagi dari hidup abang!

Ain kan dah balik penat Ain tak hilang lagi ni. Kita sambung esok ajelah, abang, mohon Qamra Ain dengan suara mendatar. Dia terus beredar pergi namun lengan sweaternya sempat dipaut oleh Aizal Fahmi membuatkan langkahnya terhenti. Qamra Ain berpaling muka ke arah jejaka itu.

Ain, tunggu dulu. Abang belum habis cakap lagi.

Berilah abang peluang untuk bertakhta di hati, Ain. Abang cintakan, Ain. Cinta sangat... dan abang harap Ain jangan tinggalkan abang lagi sayu kedengaran suara Aizal Fahmi seakan merayu agar Qamra Ain mengerti akan perasaannya yang tulus ikhlas menyintai.

Fikiran Ain tak menentu malam ni. Ain nak berehat. Esok Ain nak ke klinik. Nanti, bagitau atuk Ain datang petang sikit, Qamra Ain melencong perbualan. Malas untuk dia berbicarakan soal hati dan perasaan di kala hati masih belum stabil. Dibiarkan dahulu luahan hati Aizal Fahmi yang setia menanti jawapan telus darinya. Benar, hatinya dimiliki tapi dia sendiri tak pasti hatinya milik siapa.

Tanpa kerelaan hati, terpaksa dia melepaskan Qamra Ain pergi meninggalkannya keseorangan bertemankan pilu di malam ini.

Nothing gonna change my love, Qamra Ain